Assalamualaikum.
Daun itu setia
Hello gediks comels and machos friends. Its a beautiful day out there. Tapi aku punya jadual untuk hari ni penuh dengan kelas ganti. Tu pasal lah aku lambat sikit hari ni. Ehem. Masih ingat lagi tak korang kat entri Alice Alisa aku.? Aku agak terharu bila ramai gila orang suka cerita tu. Tapi cerita tu bukan lah yang aku karang. Itu cuma mitos yang aku terbaca dalam satu page mana entah. Aku lupa sebab masa tu aku tak tahu apa apa pasal blog. Seriuss.
Dulu memang lah aku buta gila dunia blog ni. Yang aku masih ingat, masa-aku-bukan-seorang-blogger dulu, setiap url ni adalah milik google. Tak pun yahoo. Teruk kan, kefahaman aku.? Okay okay. cukup kutuk aku. Ehem. Tapi itu dulu. Sekarang aku dah makin mahir dengan dunia blog. Walaupun masih berjinak jinak. Yes. Aku dah tahu apa yang kita-patut-taip-dan-tak-patut-taip.
Yes. Memang ketara gila kalau nak dibandingkan dulu dan sekarang. I mean, korang sendiri boleh nampak perbezaan dulu dan sekarang melalui peredaran zaman. Aku ingat lagi atuk pernah cakap 10 tahun lepas. "Red, amek gambar kau sekarang. Yes. SEKARANG. Bagus cucu atuk. Okay, atuk nak, kau amek gambar kau, 10 tahun akan datang nanti kau amek gambar kau sekali lagi. And bandingkan" -atuk
To be truth, I have no idea kenapa atuk aku suruh buat macam tu. I mean, apa motif dia.? And and and finally I just realize that, atuk aku cuba sampaikan adalah, "pengalaman-mengajar". Yes. Pengalaman-mengajar. Ada pengalaman, ada ilmu. Kalau dulu, dok pakai selekeh selekeh aje. Hingus tak lap pun tak pe. But now.? Its different. Ilmu dah diterapkan. Kita dah tahu apa itu pakai barang kemas kemas. Dah boleh lap hingus sendiri. Dah pandai pakai perfium. Dah pandai flirt berkawan dengan perempuan. Ehem.
Malam semalam, aku ada kelas. Yes. Kelas malam semalam, lecture aku ada tunjuk satu slide. Terpapar besar bahawa zaman kita bergerak. Dan ilmu ilmu yang diguna sekarang, bakal tak boleh guna pakai lagi. I mean, it might be. Kalau orang dulu Cuma tahu pakai campur-tolak-darab-bahagi aje, tapi sekarang formula matematik dah banyak gila. Yes. Banyak gila.
Memang korang tak akan perasan pergerakkan zaman kita. Okay. Back to my granpa's point. Guna balik apa yang atuk aku cuba sampaikan. Korang bayangkan. Orang dulu berinteraksi (selain telefon) guna radio aje. Then, wujud tv. And sekarang yang nyata kat depan kita, semua orang berinteraksi via facebook aje. Nampak tak.? Radio-facebook.? Hebat sungguh perkembangan ilmu.
Orang dulu. Mengurat macamana.? Surat beb. Siap bedak lagi. Nak kasi wangi kononnya. Kalau upgrade sikit, beli kertas yang dah siap perfume. Bila perempuan dapat aje surat macam tu, mulalah diterbangkan angan angan. Dapat surat je, dah omg omg. Tu belum baca surat lagi. Baca surat cinta punya isi pulak, diorang punya imagination macam tengah baca novel. Badan sasa. Suara jantan. Kening tajam. Dan.... berkepala botak. Ehem. Macam tu kut imiginasi diorang.
Tapi sekarang manalah kita nampak surat surat ni lagi. Out-dated dah. Orang sekarang, asal sikit sms. Sms sms sms. Eh. Orang dulu kan, ternanti nanti rupa sebenar pasangan masing masing. Sekarang mana ada dah. Sekarang ni mms aje. Ada yang lagi teruk. Bila dah tahap desperate punya. Bila dah tahap desprete sangat, kasi terus gambar paling fancy sexy. Yes. Perempuan ofcourse. Lelaki mana ada bagi gambar sexy. Tak ada.
Ehem.
Well, actually style ngorat si lelaki pun dah out-dated lah. Balik balik, "hai boleh kenal.?" Balik balik, "eh muka you familiar lah". Peh-liss. Tak teror betul (pengakuan dari perempuan sendiri). Tapi bila fikir fikir balik, serius memang lapuk style ngorat tu. Tak advance betul. Eh perempuan pun bosan tau asyik trick ngorat yang sama aje. Tengok aku kalau ngorat relax aje. Mula mula cari gaduh. Bikin perempuan tu menyampah. Lagi menyampah lagi bagus. Then bila dah hari hari gaduh, satu hari tu buat senyap aje. Lepas tu mesti perempuan tu rindu. Sweet, kan.? Yes aku tahu aku sweet. Ehem.
Oh ya. Aku hampiir lupa. Kalau korang fikir fikir balik, memang yes, makin lama zaman, makin banyak ilmu yang dah ter-discover. Tapi masalah dia satu aje. Pemikiran manusia. Yes. Pemikiran manusia. Bila dah banyak sangat ilmu, apa yang diorang fikir pun aku tak tahu. I mean, kadang kadang . Eh no. Selalu. Yes. Selalu lah. Selalu ah bila manusia fikir dia dapat satu ilmu, terus nak sebar. Aku tahu niat nak sebar tu bagus. Tapi selalu cakap tak berasas. Maksud aku, atlease bukti kan ah.
Ehem.
Eh. Even setiap hadis or ayat al-Quran yang kita selalu dok copy paste pun ada credit. Setiap hadis mesti dia sebut diriwayatkan oleh siapa. Kalau ayat al-Quran pulak, mesti dia bagi tahu ayat ke berapa. Nampak tak simbol bukti tu adalah dirujuk.
Most of orang sekarang mana ada bagi bukti dari mana sumber diorang. Tahu sebar aje. Lagi lagi kes freemason. Tak pasal pasal Justin Bieber kena pangkah. Asal orang dok sebar kat facebook aje, terus percaya. And sebar kat kawan kawan lain. Asal tiga segi aje freemason. Asal bentuk nak dekat tiga segi pun freemason. Banyaklah freemason korang. Habis tu, spenda korang yang dok pakai hari hari tu freemason.? Peh-liss.
Itu baru dari pemikiran yang kita nyata nampak. Yang tak nampak nya, adalah filem. Yes. Filem. And dramas too. Ah apa apa lah. Yang penting melibatkan lakonan. Orang zaman sekarang relax aje dok berlakun pegang pegang tangan. Peluk peluk. And babak nak ehem pun kadang kadang ada. Eh. Aku tengah cakap pasal drama/filem orang melayu tau. Kalau orang luar Negara tu lain cerita ah.
Tapi ni orang melayu sendiri. Yes. Orang kita. Korang tengok zaman dulu mana ah ada orang buat filem babak babak nak bercium. Pegang tangan pun jarang. Tapi drama/filem sekarang relax aje. Oh oh. Itu belum masuk bab pakaian pakaian diorang yang over-menjolok-mata lagi. Ehem.
Kalau that all things atas tujuan menarik perhatian penonton dan jadi kan ikhtibar, aku boleh cakap yes. Tapi korang fikir balik. Ada ke, orang yang tengok aksi aksi macam tu semata mata nak jadikan ikhtibar.? Nope. Nooooob. Tak ada. Kita semua manusia ah. Terpengaruh lagi ada ah.
Kalau that all things atas tujuan menarik perhatian penonton dan jadi kan ikhtibar, aku boleh cakap yes. Tapi korang fikir balik. Ada ke, orang yang tengok aksi aksi macam tu semata mata nak jadikan ikhtibar.? Nope. Nooooob. Tak ada. Kita semua manusia ah. Terpengaruh lagi ada ah.
Kalau ada golongan yang tengok-untuk-jadikan-ikhtibar pun, just in minor percent. Aku pernah fikir. Zaman sekarang pasangan bukan muhrim main selambe aje pegang pegang tangan. Kenapa.? Rupa rupanya diorang dok selambe pegang pegang tangan sebab terpengaruh drama/filem melayu sendiri.? Oh hipotesis aku betul ah tu.
"Come on lah red. Normal ah babak babak macam tu kat drama/movie. Open minded ah sikit."
Fine. Tak guna nak lawan cakap orang yang asyik-nak-menang. Lagi pun apa yang orang lain fikir bukannya aku boleh kawal. Ehem. Kalau zaman kita sekarang ni pegang pegang tangan dalam drama/movie adalah normal bagi kita, aku cuma akan cakap : ok. Yes ok. But. Think again.
Kalau zaman kita, babak babak macam tu kita cakap normal, macamana pulak kat zaman akan datang nanti.? Pernah tak korang terbayang zaman akan datang nanti babak main tu diorang cakap normal.? Oh. Tak pernah kan.? Tapi tak mustahil tau.
And kalau zaman kita, pegang pegang tangan antara bukan muslim, korang kata standard. Tak mustahil zaman akan datang, pasangan bukan muhrim main, korang akan kata itu standard. Semua sebab pengaruh. Yes. Manusia mudah terpengaruh. And yes again. Aku paling takut kalau anak anak aku dan bakal wife(s) aku lahir pada zaman tu. Serius aku takut. Korang tak takut ke.?
Zaman dulu dengan sekarang adalah sangat ketara perbezaannya. Dan percayalah zaman akan datang akan jadi lebih berbeza dengan zaman kita sekarang. Lagi lagi bahagian persepsi manusia. Yes. Persepsi manusia akan jadi lagi teruk. Tak guna aku nak tegakkan benang yang basah, sebab Allah sendiri dah berfirman dalam al-Quran, manusia akan jadi semakin jahil. Wallahualam.
Terima kasih sudi baca.
Sekian
.











