Showing posts with label kontest. Show all posts
Showing posts with label kontest. Show all posts

Sunday, September 09, 2012

How Do Boys Attract Girls.


Assalamualaikum.


This is an empty path.


Hello handsome boys and handsome girls. How are you guys doing today? Happy sebab nak naik sem? Yeah. Aku tahu korang sukaaaa sangat belajar and tinggalkan bilik korang yang comel comel tu. Ehem. Well, di pagi ahad yang mulia ni bukan aku nak bernovelisasi kan pasal kegembiraan korang nak naik sem, tapi pasal soalan request dari seorang readers yang bertanyakan soalan;



"Dear abang red, nama saya **** , Saya suka sangat baca blog abang. Sampai setiap post baru abang saya share kat facebook. Nampak tak macamana saya punya huge fan towards you? So, saya harap abang buatkan satu entry on How Boys Attract Girls. Boleh? Boleh lah ye ;)"



Err.. First, don’t call me abang. Call me Mr. Ceh! Haha. Okay joke. Baik adik. Terima kasi kasih soalan yang. Err. Wait. Aku bukan doktot cinta. And why the pencil aku kena jawab soalan tu? Urgh!. Tapi nasib baik adik ni perempuan. Err. Macamana aku tahu? Aku tahu lah sebab nama dia Shikin. Eh.


Cari ilmu biarpun jauh melintasi lurah.


So, daripada aku terus membebel tanpa arah tuju, adik, abang harap entry ni membantu adik. And ingat free ke entry ni main mintak mintak je? Sila pos kan kuih raya. Harap adik terbaca pesanan abang ni. Ehem.


***********


Good Appearance
As you guys know, semua orang pun suka benda benda cantik. Even babies. Tak percaya? Korang try hulur seringgit baru dengan sepuluh ringgit baru. And korang akan nampak baby tu pilih dua dua. Sebab apa? Both money design cantik. Yes. Cantik. Wait. Apa korang kata? Macam duit jutaria? Ohno. Jangan cakap macam tu. Itu kan duit Malaysia. Ada gambar agong lagi. Lain kali watch your manners. Ehem.



Back to the good appearance, kenapa ianya tersangat sangat sangat dan sangat penting? Sebab manusia sentiasa akan bagi first impression depends on your appearance. Cuba bayangkan korang nak buat blind date and yang datang tu seorang yang selekeh and berbau. Nak ke korang teruskan blind date tu? I don't think so. Haha. Maybe korang akan lari sebelum dia cam korang.

Men love to relax.


And ada juga sepsis girls yang setiap kali jupa orang yang baru nak kenal, dia akan usha telinga lelaki tu? Why? Sebab nak tengok lelaki tu pemalas or tak. How? Senang je. Kalau agak agak nampak telinga lelaki tu hitam je, that means lelaki tu sebenarnya pemalas nak jaga kebersihan. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab bersihkan telinga sendiri pun pemalas. So guess their next attitude? Teka perangai dia yang lain. Pfft.



So, be a good looking, stay in a good smell and jaga kebersihan.



Take Notes What She Likes
At this point, the topic will be more interesting. So, keep scrolling. Take notes what she likes. Maksud aku kat sini jangan lah directly tanya kat dia apa yang dia suka. Pembendul namanya tu. Some girls love a men get tricky on them. Serius. So how? Simple. Bawa diorang (the girls) pergi window shopping. Actually benda ni nampak macam "urghh.. Window shopping? Tak gentel langsung ah". Tapi sebenarnya tu lah cara girls shopping.



Well, girls selalu akan usha dulu benda dia minat and harganya. Then, next week dia akan pergi balik shopping mall tu and dapatkan apa yang dia usha. But. Korang jangan lah tunggu sampai dia pergi shopping mall tu sendiri. Perhatikan apa yang dia usha. Then, korang pergi lah shopping mall senyap senyap and beli kan dia hadiah. Bagi alasan surprise. It's simple. And akan cair kan hati girls. And buat kan girls tu cakap "macamana you tahu I nak beli yang ini???" .
Understanding men is a need.


Kenapa cara tu senang nak attract girls? It is because, most girls love an understanding men. Girls suka kan lelaki yang memahami apa yang diorang nak. It's true. Aku dah try tanya mak aku. And she admit it is true. Understanding men? Green light.



Be a Good Listener and Commenter
This is the most point yang buat girls rasa sangat comfortable dengan the boyes(boys). A good ear and mouth and tongue. Well, korang sendiri tahu lah yang perempuan ni semuanya hati kaca. Tisu sometimes. Sangat fragile. Rapuh. Kena cucuk sikit dah pecah. Kalau yang hati tisu tu, cucuk sikit terus koyak. And then kena bawa balik kat kilang untuk pemprosesan semula. Which mean, takes taime to mend. Ambil masa sangat lama untuk pulih. Tak caya korang tanya diri korang. Jangan nak "peh-liss" sangat lah kan.



Kaitannya kat sini adalah different people, different world. Setiap karakter ada dunia dia tersendiri. And setiap orang takkan dapat lari dari ujian kat dunia ni. Means, girls also got the test from god. And sometimes, they cannot bear the test. Lemah. Tak mampu nak tanggung ujian yang sangat berat. At this point, girls akan cari 'Si Telinga' untuk mencurahkan kan perasaannya. Which is she will need a really good listener.


Be a good listener.


Bila ini berlaku, ini lah masanya korang kena jadi a really good listener. Jadi seorang pendengar yang sangat baik. Don't make stupid jokes. But give some good advice. Just imagine, perempuan tengah sibuk luahkan kesedihan, and si lelaki berloya buruk. It gross. Really. She will find it the boy is not a good listener. Girls akan lebih suka boys yang pandai bagi nasihat. Bagi deorang, boys yang pandai bagi nasihat sangat matang and ready to take care of any girls he wanted to. And that girl akan rasa sangat heaven kalau si lelaki tu pilih dia. Right girls? Baik korang angguk dari menongkatkan dagu. Ehem.



So, korang boleh nampak tak dari tiga tips yang aku bagi boleh seriously pikat perempuan. How? Cuma satu je keywords yang ada kaitan dengan semua point kat atas. Memahami. Semua point kat atas ada kaitan dengan memahami perasaan perempuan. Like understand how to get along with girls dengan good appearance. Which is faham yang perempuan tak suka dengan lelaki yang selekeh. Number two, understand what she want and really really want. Maksudnya faham apa dihati deorang. Usha barang je tak cukup dher.



And number three is understanding men who can be soft and comfortable to be a friendly teddy bear. Yang maksudnya perempuan akan sangat selesa dengan lelaki yang merupakan pendengar yang baik dan pemberi nasihat yang bagus. Bagi deorang macam teddy bear yang lembut dan gebu untuk dipeluk peluk. just macam. Bukan peluk betul betul. Kan?



So, now you know how I charms my reader? No wonder aku ramai awek. Eh silap. Aku ramai readers. Lalala.



Sebenarnya aku dah 4jam terlepas deadline untuk contest nuffnang. Apa apa hal, hope korang enjoy baca entry kali ni.Terima kasih sudi baca.



Sekian



.






Monday, June 06, 2011

BCR Kontest : Kamilah Geng BCR

Assalamualaikum.




Picture tells everything.


Hello aliens friends. Apa khabar semua.? Sihat.? Batuk batuk.? Oh. Ambil lah ubat batuk cengkaman maut. Komform maut. Mana dapat.? Korang boleh dapatkannya kat seven-Eve terdekat. Wah. Sungguh prihatin aku terhadap korang. Kan.? Ya. Aku seorang yang prihatin.


Ehem.


Actually aku masih lagi rasa entri ni terlalu cepat. Tapi nak buat macamana. Dah dipaksa oleh budak bintang. And truthly, aku masih lagi belum puas nak ungkaikan tentang gadis muka ala ala cina yang ehem ehem. Korang belum baca.? Baik korang pergi baca dulu kat entri Alice Alisa ni.



Aku bet, kalau lelaki yang baca mesti diorang tangkap cair dengan Alice. Oh oh. Tapi Alice aje yang aku benarkan. Alisa aku punya. Well. Siapa tak nak awek cun muka cina masuk islam jadi wife(s), kan.? And aku jugak tahu. Ramai lelaki kat luar sana yang handsome handsome tapi masih belum ada awek. Lagi lagi blogger. *terasa*




Cool stuff untuk tackle awek comel - bcr


Well. Its okay handsome gentlements. Sekarang zaman IT. Dunia maya. Dunia tanpa sempadan. Gunakanlah alternatif yang ada ni. I mean. Banyak ruangan borak untuk tackle awek awek comel. Btw, mana ada perempuan tak comel kat dunia ni. Semuanya comel comel belaka. Ehem.



Bloggers Chat Room. Apa salahnya kalau join ruangan ni.? I mean. Hey, cool stuff, you know.? I mean. Tempat ni paling sesuai untuk tackle awek awek comel. Lepas korang dah register, letak banner and bla bla bla, korang boleh proceed to the moves. Jangan risau. Majority chat room adalah ruangan borak yang ramai gila orang peramah. Kalau tak percaya, try lah bagi salam. Komform diorang jawab.



Then, kat dalam bcr, 70% user adalah daripada golongan awek awek comel. 30% pula adalah golongan lelaki. 16% peratus lelaki normal (baik dan jahat yang seimbang). 12% lelaki gatal . And and 2% lelaki baik. And aku tergolong dalam 2% tu.


Ehem.


Well. Macam yang aku bagitahu tadi, 70% adalah awek awek comel. So. Apa lagi. Grab the chance. Start lah berbual berbual. Mula kan dengan hai. Or salam. Then talk nicely. Agak agak dah climax, gunakan icon icon yang ada unsur caring. " :syg/:malu/:ros/:cak " i.e. Then, mesti awek comel tu akan "oh romantiknya" . Tak pun, "oh sweetnya" . Yes. Memang dah jadi lumrah perempuan suka di-tackle.  Suka dipuji. Dan di-tackle (again).




 Define sexy equal to easy love.


Sebab tu lah kat luar sana, almost 80% perempuan rasa best jadi sexy. Yeah. Rasa best. Even pakai seluar jeans pun, kaum perempuan dikategorikan sebagai sexy jugak. Sebab bila perempuan rasa dia sexy, diorang tahu ramai akan puji diorang hot. And cantik. And hot. Tapi, aku rasa readers aku semua dalam golongan yang 20% tu. Kan.? Alhamdulillah.



Besides that, korang boleh share share kan link dalam tu. Bila ada kebolehan macam tu, apa lagi. Go get a good song and share kat girl(s) tu. Sumpah girls tu akan cop korang seorang yang romantik. Kalau nak lagi power, record aje korang nyanyi. Upload kat youtube. Then share link. Even suara tak sedap, still girl tu akan cakap, "Owh. He got guts.! Awesome!" .



See, how easy to tackle girl(s) with bcr.? Tapi aku tak sarankan korang terus kapel lepas dapat tackle. Sabtu lepas tak silap aku. Hari yang membosankan dan tak ada apa apa untuk dibuat. Tiba tibe aje member aku, Bruno Mars ajak lepak kat Starbuck. And and I was like, " Starbuck.? Jum." . Dalam perbualan kitorang, aku ada belajar something dari dia. Dia kata "Red, dalam hubungan ni jangan gelojoh. Always remember, love...Easy come, easy go. Hard come, hard go" . Memang aku salute ah kat dia.




Suka duka dengki pada screen maya.


"Why should I join the bcr.?"
Okay dengar sini. Bila dah ngam dalam keluarga bcr, yeah. Warga warga bcr umpama satu keluarga besar. Sentiasa caring each other. Even tak dapat tackle, still. Akan jadi satu keluarga. Dasyatnya diorang punya caring, asal korang update new entri aje, mesti diorang akan terjah.



Sebabnya, kat side bar chatroom tu ada ruangan korang punya update-by-currency. Means, kalau korang selalu update, selalulah nama korang naik. Mereka yang jarang update pun nama akan naik. And akan ada orang baca. Sebab bcr ni macam seven-E. Yeah. 24/7. Yang membezakan bcr dan seven-E adalah seven-E jual barang runcit. Kita pulak jual entri untuk santapan readers.



Even kalau korang update tengah malam pun akan ada orang baca entri korang. Sebab, aku pernah ter-niat. Dan ter-lintas nak masuk bcr tengah malam buta. And guess what. Ada orang online even dah pukul 4. But. Kalau nak trafik korang tinggi, korang jangan update dulu. Korang usha bcr dulu. Yes. Usha dulu. Agak agak macam tengah ramai dalam bcr, korang publish post. Baru ramai akan perasan latest entri dari korang.




"Tapi red, aku dah follow tips ko yang tentang trafik tu. Tak naik naik jugak pun."
Okay. Dalam kes ni, maybe blog korang tak ada sex appeal. Wait. Sex appeal.? Sex.? No. Aku tak bermaksudkan entri korang kena ada unsur sex. Sex appeal tu maksudnya daya tarikan. Yup. Daya tarikan. Macam manusia jugak, korang boleh kata , "Eh. Mamat ni tak handsome. But somehow, senyuman dia menarik lah" . Lebih kurang macam tu lah.




[ AdamXis - Si Blogger biru ]


Same goes to blog. Kenalah sentiasa kemas. Supaya senang senang aje tangkap mata readers. Lagi lagi yang tengah blogwalking. Yes. Blog dibaca oleh manusia. And memang fitrah semua manusia suka tengok benda benda cantik. Termasuk awek awek comel. Ehem. So. Korang boleh tanya tutorial tutorial menarik kat AdamXis. Yes. AdamXis banyak gila tutorial.



Tutorial memang banyak. Tapi ingat. Tak semua kita kena letak kat blog. Sebab blog akan berat. Kalau nak tahu apa yang patut-or-tak-patut-letak kat blog, boleh tanya kat blogger lain dalam bcr. Sebab dalam tu semuanya blogger.



Dan bila kita tanya pendapat orang lain, means pendapat setiap orang berbeza. And diorang berhak menyuarakan pendapat. Sebab diorang lah reader kita. Dan readerlah yang akan baca blog kita. Apa function blog kalau tak ada reader.? *terasa*




[ Feeza macho - Blogger suka kartun ]


Tak lupa juga kat pencetus konspirasi. Abang Simacho,Feeza. Dia selalu menyerikan bcr. So, korang tak akan bosan dalam bcr ni. Sebab, gurauan Simacho ni bukanlah macam perempuan lain, paling paling pun, korang kena icon sepak terbang. Kat dalam bcr enjoyness yang beliau sumbangkan cumalah 38%. Lagi 60% dari blog dia.



Santapan mata dan himpunan cerita cerita sengal beliau akan buat korang goes like , "Haha. Sengal . Sabo je lah.". Blog dia pasti takkan buat korang rasa bosan. Sebab entri beliau lebih kartun dari tulisan. Tak macam blog aku yang hina ni. Ehem. Ura ura juga mengatakan beliau sebenarnya bukan makhluk dari bumi. Dari bulan maybe. Sebab beliau asyik merindukan bintang.(woha!).




"Tapi red, tak mengkhayalkan ke, bcr ni.? Sebab setahu I, chat room ni buat kita macam gian(fb)"
Okay. Itu punca kenapa aku tak ada fb personal. Elak gian. Sebab kalau menghadap fb, mesti aku rasa macam tanak lepas kan lappy. Tapi adakah bcr ni mengkhayalkan.? Hell no. Kita ada orang kuat kat sini. Red diberi nama. Selalu mengingatkan waktu solat. Eh tak tak. Beliau dikenali dengan nama Batu nisan.




 [ Batu Nisan - Blogger Islamic]


"How did he remind us from khayal-ness.?" Macamni. Ada blogger bernama red memang suka gila bagi teka teki. Best gila ah blogger tu. Wait. Aku lah red tu. HAHA. By the way, teka teki aku pernah kena kacau dengan teka teki Islamic dia. Sumpah annoying.



Sebab teka teki cuma akan jadi fun bila reaksi orang lain dengar jawapan was like , "hah.? Hahaha. Sengal" . Tak pun. "!@#$%^&*" . Tapi bila teka teki Islamic dah masuk, reaksi orang pada jawapan teka teki tu will be like, "ohh.. i see..". Peh. Menyirap aje. Tak fun.! Tak funnnnnnnnn.!



Seriusly. Mula mula aku ingat dia ni kerek gila. Jenis orang-orang-tegur-tak-makan-saman. But. Hey. Tanggapan aku salah. Dia sangat rendah diri. Aku pernah tegur dia pasal iklan dia yang seolah olah mengejek blog Islamic. Yes blog dia blog Islamic. And. Guess what.? Dia berterima kasih kat aku sebab sudi tegur silap dia. And lastly I just relize that he is such a nice guy.




Kelebihan + kekurangan = balance


Well, memang lumrah. Macam manusia jugak, semua benda ada kekurangan dalam kelebihan. Dalam 10 mesti ada 1 kekurangan. Antara yang tak best tentang bcr adalah ianya hanya terbuka-pada-blogger-only. Yes. Yang tak ada blog jangan harap boleh join. Sebab nak jadi warga bcr kena letakkan banner dia kat front page blog.



And And. Lagi kekurangan bcr, hanya terbuka pada blogger above 18. Yes. Aku pernah cuba nak masukkan Ari dalam bcr. Tapi direject. Dengan alasan, dia tak mencapai had umur. Agak kecewa aku bila Ari tak dapat join bcr. Sebab dia my best junior. And dia comel gila. Kalau masuk bcr komform komform The crow ngorat. Tak pun Beautiful lover. Laku beb. Macam fererro roche.




picture tells everything. kan.? (again)


Well. Conclusionnya, aku boleh cakap bcr is just another great chat room. Well, korang boleh dapatkan awek awek comel. Korang boleh tingkatkan trafik, even pasal agama pun ada blogger yang sudi terapkan.  And kekurangan bcr pun tak kurang hebatnya sebab ianya Cuma terbuka pada blogger.


I mean, in this IT world, cuma 30% user adalah blogger. (Dem. 30% aje.??!! ) . Sebelum mengakhir kata, aku nak tarik sekali Cik Payung  dan Witlurve untuk join sekali. Oh ya. Aku join contest ni bukan sebab hadiah. Tapi dipaksa oleh Si bintang. Or korang boleh define "Dipujuk". And aku heran kenapa tak ada orang tertanya tanya mana pergi lagi 2% daripada Feeza.


*****


Kalau dibaca balik, panjang pulak entri aku. HAHA. Tapi tak sia sia jugak aku join kontes ni. Sebab aku dapat tempat kedua, Kalau tak percaya, korang boleh rujuk kat entri SINI.



Terima kasih sudi baca.



Sekian.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...