Sebab Kenapa Korang Masih Belum Bertemu Jodoh. | Gitarputeh


Tuesday, January 10, 2012

Sebab Kenapa Korang Masih Belum Bertemu Jodoh.

Assalamualaikum.


Hello 2012


Happy-New-Year girls yang ditinggalkan and bad boys yang meninggalkan. Haha. Rasanya dah terlambat ke belum ek, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun 2012? Dah terlambat? Ah. Tak kisah lah. Aku nak cakap jugak. Nak jugak. Aku tak kira. HAHA.



Kalau nak cakap pasal tahun baru mesti banyak yang nak ceritakan pasal azam. Yeah azam. Contohnya "Tahun ni aku taknak makan Mekdolah lagi". Tak pun "I wanna be a better person". Atau pun most blogger akan post pasal malam menyambut tahun baru. Yeah. Aku sebenarnya bukan nak ceritakan tentang tu. Sebab aku jumpa beberapa post yang menarik minat aku untuk share masa malam sebelum tahun baru 2012. So, what is it?



"I end up with 2011 with single as status. And I proud of it". And guess what. Yang buat post macam tu semua bukan yang tak comel. Semua comel comel belaka. Wait wait. Kat sini aku bukan nak tekan kan yang aku berkawan dengan perempuan comel je. Tapi memang hakikat semua perempuan ada comelnya sendiri. But in different way, kan?



Pretty boy have a quite a lot attraction in girls eyes


Okay back to the sentence, sebenarnya bila aku baca status, aku gelak je. Sebab apa? Sebab aku tahu orang yang buat status macam tu sebenarnya baru lepas sakit hati putus cinta. Yeah. Boys semua jahat. Kaki perempuan. Mulut manis macam gula gula. And etc. Tapi sebenarnya bukan salah lelaki 100%. Korang (yang baru kena putus) bayang kan lah. Bila ada lelaki nerd gigi arnab botak pendek approach korang, adakah korang terima? Aku bet korang Cuma akan terima kalau lelaki ala ala bad boys yang approach.



And bla bla bla. Sampai satu tahap. Korang tak tahan dengan awat manis dia yang dia kongsi kat girl(s) lain, and wallah. Korang putus. And then salah kan tak ada lelaki kat dunia ni boleh dipercayai. Makan hati. Yeah. And korang tahu tak sebenarnya putus hubungan tu sebenarnya cuma ujian dari Allah? Yup. Allah Cuma nak tengok apa reaksi korang bila dia tarik balik nikmat yang dia bagi. 



Dia nak tengok sama ada korang give up (tak redho dengan ujian yang dia bagi) or korang terus tabah (some day Allah akan bagi seseorang yang betul betul special buat korang). And macamana pulak sebenarnya hubungan korang tu adalah ujian dari Allah? Simple. There are two way untuk kenal pasti (yang aku tahu setakat ni)



"Everything is about you" <-- kononnya


First, korang belum pernah ada apa apa pengalaman dalam dunia penuh dengan warna pink (penuh dengan kasih sayang). Kat situ korang akan rasa macam everything is going smoothly. Tak ada siapa haling korang. And one day Allah tarik balik si encik beliau. And nak tengok reaksi korang. And for sure girls akan habis kan lima (5) kotak tisu. Ha. Jangan tak mengaku. Elele. And why this happens? Sebab Allah nak bagi kita jadi makin matang.



And second, hubungan korang tu rapat sangat dengan maksiat. Yeah. Maksiat tu best. Boleh buat korang jadi gian. And buat korang jadi macam "I want more and more". And bila korang dah rapat sangat dengan maksiat, for sure korang akan jauh dari Allah. And bila korang jauh dari Allah, guess how Allah nak bagi ke-rehdo-an pada hubungan korang?



And bila aku cakap maksiat, adakah pasal ehem ehem je? No no no. Maksud maksiat sebenarnya adalah melakukan something yang Allah larang. Which is buka aurat pun kira maksiat. Yeah. Buka aurat. Aku tak fokuskan girls pakai tudung or tak. Sebab pakai tudung bukan wajib. Yang wajib nya tutup aurat. Yes. Ada je perempuan pakai tudung tapi baju masih menampakkan bentuk badan. Best jadi sexy katanya. Ehem.



Dalam diam nak menunjuk kat kaum sendiri -backstabber

And aku baru perasan yang perempuan suka sangat nak jadi sexy bukan sebab nak tunjuk pada lelaki. Tapi nak compare dengan kaum nya sendiri. Yes. Nak tunjukkan kat perempuan lain yang dia lagi cantik. Lagi vogue. Lagi cun mata bolat. Yeah. Kau menang. Oops. Tu baru cerita pasal aurat. Belum lagi batas pergaulan lelaki dan perempuan dalam islam.



And again. Bila dah rapat dengan maksiat, sure korang akan jauhkan diri dari Allah secara tak langsung. And that makes solat pun selamber je korang tinggalkan.



And pada yang dah jumpa kekasih yang betul tu aku doa kan korang end up bahagia till Jannah. (ayat cam kenal, kan? hehe) and untuk langkah keselamatan, ingat Allah and akhlak dan perbuatan korang akan sentiasa terpelihara. True story. And yaeh. Aku suggest korang layan video bawah ni. Aku terjumpa semalam. And saje nak share sebab alang alang ada kena mengena dengan topik aku ^^







Your life, Your Choice -storymaker



Updated : Aku tukar tajuk sebab ramai komen terus bila baca tajuk. Dem. Aku benci orang macam tu.



Sekian



.


41 comments:

N'Craft said...

:baby insap insap

single ke??? ermmm...ermmm :apa

Anonymous said...

hoho happy new year^^

naqiah said...

panjang nye red bebel.. hehehe.. alhamdulillah kak n berjaya harungi hidup slepas apa y dh jadi.. kak n couple matlamat nk kawen.. bkn main2 babtu frust menoggeng.. huhu

laskar pelangi said...

selamat tahun baru !:)

semoga tahun ni lebih bermakna dari tahun sebelumnya.cool gituuuu kalau putus cinta.Allah kasi kita lalui dugaan dulu sebelum kasi kebahagiaan..=)

Domu-kon said...

nice entry.. apa pun tentang wanita sexy tu... memang ada setgah yang cam2..bab ada setngh laen mksdnya...

and i end up single in 2011 ..ahakz

Jeszyuu said...

cukup lah setahun !! hoyeh hoyeh! memang best gile akhiri 2011 dgn status single :tepuk

cimöt said...

takde maknenya weyhhhh nak relationship kalau bukan end up nikah..

biaq laaa nikah dulu baru la nak cinta..lagi sweet sebab ianya halal..

Casper said...
This comment has been removed by the author.
Halimatun Sa'adiah said...

sgt suke video tu...

riff rahim said...

yeay, tahniah. that is sooo true. hayatak ikhtiarak. :) :) :)

sobri yaacob said...

he..he.. same la.. :)

SnowladieS said...

happy new year.!

Julia Johari said...

happy new year ye...sejarah lama biarkan ia berlalu...tahun baru tanamkan azam baru agar ia boleh dijayakan pada masa akan dtg, gagal sekali bukan beerti gagal selamanya, ia merupakan titik percubaan sebelum mendapat hasil yang benar2 berkualiti...insyaAllah, teruskan usaha anda ye aminnnnn :)

Anonymous said...

video tu touching...hukhuk..:(

Awan Nano said...

erkk..i think x lmbt g kan..hepi new year red :)

Anonymous said...

setuju2! :D

chris said...

a visit to your blog, or are learning a lot
friendly to France
Chris

rozeeta rashid said...

i end my 2011 single & brokenhearted. ouch! dia tiba2 nak kahwin dengan orang lain. sehari sebelum birthday saya pulak. nak buat mcm mana. everything happens for a reason kan.

video tu menginsafkan. pray before prayers are said for you. our life our choice. semoga kita buat pilihan yang terbaik untuk hidup kita. =)

Nadia said...

ok,seyesly tersentap sekejap..nk pulak tengok video tu..jgn la lewatkan waktu solat kan??

http://www.nornadiah.com/2012/01/pak-cik-this-for-you.html

for you..:)

Nadia said...

tak kira...nak tulis jugak..*keras kepala**

janji dari blog red...red je yg cakap dari fb...

*toink toink*

rhm slzr said...

setuju;

part tutup aurat tu yg bez. prempuan jd sexy sebab nak compete dengan kaum sendiri,

loser.

rozeeta rashid said...

sentap pulak rasa. saya baca semua tau. bukan tajuk je. :(

Unknown said...

wah... suke baca entry ni

N'Craft said...

rys la tu kan...ok tamo komen dah pasni :lalu

fyy mokhtar said...

saya single saya ok :)

The Everyting In My Life said...

ye la...untunglh bagi org tak de couple2 ni, and untunglh yg kena tinggal n masih couple...

bercinta tak haram yg haramnya couple?setuju x red??and let say...klau couple, sure ke x fikir yg bukan2..?betul la pe yg red tulis kat entry..tu...an i oso believe ma..

then, lau dh putus mesti mulut asyik nk mengumpat si ex2 kn?hahaha...mcm hadis ckp, klu nk baik.."bersihkan mulut kamu, kerana mulut tu laluan ayat2 al-Quran"

apa yg za komen ? mcm pergghhh...xda kaitan.penat la KBYE

sHy said...

hahaha,,bernas red...damn sexy gurl..huhu

AA said...

suka entry ni, aku dah bertahun single, dari kecik sampai umur 18 skrg ni, kapel pun tak pernah. lagi sadis kan? huarggggh!

shaifulshafian said...

red,dh share di blog shy..really nice vid..:(

precious cla said...

http://walkstatic.blogspot.com/2012/01/giveaway-ni-sepatutnya-dilancarkan-pada.html

anda ditagged disini..thanks

precious cla said...

http://walkstatic.blogspot.com/2012/01/giveaway-ni-sepatutnya-dilancarkan-pada.html

anda ditagged disini..thanks

Nadia said...

hehe..terus tukar tajuk..ngee...ala..red marah kat nad ker??-,-

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

The Crow said...

nak kapel.. tolong.. :tlg XD

End up a year as a single person bagus tapi kadang2 bukan mudah. kan kan? kadang member dok berkepit. dalam hati kutuk2. tapi jauh di sudut naluri dan perasaan yg mendalam dok terasa cemburu gak. hoho.

So tahniah kepada RED. Tahun ni cuba lagi. Maybe ade someone yg sedang menconteng diari hati and she wrote 'i hate being single". Awek camni adalah peluang anda RED. Cayok! :P


(^_____^)

Jeszyuu said...

The Crow ni memang saje ke komen camtu? wakaka.. bukan red yg putus cinta la.. dan red tak bercinta pun sebab die tak bersedia lagi (memandai je) . die cume buat entry tu utk org lain yg post pasal tu kat fb n twitter.. takde kne mngena pun dgn red.. kan red kan?

ok bai .. akhir nye yuu tak komen tajuk :yes

Eyka said...

ko memang suke bebel ek wey? hahahaa :P

tpi nice..gua dulu bole thn laaa kuat maki..tpi skrg gua relaks sebab gua pasng scndal rmai..jdi gua tak laa sedih klu kena tgl lgi nti..hahaha :P

MalizaMah said...

goOD...
semua ujian ALLAh..... kena tabah....
ermmm....

Kik0 ♥ QiLaH said...

dalam2 byk2 yg komen,
gua syak dua (2) ketul je laki.. -_-"

Safwan Seth said...

akak gebu jgn kacau naa, haha

Afasz said...

nice info....follow ur blog...folow sy juga ye

najwaMazlan said...

Aku still tunggu prince charming aku. okay. itu amatlah Disney. duhh. haha.
but aku still pegang kata-kata ustazah aku. Jodoh kita, walau kita tak cari still akan datang dekat kita. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...