Friday, July 29, 2011

Troll | Best Tak Tayang Gambar Bagi Lelaki Tengok.? [reply]

Assalamualikum.




Bukan admin


Hello naughty boys and girls. Hari ni I nak mencelah dalam blog ni buat troll. Eh. Kenapa you alls hairan bahasa I macam ni.? Standard lah. I ni kan hot. Bukannya perempuan kampung. Dah dah. Tak payah nak garu garu kepala. Memang I bukan red. Red tu boy-yang-jerk-ayat-bajet-bagus je. I lain. I memang bagus. You alls boleh search I kat google, Ms red. I lah tu. You alls sila baca dengan nada gedik tau.



Well, how in the hell I did access the  Gitarputeh's account.? Senang je. Eh. Apa you alls ingat I ni hackers ke.? Mana ada. Tak main lah hack hack ni. Apa susah. Taip email admin blog ni. Then, untuk password pulak, taip je "perempuan-pendek-bercontact-lens". Senang,kan.? Okay, I ulang. "perempuan-pendek-berkontact-lens". Then, access lah. Simple.



Kenapa I guna blog Gitarputeh.? The answer is simple. I nak troll balik jejaka terhangat punya troll terhadap perempuan. Bukan main lagi dia kutuk kaum kita. Urgghh! Kalau you alls nak baca apa yang dia kutuk, you alls boleh baca entri "Seronok Tak Tayang Gambar Bagi Lelaki Tengok?" dia. Kalau you boys nak tahu sangat, meh sini I ceritakan.



 We love compliments


First of all, you boys kalau nak tahu, kaum kami ni suka sangat puji pujian. Memang dah jadi lumrah. Kalau tak percaya, cuba you boys offer nak belikan ipad. Mesti laju je kitorang terima. Sebab time ada ipad lah nanti mesti kawan kawan lain akan puji kita.



And mesti ada yang cakap, "Peh. ipad...untunglah..bf kaya..". Tapi tu kawan lelaki lah. I agak kurang pasti kat kejujuran kaum I yang puji. Sebab kalau kaum I yang puji, mostly cuma berdrama dan cakap, "Wah.. bergaya.. pakai ipad.. kena sangat dengan style you..". Padahal jelous gila. Tapi still, I terima compliment dia :)



Macam tu jugak dengan kecantikan. Bila I tergedik gedik ambil gambar, kan, mesti I letak satu hope untuk lelaki puji. Memang semata mata untuk lelaki puji. Sama lah macam kes ipad tadi, I tahu ramai perempuan puji kecantikan I berlatarkan drama. So, lagi baik I tayangkan untuk lelaki. It's your chance boys. I dah posing paling eww eww, tolong lah puji. boleh kan.?



Perasaan masa posing dan lihat hasilnya tu best


Actually bukan pujian je yang buat I rasa selesa. Selain dari tayang gambar untuk lelaki puji, itu cuma jawapan basic untuk "kenapa suka tepek muka". Yang kes gambar gambar I yang full body pulak ada sebab lain. Bila I letak gambar full body dengan posing posing tertentu, semua tu sebab I nak para lelaki berfantasi tentang badan I. Best tau. I suka part yang tu.


Lagi lagi masa posing sambil jelir lidah keluar macam tengah makan aiskrim pisang. I loike!


Ehem.


And please lah boys. Please jangan cakap dengan I bab dosa pahala. Sebab I dah letih nak menegangkan benang yang basah. Bukan nya I tak tahu. I tahu. Cuma I ni degil je. I study agama jugak masa sekolah dulu. I dah buat dosa, biarlah daddy I tanggung. Dosa daddy I. Bukan dosa I. Sebab I belum kahwin. Kalau dah kahwin, jadi dosa hubby I pulak. Apa yang you boys susah, kan.?



And you boys yang suka cakap pasal dosa pahala ni kena lah tahu. Perempuan ni kuat emo. Bila kitorang dipuji memanglah kitorang suka. Sebaliknya pula bila orang down kan kitorang. Nak nak bahagian dosa pahala. Serius. Mesti kitorang terasa gila. Sebab tu kitorang kuat melenting.



Tak ramai lelaki yang naturally fotogenik


Out of all, I rasa ramai lelaki yang timbulkan isu ni sebab diorang jelous. Ye lah. Mana tak nya. Diorang jelous sebab memang nampak pelik kalau lelaki ambil gambar untuk tayangan perempuan. Kalau ada pun, yang jenis maskulin. Itu pun berapa kerat.



Well, kalau perempuan puji gambar perempuan lain, its little bit normal. Yeah normal. I pernah ternampak tau, lelaki suka beli majalah bergambarkan lelaki maskulin. Bila diorang baca majalah tu, I rasa macam, "Eww, gay ke diorang ni.?". Serius.


Ehem.


Well, I cuma bercakap dari pihak I. Yes. It is just my personal thought. Lain perempuan lain hujahan dia. Ada yang letak gambar tanpa niat nak bagi lelaki tengok. Nak nak kalau gambar dengan family. Tapi nak buat macamana kan.? Memang lelaki suka tengok. Memang dah jadi super-attracting reflex action. I tahu, kalau tak bagi tengok pun lelaki sibuk nak tengok. Memang banyaklah usaha lelaki nak tengok gambar perempuan tu.



And I memang sengaja guna blog Gitarputeh ni buat troll. I rasa dengan bantuan I ni, market dia boleh naik. Tapi I malu nak tepek muka I kat blog budak jerk-bajet-bagus ni. Lain lah kat blog mamat hensome macam feeza macho. Mesti I letak pic I banyak banyak dalam blog dia kalau entri ni kat blog dia. Biar perempuan lain jelous yang dia lagi handsome dari bf(s) korang. HAHA.





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Wednesday, July 27, 2011

Media Memainkan Peranan Penting Untuk Trend Masyarakat.

Assalamualaikum.




 Mummy dummy



Hello masyarakat yang gilakan domo-kun.
 
 
Okay korang percaya tak, kalau aku cakap media terlalu banyak mempengaruhi ke-famous-an sesuatu trend.? Tak percaya.? Okay contohnya rambut mowhawk. Dulu punya lah masyarakat reject. Tapi lepas kat tv ada tanyangkan artist buat gaya tu, sekarang dah pun jadi trend pada 70% lelaki kat dunia.


Macam tu jugak dengan domo. Sejak bila domo ni famous.? Sejak ada pengaruh dari media. Aku perasan, mula mula kemunculan domo dulu, which is aroud 2006, ramai gila kata domo ni kartun yang menyeramkan. Tak tahu lah maybe sebab gigi dia or sebab dia asal dari sebiji telur. Wait. Korang tahu ke, domo ni asal dari sebiji telur.?



Terima kasih sudi baca.



Sekian



.


Saturday, July 23, 2011

Luahan Perasaan : Aku Terima Dengan Hati Yang Terbuka.


Assalamualaikum.



 I know today is a great day


Hello masyarakat pengkritik. Tengok tengok luar, awan ada. Matahari ada. Langit pun masih terbentang luas lagi. Alhamdulillah. Semuanya masih cantik dijaga even banyak bencana dah berlaku. Ehem. 



Hari ni aku nak buat satu penyerahan-diri-berani-mati kat korang korang yang setia bersengkang mata baca entri aku yang panjang berjela setiap kali aku update. Well, aku memang jarang update. Maybe twice a week. Even ada yang kata entri aku semakin bosan. Terima kasih kerana sudi setia. (ayat skema gila =..=)



Aku tahu, ramai yang tahu, aku ni suka je main bantai kritik perempuan and some other things yang aku rasa aku tak berkenan. Siapa yang ikuti perkembangan aku dari masa mula mula berblog, faham lah apa yang aku cakap. Yes. Masa awal awal aku berblog dulu aku memang suka main cakap perempuan ni lurus bendul, tak pandai fikir secara rasional, mudah terpengaruh dengan ayat lelaki and bla bla bla..



Insert the key-words


Korang boleh cari sendiri. Aku dah letakkan butang search kat sidebar : bawah 'My Other Gay Tags'. Taip je keywords tadi. Keluarlah tu nanti. Hey wait. Aku bukan gay ok. Gay kat situ bermaksud menarik. Yeah. Sort of.  



Takkan lah aku nak berskema tulis, 'Entri-Saya-Yang-Orang-Suka-Baca' .? It's kind a wierd. Plus, nampak gedik. Macam perempuan. Okay, perempuan gedik takpe. Comel. Kalau aku (lelaki) .? Oh please jangan bayangkan. PLEASE.



Tengs kat korang yang setia baca entri panjang berjela


Okay. Seperti yang korang semua pun tahu, entri aku sentiasa panjang berjela. And ramai jugak komplain. Kadang-kadang buang masa korang membaca, sebab ayat aku yang kadang-kadang annoying. Okay bukan kadang-kadang. Selalu. Aku tahu ada yang cakap, "Eh dia ni. Bajet-good-good aje. Poyo betul", tak pun, "Menyampah. Syal. Ptuihh! (ayat zizan)". Kan.? Ada yang cakap macam tu, kan.? *sad face*



Kat sini, aku nak bagi korang peluang luahkan perasaan korang bila baca blog aku. Geram, marah, nak pukul, annoy, suka, tertarik, terpikat, nak ban, semua boleh. Okay, sampai bawak parang tu melampau lah. Sebarang kritikkan dan cacian dan makian aku terima dengan hati yang terbuka. Jangan risau. Aku takkan ban korang. Aku sayang korang. *smiley face*



Aku tahu, aku ramai silent readers yang tak berpeluang nak suarakan pendapat. Ini peluang korang. So, apa first impression korang terhadap blog aku.?



Luahkan apa yang terbuku kat sini.


Monday, July 18, 2011

Bila Ada Fatwa Kata Suara Perempuan 100% Aurat Terhadap Lelaki.

Assalamualaikum.



I found a paper sheet


Hello girls with lovely voices and boys yang suka dengar perempuan menyanyi sekalian. Okay. Sabtu lepas. Eh tak tak. Sabtu bulan lepas. Aku terjumpa satu sheet yang menulis something dem like islam adalah sangat susah. Sekeras keras dilarangnya lelaki tak boleh bercakap dengan perempuan selagi tak kahwin. And I was like, "fuuu!. Apakah ini.?"






Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.


Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.


Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.


Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?


Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.




Seriously. Islam sangat ketat macam tu ke.? Berbual antara lelaki dengan perempuan pun tak boleh.? I mean, kenapa kolot sangat pemikiran.? Atau mereka melebihkan hukum dari logik akal, sampai bercakap antara lelaki dan perempuan dilarang keras gila.?



Well, demi tak bercakap kosong, aku pun buat research (ceh, research beb) untuk kuatkan isi aku, yang islam ni tak adalah ketat sangat. Sampai nak bercakap antara lelaki dengan perempuan pun dilarang keras. Pfft. Well, gladly aku jumpa beberapa maklumat yang akan menguatkan isi aku. kepada para pengeluar-fatwa-yang-mengetatkan-gila-cara-islam sekalian, dengar elok elok.



Konteks meluas bukan bermaksud asyik dilarang


Sebenarnya islam tu syumul. Tak ada lah ketat gila macam shit sheet yang aku jumpa tadi. Ada beberapa faktor yang betul betul membuktikan islam tu longgar. And bukan sahaja tak melanggar syariat islam. Malah boleh diterima akal. Tanpa buat orang kafir fikir, "Peh. Leceh gila islam ni..kalau leceh macam ni, siapa lah nak masuk islam ni. Pfft."



Well, basically korang tak boleh nak main bang terus hukum haram pasal 'bercakap dengan bukan muhrim dalam islam'. Seriously. Okay. First, macamana dakwah nak disampaikan kalau syarat bercakap punyalah ketat. Sampai nak perempuan nak bercakap dengan lelaki kena tunggu kahwin dulu.? It's really wrong, dude.



Hey, even perempuan yang pakai purdah pun, kena bukak purdah,  dan melontarkan suara sekuat mungkin. Agar pelajar pelajar dia dapat dengar apa yang dia sampaikan, tahu.? Okay korang bayangkan, korang tengah belajar. Dapat pulak cikgu atau lecture yang suara-macam-dalam-kelambu dengan alasan 'suara perempuan tu aurat' . Rasa buang masa tak, bila tak dapat dengar ilmu yang nak disampaikan.? Aku bet. Mesti cikgu atau lecture tu tak habis belajar bab mudahnya islam.



Lingkuplah perniagaan kalau tak ada hak bercakap


Next, dalam perniagaan. Yes dalam perniagaan. Macamana sesuatu perniagaan tu nak naik kalau perbualan dari segi islam ketat gila.? Hey even islam sendiri menggalakkan kita menceburi bidang perniagaan tahu. Sebab 90% rezeki datang dari perniagaan (correct me if i'm wrong).



Okay. Korang bayangkan, seorang ibu suruh anak perempuan dia beli sayur kat pasar. Dan dan tu lah kat pasar cuma lelaki aje yang berniaga. Budak perempuan tu pun dok fikir, "Macamana nak beli ni, suara perempuan kan, aurat terhadap lelaki..". Dia pun balik rumah tak beli apa apa. And last last sampai ke malam satu keluarga tu tak makan. (contoh aje..) So, take note! Suara perempuan bukan 100% haram untuk lelaki.



Juga dimudahkan bila kecemasan


Point yang seterusnya buat aku rasa macam nak tergelak. Aku tak boleh bayangkan macamana kita nak mintak tolong kat orang lain masa kecemasan kalau korang anggap suara perempuan tu 100% haram untuk lelaki bukan muhrim dengar. Korang bayangkanlah. Dalam satu banjir. Ada baby ni terhanyut.



Luckily, ibunya perasan akan kehayutan anak dia. And dem-ly, ibu tu anggap islam larang keras untuk perempuan berbual dengan lelaki selagi tak kahwin. Dan dan jugaklah kat situ ada lelaki yang paling dekat dengan baby tu sebelum terus hanyut jauh. And sangat kolot pemikiran korang kalau korang kata suara perempuan tu 100% aurat untuk lelaki.


Ehem.


And lastly, aku tahu ramai yang akan suka point last ni. Sebab islam menghalalkan perbualan antara lelaki dan perempuan dalam mencari jodoh. Okay bertenang. Bertenang. Jangan teruja sangat. And aku tahu ada juga orang yang cakap macam ni, disaat membaca blog aku, "Ape bende ntah red ni bualkan. Dah sah sah point tu tak boleh pakai sebab dalam islam mana ada couple couple ni.".



Nak bercinta boleh, tapi jaga batas


Well, sangat kolot fikiran korang, kalau korang terus kata couple tu haram. Okay fine. Biar aku ulas sikit. Secara logiknya, korang akan kata couple tu haram sebab bila bercouple, mesti pegang pegang tangan, kiss kiss, hug hug, keluar sampai lewat malam. Semua sebab perbuatan yang boleh mengundang ke arah maksiat. (siapa suruh korang buat 'sebab' korang tu.?)



Tapi macamana pulak dengan tunang (style sekarang).? Okay bayangkan korang dah bertunang. Korang pun keluar dating sama sama. Parents pulak tak kisah sangat sebab korang dah bertunang and semua orang pun dah tahu pertunangan korang. Korang pun keluar sampai lewat malam. Pegang pegang tangan. Kiss kiss. Hug hug.



Then, bagi alasan, "Takpe. Tak lama lagi kami akan berkahwin.". Fuuu! Kenapa taknak haramkan pertunangan pulak.? Well, conclusionnya, couple tu tak haram selagi kita tak buat benda yang melanggar syariat islam. And dah tak ada nya lagi, istilah lelaki tak boleh berbual dengan perempuan (100%) sebab ianya bakal mengundang ke arah maksiat.



Selagi tak membangkitkan


So far, yang aku tahu dalam research aku, suara perempuan cuma akan jadi haram kat lelaki bila perempuan tu mendayu dayukan suaranya, melunak lunakkan suaranya, bercakap dengan suara yang menghairahkan. Sebab ianya sangat sangat boleh mengundang nafsu lelaki untuk bangkit. Seriously.



Kalau tak percaya, korang tanyalah lelaki paling rapat dengan korang. Ayah korang misalnya. Jangan tanya bf korang. Sah sah diorang akan kata suara korang 'belum' menghairahkan lagi. Semua tu trick untuk korang memanjakan lagi suara korang. Maklumlah. Susah nak cari lelaki yang betul betul boleh dipercayai. Macam red misalnya. Ehem.



" Red I, pernah baca entri lepas lepas you tentang main gitar tu pun tak 100% haram.  Bagi lelaki memang lah senang sebab suara lelaki tak ada masalah dalam bab aurat. Macamana pulak tentang perempuan yang main gitar sambil menyanyi.?"

 
Well, tak mahu aku ulas panjang panjang. Kang nanti entri ni panjang, korang pulak membebel kat aku. Ehem. Cuma beberapa benda je aku nak soal balik, sebelum aku jawab soalan korang.

  • Masa korang menyanyi tu, suara korang mendayu dayu tak.?
  • Korang rasa, masa korang nyanyi tu, menaikkan nafsu lelaki tak.?
  • Adakah korang menunjukkan aurat korang yang lain kat lelaki masa nyanyi.?


Jangan komplex kan benda yang ternyata mudah


Jawapannya ya. Suara perempuan sentiasa menaikkan nafsu lelaki ketika menyanyi. So, korang jangan salah faham. Sebab setiap lenggokkan rima dalam lagu memang boleh buat lelaki terbuai buai. Sebab hormon estrogen pada perempuan. Sangat jelas perempuan nyanyi adalah haram.  Kalau susah sangat nak terima perempuan nyanyi tu adalah haram, , tak jadi masalah kalau korang nyanyi untuk sesama perempuan. Apa ada hal.?



So, aku harap korang jelas dengan apa yang aku cuba sampaikan tentang suara perempuan tu bukan 100% haram untuk lelaki. And aku bet, orang yang melarang keras tentang hal ni, mesti sebab dia jeles. Nak nak kalau dia tengah single and takde siapa nak kat dia. Ehem.





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #6 | Bila Nilai Phone Lebih Tinggi Dari Nilai Kawan.


Assalamualaikum.





Apa yang aku perasan adalah phone dah ubah culture dunia. Bila phone jatuh, semua cuak-bagai-nak-rak. Bila kawan jatuh, kita gelakkan. Okay aku bercakap tentang handphone mahal okay. Aku tak faham kenapa hebat sangat psiko dari phone terhadap dunia.





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Saturday, July 09, 2011

KL, Email, dan Janji Lelaki.

Assalamualaikum.





Hello pemimpin-looking boys and contact-lenses-girls. Memandangkan esok hari sabtu, dan aku bakal bertolak ke KL, aku tak sempat nak publish entri yang aku cadang nak publish. Er.. Berbelit belit pulak dah ayat aku. So, aku pun duk fikir fikir apa topik aku nak keutarakan dalam entri minggu ni. Aku ingat nak publish entri yang simple and padat.



Penat gila berfikir. Padahal tak ada masuk apa apa pun idea. So aku pun pergilah ke tingkap. Usha awek nikmati pemandangan alam semula jadi. Ehem. Cantik cantik belaka. Sambil menghirup segelas Nescafe. Peh masyuk. Then, pergi balik kat lappy. Check email. Yes, aku memang suka baca email.



But still. Tak ada apa. Then, jalan lagi ke tingkap. Belum sampai ke destinasi, berkumandanglah lagu 'check yes Juliet' bermaksud satu sms masuk ke dalam fon aku. Dalam hati cakap, "Ni tak lain maxis lah ni. Tahu nak tolak kredit aku je" . Lantas aku mencapai fon. Dan bukan maxis sms aku. Tapi sms dari seorang gadis.



**********
  

Macam ni pemandangan aku kat tingkap masa tu.

"Hey."

Assalamaualaikum. Apa dia.?"

"Oh. Waalaikumussalam. Sory lupa bagi salam. Ehem. Weh. Apesal you cakap macam tu.?"

"Err..cakap apa.?"

"Yang kat dalam blog you tu lah."

"Cakap apa.?"

"Pasal perempuan bercontact lens tu."

"Awat.?"

"You benci perempuan pakai contact lens.?"

"Nope."

"Habis tu apesal you tulis macam tu kat blog.? Okay okay. Apa pandangan you kat perempuan pakai contact lens.?"

"Perlu ke bagitahu.?"

"Just nak tahu pandangan you. Cakap aje lah."

"Tak lawa."

"Why.?"

"Coz it looks fake. Totally fake. Letaklah center mana pun kat iris, still it looks damn fake."



You are beautiful with contact lens. Peh-liss.


"Memang lah fake. Nama pun contact lens. Macam mana lah bakal gf you nanti ek.?"

"Oh. I tak judge dari luar. Asalkan jaga hubungan dengan Allah dah cukup syarat."

"Eleh. Nak yang-bajet-ustazah lah tu. Ye lah. Lain orang lain taste kan.?"

"Eh. Kenapa cakap macam tu.? Betul apa. Yang pemegang mutlak kasih sayang bukan lelaki. Neither perempuan. Tapi Dia. Kalau kita tak jaga hubungan dengan Dia, how come kita nak expect Dia akan jaga hubungan seseorang lelaki and girl(s) tu.?"

"Err..means.?"

"Okay okay. I bagi contoh lain. You ada lappy. You sayang lappy you. Suatu hari, member you nak pinjam. You bagi. Then dia pakai lappy you, tapi tak jaga dengan baik. Lappy you pun rosak. You pun pergi repair lappy you. Bila dia dapat tahu lappy you dah ok, dia nak pinjam lagi. Rasa rasanya, you nak bagi pinjam lagi tak.?"

"Ofcourse not! But. Apa kaitan.? Blur lah."



You are mine. Forever.
 

"Kaitan.? Simple. Kita jaga hak orang lain, orang lain dengan murah hatinya tak kisah pinjamkan barang kat kita. In this loving-Allah-case, kita jaga apa yang Dia tuntut, Dia dengan mahapemurah, dengan murah hatinya akan jaga hubungan couple tu. simple."

"Ok I dah faham. Bagusnya you. Untung siapa dapat you."

"Untung memang lah untung. Tapi takde siapa yang nak pun. I pun pelik. Jadi pemurah pun orang tak suka."

"You pemurah.? Hey. Talent  tu. Kenapa diorang tak suka pulak.?"

"Yelah. Pemurah. I tak kedekut. I tahu I ni baik hati, tak gatal dan pemurah. So, I taknak lah bazirkan 'talent' I ni kat satu perempuan aje. Rugi beb. Tak luak pun. Kesian kat girl lain. See.? Tak faham I kenapa diorang tak boleh terima ke-baik-hati-an I ni. HAHA."

"Ha ah. 'Baik sangat' hati you. Kalau macam ni, lah..Sampai bila bilalah you takkan couple. HAHA. "

"Eh. Bukan you suka kat I ke.?"



You love me


"Ey. Mana ada."

"I tahu you suka kat I."

"Ok fine. Memang lah suka. Tapi I tak sesuailah untuk you."

"Kenapa pulak.?"

"I ni tak cukup baiklah.."

"Lah. Thats not the problem. Itulah tugas lelaki. Didik kaum perempuan (mostly ah. Sebab ramai lelaki yang kecundang bab ni)."

"Poyo."

"Eh.? I pulak kena.? Betul apa. And sebab tak ramai lelaki ada 'talent' lah, kita tak patut bazir kat satu perempuan. Tu pun masih tak boleh terima lagi."

"HAHA. Lelaki ada 'talent' ni bukan untuk I. Someone tu kena trima I seadanya. As who am I. Bukan nak kena ubah ubah."



You are born to be a leader, not follower - boy


"Yes. Setiap orang memang ada hak nak cakap phrase "no one perfect" tu. Tapi tak salah,kan kita melangkah setapak kehadapan untuk jadi yang lebih baik.? Bukan sebab cinta lelaki tu adalah mutlak untuk girl(s) terpilih based on 'who you are' or something like that."

"But ianya sebab one day you will be a mom. Yet, you will become a mentor for your daughter.  Kalau selangkah kehadapan pun tak nak berganjak, what do you think your daughter will expect from her mentor.? I wonder. HAHA."

"But no one perfect lah. Boys also have their own weakness kan.? Let see lah kalau you dah ada gf nanti. And dia nak ubah you macam macam. Rela ke, you.?"

"Kalau ubah ke arah kebaikan, why not.? Kalau ubah ke arah kemungkaran, HELL NO.  Well, basically, life is not about who is perfect and who is not. Sebab kehidupan harian kita ni macam anti-virus, tahu.? Hacker buat virus, then you pasang anti-virus. Virus mati. Then, hacker cipta virus lagi kuat. And anti-virus you kalah. So, you beli anti-virus terkini. Virus baru tu mati. Then, hacker tak puas hati. Cipta lagi kuat punya virus. And it repeats and repeats and repeats."



Life


"Same goes with life. Kita hidup, Allah bagi ujian. kita ni bukannya perfect. Kalah dengan ujianNya. So, kita belajar cara mengatasi masalah. Then, masalah selesai. Then, Allah bagi ujian yang lagi kuat. Kita kalah lagi. So, kita yang belum cukup perfect belajar cara atasi masalah lagi. Then, masalah diatasi. And Allah bagi lagi ujian yang lebih berat. It repeats and repeats and repeats."

"So, nampak tak kenapa wujudnya phrase "tak ada manusia yang sempurna" .? Sebab kita kena keep on move forward."

"Fuyoo! You are really talented in advising people. Don't waste it. Use it wisely. Just take a note. Perempuan tak suka orang judge dia melalui apa yang dia pakai, or apa yang diorang buat. Diorang jugak tak suka bf diorang ubah diorang macam macam."

"Coz they will be like originally who they are when they met. Okay. True life is short. Just make it enjoy lah. okay.?  You ni memang penuh dengan rules and opinion. Hey. So amazing. Seriusly. Untung siapa dapat you."

"Waste it.? No I won't. HAHA. Untung siapa dapat I.? You nak tak jadi orang yang untung tu.?"



Ikatan dua hati


"Boleh ke.?"

"Boleh. Tapi nombor tiga lah. "



**********

Lepas tu, terus dia tak reply reply. Kredit dia habis kut. Or dia dah tertidur. Err. Ada tak aku mention yang kitorang chatting sampai malam.? Eh. Mana ada dia tengah marah. Tak ada. Tak ada. Takkan lah chatting dengan orang baik, tak gatal serta pemurah ni, boleh sakit hati. Tak akan punya. Then, esok paginya, aku terima lagi satu sms. Masa tu aku tengah mamai baru bangun tidur.



**********

"Weh. Pasal semalam tu.. Jangan pulak you tulis dalam blog tau."

"Tulis dalam blog.? Tak ada lah. Tak tulis punya. Jangan risaulah. 'Janji lelaki' kan boleh dipercayai. Lagi lagi yang tak ada apa apa ikatan."



*********

Then, bateri fon aku habis. Charger pulak hilang entah kemana. Dan disaat korang baca entri ni, aku dapat dengar  teriakkan beliau dari Dang Wangi. Menjerit sepuas hati nama aku. Aku rasa semua frasa "I-you" dah jadi "gua-lu" lepas ni. Erk.





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Wednesday, July 06, 2011

Wordless Wednesday #5 | Don't Take Love For Granted.

Assalamualaikum.







Actually aku nak tuju post ni kat perempuan. So, wahai cute-looking-girls-without-contact lense sekalian, Sila vice-versa kan situasi ni. Sebab girls usually suka take love for granted. Pfft. -..-"



Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...