Saturday, July 09, 2011

KL, Email, dan Janji Lelaki.

Assalamualaikum.





Hello pemimpin-looking boys and contact-lenses-girls. Memandangkan esok hari sabtu, dan aku bakal bertolak ke KL, aku tak sempat nak publish entri yang aku cadang nak publish. Er.. Berbelit belit pulak dah ayat aku. So, aku pun duk fikir fikir apa topik aku nak keutarakan dalam entri minggu ni. Aku ingat nak publish entri yang simple and padat.



Penat gila berfikir. Padahal tak ada masuk apa apa pun idea. So aku pun pergilah ke tingkap. Usha awek nikmati pemandangan alam semula jadi. Ehem. Cantik cantik belaka. Sambil menghirup segelas Nescafe. Peh masyuk. Then, pergi balik kat lappy. Check email. Yes, aku memang suka baca email.



But still. Tak ada apa. Then, jalan lagi ke tingkap. Belum sampai ke destinasi, berkumandanglah lagu 'check yes Juliet' bermaksud satu sms masuk ke dalam fon aku. Dalam hati cakap, "Ni tak lain maxis lah ni. Tahu nak tolak kredit aku je" . Lantas aku mencapai fon. Dan bukan maxis sms aku. Tapi sms dari seorang gadis.



**********
  

Macam ni pemandangan aku kat tingkap masa tu.

"Hey."

Assalamaualaikum. Apa dia.?"

"Oh. Waalaikumussalam. Sory lupa bagi salam. Ehem. Weh. Apesal you cakap macam tu.?"

"Err..cakap apa.?"

"Yang kat dalam blog you tu lah."

"Cakap apa.?"

"Pasal perempuan bercontact lens tu."

"Awat.?"

"You benci perempuan pakai contact lens.?"

"Nope."

"Habis tu apesal you tulis macam tu kat blog.? Okay okay. Apa pandangan you kat perempuan pakai contact lens.?"

"Perlu ke bagitahu.?"

"Just nak tahu pandangan you. Cakap aje lah."

"Tak lawa."

"Why.?"

"Coz it looks fake. Totally fake. Letaklah center mana pun kat iris, still it looks damn fake."



You are beautiful with contact lens. Peh-liss.


"Memang lah fake. Nama pun contact lens. Macam mana lah bakal gf you nanti ek.?"

"Oh. I tak judge dari luar. Asalkan jaga hubungan dengan Allah dah cukup syarat."

"Eleh. Nak yang-bajet-ustazah lah tu. Ye lah. Lain orang lain taste kan.?"

"Eh. Kenapa cakap macam tu.? Betul apa. Yang pemegang mutlak kasih sayang bukan lelaki. Neither perempuan. Tapi Dia. Kalau kita tak jaga hubungan dengan Dia, how come kita nak expect Dia akan jaga hubungan seseorang lelaki and girl(s) tu.?"

"Err..means.?"

"Okay okay. I bagi contoh lain. You ada lappy. You sayang lappy you. Suatu hari, member you nak pinjam. You bagi. Then dia pakai lappy you, tapi tak jaga dengan baik. Lappy you pun rosak. You pun pergi repair lappy you. Bila dia dapat tahu lappy you dah ok, dia nak pinjam lagi. Rasa rasanya, you nak bagi pinjam lagi tak.?"

"Ofcourse not! But. Apa kaitan.? Blur lah."



You are mine. Forever.
 

"Kaitan.? Simple. Kita jaga hak orang lain, orang lain dengan murah hatinya tak kisah pinjamkan barang kat kita. In this loving-Allah-case, kita jaga apa yang Dia tuntut, Dia dengan mahapemurah, dengan murah hatinya akan jaga hubungan couple tu. simple."

"Ok I dah faham. Bagusnya you. Untung siapa dapat you."

"Untung memang lah untung. Tapi takde siapa yang nak pun. I pun pelik. Jadi pemurah pun orang tak suka."

"You pemurah.? Hey. Talent  tu. Kenapa diorang tak suka pulak.?"

"Yelah. Pemurah. I tak kedekut. I tahu I ni baik hati, tak gatal dan pemurah. So, I taknak lah bazirkan 'talent' I ni kat satu perempuan aje. Rugi beb. Tak luak pun. Kesian kat girl lain. See.? Tak faham I kenapa diorang tak boleh terima ke-baik-hati-an I ni. HAHA."

"Ha ah. 'Baik sangat' hati you. Kalau macam ni, lah..Sampai bila bilalah you takkan couple. HAHA. "

"Eh. Bukan you suka kat I ke.?"



You love me


"Ey. Mana ada."

"I tahu you suka kat I."

"Ok fine. Memang lah suka. Tapi I tak sesuailah untuk you."

"Kenapa pulak.?"

"I ni tak cukup baiklah.."

"Lah. Thats not the problem. Itulah tugas lelaki. Didik kaum perempuan (mostly ah. Sebab ramai lelaki yang kecundang bab ni)."

"Poyo."

"Eh.? I pulak kena.? Betul apa. And sebab tak ramai lelaki ada 'talent' lah, kita tak patut bazir kat satu perempuan. Tu pun masih tak boleh terima lagi."

"HAHA. Lelaki ada 'talent' ni bukan untuk I. Someone tu kena trima I seadanya. As who am I. Bukan nak kena ubah ubah."



You are born to be a leader, not follower - boy


"Yes. Setiap orang memang ada hak nak cakap phrase "no one perfect" tu. Tapi tak salah,kan kita melangkah setapak kehadapan untuk jadi yang lebih baik.? Bukan sebab cinta lelaki tu adalah mutlak untuk girl(s) terpilih based on 'who you are' or something like that."

"But ianya sebab one day you will be a mom. Yet, you will become a mentor for your daughter.  Kalau selangkah kehadapan pun tak nak berganjak, what do you think your daughter will expect from her mentor.? I wonder. HAHA."

"But no one perfect lah. Boys also have their own weakness kan.? Let see lah kalau you dah ada gf nanti. And dia nak ubah you macam macam. Rela ke, you.?"

"Kalau ubah ke arah kebaikan, why not.? Kalau ubah ke arah kemungkaran, HELL NO.  Well, basically, life is not about who is perfect and who is not. Sebab kehidupan harian kita ni macam anti-virus, tahu.? Hacker buat virus, then you pasang anti-virus. Virus mati. Then, hacker cipta virus lagi kuat. And anti-virus you kalah. So, you beli anti-virus terkini. Virus baru tu mati. Then, hacker tak puas hati. Cipta lagi kuat punya virus. And it repeats and repeats and repeats."



Life


"Same goes with life. Kita hidup, Allah bagi ujian. kita ni bukannya perfect. Kalah dengan ujianNya. So, kita belajar cara mengatasi masalah. Then, masalah selesai. Then, Allah bagi ujian yang lagi kuat. Kita kalah lagi. So, kita yang belum cukup perfect belajar cara atasi masalah lagi. Then, masalah diatasi. And Allah bagi lagi ujian yang lebih berat. It repeats and repeats and repeats."

"So, nampak tak kenapa wujudnya phrase "tak ada manusia yang sempurna" .? Sebab kita kena keep on move forward."

"Fuyoo! You are really talented in advising people. Don't waste it. Use it wisely. Just take a note. Perempuan tak suka orang judge dia melalui apa yang dia pakai, or apa yang diorang buat. Diorang jugak tak suka bf diorang ubah diorang macam macam."

"Coz they will be like originally who they are when they met. Okay. True life is short. Just make it enjoy lah. okay.?  You ni memang penuh dengan rules and opinion. Hey. So amazing. Seriusly. Untung siapa dapat you."

"Waste it.? No I won't. HAHA. Untung siapa dapat I.? You nak tak jadi orang yang untung tu.?"



Ikatan dua hati


"Boleh ke.?"

"Boleh. Tapi nombor tiga lah. "



**********

Lepas tu, terus dia tak reply reply. Kredit dia habis kut. Or dia dah tertidur. Err. Ada tak aku mention yang kitorang chatting sampai malam.? Eh. Mana ada dia tengah marah. Tak ada. Tak ada. Takkan lah chatting dengan orang baik, tak gatal serta pemurah ni, boleh sakit hati. Tak akan punya. Then, esok paginya, aku terima lagi satu sms. Masa tu aku tengah mamai baru bangun tidur.



**********

"Weh. Pasal semalam tu.. Jangan pulak you tulis dalam blog tau."

"Tulis dalam blog.? Tak ada lah. Tak tulis punya. Jangan risaulah. 'Janji lelaki' kan boleh dipercayai. Lagi lagi yang tak ada apa apa ikatan."



*********

Then, bateri fon aku habis. Charger pulak hilang entah kemana. Dan disaat korang baca entri ni, aku dapat dengar  teriakkan beliau dari Dang Wangi. Menjerit sepuas hati nama aku. Aku rasa semua frasa "I-you" dah jadi "gua-lu" lepas ni. Erk.





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Wednesday, July 06, 2011

Wordless Wednesday #5 | Don't Take Love For Granted.

Assalamualaikum.







Actually aku nak tuju post ni kat perempuan. So, wahai cute-looking-girls-without-contact lense sekalian, Sila vice-versa kan situasi ni. Sebab girls usually suka take love for granted. Pfft. -..-"



Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Sunday, July 03, 2011

Troll : Smokers Tak Patut Kena Ban Terus.

Assalamualaikum.



Take a deep breath


Hello wangi(s) and smokers. Minggu lepas aku ada usha berkawan dengan satu perempuan ni. Kira kawan perempuan baru ah. Eh jangan salah faham. Bukan gatal ok. Tak gatal. Ehem. Then, kitorang borak borak. I mean texting.  Tiba kat satu tahap, munculah dia satu soalan yang freakin' annoying bagi aku. Iaitu, "Eh. Awak smoke tak.?" . And I was like, "Seriously. Kenapa semua perempuan mesti nak tanya soalan tu setiap kali baru kenal seseorang lelaki.?" .



It's a perfect nonsense question. Adakah bila tahu je kawan kita tu smoker, kita kena terus tak nak kawan dengan dia. Terus ban dia. Tak boleh kawan dengan dia. Kalau kawan dengan dia kita pun jadi perokok. Oh kita pun akan mati cepat. Oh tidak. Tak nak mati cepat. Oh ya. Kita kan melayu. Melayu mana ada fikir dengan rasional sebelum nak judge orang. So kalau ada smokers, kita kenalah jauh dari dia.



Kesian gila para smokers. Dah takde siapa nak kawan. Eh wait wait. Adakah ini betul.? Hell no. No way. Mana boleh macam ni. So what kalau dia smokers.? Eh smokers tu pun orang lah. Ada perasaan. Lagi lagi bila dia dapat tahu korang punya rejection kat smokers. Kan sebelum ni aku ada bagi tahu tentang cara perempuan reply bila lelaki tu jawab dia smokers or not,kan.? 






 Tacing beb diorang kalau diorang dapat tahu tentang korang punya kutuk kaw kaw.Lepas tu terus bawa diri. Berhari hari tak makan. Dan mati kebuluran. (yang ni aku tambah..)


Ehem.


So, apa salahnya kawan dengan smokers.? Eh. Aku pun lepak dengan diorang. Macam tu jugak dengan lelaki lembut. Lepak aje lah. Kenapa aku lepak dengan diorang.? Sebab persepsi diorang. Yes. Cara pandangan diorang. Cara pandangan diorang lain lain beb. Kalau orang biasa maybe cakap, "Oh. Aku(lelaki) kena lah bijak pandai. 4 flat. Barulah ramai gila perempuan terpikat.". Sebaliknya pada pandangan smokers lain beb.



Diorang prefer untuk jadi tak terlalu pandai. Sebab apa.? Sebab kalau terlalu pandai sangat, nanti perempuan takut nak dekat. Nak nak junior. Sebab diorang sedar yang diorang tak terlalu pandai nak lepak dengan budak budak pandai. Hey it makes sense. Perempuan biasanya rendah diri. Sukakan bimbingan.  




Takut or segan.?


And pada masa yang sama takut nak  berkawan lelaki yang super genius. Yang 4 flat for every semester. Diorang lebih prefer yang biasa biasa. Yang tak skema sangat. Kalau boleh yang bad-looking-boy. Nice. Sebab nampak macho bila tengah mengajar.




"Tapi red, bau dia busuk lah. And I tak suka asap dia. Lagi lagi bila kat dalam rumah. Tambahan, I ni ada alahan dengan asap."



Minggu lepas, aku belajar pasal aircond. And lecture aku ada terangkan macamana kita nak tahu dalam satu bilik ber-aircond tu orang smoking or tak. And jawapannya tengok dekat sisik aircond tu. Kalau berdebu gila punya banyak, maknanya orang dalam tu selalu smoke. Why.? Sebab asap rokok sebenarnya bukan asap biasa. Tapi asap berdebu.



And korang mesti selalu selsema bila ada orang smoking, kan.? Lagi lagi dalam rumah. Why.? Sebab asap berdebu tu tak dapat keluar. So how the solution.? Freakin' out.? No. Please don't. Senang aje. Pastikan korang bukak tingkap. Bukan satu tingkap. Tapi dua. Syaratnya tingkap tu mesti saling bertentangan antara satu sama lain. Untuk provide cross-ventilation. Kalau depan tingkap tu takde tingkap lain, cuma ada pintu aje, bukak pintu tu.




Window provide good ventilation


Why, why, and why, kena bukak tingkap and pintu untuk provide cross-ventilation.? Sebab nak benarkan udara segar masuk untuk gantikan udara berdebu korang tu. Even kalau korang turn on kipas tapi tak bukak mana mana tingkap, it still the same. Sebab kipas bukan agen yang provide fresh air (udara segar). Dia cuma circulate udara dalam bilik tu. Kalau berdebu bilik tu, sampai bila bilalah udara dalam bilik tu terus berdebu and korang akan terus selsema dalam bilik tu.




"Tapi red, I tak suka perokok sebab diorang ni membazir duit untuk cepatkan diorang punya mati."


Ini lah statement paling digemari oleh perempuan. Nak nak melayu. Serius. Kalau tak percaya, korang boleh tanya diorang sendiri. Aku tak faham. Kenapa orang nak kaitkan dengan smokers ni cepat mati. Siapa kita nak cakap, "Oh. Dia perokok. Dia cepat mati." , "Oh. Dia perokok. Dia mati dulu." . Siapa kita nak cakap macam tu.?



Kuasa apa sangat yang kita ada sampai boleh cakap macam tu.? Sedap mulut aje nak cakap smokers ni mati dulu. Ajal maut kan kat tangan Allah. Hey even budak kecik pun boleh mati dulu tau. Ada orang tu tak merokok pun, tapi mati awal jugak. So, masih lagi nak judge smokers mati awal.? Pfft.




poison lips


"Red, ada fatwa cakap merokok tu haram. Sebab ada pelbagai jenis racun dalam tu. Kalau tak percaya, google."


Fatwa haram. Itu haram ini haram. Couple haram. Kerja kat kfc McDonald haram. Semua haram. Percaya bulat bulat.? Hell no. Screw them. Nak tahu tak, sekarang banyak gila orang-bajet-alim yang keluarkan fatwa sendiri. Orang tu buat tu masuk syurga. Orang ni buat ni masuk neraka. Orang tu ikut apa yang dia buat dapat syafaat nabi. Orang tu tak ikut apa yang dia buat geng dengan Abu Jahal. And macam macam lagi ah.



Seriously. Banyak. And ramai jugak golongan yang duk ikut aje apa yang dicakap tanpa fikir dan kaitkan dengan logik akal. Aku ambil contoh, ada seorang ni kerja kat satu syarikat yang punca duit dia dari jual arak. Kawan dia tegur pasal kerja kat situ kira bersubahat dengan pengedar arak. Lalu kawan dia kata ada fatwa cakap orang bersubahat ni ampun dia tak diterima Allah. Forever.



So, dia pun cepat cepat  berhenti kerja. And jadi penganggur. W T Hey. Korang dah kerja keras demi sesuap nasi. So, layak ah korang dapat ganjaran. Tak payah lah fikir dari mana duit tu datang. Bila dah dapat tahu benda tu, tak sepatutnya kita terus percaya and terus berhenti kerja. Carilah kerja lain dulu. Dah comform dapat, baru berhenti. Jangan terus takut dengan fatwa tu. Fikir logik. Kan dah tak pasal pasal fatwa tu buat orang hilang kerjaya and tak ada duit untuk makan.




Rehat dulu


Aku ambil contoh lain ah kasi korang faham. Contohnya aku bukak satu kedai makan kat tepi jalan. Jual mee rebus. Sedap. Tiba tiba datang sekumpulan pusher (pengedar dadah). Mengidam nak makan aku punya mee rebus. Diorang makan. Dah habis, diorang bayar. And aku terima duit diorang. Tak kan aku nak bagi diorang makan free kot.? Dah makan tak nak bayar pulak. No way.



Tu baru tentang fatwa kerja haram. Yang orang macam haram keluarkan. Belum masuk bab couple lagi. Di katakan haram 100% jugak. Pfft. So apa ulasan aku.? Okay okay aku tak ceritakan kat sini. Nanti panjang pulak entri ni.


Ehem.


Rokok haram sebab ada racun dalamnya. Lol. Kalau sebab tu diorang suka suka nak haramkan rokok, baik haramkan sekali junk food. Sebab apa.? Sebab junk food ada gula. And kalau nak tahu, gula pun mengandungi racun. Tak percaya.? Tanya budak medic. Hey. Even Yusuf Al-Qardawi pun tak sahkan rokok tu 100% haram. Siapa beliau.? Google.




Fine

Okay okay. Still berdegil and korang ada dalil dalil yang membuktikan rokok tu haram. So what kalau rokok tu haram.? Kalau rokok tu haram, kita tak boleh kawan dengan smoker.? Kalau tahu dia smoker, kita kena jauhi dia.? Kalau macam tu, sampai bila bila lah dia akan terus hanyut. Why not kita tak bimbing dia elok elok.? Nasihat pelan pelan.



Hey even rasulullah saw pun pernah bimbing seorang yang tak islam masuk islam dengan cara baik tau. Cerita dia macam ni. Ada satu orang tak berapa nak islam ni wiwi (kencing) kat tempat ambil wuduk dalam masjid. Sebagaimana kita tahu perbuatan tu adalah seperti menghina islam. So, bila para sahabat rasulullah dapat tahu, orang tu hampir dibunuh.



Tapi bila rasulullah saw nampak, dengan serta merta dia suruh sahabat berhenti. Lalu rasulullah pujuk orang yang tak berapa islam tu. Dan cakap baik baik. Ajar tentang adab. And lastly dia masuk islam. Lebih kurang macam tu lah hadisnya. (correct me if i'm wrong)




Pujuk dan pujuk dan terus pujuk


Well, memang lah mostly smoker ni susah nak berhenti. Sebab once seseorang  dah start smoke, smoke dan badan seseorang tu akan ibarat seperti motor dan minyak. Or kereta dan minyak. Ianya atas kajian sains. So kalau korang awek si smoker, pujuk ah. jangan berhenti pujuk. Sometimes lelaki ni ego. Okay bukan sometimes. Selalu. Tapi kalau lelaki dah betul betul sayangkan perempuan tu, dia akan tekad berhenti smoke.



And ianya tak jadi masalah kat lelaki yang merupakan boyfriend kepada smokergirl. Sebab perempuan akan buat apa aje untuk lelaki yang dia sayang. Termasuk berhenti smoke. Sebab apa yang diorang tahu, adalah diorang dipimpin. Salah pimpinan, salah lah jalan dia. Betul pimpinan, betul lah jalan dia. Something like that lah.




Lepak sahaja


Actually best tau lepak dengan orang yang bukan type kita. Pendapat yang berbeza tu sangat penting. Honestly, masa first time lepak dengan diorang, and diorang utarakan pendapat diorang memang lah macam banyak gila clash pendapat. Bila aku fikir fikir balik. Hey. Betul apa yang diorang cakap tu.



Nice. And maybe lepas ni bila lepak lepak dengan diorang aku boleh terapkan sikit sikit pengetahuan tentang bahaya rokok dengan lebih detail. Yelah. Bila dah rapat, barulah kita saling hormat pandangan orang lain. Bukan terus ban. Insyaallah. And aku mintak maaf kalau entri aku semakin bosan. Sebab ada yang mengadu entri aku dah makin bosan. 5 hari aku buat kajian tentang entri ni. Oh ya. Aku bukan smoker tau and aku tak ban smoker.




Terima kasih sudi baca.


Rujukan :
Forum iluvislam (Rokok Tak 100% Haram) [Link]
Hamka, Fatwa Palsu Kian Berleluasa [Link]
Khairul, Kalau Couple Haram, Kenapa Bertunang Tak Haram.? [Link]
Gula dalam sains
Hanaor A.,Principle of Stucture,1990

And ada lagi lain. Tapi aku lupa.


Sekian





.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...