Thursday, April 14, 2011

Segmen Red nak kongsi item : Possibility matahari terbit dari barat

Assalamualaikum.




Pening pening kepala lepas minum air kat uptown. Err. Okay abaikan. Tadi jalan jalan dalam blog. Maklumlah. Tak mampu nak beli basikal. (ada ke, basikal dalam blog.?). Ehem. Red jumpa something yang menarik tadi. 9 april 2010.



Well. Kita semua dah sedia maklum about Qiamat, right.? Salah satu tandanya adalah matahari terbit dari barat. Ehem. Ini apa yang red jumpa kat website Encik Syahirul. Korang jengah lah website dia. Klik aje.



Err. Okay red tahu korang malas nak klik. Ehem. It's Okay. Meh sini red story balik. Mari dengar. Mari rapat. Ye. Rapat lagi. Mamat ni nyatakan, dia tak bertanggungjawab atas petikan surat khabar yang ayah nya email kan.Yup. Ayah dia emel kan. Menurut dia lagi, petikan surat khabar ni, bertanggal 9 April 2011. Yup. Masih segar lagi.



Tapi red kat sini Cuma nak kongsi entri surat khabar yang di email kepada syahirul ni. Hayati petikan ni :


klik untuk besarkan.

 
Korang malas baca.? Ahh. Fine. Manja betul. Ni sinopsis aje. NASA bagitahu bahawa kat Marikh, bulan dah start terbit dari timur dan kajian menyatakan seluruh plenet akan mengalami fenomena yang sama. So, plenet seterus nya adalah bumi. Yup. bumi. Seterus nya : Ehem. Perenggan seterusnya dia tegas kan tentang fenomena ni dah lama di akui oleh Islam. Means, baru nak percaya.


Jangan tanya red, surat khabar apa ni. Tuan punya website sendiri pun tak nyatakan. Korang boleh try jugak kat siasat.com. So, Apa pendapat korang.?





Terima kasih sudi baca.





Sekian





 .


Tuesday, April 12, 2011

pg 48 : Beza orang kaya dan orang miskin

Assalamualaikum.



 Tengah hari yang terik plus ketensenan yang kelampauan kerana oleh banyak assignment nya. Okay, jangan peduli ayat yang tunggang langgang tadi. Memang fail tatabahasanya. Ehem. Maklumlah, dulu mak hantar pergi sekolah, cabut lari. Sembunyi bawah longkang. Tapi serkarang red budak baik. Ya. Budak baik. Tak buat benda benda jahat dah. Tak buat.



Pagi tadi, red dengan member pergi uptown. Survey awek. Eh. Makanan. Ya. Makanan. Kawan red yang survey awek. Red tak tengok awek awek tu. Tak tengok. Ehem. Then, kitorang duduk lah kat kerusi yang menghadap kedai makanan goreng goreng. Ambil bau je. (tak mampu beli. Save budjet).


 shrimp tempura



Situasi A
Si A         : uh! Macam sedap je menu ni. Tempura owh.. tapi harga dia...
Si B         : lex aa bro.. bukan selalu makan macam ni... bila lagi an.?
Si A         : err.. ye tak ye eik. On..! Abang! Tempura 5 set!
Si B         : uit.?! Sampai lima set.?
Si A         : yelah.. satu mana kenyang bro.. alang alang makan, biarlah kenyang beb.



Mereka berdua ni menarik perhatian red. Kawan red pulak tengah syok survey awek makanan. Malas nak kacau dia. Lepas tu, red terus perhatikan lagi. Sampai diorang duduk. Mengunyah. Sopan betul cara dia makan. Err.. jambu.?



Tengok dress up, macam orang berada. I mean, orang kaya. Okay. Ignore it. Tiba tiba, datang satu orang tua ni. Jumpa diorang.


 gambar perhiasan.


Situasi B
Pakcik tua             : assalamualaikum,nak..
Si A                       : err.. waalaikumussalam. Ya pakcik.?
Pakcik tua            : pakcik ni daripada persatuan anak yatim perak..pakcik ni..datang..
Si B                      : takpe takpe..kitorang tau dah.. kitorang boleh baca kat tabung pakcik tu..
Si A                      : err.. actually pakcik, saya kurang duit lah..belum cucuk bank lagi..
Pakcik tua           : eh..pakcik tak kisah berapa banyak sumbangan kamu..
                              cuma sekadar tanya sudi or tak, kamu menderma sahaja..
Si A                      : err.. macam nil ah pakcik.. dalam wallet saya ni.. ada..(RM50 & RM1)
                               Ha.. ini je yang saya ada pakcik.. saya tak ada duit pecah lah.. maaf ye..
Pakcik tua            : oh.. takpe takpe.. terima kasih ye,nak..



Bila red dok perhati, I was like, "what the H.?!". Beli tempura siap 5 set. Ya. 5 set. Set yang dia ambil gila mahal pulak tu. Mampu pulak dia. Err. Bila buat amal jariah. Nah hamek kau. Haram. Kedekut. Pahala pun tak nak ke.? (sometimes aku tak faham).


bila si lelaki bershopping.



Okay fine. Red follow lagi diorang. Lepas diorang makan. Diorang pergi shopping baju. Red dengan kawan red pun. Masuk butik tu. Kali ni kawan red tu, betul survey baju. Ya. Tak survey awek. Tengok gelagat diorang. Then, ada satu anak kecil dengan ayah nya kat sebelah diorang, yang red turut perhatikan.




Situasi C
Si A                         : weh. Baju ni smart doe..
Si B                         : eh. Bukan kau dah ada ke, pattern ni. Baru minggu lepas kau beli.
Si A                         : itu kaler lain.. well.. aku kan minat warna warna ni doe.. 
                                  satu kaler mane cukup..

Si B                         : haih. Sukati kau lah labu...



Situasi D
Anak kecil             : ayah.. baju ni cantik, kan.? Pattern nya sama dengan baju akak kat rumah.
Ayah                      : oh.. cantik..cantik..
Anak kecil            : akak nak, boleh.?
Ayah                     : akak, baju kan dah cukup, kat rumah tu..pakai apa yang ada dulu, ya.?
Anak kecil            : okay ayah.



Untuk situasi C dengan D. Manusia yang perangai nya pelbagai. Memang tak dapat dinafikan lagi. Dari dekat tempat makan, tadi. Red perhatikan perangai si A. Aneh. Baju tak cukup satu warna.? (what the H.?!).


Well, I guess, memang betul lah, ada perbezaan orang kaya dengan orang miskin. Dulu, masa sekolah (time aku tak cabut kelas), red teringat lagi kata kata cikgu :


"orang miskin dan kaya, kita boleh nampak perbezaan nya. Sangat ketara"


Bila dengar kali pertama, mesti korang ingat perbezaan nya adalah dari segi dress up. Pemakanan. Kereta. And lain lain. Korang pun boleh fikirkan. Sebab faktor faktor tu yang buat diorang nampak kaya, betul.?



Tapi. Cuba fikir kali kedua. Betul ke orang banyak duit, banyak harta tu orang kaya.? Tengok kat situasi C dengan situasi D. Siapa yang yang kaya.? Okay. definitely korang kata Si A kaya, betul.? But.! Jawapan korang salah. Yup. Salah. Situasi D yang sepatut nya merujuk kepada lebih kaya, sebenarnya.



Bukan sebab budi bahasa, bukan sebab rendah diri.



"orang kaya adalah orang yang berasa cukup pada dirinya. Manakala, orang miskin adalah orang yang tidak pernah rasa cukup pada dirinya."



Ya. Orang yang rasa cukup sekadar apa yang dia ada, adalah orang kaya. Betul tak.? Even Allah sendiri dah berfirman supaya kita sentiasa bersederhana. Tak terlalu kaya (rasa tak cukup dengan apa yang dia ada) and tak terlalu miskin (too rely on others). Just moderate. Cukup apa yang ada untuk keperluan.



So, panjat kan lah rasa syukur bila kita diberi lebih harta. Jangan jadi macam si A. Pakaian tak pernah nak rasa cukup kalau kita tengok balik ayat dia, " itu kaler lain.. well.. aku kan minat warna warna ni doe.. satu kaler mane cukup.."


bersyukur atas nikmatnya.



Baju, kira okay lagi. Tapi yang makanan tu, sampai 5 set. Yup. 5 set. Menurut si A lagi, makan satu tak kenyang. Err. Betul ke, fakta ni.? "alang alang makan, biar sampai kenyang" .? okay. Biar red tanya, makanan kasi kita kenyang, or Allah kasi kita rasa kenyang.? Korang rasa.? Ehem. Betul tu. Allah yang bagi kita kenyang.



So, jelas.? Sikap syukur tu, kena ada. Supaya kita tak terjebak ke arah orang miskin. Islam tu mudah. Dia dah siap ajar kita untuk sentiasa bersederhana. Actually entri ni di buat saja nak muhasabah diri. Ya. Nak perbaiki diri yang tak sempurna. Kita sebagai manusia kena sentiasa perbaiki diri. Hidup kan, macam roda. Kan.? Sekejap kita rasa okay, sekejap lagi kita mesti buat salah.





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Thursday, April 07, 2011

Segmen ber-story : Sebar firman Allah boleh ubah hidup orang terdekat.


Assalamualaikum.




Hujan oh hujan. Rahmat oh rahmat. *kena baling kasut. Aduh! Okay red diam. Ehem. Semalam kan, semalam kan, red curi line internet. Saje nak online. Dah lama tak online.*tipu. Pastu red bukak lah fs. Dah lama tak bukak fs kan.?*tipu. Pastu kan, ada orang Tanya satu benda ni.


 "red, kau memang tak amek kisah pasal berita,ya.?"


Oh. Sedap nya mulut makan sambal belacan. Saya tahu mulut anda sangat manis, cik anon. Ingat red apa.? Tahu lah, red jarang(tak pernah) bincang kan isu isu semasa yang gempak gempak. Tapi red amek port jugak lah dher.



Ingat red tak pernah tahu,ke.? Ala. Kes Tsunami. Loji nuclear meletup. Gadis cuba bunuh diri kat shopping complex. Suma red tahu lah.(padahal baru cari semua info info tadi).



Ehem.



Okay. Dah jauh menyimpang. Mari kembali ke pangkal jalan.(nasihat dalam kalis ayat).Okay. Baca topik, tajuknya macam red nak bagi lagi satu cerita menarik. Tapi tak ada lah menarik mana pun. Sape sape yang nak baca, page ni terbuka luas untuk dibaca. Tak paksa pun. Meh rapat. Rapat lagi.


 gambar perhiasan


Alkisah...
Selalu, bila tiba aje hari jumaat, lepas solat jumaat, ada sorang imam ni, dengan anak nya akan layan semua jemaahnya. Semua. Macam biasa, diorang melayan orang orang kat masjid tu, lepas solat jumaat minggu ketiga bulan April tahun bila ntah. Red pun tak ingat.(padahal tak tahu).



Then, biasanya, diorang akan ke bandar pula. Untuk mengedarkan pemplet bertajuk "jalan ke syurga". Sambil sambil tu, diorang juga menyampaikan ceramah agama yang dari rumah ke rumah tu. Ala. Tabliq lah.Macam lah korang tak kenal tabliq.



But. Petang tu lain sikit, keadaan luar rumah. Sangat lah sejuk. Hujan lebat membasahi bumi. Ehem. Dan anak si imam ni lantas menyarungkan sweater kuning nya.


hujan turun dengan lebat.


Anak     : Dady,I'm ready to take off.
Ayah     : eh! Kamu nak pergi mana hujan hujan ni.?
Anak     : oh dady, dady.. kan dah time nak edarkan pemplet pemplet ni.
Ayah     : anakku, di luar sana sangat sejuk and It is raining cat and dog, my dear son.
Anak     : but dad, bukan ke manusia tak masuk api neraka kalau hari hujan.?

Ayah     : my son, ayah tak kan pergi kalau cuaca teruk macam ni, sayang.
Anak     : dad, izinkan saya pergi, boleh.? (nada sedih).
Ayah     : hmm..fine. kamu boleh pergi. Tapi hati hati.




Then, anak kecil yang berusia 11 tahun ni pun, keluar meredah hujan lebat. Dia berlari. Ya. Berlari dari pintu ke pintu. Lorong ke lorong. Pusing satu bandar. Dia bagi pemplet tu kat semua orang yang dia terserempak. Tak kisah lah siapa. Even makcik feeza.


budak tu tetap berjihad even hujan.


Dua jam berlalu..
Akhirnya, Cuma tinggal satu naskah aje yang tinggal. Ya. Satu naskah. Masa tu, budak ni dah lencun habis dah. Basah kuyup. Then, dia pergi kat satu penjuru yang agak teduh. Sambil mata meliar mencari sorang lagi untuk di edarkan pemplet tu.




Tapi malangnya. Tak ada siapa kat situ. Tak ada. But. Dia tak putus asa. Dia patah balik kat lorong tu, and tekan loceng rumsah pertama kat lorong tu.



"Ding dong..tra la la la la..."

Loceng rumah tu di bunyi kan. But still. Tak ada yang menyahut. Nak nak buka pintu, memang tak lah.



"Ding dong..tra la la la la..."

Bunyi loceng rumah tu untuk kali kedua. Ketiga, keempat, sampai lah keenam. Still, tak menyahut. Tapi anak kecil ni tunggu lagi. Tunggu dan tunggu. Dan terus menunggu.



Last last, budak ni give up. Dia mula berpaling untuk pulang ke rumah. Tapi ada SWSW (something wrong some where). Dia patah balik and tekan lagi suis loceng. Tak cukup dengan tekan loceng aje.



"DANG.! DANG.! DANG.!"

Budak tu ketuk pintu rumah tu bagai nak rak. Nak roboh pun ada. Dia tunggu. Then, ada something kat balcony rumah tu yang buat dia teragak agak nak blah. Dia tekan lagi loceng rumah tu. Untuk kali terakhir. Akhirnya, dengan perlahan pintu dibuka. "apa yang saya boleh bantu kamu, anak kecil.?" , soalan dari makcik yang membuka pintu.



 
 
"maaf kalau saya mengganggu, Aunt. Saya Cuma nak bagi tahu, Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi aunt. Saya datang ni sebab nak bagi last pemplet ni. Buku ni ada ceritakan sikit tentang tuhan, tujuan sebenar tuhan menjadikan kita, dan bagaimana untuk dapat kebahagiaan dari-Nya".



Pemplet  tu selamat di serahkan.(finally!). Sebelum budak tu berangkat pulang, perempuan tu berkata, "terima kasih ya, anak kecil. Semoga tuhan memberkati mu".


 Ehem.


Seminggu kemudian..
Habis aje solat jumaat, macam biasa, imam bagi ceramah pada para jemaahnya.

"any question.?"

Imam bertanya, sebelum dia menamatkan ceramah nya. Dengan perlahan, kat barisan area area belakang, suara perempuan berkumandang kat speaker.



"actually, saya tak berapa dikenali disini. Saya tak pernah hadir pun, sebelum ni. Sebelum jumaat minggu lepas, saya masih belum memeluk Islam. And yet, tak terlintas pun nak peluk Islam. My husband dah meninggal dunia beberapa dekad lalu. Yet. Meninggalkan saya sebatang kara. Saya betul betul sunyi. Ya. sunyi."


 
<bunyi cengkerik>



"petang jumaat lepas, suasana sangat sejuk. Saya bertekad nak bunuh diri. Tali dengan kerusi dah lama ready. Tinggal nak guna aje. Semua saya dah set up. Tinggal panjat kerusi, gantung leher, and lompat aje. But.! Sebelum saya lompat, loceng berbunyi di tingkat bawah. Saya tersentap."



<membetul betulkan mic sekejap>



"Okay. Back to the topic. Ehem. Saya tersentap. Then saya biar kan tetamu itu. Sebab saya tahu, dia akan blah. But, the thing is, loceng tu tak nak diam. Lagi bertubi tubi bunyi yang di talu kan. Tak cukup loceng, pintu rumah saya pulak dia nak robohkan".



<membetul betulkan telekung>



"saya berfikir sejenak. Sape lah yang ketuk pintu macam nak roboh ni. Tak pernah pernah orang beria ia nak berjumpa saya. Then, saya longgarkan tali. Dan menuju ke pintu dan pulas daun pintu".



<membetulkan mic lagi>



"buka aje pintu, dekat depan anjung rumah saya, berdirinya seorang budak comel. Bersinar sinar muka nya. Tak pernah saya nampak budak secomel ini. Dia tersenyum. Sangat manis. Ya. Sangat manis. Dan dia cakap:



" Aunt, saya Cuma nak bagi tahu, Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi aunt”


Ehem. Then, dia bagi saya satu pemplet bertajuk "jalan ke syurga" yang saya pegang ini. Bila dia pulang, saya tutup pintu and baca setiap isi pemplet ni. Then, saya naik semula ke loteng. Ambil tali dan kerusi tadi. Saya tak perlukan nya lagi".



<gaya nak pulang kan mic>



"Eh, kejap kejap. Ada lagi. Disebabkan belakang pemplet ni ada tertera alamat tempat ni, saya sendiri datang ke masjid ini dengan mengucapkan syukur kepada tuhan. Yup. Tuhan kepada anak kecil yang datang tepat pada waktunya. Disebabkan itu jugak lah, terhindarnya jiwa saya dari keabadian di dalam neraka. Wallahualam".


  kasih ayah terhadap anak tak pernah luntur sejak kita kecil.

 
Ramai yang berada dalam masjid tu menitiskan air mata. Imam turun dari mimbar. Dan pergi kearah anak kecil yang dimaksud kan oleh wanita itu. Dia peluk anaknya. Tanpa dia sedar air matanya mengalir. Menangis beb.



Ehem.


Tersebak jiwa red bila baca cerita ni. Red tahu, ramai antara korang mesti touching baca cerita ni. Nak nak perempuan. Sebab perempuan suka letakkan jiwa bila baca something.



From the other view, nak kaitkan sikit dengan kes cubaan bunuh diri kat shopping complex tu. Sebab apa nak bunuh diri.? Sebab cinta.? Sebab hidup kat dunia ni susah sangat.? Okay fine. Kalau alasan nya hidup kat dunia ni susah sangat, biar red tanya something. Hidup kat alam kubur tu senang ke.? Ehem. Wallahualam.





Terima kasih sudi baca.





Sekian




 
.


~ Sebar firman Allah boleh ubah hidup orang terdekat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...