Sunday, March 13, 2011

pg 35 : konsep jahilliah yang terbiasa di zaman kita

Assalamualaikum.



Pagi yang gelap kini sudah terang. Ehem ehem. Suara tak sedap macam katak. Haha. Pagi ahad yang cerah. Tak tahu apa plan pagi ni. Tak de aktiviti kud. Ha. Red pun duduk lah tepi tingkap perhatikan aktiviti para pelajar U berlegar legar di medan makan.


Ehem.


Dengar dengar sikit. Apa tu.?


 Psst psst. cik senah oi..



  
"ehem. Cik senah oi. Tengok lah tu. Anak kamu. Bergaya semacam. Nak keluar bandar dengan boypren lah tu."
"alah. Biasa lah tu."

"cik senah oi. Lagu ape yang anak kamu pasang tu.? Bising semacam aje."
"alah biasa lah tu, cik mun oi. Punk rock lah katakan"

"cik senah oi. Kenapa anak laki kamu ni pakai ketat ketat.? Kalah pakaian gurls cik senah oi."
"alah. Biasa lah tu, cik mun. Kan trend."




Okay, perasan tak dialog kat atas takde kena mengena dengan pendahuluan.? Memang sengaja pun. Cari perhatian aje. Tapi mintak maaf kat sape sape yang namanya senah dan munah. Memang sengaja nak guna nama korang. Yup. Memang sengaja.



Ehem.



Okay back to the topic, "biasa lah tu." memang selalu kita dengar. Dah lali sangat lah kan.? Tapi cuba perhatikan satu lagi dialog ni :



"cik senah oi. Anak kamu yang yang gurls gurls ni, memang free hair ke.?"
"biasa lah tu cik mun."
"biasa, kamu kata.? Cik senah.?"
"iye lah. biasa lah orang free hair"
"ehem. Perbuatan jahilliahdi Negara Islam ni kamu kata perkara biasa, cik senah.?"
"......."



Ha. Terdiam cik senah. Ehem. Korang pernah terfikir tak.? Negara kita sekarang dah anggap perkara jahilliah ni perkara biasa di zaman kita ni. Memang tamadun kita dah mengundur ke belakang eik.?


Amek lagi satu contoh, tamadun yang dulu kala (orang purba), baju nya memang lah tak cukup kain maklum lah. Belum ada revolusi dan tak ada tukang jahit baju dalam profesion kan.? Then, tamadun seterusnya, lahir para tukang jahit yang berkaliber. Molek aje baju dijahit. Baju melayu. Baju kurung. And macam macam lagi lah. Elok aje tutup aurat.


Tapi bila tengok zaman sekarang punya baju. trend. Sempit sempit baju, orang pakai. Tak cukup kain pun ada. Pelik. Zaman mengundur.? Trend.? Ehem. Think.


kita tak perasan benda yang biasa berlaku.



Okay. Maybe sebab peredaran semasa yang menjadi kebiasaan masyarakat kud yang menutup ilusi ni. Yelah. Cuba bayangkan. Orang biasa jalan guna kaki. Ada kita Tanya, "eh. Kenapa dia jalan guna kaki.?" . Tak ada, kan.? Melain kan bila orang jalan guna tangan. Mesti ada yang tanya, "eh. Kenapa dia jalan guna tangan.?"


Memang ini kes ni menjadi ilusi kat mata dan minda kita. Pergolakan tamadun dunia yang mengundur. Berapa orang aje yang perasan kan.? Zaman jahilliah dulu dah enter kita punya tamadun.?




Terima kasih sudi baca.




Sekian




.



Friday, March 11, 2011

pg 34 : I answer your question, readers.

 poster entri yang lepas.





Assalamualaikum.



Minggu lepas red terima beberapa reaksi di formspring. Baru je nak menikmati minggu penuh rehat. Tapi apakan terdaya kerana test aku rela. Okay, mengarut.





" Red, boleh ke I percaya lelaki.?"


Why not.? Dalam trust, korang kena lah sama sama saling percaya, baru hubungan boleh jadi, ye tak.? Because there is 'us in trust'. Tapi, something selalu berlaku that break korang punya trust. And that something is 'lie in believe'.


Okay. firstly, majority girls percaya bahawa laki zaman sekarang tak buleh di percayai. Yeah. Mereka (laki) famous dengan tipu helah nya. Girls kata : laki suka main kan perasaan perempuan. Betul.? Admit aje lah. 


Chill. Actually lelaki tak seteruk seperti apa yang you girls fikir. Lelaki bukan tipu. Tapi nak jaga hati perempuan. Okay, let's take it this way, kalau kalian, kaum wanita sekalian berkawan dengan seorang laki ni and bila dah lama kawan, tetiba satu hari tu laki tu confess kat kamu. Dah syok berkawan tetibe laki tu nak masuk line. Padahal korang cuma anggap dia sekadar kawan.






Mesti korang say something nice untuk jaga hati laki tu, kan.? And secara tak sengaja terbagi harapan palsu kat laki tu. Padahal korang tak berniat pun. See.? Macam tu lah jugak situasi pada lelaki when he get bored bila awek nye tak pandai layan.



quotes that girl love to use




Besides that, perempuan juga selalu tipu bila laki tanya, "you different today. You looks down. You are not okay, are you.?" . certain girls yang tak suka cerita masalah mesti jawab , "no, i'm fine" . See, macamana tipu occurs tanpa kita sedar.?






"I dah serik dengan love lah,Red. Every love we build must collapse one day. What do ya think.?"
 

Ehem. Yang ni, red tak dapat nak nafikan. Yup. Every love will collapse one day. It's true , there is 'over in lover'. Because every one can't continue their love if they are in a dead condition right.? The statement can be accepted exept the love for Allah. Our love towards Allah should never ends. Kalau setakat percintaan monyet tu. Tak payah lah nak dibicarakan. Belum kawen dah gatai naa. Cuba jadi macam red. tak gatal.



Ehem.



"red, dalam persahabatan pun, boleh break up ke.?"


Yup. Dalam persahabatan pun boleh break up. Tu kalau kaurang cari pasal lah. ehem. Cari pasal.? How.? Macam ni, salah satu nya, sometimes, korang tak sengaja ter-drag kawan korang dalam bidang perniagaan. Janji manis boleh untung sama. Tapi bila bisnes tak jalan, secara tak langsung korang dah cacatkan persahabatan korang. Duit entah kemana, marah entah kemana, emph. Persahabatan jangan cakaplah. See.? Kalu korang tak nak words 'end occurs in friendship' , Don't drag your friend in business.


 


"red, I tak leh lupakan my first bf lah. So how am I going to love my new bf.?"

 
Urgh. Pasal cinta lagi. Pfft. Listen up. Jangan menyesal dengan apa yang kita lakukan. Kan kita belajar dari kesilapan. So, kalau ada kesilapan masa kamu dengan ex kamu, then, jangan repeat kat bf kamu yang sekarang. Ala. Lagi pun seperti statement red kat atas, red dah bagitahu tentang cinta monyet ni tak penting. Tapi kalau bagi korang penting, its up to you. Red Cuma dapat nasihatkan, love him like you never got hurt.


 Quote.



Ehem. Pada statistic red, ramai yang Tanya pasal cinta. Remaja kud. Pfft. Well, in conclusion, red nak cakap satu benda aje. In life, no matter how is our condition, life must go on. Deal with it. Live with many question to discover the world. Always use if in our thinking. Use if in life. Macam apa yang red dah cakap dalam pg 26.





Terima kasih sudi baca.






Sekian





.




Thursday, March 10, 2011

pg 31 : Marah, kita boleh kawal.

Assalamualaikum.


Apa yang menarik hari ni.? Ha.!  Nak tahu.? Tadi kan red baru je tengok boypren  dengan gerlpren gaduh secara live. Aksi 18 owh. Okay tipu.

Pas tuh, yang gaduh tu, member red sendiri pulak tu. Dua dua member red. Dulu red yang jadi orang tengah dulu masa diorang ngorat mengorat dulu. Dok syok aje main tarik tali kan.? Red yang sengsara sebab jelez sebab takde awek.

" Untunglah ada orang sayang " . Haha. syahril's quote lah kan.? Pinjam ye, Abang Tsarel. XD



 berbalah antara laki dan perempuan.pfftt. Benda remeh.



Okay. Back to the topic.

Yela. Dulu masa time nak mengurat baek aje kan.? Syok aje diorang main Hard to Get  kan.? Bila dah dapat.. nah hambek. Si laki pulak bosan ngan awek dia. Yela, mana tak nya, kan.? Time main Hard to Get dua dua melayan kepala. Bila dah hooked , si gadis tu pulak tak pandai nak melayan. Ye lah. game Hard to Get  dah over kan.? Idea layan melayan pun kong lah. Tu yang member yang laki tu start bosan kud. Yup. Kebanyakan laki memang akan bosan. I mean, kebanyakan. Tak macam red. Red baik. Pandai jaga hati si kaum hawa, kan.?



Ehem.



Si laki pun satu. Lain kali kalau nak kapel tu, siasat lah dulu perangai perempuan. Haha. kalau bawak dia baca blog ni okay lah jugak kan.? Suruh dia klik kat SINI.
Kalau tak cukup jugak nanti red postkan entri ' Perangai perempuan yang laki perlu tahu : part 2 ' ye.


Tapi kan, rimas lah tengok diorang ni bergaduh. Haih. Bila bergaduh, makna nya mesti lah api kemarahan membara ye tak.? Tak tahu ke marah tu api. Syaitan suka tau.?! Marah tu api. Syaitan tuh api. Memang lah para syaitan melompat lompat gembira.


Marah tu api. And Syaitan pun api.


Ni red nak nasihat kan sikit. Bukan kat member red aje. Tapi untuk para readers jugak. Kita sepatutnya chill aje. Jangan di jinakkan kemarahan tu sebab kita boleh kawal kemarahan. Yup. Marah, kita boleh kawal.


 Anger. Anger. Anger. What so opnotious.





" red, dulu ko pernah cakap dengan aku suruh kawal kemarahan aku. But how.? Aku ni marah ada had jugak tau.! "


Yup. Dulu memang red ada bagi tahu : kita, manusia, memang boleh kawal kemarahan. Tapi ni lah manusia. Suka letak kan had pada diri sendiri. Cuba lah bebaskan diri daripada had tu. Ingat.! Jangan had kan kemarahan.


 


Si Gadis : Ah. Lelaki. Kita marah, pujuk lah. ni ego sangat.! Menyampah.!
Si lelaki : Ah perempuan.! Asyik nak aku aje yang kena  pujuk. Then, aku sape nak pujuk.?

 
Pastu dua dua marah. Ni pun satu kes jugak. Dua dua tak nak mengalah. Kita bila marah ni kan api. Rite.? tak kan dua dua nak jadi api.? Dalam kemarahan, sepatutnya and I mean sepatutnya bila sorang jadi api, sorang lagi kena lah jadi air. 



 Pujuklah si lelaki dengan hormon estrogen anda.


Okay. Perempuan. Kalian kan diciptakan dengan pandai menggoda and eww eww. What so ever like lah kan.? Paham kan maksud red.? So, perempuan ni kena lah start pujuk. Just kasi cool down perasaan laki tu bila marah. Just kasi cool down. Sebab, lelaki ni marah nya sekejap aje. 

Lepas perempuan ayat, kompom reda punya. Sebab tu lah perempuan diciptakan untuk lelaki. And sebab tu lah laki pun perlukan perempuan. And sebab tu jugak lah perempuan diciptakan sebagai kaum eww eww. Kemarahan lelaki cepat reda. Sebab lelaki lebih rasional secara fitrah.

Cuba bayangkan lelaki pujuk lelaki style eww eww. Pelik tak.? Geli.!

If we back to Islam way, marah tu api. Api tu marah. Padam api dengan air. Yup. Amek wuduk. Insyaallah berkesan. Kalau tak jalan jugak, amek air, baca zikrullah 40x, sapu kat muka si marah. Kalau takut nak sapu, simbah aje. Okay gurau. 



 Satu biji satu minit.



" Anger only last for 4 minutes. And the rest is emotional. "



Yup. Marah ni actually Cuma 4 minit aje. And yang selebihnya tu adalah emosi. Yup. Emosi. Sebab tu lah dah menjadi fitrah lelaki cepat reda bila marah. Sebab lelaki lebih rasional. Rasional tu buat kita boleh kawal emosi. Then, lepas reda, kompom laki pulak akan pujuk si perempuan. Tapi kalau si lelaki tu betul betul tak de respon lepas kena pujuk, itu dah kes lain.


Ehem.


Kalau orang tengah marah dalam keadaan berdiri, kasi dia duduk. Kalau marah time duduk, kasi dia berdiri. Marah jugak, tempeleng aje. Kidding. Kalau duduk, berdiri pun tak jalan, kasi dia berbaring. Kalau baring pun tak tenang tak tahu lah red nak cakap apa. Maybe lepas tidur okay lah tu kud. Tapi biasa nya orang marah lepas tidur baru rasional balik. Sebab otak dah cukup oksigen.


Ingat, marah : kita boleh kawal. Tak perlu lah menghadkan kita punya marah. Rasulullah pernah bersabda :


" kalau nak marah, carilah 72 sebab."






Terima kasih sudi baca.



Sekian

.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...