Wednesday, October 26, 2011

Sebab Kenapa Makin Banyak Filem Menghairahkan.

 .
Assalamualaikum.



Director knows what we like


Hello boys yang suka tengok perempuan cantik and freak girl yang finatik k-pop. Korang mesti perasan lately kat Malaysia dah ada movie bergenre macam kat luar negara sana which is ada unsur unsur menghairahkan like cerita terbaru ni, 'klip 3gp'. And kalau korang perasan jugak, director sekarang dah makin berani buat filem filem yang menghairahkan. Serius banyak.



And kalau korang tanya diorang kenapa diorang berani buat filem macam tu, korang mesti akan dapat satu jawapan yang cliche macam "kita kat zaman moden" and yeah, diorang dah semakin jauh dari jalan sebab menganggap filem berunsur ghairah ni satu benda yang normal. 



Se, kenapa diorang ni beranggapan macam ni? Sebabnya adalah diorang pun manusia.Manusia ni adalah makhluk yang berani buat kalau ada orang lain pun berani buat. Contohnya macam betulkan tangki air kat rumah. Si anak lelaki suka ikut si ayahnya betulkan tangki air masa si anak tu kecik kecik dulu. Then, lama lama, si anak tu boleh buat kerja betulkan tangki air tu sendiri tanpa ayah dia.


Orang lain boleh buat, kita pun boleh

Sama lah dengan filem. Orang barat buat filem filem yang menghairahkan. And orang kita pulak berfikiran, "sampai bila nak duduk kat takuk lama, apa kata buat filem berunsur ghairah sikit. Baru lah orang datang tengok.." And bila dua tiga orang berfikiran macam tu, nanti akan makin ramai yang akan berani buat filem genre menghairahkan ni.



And macamana result dia kat penonton? Sama je. Penonton lagi lah bagi impak yang lagi besar. Nak nak kalau orang jahat tengok filem tentang orang jahat jugak. Kenapa aku cakap macam tu? The reason is, penonton pun akan sama berfikir, "orang dalam filem tu boleh buat, lepas ni aku nak try lah" .



And filem filem yang dianggap berunsur nasihat like 'jangan merompak, nanti kena tangkap polis' bagi diorang (orang jahat yang menonton) akan jadikan filem tu sebagai perbaiki kesilapan je. Tengok tang mana silap sampai boleh kena tangkap. Then buat plan baru yang lagi gempak. Tapi memang bersyukur gila kalau ada orang jahat yang bertaubat tengok filem berunsur nasihat yang diselitkan scene ghairah (even sikit).


Take a break enjoy la dulu (kan)


And macam tu lah sikap manusia, penonton, dan direktor. And makin lama dunia akan semakin rendah nilainya and rendah. And lama lama, kita or korang sendiri akan anggap buat sex kalangan remaja (which is bukan muhrim) adalah normal. Bila tanya je kenapa anak muda berani buat kerja hina ni? Nanti dijawabnya, "biasalah, zaman sekarang kan.." . Yeah. Sort of menganggap benda benda macamni perkara remeh like mengaku ada agama lain wujud di bumi ni and dah biasa dengan perempuan mengabaikan aurat. 



And aku buat entry ni bukan nak kondem siapa siapa. Just nak mengingat je. Kalau boleh mencegah lagi best kan? Dari tak buat apa apa. Kalau ada director yang baca entry aku ni (kalau lah kan) hope diorang boleh fikir sejenak nak buat filem berunsur ghairah or tak. Agak agak kalau nak rosak kan anak muda zaman akan datang, maybe diorang tak ambil peduli kut. Sebab Lagi best kaut keuntungan kan?



Sekian.



.


Saturday, October 15, 2011

Satu Malaysia Rawks The World.

Assalamualaikum.

I've tried to make a conversation.


Hello Satu Malaysia addicted boys and girls. Kalau tengok zaman sekarang perangai manusia makin.. err.. pelik. Kan? Yeah. I mean like dengan adanya gadget gadget canggih, semua orang akan menghadap gadget tu. Yeah. Aku admit dalam sekecil kecil gadget sekarang mampu menghubungkan satu dunia. Like the gadget is the real life. *terasa*



Bila kita perhatikan, pasti ada yang kadang kadang tersenyum ketawa and menangis depan gadget. Yeah. Bila kita nampak orang tersenyum senyum depan laptop or pc, kita akan rasa pelik tengok orang tu. And tanpa kita sedar, orang lain pun rasa macam tu jugak bila nampak kita tersenyum senyum ketawa depan laptop or pc or apa apa gadget.



Yes. Aku tahu ada yang akan melawan statement ni dengan "eleh. Bukannya tak tahu yang dalam laptop ni ada banyak benda. Like the whole world is in this screen lah babe.". But that's the truth. Aku admit aku pun selalu jugak tersenyum senyum depan screen gadget aku. Nak nak masa menang main game. Its obviously rasa macam heaven bila menang tahu?

 

And it's really annoying bila aku cuba untuk berborak dengan orang yang menghadap screen gadget. Bila aku tanya memang lah dijawab. But it doesn’t looks like a conversation. Mana tak nya. Mulut memanglah jawab soalan, tapi mata langsung tak bertentang. It's really awkward over there. And lastly aku ambil keputusan untuk tengok tv.



 Find my own entertaintment.


Semenjak cuti and sekian lama tak tengok tv, aku pun bertekad untuk mendatangkan nafsu tengok tv masa hari khamis. Tangan semua dah siap sedia pegang control. Duduk kat sofa yang gila punya empuk. Bantal besar. Peh. And dengan bosannya aku layan iklan iklan tv (sebab tak ada cerita best). 



And aku tak sangka tv bukannya buat aku khayal or leka. Sikit pun tak. Tapi mual. Yeah mual. Asyik asyik iklan Satu Malaysia Satu Malaysia. And the Satu Malaysia aku boleh tengok ada kat mana mana. Yeah. Semua benda nak Satu Malaysia. Even spenda pun ada jual jenama Satu Malaysia.



So, korang pun join setuju dengan penerimaan ideology Satu Malaysia. Aku wonder. Why and why and why kita tak terfikir untuk agungkan Satu Agama instead of Satu malaysia? Yeah. Satu Agama. I mean, kalau korang terima ideology Satu Malaysia. It seems like korang setuju dengan penerimaan kepelbagaian agama. So, what the hell is wrong with that, kan?



 You did know that is wrong.


Let me tell you what is wrong. Once kita terima bahawa kat dunia ni ada kepelbagaian agama, it means like kita ni setuju dengan Allah menurunkan agama yang tak boleh diterima oleh semua kaum. Seolah olah macam kita setuju dengan Allah tak tahu bahawa bumi ni ada kaum yang tak boleh terima Islam. 



Which is, seolah olah macam kita terima yang Agama Islam tak sesuai untuk pelbagai kaum. Yes. Terima ideology tu bulat bulat dengan melaung kan Satu Malaysia  Satu Malaysia and Satu Malaysia. Hell Yeah. Ideologi 'Satu Malaysia' yang kita agung agungkan.



Guys. I suggest we should change the word 'Satu Malaysia' to 'Satu agama : Islam' . Just think again. Ingat lagi tak entry aku pasal media memainkan peranan untuk kefamousan seseorang? Yes. Di sebab kan media asyik keluarkan iklan pasal satu Malaysia. Sebab tu secara tak sengaja kita rasa macam its okay to be 'Satu Malaysia' with pelbagai agama.



Awkward moment [Link]


Just like music. Mula mula kita kata tak suka dengan lagu cinta muka buku. Always keep on trolling that song. Here and there. Tapi lagu tu asyik berkumandang kat mana mana. Kat pasar malam, KFC, Macdolee, kedai buku, toilet jusco and even mapley. Like " the song is everywhere. I'm going to die". Bila asyik dengar, kita secara tak sengaja terikut ikut menyanyikan lagu tu. I hate when that happens. But that's the facts.



So, aku bukan nak damn sapa sapa. Just for reminders je. Aku nak tekan kan kat Islam. Yeah Islam. Bukan melayu taw, tapi Islam. Kita kalau dah setuju dengan ideology agama Allah tu tak boleh diterima oleh pelbagai kaum, thats mean kita setuju yang Allah tu tak tahu agamaNya tak boleh diterima umum. Which is kita dah meragukan zat Allah. Just Satu Agama: Islam tu aku rasa lebih proper untuk di agungkan.



Tapi nak buat macamana kan? Kita kena sesuaikan diri dengan environment. Memang ramai orang tak suka dengan ideology islam even Islam adalah agama yang benar sebenarnya. True story. Tapi tak salah untuk meluaskan agama Islam. Secara mesra environment. Banyak cara ada. The best way is hit them indirectly. Sebab manusia tak suka kita sampaikan benda yang betul  secara direct. Even girls pun lebih suka lelaki yang tricky than lurus bendul boys kan? Hehehe.



Personally, aku tak rasa Satu Malaysia tu patut dikaitkan dengan semua benda sampai nak psiko semua rakyat Malaysia dengan cogan kata tu. Setakat untuk kerjasama, its okay. Sebab dulu pun Rasulullah ada berurusan dengan orang Jahilliyah. But nak relate kan Satu Malaysia sebagai satu asas manusia, I dont think so.

Sekian



.


Wednesday, October 05, 2011

Surat Reply Dari Future | Cara Menulis Surat Untuk Future Kakanda.

Assalamualaikum.


Surat awak sangat sweet


Kehadapan kakanda yang ditaati. Saya dah baca surat dari awak. Saya dapat rasakan ketulusan hati awak ketika menulis. Saya terharu sambil nangis-nangis tahu? Saya pun tak tahu kenapa saya kena menangis untuk lelaki gatal macam awak. Serius saya tak faham.



Awak, saya tahu awak sangat baik. Dan gatal. Tak apa. Gatal tu saya ketepikan. Sebab memang semua lelaki dalam dunia ni gatal. Gatal tak apa. Yang penting awak setia. Tak payah cakap lelaki handsome je gatal. Even  lelaki botak pun gatal lah awak. Ehem. Kami kaum perempuan memang dah tahu perangai subjektif lelaki. Sebab tu kami tak pandang paras rupa. And most of us akan pandang pada duit dulu.



Eh awak jangan cop kaum kami ni mata duitan. Bukan apa, setakat kata kata 'money is not everything' tu dah lapuk lah awak. Zaman sekarang semua nak pakai duit. Even nak senyum pun pakai duit tau. Cuba awak bayangkan. Nak makan, tak ada duit. Bila lapar, rasa down. Bila down, tak bahagia. Bila tak bahagia, macamana nak senyum? So, duit sangat sinonim dengan kehidupan kita semua, kan awak?



Pfft. Of course it can


Okay, yang tadi tu saya cuma bercakap tentang duit dan umum. Kalau kat rumah pulak. Macamana kami (kaum perempuan) nak masak untuk suami kalau tak ada duit nak beli ayam-daging-ikan-sayur? Karang kalau kami tak masak, si lelaki kata kami malas pulak. Lepas tu sibuk kata nak upah bibik. Then, kalau pilih tu, pilih yang solid-solid pulak tu. And yet, bagi alasan supaya kami ada teman berborak. Peh-liss.


Kakanda yang disayangi,


Sebenarnya banyak lagi cara untuk kami cari teman berborak. Apa guna ada anak anak kalau buat teman borak? And then, sambil jadi teman, boleh lah didik pasal agama. Mengaji misalnya. Nak harapkan lelaki? Kerja pagi balik malam. Entah bila entah nak ajar anak-anak pasal agama. Eh. Saya tak cakap awak tau. Saya cakap kaum awak je. Awak baik. Awak selalu bagi duit and pandai bahagi masa untuk saya dan anak-anak.



Awak, saya tengok, lelaki zaman awak tu, tak kira  handsome or tak, baik atau jahat, semua nak isteri yang baik-baik. Saya tak faham. Asyik-asyik kalau bab ciri-ciri teman hidup, mesti semua nak yang bertudung, baik akhlak, sopan santun etc. Tapi diri sendiri solatnya tak pasti cukup ke tidak. Jangan-jangan tak pernah solat. Lepas tu, nak sentuh sentuh kes perempuan ramai tak tutup aurat pulak.Seriously?
 


Boys, please be responsible-looking person
 

Awak, saya tak faham kenapa kalau bab aurat dibuka, mesti nak point pada perempuan. Eh lelaki pun lebih kurang lah. Saya tengok ramai aje lelaki pakai seluar pendek. Budaya Amerika lah katakan. Awak, kalau boleh awak nasihatkan lah kaum awak tu. Bukan apa. Nak pakai seluar pendek tu boleh. Tapi jagalah. Nak berseluar pendek biarlah kat rumah sendiri. Jangan lah sampai nak pergi study group pun pakai seluar pendek.



Memang lah lelaki dengan lelaki tak apa. Tapi takkan lah tak reti nak hormat kaum perempuan kat dalam rumah tu? Kalau rumah kawannya tu tak ada kakak atau adik perempuan tak apa lah jugak. Kan secara tak langsung dedahkan aurat tu. Hey, ini baru kes pakai seluar pendek kat rumah kawan lelaki tau, awak. Belum masuk kes lelaki pakai seluar pendek masa pergi jumpa bakal mak mertua. Ehem.


Kakanda yang dicintai,


Saya tak kisah kalau awak tak jadi orang pertama wish birthday saya. As long as awak ingat birthday saya. Lagi pun, buat apa nak jadi orang pertama wish? Sia sia je usaha tu, awak. Sebab wish pertama tu akan ditimbus oleh wish wish dari orang lain yang menyusuli. Lebih baik jadi orang terakhir wish. Baru lah romantik. Awak bayangkan, 5 minit sebelum birthday saya habis, awak call saya semata mata nak jadi orang terakhir wish. Serious, sangat romantic time tu. saya dah boleh bayangkan dah. Aww aww.



Dan yang terakhir sekali saya mohon satu benda je kat awak. Please please please and please jangan merokok. Yes. Of course saya boleh lepak dengan smokers. Well, kalau dulu maybe saya dengar someone tu smokers je saya terus ban. Tapi since saya baca blog Gitarputeh troll pasal perempuan yang suka ban lelaki smokers, terbuka sikit minda saya. And yeah. Tuan blog tu serious pandai psiko orang.<3



 Think about our future kids


But, lepak lepak dengan smokers dengan kena hembus asap rokok adalah dua perkara yang berbeza okay. Awak kena tahu, kelakuan tu sangat tidak sopan terhadap kaum kami. So, take notes. But, saya tak peduli. Kalau awak mahukan saya, awak dilarang sama sekali untuk merokok. Not for me, but for our future childrenssss sake. Saya tak mahu baka yang merokok. So, kalau awak smoke, genetik awak akan pindah ke anak kita. And saya tak nak tu.



Well, rasa nya tu semua je permintaan saya untuk persiapan awak sebelum kahwin dengan saya. And saya sangat jealous dengan kawan saya yang dapat surat dari Mejah. Yes. Sangat beruntung saya kalau awak motivate kan diri awak dari surat yang kawan saya dapat. Tapi tak apa. Saya tetap tak akan pilih Mejah. Sebab nama saya bukan start dengan huruf (s) . Awal awal lagi dia dah bagi tahu nama future wife dia kena start dengan huruf (s). Sebab tu banyak "kehadapan my future wife(s)" kan? kan? kan? Or saya yang lampi? Okay abaikan kalau saya salah.



Saya banyak demand bukan sebab apa. kalau nak jadi pemimpin yang baik untuk saya, biarlah berduit untuk sara saya dan anak anak untuk seumur hidup, boleh didik 'amar ma'ruf nahi mungkar' kat saya dan anak anak, and sentiasa fikir segala baik buruk awak (smoking) akan diwarisi oleh anak kita. Which is saya tak mahu benda tu berlaku. Serious. By the way, saya bebel panjang panjang ni, saya nak awak tahu. Saya bukan miss red yang pernah kacau blog awak dulu.. Serious bukan. Sila percaya.



Bebelan yang ikhlas dari sayangmu masa hadapan,
xxxxxxxxxx



.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...