Showing posts with label Love~. Show all posts
Showing posts with label Love~. Show all posts

Sunday, September 09, 2012

How Do Boys Attract Girls.


Assalamualaikum.


This is an empty path.


Hello handsome boys and handsome girls. How are you guys doing today? Happy sebab nak naik sem? Yeah. Aku tahu korang sukaaaa sangat belajar and tinggalkan bilik korang yang comel comel tu. Ehem. Well, di pagi ahad yang mulia ni bukan aku nak bernovelisasi kan pasal kegembiraan korang nak naik sem, tapi pasal soalan request dari seorang readers yang bertanyakan soalan;



"Dear abang red, nama saya **** , Saya suka sangat baca blog abang. Sampai setiap post baru abang saya share kat facebook. Nampak tak macamana saya punya huge fan towards you? So, saya harap abang buatkan satu entry on How Boys Attract Girls. Boleh? Boleh lah ye ;)"



Err.. First, don’t call me abang. Call me Mr. Ceh! Haha. Okay joke. Baik adik. Terima kasi kasih soalan yang. Err. Wait. Aku bukan doktot cinta. And why the pencil aku kena jawab soalan tu? Urgh!. Tapi nasib baik adik ni perempuan. Err. Macamana aku tahu? Aku tahu lah sebab nama dia Shikin. Eh.


Cari ilmu biarpun jauh melintasi lurah.


So, daripada aku terus membebel tanpa arah tuju, adik, abang harap entry ni membantu adik. And ingat free ke entry ni main mintak mintak je? Sila pos kan kuih raya. Harap adik terbaca pesanan abang ni. Ehem.


***********


Good Appearance
As you guys know, semua orang pun suka benda benda cantik. Even babies. Tak percaya? Korang try hulur seringgit baru dengan sepuluh ringgit baru. And korang akan nampak baby tu pilih dua dua. Sebab apa? Both money design cantik. Yes. Cantik. Wait. Apa korang kata? Macam duit jutaria? Ohno. Jangan cakap macam tu. Itu kan duit Malaysia. Ada gambar agong lagi. Lain kali watch your manners. Ehem.



Back to the good appearance, kenapa ianya tersangat sangat sangat dan sangat penting? Sebab manusia sentiasa akan bagi first impression depends on your appearance. Cuba bayangkan korang nak buat blind date and yang datang tu seorang yang selekeh and berbau. Nak ke korang teruskan blind date tu? I don't think so. Haha. Maybe korang akan lari sebelum dia cam korang.

Men love to relax.


And ada juga sepsis girls yang setiap kali jupa orang yang baru nak kenal, dia akan usha telinga lelaki tu? Why? Sebab nak tengok lelaki tu pemalas or tak. How? Senang je. Kalau agak agak nampak telinga lelaki tu hitam je, that means lelaki tu sebenarnya pemalas nak jaga kebersihan. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab bersihkan telinga sendiri pun pemalas. So guess their next attitude? Teka perangai dia yang lain. Pfft.



So, be a good looking, stay in a good smell and jaga kebersihan.



Take Notes What She Likes
At this point, the topic will be more interesting. So, keep scrolling. Take notes what she likes. Maksud aku kat sini jangan lah directly tanya kat dia apa yang dia suka. Pembendul namanya tu. Some girls love a men get tricky on them. Serius. So how? Simple. Bawa diorang (the girls) pergi window shopping. Actually benda ni nampak macam "urghh.. Window shopping? Tak gentel langsung ah". Tapi sebenarnya tu lah cara girls shopping.



Well, girls selalu akan usha dulu benda dia minat and harganya. Then, next week dia akan pergi balik shopping mall tu and dapatkan apa yang dia usha. But. Korang jangan lah tunggu sampai dia pergi shopping mall tu sendiri. Perhatikan apa yang dia usha. Then, korang pergi lah shopping mall senyap senyap and beli kan dia hadiah. Bagi alasan surprise. It's simple. And akan cair kan hati girls. And buat kan girls tu cakap "macamana you tahu I nak beli yang ini???" .
Understanding men is a need.


Kenapa cara tu senang nak attract girls? It is because, most girls love an understanding men. Girls suka kan lelaki yang memahami apa yang diorang nak. It's true. Aku dah try tanya mak aku. And she admit it is true. Understanding men? Green light.



Be a Good Listener and Commenter
This is the most point yang buat girls rasa sangat comfortable dengan the boyes(boys). A good ear and mouth and tongue. Well, korang sendiri tahu lah yang perempuan ni semuanya hati kaca. Tisu sometimes. Sangat fragile. Rapuh. Kena cucuk sikit dah pecah. Kalau yang hati tisu tu, cucuk sikit terus koyak. And then kena bawa balik kat kilang untuk pemprosesan semula. Which mean, takes taime to mend. Ambil masa sangat lama untuk pulih. Tak caya korang tanya diri korang. Jangan nak "peh-liss" sangat lah kan.



Kaitannya kat sini adalah different people, different world. Setiap karakter ada dunia dia tersendiri. And setiap orang takkan dapat lari dari ujian kat dunia ni. Means, girls also got the test from god. And sometimes, they cannot bear the test. Lemah. Tak mampu nak tanggung ujian yang sangat berat. At this point, girls akan cari 'Si Telinga' untuk mencurahkan kan perasaannya. Which is she will need a really good listener.


Be a good listener.


Bila ini berlaku, ini lah masanya korang kena jadi a really good listener. Jadi seorang pendengar yang sangat baik. Don't make stupid jokes. But give some good advice. Just imagine, perempuan tengah sibuk luahkan kesedihan, and si lelaki berloya buruk. It gross. Really. She will find it the boy is not a good listener. Girls akan lebih suka boys yang pandai bagi nasihat. Bagi deorang, boys yang pandai bagi nasihat sangat matang and ready to take care of any girls he wanted to. And that girl akan rasa sangat heaven kalau si lelaki tu pilih dia. Right girls? Baik korang angguk dari menongkatkan dagu. Ehem.



So, korang boleh nampak tak dari tiga tips yang aku bagi boleh seriously pikat perempuan. How? Cuma satu je keywords yang ada kaitan dengan semua point kat atas. Memahami. Semua point kat atas ada kaitan dengan memahami perasaan perempuan. Like understand how to get along with girls dengan good appearance. Which is faham yang perempuan tak suka dengan lelaki yang selekeh. Number two, understand what she want and really really want. Maksudnya faham apa dihati deorang. Usha barang je tak cukup dher.



And number three is understanding men who can be soft and comfortable to be a friendly teddy bear. Yang maksudnya perempuan akan sangat selesa dengan lelaki yang merupakan pendengar yang baik dan pemberi nasihat yang bagus. Bagi deorang macam teddy bear yang lembut dan gebu untuk dipeluk peluk. just macam. Bukan peluk betul betul. Kan?



So, now you know how I charms my reader? No wonder aku ramai awek. Eh silap. Aku ramai readers. Lalala.



Sebenarnya aku dah 4jam terlepas deadline untuk contest nuffnang. Apa apa hal, hope korang enjoy baca entry kali ni.Terima kasih sudi baca.



Sekian



.






Monday, January 16, 2012

Take Your Own Risk Kalau Pilih Bercinta Lepas Kahwin Lagi Baik.

Assalamualaikum.



 Korang baru lepas putus ke? Alololo.


Hello lonely girls and mulut-manis-boys. Kalau diikutkan pada entry aku sebelum ni, aku ada mention pasal bercinta. Yeah. Love and eww eww. Pasal putus cinta lah, hape lah, jadah lah. But ada satu sentence tu aku cakap its okay kalau kita nak bercinta. And that makes the sentence means bercinta sebelum nikah. And the interesting point is, is it wrong bercinta sebelum nikah?



And for majority of people opinions, diorang akan cakap istilah 'couple' tu tak ada dalam islam. And diorang akan prefer pada, "I rather love after married" . And that is bull-sit. Sebab apa? Sebab ramai je cakap macam tu. And then bercinta jugak sebelum nikah. See? Bukan lelaki je tak tahu tunaikan apa yang dijanjikan. Perempuan juga. Fair lah kan? Hek hek.



And ingat lagi tak kes video about someone is been proposed by stranger? Aku sure ramai yang nak kena proposed by stranger lepas tu. Influence lah kata kan. *ramai terasa* . And did you guys know that she is a very lucky girl. Sebab nak kata strangers tu tak jugak sebenarnya. Sebab her aunt's friends yang recommend kat aunty perempuan tu. So, sedikit sebanyak family dia tahu latar belakang lelaki tu. And adakah aku nak troll korang yang nak bercinta lepas kahwin?



Stranger carries risk all the way
 

And the answer is yes. HAHA. Buckle up your sit belts and jangan nangis. Alolo. Okay listen. Aku tak tahu macamana korang boleh nak bergantung nasib macam Nur Dianah tu. Even Dianah tu takes her risk nak terima proposal lelaki tu, tahu? And apa yang aku nampak which is korang tak nampak adalah risiko yang Dianah ambil.



Okay, can you guys tell me, korang nak ke terima someone yang korang tak pernah kenal dalam hidup jadi pasangan hingga akhir hayat? I mean like how dia punya penampilan, keturunan, harta, dan agama? Okay aku bagi contoh. Keturunan. Cuba korang bayangkan, 'stranger' yang propose korang tu, latar belakang dia dari ahli kongsi gelap. And you wouldn't even know about it. Sebab korang terima je lamaran si stranger.



Korang tahu tak betapa bahayanya hidup korang kalau salah seorang family korang ada kaitan dengan kongsi gelap? Kes dia memang tak diheboh heboh. Kalau korang nak tahu, just cari kawan yang ada kaitan dengan kongsi gelap, rapat dengan dia, nanti lama lama dia akan ceritakan kat korang. And that is just a freaking out. And same goes to 'stranger' yang propose korang tu ada kaitan dengan ah-long. Korang nak ke rumah di simbah cat bagai? Who knows kan? Dah nama pun stranger.


Ah-long has no mercy (tapi apa kaitan dengan ninja turtle? -.-)


Harta. Just imagine kalau si dia yang propose korang tu adalah dari orang susah? Korang nak tanggung family dia sekali? Kalau korang mampu, just go for it. Cuba kalau korang punya gaji pun cukup makan untuk family kecil korang sendiri je. Macamana korang nak manage untuk tanggung satu family dia? And macamana pulak kalau dia orang yang susah and then pernah pinjam ah-long? Dah berantai kat situ.



Okay tadi tu cuma pasal keturunan and harta. And I'm sure part penampilan korang boleh ketepikan, sebab most of girls cakap, "Saya tak pentingkan penampilan. Janji hati baik" . Pfft. Tak pentingkan penampilan kunun. Bila nampak lelaki hot macam Mat Lutfi, angau jugak dibuatnya. But orang kata tu alah bisa tegal biasa, kan? Walau pahit kita telan jua. Ehem.




Tapi kan, cuba kalau aku letak Sungha Jung. Yang dah masuk Islam punya. Korang figure it out. And ianya boleh membuktikan yang perempuan memang suka pada benda benda cantik dan comel. Kalau tak percaya, letak lah diorang kat shopping mall. Komform semua benda dia kata cantik. Cantik cantik cantik. Beli tak pun. -.-'



Ambil tahu lah sama ada Encik Beliau suka sosial atau tak


And bila masuk point yang ke empat, korang kena sangat ambil serius. Sebab macamana korang boleh nak terima 'stranger' dalam hidup korang kalau korang tak tahu latar belakang dia tentang agama. Which is dia solat cukup ke tak. Ikut perintah Allah ke tak. And others. Silap hari bulan, dapat suami yang panas baran, di salahkan semua lelaki memang panas baran. Time tu baru nak menyesal. Hey, Lelaki yang jaga agama dia, baran dia dipelihara tahu? Insyaalllah.



And sekali lagi aku nak tekan kan, for those yang nak bercinta lepas kahwin, just think again. Lainlah kalau parents korang yang cari tu betul betul tahu latar belakang bakal pasangan korang yang akan dibawa ke Jannah tu. Atau pun, kalau degil sangat nak jugak stranger, korang pesan kat mak, "mak nanti tolong cari yang baik pada penampilan, keturunan, harta, dan agama, ya ^.^ " . Komform kalau tengah masak sambil tabur garam dalam lauk tu, garam yang ditabur tu tumpah semua masuk dalam lauk. HAHA.



(Hilang gian aku nak troll. HAHA. *sebenarnya aku nak troll pasal perempuan. Lalala*)



Updated : Oh ye. Aku mention bercouple ke bercinta ye? ^^ Tak salah bercinta cara islam asalkan tak langgar batas pergaulan kan? Bercinta dengan bercouple tu dua benda yang berbeza tahu? Search balik. [Beza Antara Bercouple Dan Bercinta]



Update 2 : Duhh. Korang salah faham yang aku galakkan couple =.= Aku tak galakkan langsung bercouple. Betul lah tu komen korang kata dalam Islam ada pertunangan. And pertunangan termasuk dalam kategori sebelum kahwin, kan? -.-


Refference;
Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal. (Hilal Asyraf)
Cinta Dahulu Sebelum Kahwin? (Ustaz Ismail Kamus)
Declaration Of Hukum Haram | Beza Antara Bercouple Dan Bercinta (BlogTheOtherKhairul)
*Ada lagi beberapa dari forum iluvislam tapi aku lupa linknya. Sorry.



Sekian



.


Tuesday, January 10, 2012

Sebab Kenapa Korang Masih Belum Bertemu Jodoh.

Assalamualaikum.


Hello 2012


Happy-New-Year girls yang ditinggalkan and bad boys yang meninggalkan. Haha. Rasanya dah terlambat ke belum ek, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun 2012? Dah terlambat? Ah. Tak kisah lah. Aku nak cakap jugak. Nak jugak. Aku tak kira. HAHA.



Kalau nak cakap pasal tahun baru mesti banyak yang nak ceritakan pasal azam. Yeah azam. Contohnya "Tahun ni aku taknak makan Mekdolah lagi". Tak pun "I wanna be a better person". Atau pun most blogger akan post pasal malam menyambut tahun baru. Yeah. Aku sebenarnya bukan nak ceritakan tentang tu. Sebab aku jumpa beberapa post yang menarik minat aku untuk share masa malam sebelum tahun baru 2012. So, what is it?



"I end up with 2011 with single as status. And I proud of it". And guess what. Yang buat post macam tu semua bukan yang tak comel. Semua comel comel belaka. Wait wait. Kat sini aku bukan nak tekan kan yang aku berkawan dengan perempuan comel je. Tapi memang hakikat semua perempuan ada comelnya sendiri. But in different way, kan?



Pretty boy have a quite a lot attraction in girls eyes


Okay back to the sentence, sebenarnya bila aku baca status, aku gelak je. Sebab apa? Sebab aku tahu orang yang buat status macam tu sebenarnya baru lepas sakit hati putus cinta. Yeah. Boys semua jahat. Kaki perempuan. Mulut manis macam gula gula. And etc. Tapi sebenarnya bukan salah lelaki 100%. Korang (yang baru kena putus) bayang kan lah. Bila ada lelaki nerd gigi arnab botak pendek approach korang, adakah korang terima? Aku bet korang Cuma akan terima kalau lelaki ala ala bad boys yang approach.



And bla bla bla. Sampai satu tahap. Korang tak tahan dengan awat manis dia yang dia kongsi kat girl(s) lain, and wallah. Korang putus. And then salah kan tak ada lelaki kat dunia ni boleh dipercayai. Makan hati. Yeah. And korang tahu tak sebenarnya putus hubungan tu sebenarnya cuma ujian dari Allah? Yup. Allah Cuma nak tengok apa reaksi korang bila dia tarik balik nikmat yang dia bagi. 



Dia nak tengok sama ada korang give up (tak redho dengan ujian yang dia bagi) or korang terus tabah (some day Allah akan bagi seseorang yang betul betul special buat korang). And macamana pulak sebenarnya hubungan korang tu adalah ujian dari Allah? Simple. There are two way untuk kenal pasti (yang aku tahu setakat ni)



"Everything is about you" <-- kononnya


First, korang belum pernah ada apa apa pengalaman dalam dunia penuh dengan warna pink (penuh dengan kasih sayang). Kat situ korang akan rasa macam everything is going smoothly. Tak ada siapa haling korang. And one day Allah tarik balik si encik beliau. And nak tengok reaksi korang. And for sure girls akan habis kan lima (5) kotak tisu. Ha. Jangan tak mengaku. Elele. And why this happens? Sebab Allah nak bagi kita jadi makin matang.



And second, hubungan korang tu rapat sangat dengan maksiat. Yeah. Maksiat tu best. Boleh buat korang jadi gian. And buat korang jadi macam "I want more and more". And bila korang dah rapat sangat dengan maksiat, for sure korang akan jauh dari Allah. And bila korang jauh dari Allah, guess how Allah nak bagi ke-rehdo-an pada hubungan korang?



And bila aku cakap maksiat, adakah pasal ehem ehem je? No no no. Maksud maksiat sebenarnya adalah melakukan something yang Allah larang. Which is buka aurat pun kira maksiat. Yeah. Buka aurat. Aku tak fokuskan girls pakai tudung or tak. Sebab pakai tudung bukan wajib. Yang wajib nya tutup aurat. Yes. Ada je perempuan pakai tudung tapi baju masih menampakkan bentuk badan. Best jadi sexy katanya. Ehem.



Dalam diam nak menunjuk kat kaum sendiri -backstabber

And aku baru perasan yang perempuan suka sangat nak jadi sexy bukan sebab nak tunjuk pada lelaki. Tapi nak compare dengan kaum nya sendiri. Yes. Nak tunjukkan kat perempuan lain yang dia lagi cantik. Lagi vogue. Lagi cun mata bolat. Yeah. Kau menang. Oops. Tu baru cerita pasal aurat. Belum lagi batas pergaulan lelaki dan perempuan dalam islam.



And again. Bila dah rapat dengan maksiat, sure korang akan jauhkan diri dari Allah secara tak langsung. And that makes solat pun selamber je korang tinggalkan.



And pada yang dah jumpa kekasih yang betul tu aku doa kan korang end up bahagia till Jannah. (ayat cam kenal, kan? hehe) and untuk langkah keselamatan, ingat Allah and akhlak dan perbuatan korang akan sentiasa terpelihara. True story. And yaeh. Aku suggest korang layan video bawah ni. Aku terjumpa semalam. And saje nak share sebab alang alang ada kena mengena dengan topik aku ^^







Your life, Your Choice -storymaker



Updated : Aku tukar tajuk sebab ramai komen terus bila baca tajuk. Dem. Aku benci orang macam tu.



Sekian



.


Wednesday, October 05, 2011

Surat Reply Dari Future | Cara Menulis Surat Untuk Future Kakanda.

Assalamualaikum.


Surat awak sangat sweet


Kehadapan kakanda yang ditaati. Saya dah baca surat dari awak. Saya dapat rasakan ketulusan hati awak ketika menulis. Saya terharu sambil nangis-nangis tahu? Saya pun tak tahu kenapa saya kena menangis untuk lelaki gatal macam awak. Serius saya tak faham.



Awak, saya tahu awak sangat baik. Dan gatal. Tak apa. Gatal tu saya ketepikan. Sebab memang semua lelaki dalam dunia ni gatal. Gatal tak apa. Yang penting awak setia. Tak payah cakap lelaki handsome je gatal. Even  lelaki botak pun gatal lah awak. Ehem. Kami kaum perempuan memang dah tahu perangai subjektif lelaki. Sebab tu kami tak pandang paras rupa. And most of us akan pandang pada duit dulu.



Eh awak jangan cop kaum kami ni mata duitan. Bukan apa, setakat kata kata 'money is not everything' tu dah lapuk lah awak. Zaman sekarang semua nak pakai duit. Even nak senyum pun pakai duit tau. Cuba awak bayangkan. Nak makan, tak ada duit. Bila lapar, rasa down. Bila down, tak bahagia. Bila tak bahagia, macamana nak senyum? So, duit sangat sinonim dengan kehidupan kita semua, kan awak?



Pfft. Of course it can


Okay, yang tadi tu saya cuma bercakap tentang duit dan umum. Kalau kat rumah pulak. Macamana kami (kaum perempuan) nak masak untuk suami kalau tak ada duit nak beli ayam-daging-ikan-sayur? Karang kalau kami tak masak, si lelaki kata kami malas pulak. Lepas tu sibuk kata nak upah bibik. Then, kalau pilih tu, pilih yang solid-solid pulak tu. And yet, bagi alasan supaya kami ada teman berborak. Peh-liss.


Kakanda yang disayangi,


Sebenarnya banyak lagi cara untuk kami cari teman berborak. Apa guna ada anak anak kalau buat teman borak? And then, sambil jadi teman, boleh lah didik pasal agama. Mengaji misalnya. Nak harapkan lelaki? Kerja pagi balik malam. Entah bila entah nak ajar anak-anak pasal agama. Eh. Saya tak cakap awak tau. Saya cakap kaum awak je. Awak baik. Awak selalu bagi duit and pandai bahagi masa untuk saya dan anak-anak.



Awak, saya tengok, lelaki zaman awak tu, tak kira  handsome or tak, baik atau jahat, semua nak isteri yang baik-baik. Saya tak faham. Asyik-asyik kalau bab ciri-ciri teman hidup, mesti semua nak yang bertudung, baik akhlak, sopan santun etc. Tapi diri sendiri solatnya tak pasti cukup ke tidak. Jangan-jangan tak pernah solat. Lepas tu, nak sentuh sentuh kes perempuan ramai tak tutup aurat pulak.Seriously?
 


Boys, please be responsible-looking person
 

Awak, saya tak faham kenapa kalau bab aurat dibuka, mesti nak point pada perempuan. Eh lelaki pun lebih kurang lah. Saya tengok ramai aje lelaki pakai seluar pendek. Budaya Amerika lah katakan. Awak, kalau boleh awak nasihatkan lah kaum awak tu. Bukan apa. Nak pakai seluar pendek tu boleh. Tapi jagalah. Nak berseluar pendek biarlah kat rumah sendiri. Jangan lah sampai nak pergi study group pun pakai seluar pendek.



Memang lah lelaki dengan lelaki tak apa. Tapi takkan lah tak reti nak hormat kaum perempuan kat dalam rumah tu? Kalau rumah kawannya tu tak ada kakak atau adik perempuan tak apa lah jugak. Kan secara tak langsung dedahkan aurat tu. Hey, ini baru kes pakai seluar pendek kat rumah kawan lelaki tau, awak. Belum masuk kes lelaki pakai seluar pendek masa pergi jumpa bakal mak mertua. Ehem.


Kakanda yang dicintai,


Saya tak kisah kalau awak tak jadi orang pertama wish birthday saya. As long as awak ingat birthday saya. Lagi pun, buat apa nak jadi orang pertama wish? Sia sia je usaha tu, awak. Sebab wish pertama tu akan ditimbus oleh wish wish dari orang lain yang menyusuli. Lebih baik jadi orang terakhir wish. Baru lah romantik. Awak bayangkan, 5 minit sebelum birthday saya habis, awak call saya semata mata nak jadi orang terakhir wish. Serious, sangat romantic time tu. saya dah boleh bayangkan dah. Aww aww.



Dan yang terakhir sekali saya mohon satu benda je kat awak. Please please please and please jangan merokok. Yes. Of course saya boleh lepak dengan smokers. Well, kalau dulu maybe saya dengar someone tu smokers je saya terus ban. Tapi since saya baca blog Gitarputeh troll pasal perempuan yang suka ban lelaki smokers, terbuka sikit minda saya. And yeah. Tuan blog tu serious pandai psiko orang.<3



 Think about our future kids


But, lepak lepak dengan smokers dengan kena hembus asap rokok adalah dua perkara yang berbeza okay. Awak kena tahu, kelakuan tu sangat tidak sopan terhadap kaum kami. So, take notes. But, saya tak peduli. Kalau awak mahukan saya, awak dilarang sama sekali untuk merokok. Not for me, but for our future childrenssss sake. Saya tak mahu baka yang merokok. So, kalau awak smoke, genetik awak akan pindah ke anak kita. And saya tak nak tu.



Well, rasa nya tu semua je permintaan saya untuk persiapan awak sebelum kahwin dengan saya. And saya sangat jealous dengan kawan saya yang dapat surat dari Mejah. Yes. Sangat beruntung saya kalau awak motivate kan diri awak dari surat yang kawan saya dapat. Tapi tak apa. Saya tetap tak akan pilih Mejah. Sebab nama saya bukan start dengan huruf (s) . Awal awal lagi dia dah bagi tahu nama future wife dia kena start dengan huruf (s). Sebab tu banyak "kehadapan my future wife(s)" kan? kan? kan? Or saya yang lampi? Okay abaikan kalau saya salah.



Saya banyak demand bukan sebab apa. kalau nak jadi pemimpin yang baik untuk saya, biarlah berduit untuk sara saya dan anak anak untuk seumur hidup, boleh didik 'amar ma'ruf nahi mungkar' kat saya dan anak anak, and sentiasa fikir segala baik buruk awak (smoking) akan diwarisi oleh anak kita. Which is saya tak mahu benda tu berlaku. Serious. By the way, saya bebel panjang panjang ni, saya nak awak tahu. Saya bukan miss red yang pernah kacau blog awak dulu.. Serious bukan. Sila percaya.



Bebelan yang ikhlas dari sayangmu masa hadapan,
xxxxxxxxxx



.


Monday, August 15, 2011

Cara Menulis Surat Untuk Bakal Isteri.


Assalamualaikum.



Kerja aku masa bosan bukan main game aje


Kehadapan future adinda yang dikasihi. Hari ni memang saya tak ada kerja dan tiba-tiba je terlintas dalam fikiran saya untuk tuliskan surat untuk awak. Jangan awak terkejut ketika membaca surat ini, sememangnya surat ini saya tulis khas untuk awak. Saya tahu, awak tak mengenali saya. Begitu juga saya disini. Saling tak mengenali sebelum kahwin lagi sweet kan.? Saya tahu saya sweet.


Future adinda,


Saya menulis ini bukan sebab apa, tapi sebagai persediaan awal untuk awak berjumpa dengan saya. Awak jangan risau. Ketika awak berjumpa saya nanti pasti awak akan rasa teruja sebab ramai kata muka saya macam botak juvana. Meski pun saya ada rambut. Yes saya ada rambut. Setakat ni lah. Tak tahu pula apa akan terjadi pada masa akan datang.


Ehem.


Harap awak tak memilih. Bukan apa. Memilih sangat nak buat apa.? Handsome handsome, nanti kena kebas awek lain yang lagi solid dari awak. Awak nak.? Tak nak, kan.? Saya tahu. Orang botak tu setia. Sebab tu saya tak botak. Eh tak tak. Meski pun saya tak botak, saya setia tau. Awak jangan percaya diorang yang cakap saya ni gatal. Diorang tu semua dengki tu. Maklumlah, sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan saya.



Girls with their scarf are originally beautiful


Wahai future adinda, saya harap awak tak meluat kalau saya belikan awak banyak tudung. Labuh. Wait wait. Bukan saya nak paksa awak pakai tudung labuh. Tapi kat mata saya, perempuan tudung labuh ni sweet lah. Macam treasure yang belum di discover. Priceless lah kata kan.



Bila saya puji perempuan tudung labuh tu cantik, saya bukan cakap awak tak cantik. Awak cantik. Ok apa. Saya tahu perempuan suka pakai tudung segera. Suka pakai shawl. Ok apa. Bertudung jugak. Tapikan, saya tak nak lah orang lain tengok awak dengan pandangan berahi. Bukan apa. Even shawl pun, memang lah nampak ianya melabuh sampai ke bawah dada. The thing is. Depan je labuh. Kat belakang tu tergantung, sayang.



Awak mana faham lelaki ni macamana. Ni biar saya bagitahu awak. Lelaki bila dapat tengok part badan perempuan kat mana mana pun boleh terliur, tahu.? Nak nak kat belakang badan perempuan area pinggang sampai leher tu. Bila perempuan pakai shawl, komform komform nampak area tu. Kadang kadang saya tengok ada yang pakai shawl sampai nampak leher pun ada. Kalau tang tudung segera tu tak payah cakaplah. Memang sah sah pendek.



You are beautiful in your way


Tak tahu lah saya, kalau orang yang pakai shawl sampai nampak leher tu saja nak menunjuk or apa. Maklumlah, perempuan kan suka pujian, kan.? Lagi pendek shawl, makin orang puji comel, kan.? Saya tahu, ramai perempuan lagi pentingkan pujian dari tuntutan Allah. Eh saya tak cakap awak tau. Saya cakap yang antara kaum awak je. Awak baik. Tudung awak selalu tutup depan dan belakang. Kan.? Saya tahu awak mana main tudung tudung pendek ni.
 

Future adinda tersayang,


Wahai future adinda, saya nak awak tahu. Saya ni tak minat jadah korea. Bukan nya tak minat, maksud saya saya terus ban. Tak.. tak.. ehem. Saya still boleh lepak dengan diorang (girls mostly) yang minat korea. Cuma kalau boleh, lepas kahwin nanti, saya taknak lah awak pasang lagu korea or letak gambar artis korea banyak banyak dalam rumah.



Bukan apa. Saya tengok, ramai gila perempuan finatik artis korea. Sampai facebook pun gambar artis korea. Ada apa sangat dengan lelaki korea.? Muka jambu.? Eh. Lelaki Malaysia pun muka jambu apa. Diorang romantik.? Eh. Lelaki Malaysia pun romantik jugak lah. Cuma kaum perempuan je tak perasan. Bila dah dapat lelaki Malaysia yang romantik, dikatanya, "Eww.! Mat bunga. Eww.! (again =.=)".



Saya tahu awak tak minat mamat ni


Eh. Awak tak. Awak mana ada letak mana mana muka artis korea kat dalam lappy. Apatah lagi kat bilik. Setakat ni facebook pun, awak tak ada kan.? Saya tahu. Orang macam awak mana suka bersosial. Bagus. Saya suka. Barulah priceless. Bila tak ada facebook, mesti tak ramai lelaki nak mengurat awak, kan.? Saya tahu awak tak pandai It. Saya suka part yang tu. *smiley face*



Awak, kalau boleh, saya harap awak tak kisah kalau saya totally tak ingat birthday awak. Saya pernah dengar perbualan dua perempuan yang cakap lelaki akan ingat birthday perempuan yang dia suka. Maksudnya, bila jadi first wisher bermaksud lelaki tu sayang perempuan tu.? Habis tu, benda lain yang dibuat tu, tak ada makna lah, ya.? Kalau macam tu, sia-sia lah saya belikan handyplass masa jari awak terkena paper cut. *sad face*


 
Setakat ni, saya belum pernah saya lupa birthday saya. So, tak mustahil untuk saya ingat birthday awak juga. Oh ya. Cakap pasal birthday ni, kaum awak mesti selalu tertanya tanya nak belikan bf dia hadiah apa, kan.? Awak jangan risau. Saya tak cerewet. Awak belikan je saya kain pelekat. Tak pun kopiah. (Teringin nak orang hadiahkan kopiah sebenarnya). See, saya tak cerewet, kan.?



Pasal tak pandai masak awak jangan risau


Saya tak nak sentuh bab awak tak pandai masak. Sebab saya tahu, mesti awak nak mempertikaikan pasal kalau sayang, tak kisah pandai masak or tak. Kan boleh makan kat luar. Saya tahu awak akan cakap macam tu. Kalau macam tu baik saya kahwin dengan tukang masak kat luar tu. Ye tak.? Tak pun susah susah sangat tak nak makan luar, baik saya upah bibik comel dari korea. Ok kan.? Teman berbual pun awak ada. Baik kan, saya. Awak pun boleh duduk relax goyang kaki kat rumah. (idea Khairul)



Satu lagi yang saya mintak. Please please please and please jangan tanya banyak kali saya sayang awak or tak. Awak pun tahu jawapannya. And please jangan suruh saya sayang awak seorang sahaja. And jangan larang saya panggil perempuan lain dengan perkataan 'sayang'. Saya tak boleh janjikan semua tu. Sebab saya still akan sayang kat perempuan lain. Still akan panggil perempuan lain sayang. And perempuan tu adalah insan yang akan panggil awak ummi.


Future adinda yang comel,


Kat sini saya bukan nak kongkong awak or apa. Buat tu salah buat ni salah. Saya cuma bagi tahu persediaan awal je. Jangan lah awak merasa bengang ketika membaca warkah ini. Niat awak nak baca je warkah ni dah kira saya sayang awak. Yes. Saya ambil berat pasal awak.



So, tak ada lah awak tak pandai masak, merajuk kalau saya lupa birthday awak, tepek muka artis korea banyak banyak dalam rumah or dalam lappy, awak nampak sexy meskipun awak bertudung, and yang paling penting, awak kena tahu. Comel mana pun muka awak, saya tetap sayang awak. Sebab saya sayang awak. And kalau awak dah pandai IT, saya mintak tolong satu benda. Tolong lah jangan baca blog saya. Sebab nanti awak akan cop saya 'gatal'. Walaupun saya setia orangnya.



Ihlas dari tulisan penaku,
Red Gitarputeh


.


Monday, July 18, 2011

Bila Ada Fatwa Kata Suara Perempuan 100% Aurat Terhadap Lelaki.

Assalamualaikum.



I found a paper sheet


Hello girls with lovely voices and boys yang suka dengar perempuan menyanyi sekalian. Okay. Sabtu lepas. Eh tak tak. Sabtu bulan lepas. Aku terjumpa satu sheet yang menulis something dem like islam adalah sangat susah. Sekeras keras dilarangnya lelaki tak boleh bercakap dengan perempuan selagi tak kahwin. And I was like, "fuuu!. Apakah ini.?"






Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.


Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.


Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.


Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?


Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.




Seriously. Islam sangat ketat macam tu ke.? Berbual antara lelaki dengan perempuan pun tak boleh.? I mean, kenapa kolot sangat pemikiran.? Atau mereka melebihkan hukum dari logik akal, sampai bercakap antara lelaki dan perempuan dilarang keras gila.?



Well, demi tak bercakap kosong, aku pun buat research (ceh, research beb) untuk kuatkan isi aku, yang islam ni tak adalah ketat sangat. Sampai nak bercakap antara lelaki dengan perempuan pun dilarang keras. Pfft. Well, gladly aku jumpa beberapa maklumat yang akan menguatkan isi aku. kepada para pengeluar-fatwa-yang-mengetatkan-gila-cara-islam sekalian, dengar elok elok.



Konteks meluas bukan bermaksud asyik dilarang


Sebenarnya islam tu syumul. Tak ada lah ketat gila macam shit sheet yang aku jumpa tadi. Ada beberapa faktor yang betul betul membuktikan islam tu longgar. And bukan sahaja tak melanggar syariat islam. Malah boleh diterima akal. Tanpa buat orang kafir fikir, "Peh. Leceh gila islam ni..kalau leceh macam ni, siapa lah nak masuk islam ni. Pfft."



Well, basically korang tak boleh nak main bang terus hukum haram pasal 'bercakap dengan bukan muhrim dalam islam'. Seriously. Okay. First, macamana dakwah nak disampaikan kalau syarat bercakap punyalah ketat. Sampai nak perempuan nak bercakap dengan lelaki kena tunggu kahwin dulu.? It's really wrong, dude.



Hey, even perempuan yang pakai purdah pun, kena bukak purdah,  dan melontarkan suara sekuat mungkin. Agar pelajar pelajar dia dapat dengar apa yang dia sampaikan, tahu.? Okay korang bayangkan, korang tengah belajar. Dapat pulak cikgu atau lecture yang suara-macam-dalam-kelambu dengan alasan 'suara perempuan tu aurat' . Rasa buang masa tak, bila tak dapat dengar ilmu yang nak disampaikan.? Aku bet. Mesti cikgu atau lecture tu tak habis belajar bab mudahnya islam.



Lingkuplah perniagaan kalau tak ada hak bercakap


Next, dalam perniagaan. Yes dalam perniagaan. Macamana sesuatu perniagaan tu nak naik kalau perbualan dari segi islam ketat gila.? Hey even islam sendiri menggalakkan kita menceburi bidang perniagaan tahu. Sebab 90% rezeki datang dari perniagaan (correct me if i'm wrong).



Okay. Korang bayangkan, seorang ibu suruh anak perempuan dia beli sayur kat pasar. Dan dan tu lah kat pasar cuma lelaki aje yang berniaga. Budak perempuan tu pun dok fikir, "Macamana nak beli ni, suara perempuan kan, aurat terhadap lelaki..". Dia pun balik rumah tak beli apa apa. And last last sampai ke malam satu keluarga tu tak makan. (contoh aje..) So, take note! Suara perempuan bukan 100% haram untuk lelaki.



Juga dimudahkan bila kecemasan


Point yang seterusnya buat aku rasa macam nak tergelak. Aku tak boleh bayangkan macamana kita nak mintak tolong kat orang lain masa kecemasan kalau korang anggap suara perempuan tu 100% haram untuk lelaki bukan muhrim dengar. Korang bayangkanlah. Dalam satu banjir. Ada baby ni terhanyut.



Luckily, ibunya perasan akan kehayutan anak dia. And dem-ly, ibu tu anggap islam larang keras untuk perempuan berbual dengan lelaki selagi tak kahwin. Dan dan jugaklah kat situ ada lelaki yang paling dekat dengan baby tu sebelum terus hanyut jauh. And sangat kolot pemikiran korang kalau korang kata suara perempuan tu 100% aurat untuk lelaki.


Ehem.


And lastly, aku tahu ramai yang akan suka point last ni. Sebab islam menghalalkan perbualan antara lelaki dan perempuan dalam mencari jodoh. Okay bertenang. Bertenang. Jangan teruja sangat. And aku tahu ada juga orang yang cakap macam ni, disaat membaca blog aku, "Ape bende ntah red ni bualkan. Dah sah sah point tu tak boleh pakai sebab dalam islam mana ada couple couple ni.".



Nak bercinta boleh, tapi jaga batas


Well, sangat kolot fikiran korang, kalau korang terus kata couple tu haram. Okay fine. Biar aku ulas sikit. Secara logiknya, korang akan kata couple tu haram sebab bila bercouple, mesti pegang pegang tangan, kiss kiss, hug hug, keluar sampai lewat malam. Semua sebab perbuatan yang boleh mengundang ke arah maksiat. (siapa suruh korang buat 'sebab' korang tu.?)



Tapi macamana pulak dengan tunang (style sekarang).? Okay bayangkan korang dah bertunang. Korang pun keluar dating sama sama. Parents pulak tak kisah sangat sebab korang dah bertunang and semua orang pun dah tahu pertunangan korang. Korang pun keluar sampai lewat malam. Pegang pegang tangan. Kiss kiss. Hug hug.



Then, bagi alasan, "Takpe. Tak lama lagi kami akan berkahwin.". Fuuu! Kenapa taknak haramkan pertunangan pulak.? Well, conclusionnya, couple tu tak haram selagi kita tak buat benda yang melanggar syariat islam. And dah tak ada nya lagi, istilah lelaki tak boleh berbual dengan perempuan (100%) sebab ianya bakal mengundang ke arah maksiat.



Selagi tak membangkitkan


So far, yang aku tahu dalam research aku, suara perempuan cuma akan jadi haram kat lelaki bila perempuan tu mendayu dayukan suaranya, melunak lunakkan suaranya, bercakap dengan suara yang menghairahkan. Sebab ianya sangat sangat boleh mengundang nafsu lelaki untuk bangkit. Seriously.



Kalau tak percaya, korang tanyalah lelaki paling rapat dengan korang. Ayah korang misalnya. Jangan tanya bf korang. Sah sah diorang akan kata suara korang 'belum' menghairahkan lagi. Semua tu trick untuk korang memanjakan lagi suara korang. Maklumlah. Susah nak cari lelaki yang betul betul boleh dipercayai. Macam red misalnya. Ehem.



" Red I, pernah baca entri lepas lepas you tentang main gitar tu pun tak 100% haram.  Bagi lelaki memang lah senang sebab suara lelaki tak ada masalah dalam bab aurat. Macamana pulak tentang perempuan yang main gitar sambil menyanyi.?"

 
Well, tak mahu aku ulas panjang panjang. Kang nanti entri ni panjang, korang pulak membebel kat aku. Ehem. Cuma beberapa benda je aku nak soal balik, sebelum aku jawab soalan korang.

  • Masa korang menyanyi tu, suara korang mendayu dayu tak.?
  • Korang rasa, masa korang nyanyi tu, menaikkan nafsu lelaki tak.?
  • Adakah korang menunjukkan aurat korang yang lain kat lelaki masa nyanyi.?


Jangan komplex kan benda yang ternyata mudah


Jawapannya ya. Suara perempuan sentiasa menaikkan nafsu lelaki ketika menyanyi. So, korang jangan salah faham. Sebab setiap lenggokkan rima dalam lagu memang boleh buat lelaki terbuai buai. Sebab hormon estrogen pada perempuan. Sangat jelas perempuan nyanyi adalah haram.  Kalau susah sangat nak terima perempuan nyanyi tu adalah haram, , tak jadi masalah kalau korang nyanyi untuk sesama perempuan. Apa ada hal.?



So, aku harap korang jelas dengan apa yang aku cuba sampaikan tentang suara perempuan tu bukan 100% haram untuk lelaki. And aku bet, orang yang melarang keras tentang hal ni, mesti sebab dia jeles. Nak nak kalau dia tengah single and takde siapa nak kat dia. Ehem.





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...