Showing posts with label Soalan Peminat. Show all posts
Showing posts with label Soalan Peminat. Show all posts

Sunday, September 09, 2012

How Do Boys Attract Girls.


Assalamualaikum.


This is an empty path.


Hello handsome boys and handsome girls. How are you guys doing today? Happy sebab nak naik sem? Yeah. Aku tahu korang sukaaaa sangat belajar and tinggalkan bilik korang yang comel comel tu. Ehem. Well, di pagi ahad yang mulia ni bukan aku nak bernovelisasi kan pasal kegembiraan korang nak naik sem, tapi pasal soalan request dari seorang readers yang bertanyakan soalan;



"Dear abang red, nama saya **** , Saya suka sangat baca blog abang. Sampai setiap post baru abang saya share kat facebook. Nampak tak macamana saya punya huge fan towards you? So, saya harap abang buatkan satu entry on How Boys Attract Girls. Boleh? Boleh lah ye ;)"



Err.. First, don’t call me abang. Call me Mr. Ceh! Haha. Okay joke. Baik adik. Terima kasi kasih soalan yang. Err. Wait. Aku bukan doktot cinta. And why the pencil aku kena jawab soalan tu? Urgh!. Tapi nasib baik adik ni perempuan. Err. Macamana aku tahu? Aku tahu lah sebab nama dia Shikin. Eh.


Cari ilmu biarpun jauh melintasi lurah.


So, daripada aku terus membebel tanpa arah tuju, adik, abang harap entry ni membantu adik. And ingat free ke entry ni main mintak mintak je? Sila pos kan kuih raya. Harap adik terbaca pesanan abang ni. Ehem.


***********


Good Appearance
As you guys know, semua orang pun suka benda benda cantik. Even babies. Tak percaya? Korang try hulur seringgit baru dengan sepuluh ringgit baru. And korang akan nampak baby tu pilih dua dua. Sebab apa? Both money design cantik. Yes. Cantik. Wait. Apa korang kata? Macam duit jutaria? Ohno. Jangan cakap macam tu. Itu kan duit Malaysia. Ada gambar agong lagi. Lain kali watch your manners. Ehem.



Back to the good appearance, kenapa ianya tersangat sangat sangat dan sangat penting? Sebab manusia sentiasa akan bagi first impression depends on your appearance. Cuba bayangkan korang nak buat blind date and yang datang tu seorang yang selekeh and berbau. Nak ke korang teruskan blind date tu? I don't think so. Haha. Maybe korang akan lari sebelum dia cam korang.

Men love to relax.


And ada juga sepsis girls yang setiap kali jupa orang yang baru nak kenal, dia akan usha telinga lelaki tu? Why? Sebab nak tengok lelaki tu pemalas or tak. How? Senang je. Kalau agak agak nampak telinga lelaki tu hitam je, that means lelaki tu sebenarnya pemalas nak jaga kebersihan. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab bersihkan telinga sendiri pun pemalas. So guess their next attitude? Teka perangai dia yang lain. Pfft.



So, be a good looking, stay in a good smell and jaga kebersihan.



Take Notes What She Likes
At this point, the topic will be more interesting. So, keep scrolling. Take notes what she likes. Maksud aku kat sini jangan lah directly tanya kat dia apa yang dia suka. Pembendul namanya tu. Some girls love a men get tricky on them. Serius. So how? Simple. Bawa diorang (the girls) pergi window shopping. Actually benda ni nampak macam "urghh.. Window shopping? Tak gentel langsung ah". Tapi sebenarnya tu lah cara girls shopping.



Well, girls selalu akan usha dulu benda dia minat and harganya. Then, next week dia akan pergi balik shopping mall tu and dapatkan apa yang dia usha. But. Korang jangan lah tunggu sampai dia pergi shopping mall tu sendiri. Perhatikan apa yang dia usha. Then, korang pergi lah shopping mall senyap senyap and beli kan dia hadiah. Bagi alasan surprise. It's simple. And akan cair kan hati girls. And buat kan girls tu cakap "macamana you tahu I nak beli yang ini???" .
Understanding men is a need.


Kenapa cara tu senang nak attract girls? It is because, most girls love an understanding men. Girls suka kan lelaki yang memahami apa yang diorang nak. It's true. Aku dah try tanya mak aku. And she admit it is true. Understanding men? Green light.



Be a Good Listener and Commenter
This is the most point yang buat girls rasa sangat comfortable dengan the boyes(boys). A good ear and mouth and tongue. Well, korang sendiri tahu lah yang perempuan ni semuanya hati kaca. Tisu sometimes. Sangat fragile. Rapuh. Kena cucuk sikit dah pecah. Kalau yang hati tisu tu, cucuk sikit terus koyak. And then kena bawa balik kat kilang untuk pemprosesan semula. Which mean, takes taime to mend. Ambil masa sangat lama untuk pulih. Tak caya korang tanya diri korang. Jangan nak "peh-liss" sangat lah kan.



Kaitannya kat sini adalah different people, different world. Setiap karakter ada dunia dia tersendiri. And setiap orang takkan dapat lari dari ujian kat dunia ni. Means, girls also got the test from god. And sometimes, they cannot bear the test. Lemah. Tak mampu nak tanggung ujian yang sangat berat. At this point, girls akan cari 'Si Telinga' untuk mencurahkan kan perasaannya. Which is she will need a really good listener.


Be a good listener.


Bila ini berlaku, ini lah masanya korang kena jadi a really good listener. Jadi seorang pendengar yang sangat baik. Don't make stupid jokes. But give some good advice. Just imagine, perempuan tengah sibuk luahkan kesedihan, and si lelaki berloya buruk. It gross. Really. She will find it the boy is not a good listener. Girls akan lebih suka boys yang pandai bagi nasihat. Bagi deorang, boys yang pandai bagi nasihat sangat matang and ready to take care of any girls he wanted to. And that girl akan rasa sangat heaven kalau si lelaki tu pilih dia. Right girls? Baik korang angguk dari menongkatkan dagu. Ehem.



So, korang boleh nampak tak dari tiga tips yang aku bagi boleh seriously pikat perempuan. How? Cuma satu je keywords yang ada kaitan dengan semua point kat atas. Memahami. Semua point kat atas ada kaitan dengan memahami perasaan perempuan. Like understand how to get along with girls dengan good appearance. Which is faham yang perempuan tak suka dengan lelaki yang selekeh. Number two, understand what she want and really really want. Maksudnya faham apa dihati deorang. Usha barang je tak cukup dher.



And number three is understanding men who can be soft and comfortable to be a friendly teddy bear. Yang maksudnya perempuan akan sangat selesa dengan lelaki yang merupakan pendengar yang baik dan pemberi nasihat yang bagus. Bagi deorang macam teddy bear yang lembut dan gebu untuk dipeluk peluk. just macam. Bukan peluk betul betul. Kan?



So, now you know how I charms my reader? No wonder aku ramai awek. Eh silap. Aku ramai readers. Lalala.



Sebenarnya aku dah 4jam terlepas deadline untuk contest nuffnang. Apa apa hal, hope korang enjoy baca entry kali ni.Terima kasih sudi baca.



Sekian



.






Monday, February 06, 2012

Sebab Kenapa Orang banyak Bergaduh Bila Ada Yang Menyuarakan Pendapat.

Assalamualaikum.



Hai. Saya bukan peminat korea.


Hello Boys yang petah menjawab dan perempuan yang banyak soalan. Psttt. Nak tahu tak? Aku pernah kena tegur, "Blog kau adalah blog kedua yang aku jumpa suka sangat side kat boyes (boys) dan suka kutuk perempuan kat pendahuluan" Well. Bukan aku sengaja. Honestly, ianya best. And benda betul. Perempuan selalu tak ada modal nak back-up diri sendiri kalau berdebat dengan lelaki. Haha.



And talk about berdebat, aku ada dapat satu permintaan dari unknown user kat Formspring. Ia berbunyi begini :


"Red. Boleh tak You ulas pasal, erm melawan dengan bagi pendapat. Yela niat kita bukan nak melawan, just bagi pendapat, tapi sometimes orang tu tak boleh terima, dia rasa bila kita cakap je..rasa kita menentang dia, lawan cakap dia. At last kena iyekan je semuanya. Tq. With love <3"


Well, secara amnya, aku tak dapat nak ulas pasal benda ni. But, aku boleh cakap yang ianya adalah masalah percanggahan pendapat. Yes. Mulut orang annoying kat fb kita boleh terus tekan pangkah. Tapi mulut orang kita nak tekan pangkah celah mana, betul? Ehem. And again. It's all about opinions. Pendapat. Something yang tak statik. Sentiasa berubah-ubah.



Art is free to think


Basically pendapat ni sebenarnya umpama art. Seni. Yes. Seni itu meluas. Setiap orang punya seni fikiran adalah tak sama. Cuba aku suruh korang bayangkan bulatan. Dah? Okay bulatan korang macamana? Eh bulatan kita mana sama. Aku punya bulatan ada border warna unggu pastu ada bulatan lain kat border tu. Korang punya apa ada? Plain? Haha. Eh takpe takpe. Kira lawa lah tu. Heh.
 


So apa yang punca berlakunya percanggahan pendapat? Siapa tahu? Anyone? Ah sudah. Semua tak nak jawab. Takpe. Biar aku jawab sendiri. Aku tahu. Aku tanya, aku jawab. Cool kan? Okay Syy. Ehem. Again. Kat atas aku ada sebut yang pendapat ni tak statik. And its means terbahagi kepada dua. Which is pendapat yang kukuh dan pendapat yang general.




What the pencil is pendapat kukuh?
Pendapat kukuh adalah pendapat yang dah ready dengan bukti dan isi-isi bernas dengan skop-skop tertentu yang boleh buat orang lain terdiam bila kita gunakan nya untuk berdebat. And then kita end up dengan smiles. And normally pendapat kukuh ni sentiasa menang kalau digunakan pada masa yang betul.



And the other best stuff is orang yang cuba nak membidas kita akan terdiam. Bayangkan, kita end up dengan smileys, dia pulak terdiam. Terasa cool gila! Haha. Like menang bila lawan siapa-dapat-remote-control dengan adik masa berebut nak tengok tv kat rumah. HAHA.





What the eraser is pendapat general?
Basically ia adalah pendapat yang terlalu am. Tak ada skop-skop tertentu. Cabangnya masih terlalu luas. Pendapat yang rapuh. Situasi yang paling senang nak buat korang faham adalah : Cikgu bagi korang tengok satu pokok, then cikgu suruh korang bagi tahu apa yang korang nampak. Then korang jawab, "ada sebatang pokok". That's all.



Wal hal korang boleh jawab lebih dari itu. Ie. Korang boleh nampak dahan, daun, proses fotosintesis. Which is pertukaran dari karbon dioksida kepada oksigen. And many more. And that is general. And biasanya orang tak ada ilmu yang cukup je akan gunakan pendapat macam ni untuk back-up diri sendiri bila kena debat.



As for my general view, dua-dua tu sebenarnya adalah pendapat. And kalau kita berdepan dengan orang yang menyatakan pendapat general tu, just hormati pendapat dia. Kalau kita ada pendapat yang kukuh, jelaskan pada dia kat mana pendapat dia yang salah tu. Secara baik. And bukannya melawan balik dengan kemarahan yang marak dalam hati.



Take a step or you left behind


Yet, kalau dah bercanggah canggah pendapat tu, take a step lah untuk baiki mana yang perlu. Bukan terus berdebat. Yes. Take a step. Kalau tak sampai bila bila lah masalah takkan selesai. Actually ada banyak contoh. Tapi aku ambil paling senang. Lelaki sound perempuan jangan tengok bola sepak sebab ternyata aurat lelaki terdedah kat sana.



Disebabkan dah terlalu musim bola sepak, dia kekal dengan pendirian nak tengok and then debat dengan lelaki, "macam lah lelaki tak tengok aurat perempuan. Kat lua tu banyak". And then diorang pun berdebat tanpa henti. Yet. Tak ada siapa pun ambil langkah nak baiki kesilapan. And finally, is the problem solved? Nope. Noooooooooooooooope.



And ada satu lagi penyakit kenapa orang susah nak terima pendapat orang lain. And guess what? Okay fine. Sekali lagi aku tanya aku jawab. Yelah. Blog aku kan? Ehem. And the answer is umur. Many of us suka sangat pandang pada umur kalau nak terima sesuatu pendapat. Konon nya lagi tua seseorang lagi banyak pengalaman, pengetahuan dan kebenaran dia ada. Fake.



Experienced the jungle


Umur bukan lah penentu seseorang tu banyak pengetahuan, pengalaman, kebenaran and others. Sebab pengalaman mengajar. Kalau tak percaya, korang petiklah seorang manusia dari bandar yang berumur dan tak pernah masuk hutan dengan anak orang asli yang muda. Korang letakkan dua orang ni dalam hutan. Tengok siapa boleh survive? Kalau dua dua orang ada pengalaman, InsyaAllah dua dua boleh survive. Kalau tak ada pengalaman? Guess what happens.



So, Dipendekkan cerita, aku memang tak boleh nak buat apa apa ulasan pasal masalah orang yang anggap kita nasihat tu seperti kita cuba nak melawan dia. Apa yang aku boleh cakap adalah dia tak ada point atau dia anggap diri dia tua dan dia betul sentiasa.



Yet, sikap macam tulah kita tok sah ikut ye. Not cool. Serius not cool. Even rasulullah ada bersabda "Jangan melihat siapa yang bicara tapi lihatlah apa yang dibicarakan" (Hadith diriwayatkan Saidina Ali bin Abi Talib). And terima jelah yang most perempuan akan kalah bila berdebat dengan lelaki. Sebab kajian dah menunjukkan cara fikiran lelaki adalah dua kali ganda meluas dari perempuan. Yes. I know. Life is unfair. Deal with it. Heks.



Sekian



.


Sunday, August 07, 2011

Kawan Hadapi Musibah, Apa Kita Buat?

Assalamualaikum.



 Kind of wondering


Hello pesakit yang tengah sedih dan kawan kawan pesakit yang buat diorang bertambah sedih. Aku harap semua sihat sihat belaka. Ehem. Korang pernah tak berada kat situasi dimana kawan korang jatuh sakit. And apa yang korang mampu buat cuma cakap, "Sabar ya.. Ada hikmah disebaliknya tu. Chill lah..". Okay. Satu lagi situasi. Korang yang tengah sakit. Then, kawan korang pulak cakap, "Bersabarlah..ni semua dugaan Allah..". Pernah.? Mesti pernah, kan.?



Okay. Memang aku selalu dengar kes kes macam ni. Misalnya korang ada sorang kawan, doktor syak dia menghidapi barah. Barah kat bahagian otak ah kasi gempak sikit. Then, kawan tu pun dah mula risau dan takut. Asyik fikir "aku bakal mati". Biasanya orang macam ni akan sembunyikan daripada pengetahuan orang lain. And lastly semua orang dapat tahu jugak.



And bila semua orang dapat tahu, termasuk korang, mesti korang akan bersimpati dengan dia. Then, memang dah jadi nasihat yang typical, korang akan suruh kawan korang tu bersabar. And buat beberapa perkara yang buat dia terharu.



Bila dia terharu, dia akan lebih sayang korang and akan rasa sedih sebab akan tinggalkan korang. Memang dalam otak dia dah setkan yang dia akan mati awal sebab doktor pun dah bagitahu tentang deathly illness yang dia hadapi.



It touchs when them go


Nampak tak, permainan psikologi yang korang bagi tu akan buat si pesakit akan bertambah sedih. Mengikut kajian pakar psikologi, lagi suram keadaan pesakit (deathly illness) lagi tinggi peratus dia akan mati awal. Nak tak nak, korang kena terima kenyataan yang kawan korang akan mati awal betul.? Tapi korang tak sedar, korang sendiri punca kenaikan peratus tu. Ehem.




"Red, you kena faham, doktor sendiri dah cakap dia menghidapi barah. Kita sebagai kawan kenalah buat dia rasa happy. Atlease selagi dia masih ada."


Yes. Memang doktor dah buat pengiraan semua. Tapi kenapa nak cakap, "at lease selagi dia masih ada".? Sekali lagi ada perkara yang kita selalu tak sedar berlaku. Selalu kita terkena dengan psiko dari doktor. Bila doktor cop seseorang tu kena barah, automatik kita akan fikir orang tu akan mati awal. Benda ni aku dah pun aku ulaskan dalam entri Smokers Tak patut Kena Ban.



Kalau korang perasan. Aku ada cakap pasal nyawa tu bukan kat tangan manusia. Doktor Cuma buat calculation. Tepat atau tak itu semua rahsia Allah. Cuma Allah je boleh izinkan nyawa seseorang tu tercabut. Eh. Bila dapat tahu kawan kita hadapi barah, tak semestinya dia mati awal lah. Ada je orang muda mati awal, kan.? Accident contohnya. So, doktor kata kawan kita kena barah. Who cares.?


Make them happy

Berkawan je lah macam biasa. Borak macam biasa. Dapat lah jugak buat kan si pesakit tu lupakan pasal barah dia. At lease for a while. Permainan psikologi sangat lah main peranan pada pesakit macam ni. Lagi efektif kalau kita dapat buat dia betul betul lupa masalah penyakit yang dia hadapi. Sebab, bila pesakit happy, penyakit yang dia hidapi tu akan diibaratkan macam semakin sembuh.



Pada perspektif lain pulak, biasanya, kalau korang perasan, orang sakit akan murung. Orang yang murung akan rasa dunia dia kosong. Nak nak kalau baru lepas tahu dia menghidapi penyakit kronik yang membawa kematian. Cuba korang bayangkan korang berada kat tempat pesakit tu. Mesti sedih gila. Asyik terfikir tak dapat tengok langit lepas ni. Tak dapat tengok laut. Tak dapat makan aiskrim. And yang paling sedih, tak dapat main helikopter kontrol.



Tapi kalau kita berjaya trigger pesakit untuk jadi happy, maybe dia akan rasa hidup dia lebih bermakna. Yang mana satu korang rasa best.? Buat dia rasa kosong atau ada kan pelangi dalam hati dia.? Your choice.



Never let them alone


And sebenarnya, dalam entri ni aku tiruskan cabang ideologi asal. Korang boleh jugak kaitkan apa yang aku cuba sampaikan dengan mereka yang menghadapi musibah lain. Contohnya kawan korang baru lepas putus cinta. Nak nak perempuan. Selalu perempuan akan rasa hidup tak ada makna kalau baru lepas putus cinta. Ehem.



Apa yang aku cuba tekankan adalah tak perlulah nak buat si pesakit bertambah touching. Sedih nanti diorang dibuatnya. And itu akan membuatkan diorang jadi murung. AND INGAT. Setakat doktor cakap dia menghidapi penyakit yang bahaya, tak semestinya dia akan mati dulu. Aku dah bosan dengar tanggapan orang macam tu. And kalau korang nak baca additional points, korang baca apa yang senyumSOYA tulis kat ruangan komen. It's really true.




Terima kasih sudi baca.




Sekian



.


Thursday, August 04, 2011

Macamana Nak Buat Boyfriend(s) Kurang Main Game Supaya Girls Dapat Lebih Perhatian.

Assalamualaikum.



Trigger you right



Hello attention whore and games whore sekalian. Hari ni aku nak bukak satu topik yang quite not interesting bagi yang belum ada couple.*terasa*. Yes. Aku nak ceritakan tentang masalah yang kerap berlaku pada couple. Iaitu ketidakpuasan hati dari girls terhadap boy(s) diorang. Dimana perempuan selalu terasa macam diabaikan bila boy(s) dah start main game. Yes. True story.



Selalu jugak aku dengar aduan macam, "Boy I, kalau dah start main game, jadi tunggul je lah I ni. Nak nak masa dia tengah main DOTA. Pfft. Menyampah.". Yes. Lelaki kalau dah start pegang game favourite dia, memang agak leceh untuk korang (girls) nak alihkan dia dari depan game.



And korang sangat bertuah kalau boyfriend korang sanggup pause game tu, semata mata nak cakap, "Sorry sayang, I tengah main game ni. Nanti dah habis match I contact you balik. Got to go. Bye. Muax muax." Tanpa bagi korang chance nak reply apa apa.



Apa korang ingat senang ke nak pause game yang online. Tak pun masa dia dah sampai level paling susah. Korang patut berasa untung sebab sanggup jugak dia bagi pesanan. Eventhough ringkas, ok apa dari tak contact terus.



Pause 

Well, aku tahu ramai perempuan susah nak setuju dengan ideologi ini. Sebab tu ada yang berani menyuarakan isu ni. Sampai ada yang mintak break. Cuma disebabkan lelaki tu suka main game. Oh come on. Main game je pun. It's not a big deal. Tapi berpada lah. Jangan langgar waktu solat. And please jangan tanya aku kenapa waktu solat kitorang boleh pause, tapi tak boleh pause untuk korang (girls) punya call yang sibuk nak mengawan. Ehem.



"Fine. Lelaki dan game memang tak boleh terpisah. Kalau macam tu, Red ada tips nak kurang or buang addict kat game tak.?"


Korang macam tahu tahu je kan, aku ada tips nak kurangkan addict kat game. Yes aku admit yang aku pun suka main game. Tapi aku tak lah addict. Sebab aku ada beberapa tips yang agak berkesan.  Well, korang (perempuan) boleh suruh boy(s) korang praktikkan cara ni. Kalau tak berkesan jugak, korang boleh hantar diorang ke pusat game tester. Mungkin boy(s) korang boleh buat duit. Dan korang pun bahagia.

 
*****


Hilangkan Game Dari Mindset
Aku tahu nama point ni agak bombastik. Well, maksud dia amatlah simple. Iaitu buang game tu. Yes. Kalau game tu jenis install kat komputer macam DOTA, sila uninstall. Kalau game tu jenis online pulak, buang link tu dari history browser. And pastikan mentality diorang kuat untuk tak install balik game tu. Suruh diorang puasa dari main game tu untuk 2 minggu. Lepas tu komform hilang ketagih main game.



AFC - Away from console


Kalau tak jalan jugak, korang boleh buang dia punya punca-niat-main-game-diorang-terangsang. Maksud aku medium game tu. Contohnya komputer, gameboy, etc. Aku assume cara ni lebih berkesan untuk game yang berkonsol persendirian macam PSP atau NDS.*pernah kena*. Tapi aku tak syorkan untuk boy(s) yang panas baran.



Challenge The Pro Level
Kalau cara lembut kat atas tak berkesan, korang boleh guna cara kedua. Iaitu suruh boy(s) korang cabar diri sendiri untuk ambil level yang paling susah. Cara ni akan bagi effektif yang maximum kalau boy(s) korang masih noob dalam game tu. Maksud aku, masih level anak anak kat dalam game tu. Sebab, bila diorang masih level anak anak, jangan mimpi dapat kalahkan level yang paling susah.



Bila asyik kalah, ianya mendatangkan ketidakpuasan bermain game. Then, lama lama mesti boy(s) korang akan jadi bosan gila. Lepas tu diorang akan tinggalkan game tu terbengkalai. Yes. Fade up. That's the point. Macam korang jugaklah. Yang mintak putus sebab fade up dengan boy(s) yang asyik main game dan mengabaikan korang. Gunakan cara yang sama untuk diorang lupakan game. Brilliant idea kan.?



Join the club

Be In Their Shoes
Kalau boy(s) korang memang jenis-asyik-menang-tak-reti-reti-nak-kalah, sampai kalau hantar jadi game tester pun dapat job, memang tak ada cara lain lah. Cara yang terakhir jugak aku rasa akan berhasil. Jangan risau, ia tak memerlukan emosi dan mental yang kuat. Caranya adalah 'join the club'. Yes. Apa kata korang join sekali boy(s) korang main game. Senang. Boy(s) korang bahagia, korang pun bahagia. Boy(s) korang dapat kepuasan main game. Korang pun dapat berinteraksi dengan boy(s) korang lama lama. Win win situation.


*****


Well, akhir kata, memang tak perlu rungsing lah kalau dapat boy yang suka main game. Normal lah tu. Siapa kata main game tak ada benefits.? Aku belajar English dari game tau. Aku tahu, perempuan ni attention whore. Bila dah sampai certain time, mesti nak menggedik dengan boy(s) dia. Mengada ngada.



And andai kata kalau uninstall game dan main level paling susah pun tak gerak, plus korang memang tak nak guna cara ketiga, hantar je lah boy(s) korang tu jadi game tester. Berbaloi apa. Duit yang dia dapat bahagi lah dua. Yang boy beli game baru, yang perempuan pergi shopping. Sekali lagi win win situation.





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Friday, July 29, 2011

Troll | Best Tak Tayang Gambar Bagi Lelaki Tengok.? [reply]

Assalamualikum.




Bukan admin


Hello naughty boys and girls. Hari ni I nak mencelah dalam blog ni buat troll. Eh. Kenapa you alls hairan bahasa I macam ni.? Standard lah. I ni kan hot. Bukannya perempuan kampung. Dah dah. Tak payah nak garu garu kepala. Memang I bukan red. Red tu boy-yang-jerk-ayat-bajet-bagus je. I lain. I memang bagus. You alls boleh search I kat google, Ms red. I lah tu. You alls sila baca dengan nada gedik tau.



Well, how in the hell I did access the  Gitarputeh's account.? Senang je. Eh. Apa you alls ingat I ni hackers ke.? Mana ada. Tak main lah hack hack ni. Apa susah. Taip email admin blog ni. Then, untuk password pulak, taip je "perempuan-pendek-bercontact-lens". Senang,kan.? Okay, I ulang. "perempuan-pendek-berkontact-lens". Then, access lah. Simple.



Kenapa I guna blog Gitarputeh.? The answer is simple. I nak troll balik jejaka terhangat punya troll terhadap perempuan. Bukan main lagi dia kutuk kaum kita. Urgghh! Kalau you alls nak baca apa yang dia kutuk, you alls boleh baca entri "Seronok Tak Tayang Gambar Bagi Lelaki Tengok?" dia. Kalau you boys nak tahu sangat, meh sini I ceritakan.



 We love compliments


First of all, you boys kalau nak tahu, kaum kami ni suka sangat puji pujian. Memang dah jadi lumrah. Kalau tak percaya, cuba you boys offer nak belikan ipad. Mesti laju je kitorang terima. Sebab time ada ipad lah nanti mesti kawan kawan lain akan puji kita.



And mesti ada yang cakap, "Peh. ipad...untunglah..bf kaya..". Tapi tu kawan lelaki lah. I agak kurang pasti kat kejujuran kaum I yang puji. Sebab kalau kaum I yang puji, mostly cuma berdrama dan cakap, "Wah.. bergaya.. pakai ipad.. kena sangat dengan style you..". Padahal jelous gila. Tapi still, I terima compliment dia :)



Macam tu jugak dengan kecantikan. Bila I tergedik gedik ambil gambar, kan, mesti I letak satu hope untuk lelaki puji. Memang semata mata untuk lelaki puji. Sama lah macam kes ipad tadi, I tahu ramai perempuan puji kecantikan I berlatarkan drama. So, lagi baik I tayangkan untuk lelaki. It's your chance boys. I dah posing paling eww eww, tolong lah puji. boleh kan.?



Perasaan masa posing dan lihat hasilnya tu best


Actually bukan pujian je yang buat I rasa selesa. Selain dari tayang gambar untuk lelaki puji, itu cuma jawapan basic untuk "kenapa suka tepek muka". Yang kes gambar gambar I yang full body pulak ada sebab lain. Bila I letak gambar full body dengan posing posing tertentu, semua tu sebab I nak para lelaki berfantasi tentang badan I. Best tau. I suka part yang tu.


Lagi lagi masa posing sambil jelir lidah keluar macam tengah makan aiskrim pisang. I loike!


Ehem.


And please lah boys. Please jangan cakap dengan I bab dosa pahala. Sebab I dah letih nak menegangkan benang yang basah. Bukan nya I tak tahu. I tahu. Cuma I ni degil je. I study agama jugak masa sekolah dulu. I dah buat dosa, biarlah daddy I tanggung. Dosa daddy I. Bukan dosa I. Sebab I belum kahwin. Kalau dah kahwin, jadi dosa hubby I pulak. Apa yang you boys susah, kan.?



And you boys yang suka cakap pasal dosa pahala ni kena lah tahu. Perempuan ni kuat emo. Bila kitorang dipuji memanglah kitorang suka. Sebaliknya pula bila orang down kan kitorang. Nak nak bahagian dosa pahala. Serius. Mesti kitorang terasa gila. Sebab tu kitorang kuat melenting.



Tak ramai lelaki yang naturally fotogenik


Out of all, I rasa ramai lelaki yang timbulkan isu ni sebab diorang jelous. Ye lah. Mana tak nya. Diorang jelous sebab memang nampak pelik kalau lelaki ambil gambar untuk tayangan perempuan. Kalau ada pun, yang jenis maskulin. Itu pun berapa kerat.



Well, kalau perempuan puji gambar perempuan lain, its little bit normal. Yeah normal. I pernah ternampak tau, lelaki suka beli majalah bergambarkan lelaki maskulin. Bila diorang baca majalah tu, I rasa macam, "Eww, gay ke diorang ni.?". Serius.


Ehem.


Well, I cuma bercakap dari pihak I. Yes. It is just my personal thought. Lain perempuan lain hujahan dia. Ada yang letak gambar tanpa niat nak bagi lelaki tengok. Nak nak kalau gambar dengan family. Tapi nak buat macamana kan.? Memang lelaki suka tengok. Memang dah jadi super-attracting reflex action. I tahu, kalau tak bagi tengok pun lelaki sibuk nak tengok. Memang banyaklah usaha lelaki nak tengok gambar perempuan tu.



And I memang sengaja guna blog Gitarputeh ni buat troll. I rasa dengan bantuan I ni, market dia boleh naik. Tapi I malu nak tepek muka I kat blog budak jerk-bajet-bagus ni. Lain lah kat blog mamat hensome macam feeza macho. Mesti I letak pic I banyak banyak dalam blog dia kalau entri ni kat blog dia. Biar perempuan lain jelous yang dia lagi handsome dari bf(s) korang. HAHA.





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Monday, July 18, 2011

Bila Ada Fatwa Kata Suara Perempuan 100% Aurat Terhadap Lelaki.

Assalamualaikum.



I found a paper sheet


Hello girls with lovely voices and boys yang suka dengar perempuan menyanyi sekalian. Okay. Sabtu lepas. Eh tak tak. Sabtu bulan lepas. Aku terjumpa satu sheet yang menulis something dem like islam adalah sangat susah. Sekeras keras dilarangnya lelaki tak boleh bercakap dengan perempuan selagi tak kahwin. And I was like, "fuuu!. Apakah ini.?"






Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.


Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.


Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.


Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?


Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.




Seriously. Islam sangat ketat macam tu ke.? Berbual antara lelaki dengan perempuan pun tak boleh.? I mean, kenapa kolot sangat pemikiran.? Atau mereka melebihkan hukum dari logik akal, sampai bercakap antara lelaki dan perempuan dilarang keras gila.?



Well, demi tak bercakap kosong, aku pun buat research (ceh, research beb) untuk kuatkan isi aku, yang islam ni tak adalah ketat sangat. Sampai nak bercakap antara lelaki dengan perempuan pun dilarang keras. Pfft. Well, gladly aku jumpa beberapa maklumat yang akan menguatkan isi aku. kepada para pengeluar-fatwa-yang-mengetatkan-gila-cara-islam sekalian, dengar elok elok.



Konteks meluas bukan bermaksud asyik dilarang


Sebenarnya islam tu syumul. Tak ada lah ketat gila macam shit sheet yang aku jumpa tadi. Ada beberapa faktor yang betul betul membuktikan islam tu longgar. And bukan sahaja tak melanggar syariat islam. Malah boleh diterima akal. Tanpa buat orang kafir fikir, "Peh. Leceh gila islam ni..kalau leceh macam ni, siapa lah nak masuk islam ni. Pfft."



Well, basically korang tak boleh nak main bang terus hukum haram pasal 'bercakap dengan bukan muhrim dalam islam'. Seriously. Okay. First, macamana dakwah nak disampaikan kalau syarat bercakap punyalah ketat. Sampai nak perempuan nak bercakap dengan lelaki kena tunggu kahwin dulu.? It's really wrong, dude.



Hey, even perempuan yang pakai purdah pun, kena bukak purdah,  dan melontarkan suara sekuat mungkin. Agar pelajar pelajar dia dapat dengar apa yang dia sampaikan, tahu.? Okay korang bayangkan, korang tengah belajar. Dapat pulak cikgu atau lecture yang suara-macam-dalam-kelambu dengan alasan 'suara perempuan tu aurat' . Rasa buang masa tak, bila tak dapat dengar ilmu yang nak disampaikan.? Aku bet. Mesti cikgu atau lecture tu tak habis belajar bab mudahnya islam.



Lingkuplah perniagaan kalau tak ada hak bercakap


Next, dalam perniagaan. Yes dalam perniagaan. Macamana sesuatu perniagaan tu nak naik kalau perbualan dari segi islam ketat gila.? Hey even islam sendiri menggalakkan kita menceburi bidang perniagaan tahu. Sebab 90% rezeki datang dari perniagaan (correct me if i'm wrong).



Okay. Korang bayangkan, seorang ibu suruh anak perempuan dia beli sayur kat pasar. Dan dan tu lah kat pasar cuma lelaki aje yang berniaga. Budak perempuan tu pun dok fikir, "Macamana nak beli ni, suara perempuan kan, aurat terhadap lelaki..". Dia pun balik rumah tak beli apa apa. And last last sampai ke malam satu keluarga tu tak makan. (contoh aje..) So, take note! Suara perempuan bukan 100% haram untuk lelaki.



Juga dimudahkan bila kecemasan


Point yang seterusnya buat aku rasa macam nak tergelak. Aku tak boleh bayangkan macamana kita nak mintak tolong kat orang lain masa kecemasan kalau korang anggap suara perempuan tu 100% haram untuk lelaki bukan muhrim dengar. Korang bayangkanlah. Dalam satu banjir. Ada baby ni terhanyut.



Luckily, ibunya perasan akan kehayutan anak dia. And dem-ly, ibu tu anggap islam larang keras untuk perempuan berbual dengan lelaki selagi tak kahwin. Dan dan jugaklah kat situ ada lelaki yang paling dekat dengan baby tu sebelum terus hanyut jauh. And sangat kolot pemikiran korang kalau korang kata suara perempuan tu 100% aurat untuk lelaki.


Ehem.


And lastly, aku tahu ramai yang akan suka point last ni. Sebab islam menghalalkan perbualan antara lelaki dan perempuan dalam mencari jodoh. Okay bertenang. Bertenang. Jangan teruja sangat. And aku tahu ada juga orang yang cakap macam ni, disaat membaca blog aku, "Ape bende ntah red ni bualkan. Dah sah sah point tu tak boleh pakai sebab dalam islam mana ada couple couple ni.".



Nak bercinta boleh, tapi jaga batas


Well, sangat kolot fikiran korang, kalau korang terus kata couple tu haram. Okay fine. Biar aku ulas sikit. Secara logiknya, korang akan kata couple tu haram sebab bila bercouple, mesti pegang pegang tangan, kiss kiss, hug hug, keluar sampai lewat malam. Semua sebab perbuatan yang boleh mengundang ke arah maksiat. (siapa suruh korang buat 'sebab' korang tu.?)



Tapi macamana pulak dengan tunang (style sekarang).? Okay bayangkan korang dah bertunang. Korang pun keluar dating sama sama. Parents pulak tak kisah sangat sebab korang dah bertunang and semua orang pun dah tahu pertunangan korang. Korang pun keluar sampai lewat malam. Pegang pegang tangan. Kiss kiss. Hug hug.



Then, bagi alasan, "Takpe. Tak lama lagi kami akan berkahwin.". Fuuu! Kenapa taknak haramkan pertunangan pulak.? Well, conclusionnya, couple tu tak haram selagi kita tak buat benda yang melanggar syariat islam. And dah tak ada nya lagi, istilah lelaki tak boleh berbual dengan perempuan (100%) sebab ianya bakal mengundang ke arah maksiat.



Selagi tak membangkitkan


So far, yang aku tahu dalam research aku, suara perempuan cuma akan jadi haram kat lelaki bila perempuan tu mendayu dayukan suaranya, melunak lunakkan suaranya, bercakap dengan suara yang menghairahkan. Sebab ianya sangat sangat boleh mengundang nafsu lelaki untuk bangkit. Seriously.



Kalau tak percaya, korang tanyalah lelaki paling rapat dengan korang. Ayah korang misalnya. Jangan tanya bf korang. Sah sah diorang akan kata suara korang 'belum' menghairahkan lagi. Semua tu trick untuk korang memanjakan lagi suara korang. Maklumlah. Susah nak cari lelaki yang betul betul boleh dipercayai. Macam red misalnya. Ehem.



" Red I, pernah baca entri lepas lepas you tentang main gitar tu pun tak 100% haram.  Bagi lelaki memang lah senang sebab suara lelaki tak ada masalah dalam bab aurat. Macamana pulak tentang perempuan yang main gitar sambil menyanyi.?"

 
Well, tak mahu aku ulas panjang panjang. Kang nanti entri ni panjang, korang pulak membebel kat aku. Ehem. Cuma beberapa benda je aku nak soal balik, sebelum aku jawab soalan korang.

  • Masa korang menyanyi tu, suara korang mendayu dayu tak.?
  • Korang rasa, masa korang nyanyi tu, menaikkan nafsu lelaki tak.?
  • Adakah korang menunjukkan aurat korang yang lain kat lelaki masa nyanyi.?


Jangan komplex kan benda yang ternyata mudah


Jawapannya ya. Suara perempuan sentiasa menaikkan nafsu lelaki ketika menyanyi. So, korang jangan salah faham. Sebab setiap lenggokkan rima dalam lagu memang boleh buat lelaki terbuai buai. Sebab hormon estrogen pada perempuan. Sangat jelas perempuan nyanyi adalah haram.  Kalau susah sangat nak terima perempuan nyanyi tu adalah haram, , tak jadi masalah kalau korang nyanyi untuk sesama perempuan. Apa ada hal.?



So, aku harap korang jelas dengan apa yang aku cuba sampaikan tentang suara perempuan tu bukan 100% haram untuk lelaki. And aku bet, orang yang melarang keras tentang hal ni, mesti sebab dia jeles. Nak nak kalau dia tengah single and takde siapa nak kat dia. Ehem.





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...