Sebab Kenapa Makin Banyak Filem Menghairahkan. | Gitarputeh


Wednesday, October 26, 2011

Sebab Kenapa Makin Banyak Filem Menghairahkan.

 .
Assalamualaikum.



Director knows what we like


Hello boys yang suka tengok perempuan cantik and freak girl yang finatik k-pop. Korang mesti perasan lately kat Malaysia dah ada movie bergenre macam kat luar negara sana which is ada unsur unsur menghairahkan like cerita terbaru ni, 'klip 3gp'. And kalau korang perasan jugak, director sekarang dah makin berani buat filem filem yang menghairahkan. Serius banyak.



And kalau korang tanya diorang kenapa diorang berani buat filem macam tu, korang mesti akan dapat satu jawapan yang cliche macam "kita kat zaman moden" and yeah, diorang dah semakin jauh dari jalan sebab menganggap filem berunsur ghairah ni satu benda yang normal. 



Se, kenapa diorang ni beranggapan macam ni? Sebabnya adalah diorang pun manusia.Manusia ni adalah makhluk yang berani buat kalau ada orang lain pun berani buat. Contohnya macam betulkan tangki air kat rumah. Si anak lelaki suka ikut si ayahnya betulkan tangki air masa si anak tu kecik kecik dulu. Then, lama lama, si anak tu boleh buat kerja betulkan tangki air tu sendiri tanpa ayah dia.


Orang lain boleh buat, kita pun boleh

Sama lah dengan filem. Orang barat buat filem filem yang menghairahkan. And orang kita pulak berfikiran, "sampai bila nak duduk kat takuk lama, apa kata buat filem berunsur ghairah sikit. Baru lah orang datang tengok.." And bila dua tiga orang berfikiran macam tu, nanti akan makin ramai yang akan berani buat filem genre menghairahkan ni.



And macamana result dia kat penonton? Sama je. Penonton lagi lah bagi impak yang lagi besar. Nak nak kalau orang jahat tengok filem tentang orang jahat jugak. Kenapa aku cakap macam tu? The reason is, penonton pun akan sama berfikir, "orang dalam filem tu boleh buat, lepas ni aku nak try lah" .



And filem filem yang dianggap berunsur nasihat like 'jangan merompak, nanti kena tangkap polis' bagi diorang (orang jahat yang menonton) akan jadikan filem tu sebagai perbaiki kesilapan je. Tengok tang mana silap sampai boleh kena tangkap. Then buat plan baru yang lagi gempak. Tapi memang bersyukur gila kalau ada orang jahat yang bertaubat tengok filem berunsur nasihat yang diselitkan scene ghairah (even sikit).


Take a break enjoy la dulu (kan)


And macam tu lah sikap manusia, penonton, dan direktor. And makin lama dunia akan semakin rendah nilainya and rendah. And lama lama, kita or korang sendiri akan anggap buat sex kalangan remaja (which is bukan muhrim) adalah normal. Bila tanya je kenapa anak muda berani buat kerja hina ni? Nanti dijawabnya, "biasalah, zaman sekarang kan.." . Yeah. Sort of menganggap benda benda macamni perkara remeh like mengaku ada agama lain wujud di bumi ni and dah biasa dengan perempuan mengabaikan aurat. 



And aku buat entry ni bukan nak kondem siapa siapa. Just nak mengingat je. Kalau boleh mencegah lagi best kan? Dari tak buat apa apa. Kalau ada director yang baca entry aku ni (kalau lah kan) hope diorang boleh fikir sejenak nak buat filem berunsur ghairah or tak. Agak agak kalau nak rosak kan anak muda zaman akan datang, maybe diorang tak ambil peduli kut. Sebab Lagi best kaut keuntungan kan?



Sekian.



.


34 comments:

Fahmi Jaafar said...

btol gak eh. mafia2 yg dtg tgk wayang tuh dok tgk celah mne silap penjenayah2 dlm cerite tu.. haha :) mcm sesi pembelajaran plak..

senyumSOYA said...

like my lecturers said..
"GENERASI Y"

Anonymous said...

filem melayu sekarang ni x sah kalau x de scene clubbing... hurm... nauzubillah....

yongpropaghandi said...

nice entry der~

AA said...

totally agree,with you. --"

alepridz said...

memang betul director filem sekarang ni buat filem tau nak kaut keuntungan jer tanpa memikirkan mentaliti orang sekeliling... derang ingat wat filem2 ghairah ni untuk orang insaf.. padahal lagi nak buat benda tak senonoh tu ada ler...

**contoh tangki air tu cam tak kene la red... cuba ko bagi contoh isap rokok ke... isap rokok pun sesuatu yang BAD BAD jugak...

'Contohnya macam isap rokok kat rumah. Si anak lelaki suka tengok si ayahnya isap rokok masa si anak tu kecik kecik dulu. Then, lama lama, si anak tu boleh tertarik dengan rokok dan akan sendiri menghisap rokok tanpa pengetahuan ayah dia.'

syabab said...

pernah tgk x citer yg difilemkan oleh palestin ka atau pakistan tentang kasut... dlm filem uh xde pon citer sal jahat2 cume menunjukkan tentang kehidupan remaja n kasut... walopun bunyi cm dunia ni xla real kalo xde kejahatan tp filem mcm tu la yg akan memupuk penonton yg melihat dengan pertanyaan seperti kan bagus kalo dunia mcm tue...kalo semua terkejar2 nk wat filem ghairah je mungkin dorg xsedar sedikit sebanyak dorg telah menggalakkan penonton tuk lebih open tentang keghairahan n end up byk la sex bebas harap2 pengarah2 filem yg beragama islam renung2kan n selamat beramal la kalo penonton ikut pe yg difilemkan x kew mcm kita mengajr benda jahat n dorg folo???end up kalo jd dosa berterusan cmne???huuh nauzubillah hi min zalik...

Shyrazrul said...

klip 3gp paling dotdotdot..==" nasib baik tengok iklan je..first question is though..macam mana boleh lulus pengeluaran filem tu ? hurmmm~~

Siti Safiyyah said...

yg aku pelik tu, kenapa ada jugak pelakon yg nak berlakon dalam cite macam tu? ape ke takde cite lain dah ke yg elok sikit?

missa said...

okey, bangga sebentar sbb jadi org first komen..

setuju sgt ngan red !
dunia sekarang makin hanyut...
makin berani nak lawan undang2 Allah kat dunia Allah sendiri.

nauzubillah..

N'Craft said...

awal2 tgk iklan 3gp tu, my mum kata "ni perempuan jahat ni". sentap ayat tu. sbb artis tu berani berlakon macam tu. Tengokla, after 3gp ni akan ada filem yg ag teruk lagi. tunggu masa je. Budak2 yg otak innocent pun dh jadi kuning sbb filem. at least jgn la malaysia yg buat. nonono.

Wadi AR said...

kadang kadang cerita TAK sedap mane, ghairah je lebih. bangang

AkuTracy said...

korang bayangkan filem2 masa akan datang camne pulak......

TantePiya said...

xtau pun 3gp tu tajuk filem. egtkan salah satu wifi terbaru *siyes ni. sbb dok hostel, xdek tb. -.-"

bila org keco2, baru tau. in fact, bkn cite tu jeh yg ghairah or watsoever tp mcm2 lagi. cuma dorg buat lam bentuk joke. tahpape.

FADZ said...

setuju ngan ang and eman..

lg satu aku nak tambah alasan diorang wat filem cam haram jadah ni selain dr zaman da moden iaitu

" nak bg pengajaran kat blabla3..supaya blabla3.. "

pigidah..

Mrs. Mazlan said...

produser skrg ni mane ade moral da buat cerita..janji dapat duit sudah..
yg si pelakon pon satu..camni punye filem pon nk belakon. ape desperate sgt gamaknye..

Farhan AJ said...

eh camne peep leh masuk blog red ni :apa

rozeeta rashid said...

memang pengaruh tak baik filem sekarang nih. tak semestinya kena ada unsur2 18sx baru filem tu laku.

kiwi said...

penerbitan filem2 berunsur lucah ni banyak mempengaruhi minda terutama kanak2 dan remaja. merosakkan pemikiran je.

Unknown said...

kurang suka tgok crita melayu yg ada aksi menggairahkan.
nak2 kalao adek lelaki or pompuan saya tengok sekali
malu pon ada

Unknown said...

hurm,, diorang ni kadang, fikir sgt kepuasan diri sendiri. talk fikir ape effectnya lepas tu. entah lha. nape mcm terdesak sgt ehh ?

Nurfazilah Cipa said...

xsokong dgn cerita zmn skrg..merepek!nk tgk pon malu..:'(

Unknown said...

Byk lg y ade ley wt crte kn

Shawn Razaleigh said...

cerita2 perosak bangsa. malu bila orang ingat tu budaya kita

Domu-kon said...

dan kita tahu..kita sebgai rkyat dan mUslim khususnya..ada hak untuk todak biarkn ia menular..jadi kalau boleh..elakkan dri menyokong filem begini..mereka(Direktor) tak buat filem cmnie if xd smbutan...

sophieDeCutazRazman said...

alaaa, xpyh msuk pnggung pun dah ade dlm hnphone bebudak zmn skrg. *xcpet aku*

Lin Kamila said...

go red go, loud and meaningful! <3

Nazirul Suhaimi (Razi Suhaimi) said...

saya suka dengan entry yang diutarakan..nice one ^_^

ツ -cekguru- said...

erm...Malaysia xde pown kan buat cerita psal forensik sume ni... seb baik @ memang xda kpakaran...

Ct Aja said...

betul2...kalau rempit 2, mat2 rempit suka la tgk...meraikan cerita tentang mereka..padahal byk lagi idea lain yg boleh di buat...

Ain Atika Zailani said...

hh tetibe teringat cite dua alam. hehehheheheehhe =p

aswad[dot]com said...

betul3x...hehehehe

ekabukanmakcikkau. said...

aku rasa aku tak. mak aku pernah cakap " kalau kau nampak lipas kau pijak je pastuh kau buang " tapi aku tak pijak tapi aku lari . kau tengok aku memang bukan kaki bantai tabiat mak aku. jadah hape pijak lipas haktuihhh

monologmalamhari said...

serius malaysia uat filem makin lama makin tade nilai .
ntah apa2 crita dia . rempit , bohsia , haish macm2 la ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...