pg 54 : Generasi sekarang senang terpengaruh dengan hantu. | Gitarputeh


Friday, April 29, 2011

pg 54 : Generasi sekarang senang terpengaruh dengan hantu.


Assalamualaikum.




Khurafat. Ju-On. Damping malam. Jangan pandang belakang. Susuk. Apa semua ni.? Tak takut pun. (yeye aje tak takut). Semua cerita yang tersenarai tu adalah cerita hantu. Ya. Cerita dimana nak tunjuk kan manusia diikat kontrak dengan makhluk halus.



Nak menampak kan manusia boleh jadi kuat jika digandingkan dengan makhluk makhluk halus. Hidup boleh senang. Cepat kaya. Jadi cantik. But. The fact is, in reality, hukum tetap kita tak boleh ubah. Jika haram sesuatu perbuatan tu, maka haram lah dia sampai qiamat.




 kalis gambar hantu(nanti korang takut)


Cerita yang paling obvious menampakkan manusia tu bergantung hidupnya pada makhluk halus adalah cerita Mantra. Ala. Yang ada baca baca ayat ntah hape hape tu lah. Yang latest red tengok pulak, cerita Ngangkung. Plot cerita yang menunjukkan manusia ni bargantung pada makhluk halusnya untuk hidup senang. Like everything is going smoothly.



Well. Some of these kind of story telah menerapkan lebih banyak nilai negatif berbanding positif. Actually, benda benda ni wujud. Yup. Wujud. But.! Kita tak boleh amalkannya. Syirik weh. Sebab apa.? Sebab bila kita amalkan nya, kita akan rasa makhluk halus ni yang lindungi kita. Yang bagi kita jadi cantik. Yang bikin hidup kita senang.



Infact, siapa actually yang bagi tu semua.? Yup. Allah SWT. Allah yang buat hidup kita smooth. Yang bagi kita cantik. Yang lindungi kita. Nak dijadikan cerita, ada orang, yang family nya amalkan perbuatan syirik ni. So, dia turut jadi mangsa sebagai waris.


Situasi ni dipetik masa mereka nak pergi makan.


A             : uit. Aku lupa kunci bilik.! Ala. Malas betul lah nak naik atas.
B             : ala. Relax aje. Aku da letak jin jaga barang barang kita. Toksah risau lah.
A             : err. Kau ni. Ye ye aje.



Nampak tak, macamana B terlalu bergantung pada jin warisnya.? Benda ni salah. Ianya telah buatkan si B hilang kepercayaan pada Allah. Dia lebih yakin yang jin nya akan tolong lindungi bilik mereka. Actually perbuatan syirik ni berlaku sebab diorang yang amalkan tak ada keyakinan. Plus. Diorang kurang tahu tentang agama Islam.




 bila kurangnya penerapan


Ya. Tak ada penerapan Islam yang cukup. Bukan ke kita dah diajar untuk berdoa pada-Nya kalau kita nak sesuatu.? Berdoa lah.  So, barang barang kita terpelihara. Lagi satu, yang ni ramai orang terlupa, kadang kadang. Bila masuk rumah kosong. Atau bilik kosong.(tak berpenghuni). Ramai lupa nak bagi salam.



Bagi lah salam masa masuk bilik or rumah kosong. Kenapa.? Sebab Allah turunkan malaikat untuk jaga bilik or rumah kosong tu. Jadi, bila kita bagi salam, makna nya, kita bagi salam pada malaikat. Diorang dah tolong jaga barang kita, seeloknya kita tak menyombong pada mereka. Wallahualam.






Bukan kebergantungan sahaja yang di manipulasikan oleh filem filem hantu. Perasaan takut pada hantu juga diterapkan dalam generasi kita. Perasan tak, bila tengok aje cerita cerita hantu, kita automatik jadi takut kat hantu. Kadang kadang sampai terbawa bawa kat mana aje. Sampai kat tan-dass pun boleh terbayang bayang hantu hantu tu.



Nampak tak trick nya kat situ.? Kita diajar dan diterapkan untuk takut kat hantu.? Instead of takut kat Allah.? Nampak tak stratergi mereka untuk meruntuhkan akidah kita.? Generasi sekarang lebih cenderung kepada takut kat hantu. Akidah makin lemah. Filem filem hantu pulak, semakin banyak dan dipelbagaikan.


Ehem.


Bukan ke kita sepatutnya takut pada bencana bencana Allah.? Dulu. Kaum Nabi Nuh. Teruk banjir dikenakan. kaum 'Ad. Mahu tak nya ribut datang hancurkan kediaman mereka. Kaum nabi Luth pulak. Terbalik negara mereka. Orang orang zaman dulu bukan nya kerdil macam kita tahu.? Tubuh diorang besar besar. Bayang kan, masyarakat gergasi pun Allah boleh hancurkan.




kerdil nya kita

Ini kan pula generasi kita yang kerdil kerdil cek mek molek ni. Hari tu. Isu tsunami. Kecoh. Itu baru tsunami. Belum lagi bencana macam kaum dulu timpa kita. Bayangkan, kita yang kerdil ni, hadapi bencana macam generasi gergasi tu kena.



So. Betulkan lah akidah kita. Hilang kan takut pada hantu. Jangan amalkan perbuatan syirik. Ingat. Makluk halus dan hantu ni pun, makhluk Allah. Diorang pun takut pada Allah. So. Siapa nak ikut red tengok movie hantu.? HAHA. okay gurau aje.



Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


6 comments:

Wafiy Suzly said...

yup ,aku benci gila tgok cerita hantu

red gitarputeh said...

alert betul ko kat entri q o.O (kagum)


ehem.


actually. q pon ta suke citer hantu. wakaka


tapi entri ni bukan diskriminasi XD

Eliqous said...

explain pasal link yang tbe2 kuar gamba hantu tu. sumpah I takot.

ape jenis manusia yang buat macam tu, da tu ramai pulak yang tiru. grr.
da tu salu pulak terkena, bukan stakat link, main tic toe pown terkena. waaaaa.. :(

red gitarputeh said...

qiqi : owh.. link tu.. link tu sebenarnya kerja spamer. dia automatik.


lepas first time kita ter-klik link tu, spammer akan hack account kita and spam kat kita punya friends. SEMUA.


yang tic tac toe tu pulak, tuan punya blog sengaja letak. nak main main kan kita.


macam tulah kisah nya..

feeza macho said...

hantu takut dgn aku :angguk XD

red gitarputeh said...

feeza : o.O

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...