Wednesday, December 28, 2011

Aku, Budak Kecil, Dan Awek Cun.

Assalamualaikum.


Erm.. Hello?
 

Hello guys. Okay. Aku tahu dah ramai yang tak baca blog aku sebab aku dah lama tak update. Well, kalau nak bagi alasan memang aku boleh je. The thing is. Aku terlalu leka berada di chat room. Yes. Chat room tu menghayalkan. Even though senang gila nak dapat topik dalam chat room. Sebelum korang teruskan membaca, aku nak bagi amaran, entry ni sumpah bosan taw. Ehem.



Disebabkan topik topik yang aku dapat dalam chat room tu dah pun aku share on-the-spot, mood aku nak tulis entry tu hilang mendadak. But its okay. Aku still ada benda nak dishare. Yes. It is quite useful. And this thing, aku baru je belajar tiga hari lepas. Which is masa aku first time buat benda yang aku tak  pernah buat. Weh jangan fikir bukan bukan. Benda yang aku tak pernah buat tu adalah ice skating. Serius. Ice skating je.
 


Well, macamana aku boleh terjebak nak buat kerja gila ni, korang jangan tanya aku. sebabnya korang boleh tanya sendiri pada admin 'bloggers chat room' . Yeah. Tanya admin. Bukan aku taw. Taw taw. Tanya admin. And bla bla bla, makan makan makan, bowling bowling bowling, and makan makan makan, solat, then sampai ke tapak Ice Skating Sunway Pyramid.



Teringat masa kecik kecik pun ada jugak


At first, aku macam entah  nak tak nak je masuk. Sebabnya, aku tahu yang aku will not make it in the park. Kalau korang tengok orang lain baru baru main terus pegang tepi ice park tu untuk belajar merangkak. Tapi aku dipaksa belajar merangkak kat tengah tengah ice tu. cool kan? But its okay. Tapi ada satu benda ni tak leh blah.



Yes kat situ aku fokus kan pada tiga orang. Aku, budak kecil, dan awek cun. Tiga tiga berada dalam jarak kurang 3 meter. Aku punya lah fokus untuk keseimbangan badan. And wallah! Tak jatuh. Tapi bila aku tengok budak kecil tu, dah lah tak reti main. Then asyik jatuh.



Apa best nya, bila dia jatuh, awek cun tu datang tolong dia. Siap ajar macamana nak luncur lagi. Dem. Bila aku jatuh, tak ada siapa tengok and nak ajar aku luncur *sad face* but its kay. Aku bangun balik. Even kali ke empat-lima-enam-tujuh aku jatuh. And yes. Bukan aku sorang je baru main. Aku terpegun sekali lagi bila tengok Yuu meluncur.



Keep going untill your last breath
 

Yes. She did fall. Empat-lima-enam-kali juga. But she's keep on rise up. Bangun pastu buat muka tak bersalah. Katanya, "walau bayak mana pun kita jatuh, kita kena bangun semula" and that phrase menyedarkan aku untuk terus bangkit walaupun tak ada perempuan cun ajar aku meluncur *sad face (Yes. Again!)*



And kenapa phrase tu dapat trigger aku untuk terus meluncur? It is because ia mengingatkan aku pada pesan ayah. Katanya, "Jatuh adalah halangan. Halangan yang menhalang kita untuk lihat apa yang berada dihadapan. Macamana kita nak lihat apa disebalik halangan tu kalau kita tak terus bangkit dan berjalan? It might be a rainbow. Who knows?"



And lastly, walah. Aku end up dengan kena smackdown di 'tilam ice'. Bukan nak kata aku tak reti luncur atas ice. Tapi ianya satu accident. Betul, tak tipu. Sila percaya aku. Ehem. Ianya satu accident. And itu lah. kata orang, take at your own risk. And the best part is, aku masih lagi nampak budak kecil tu still di support oleh awek tu walau jatuh tujuh-lapan-sembilan kali. Dem. Aku cuma dua-tiga-empat kali je kut. tapi awek tu tak ada tolong aku pun :(

 

Sekian



.


Friday, December 16, 2011

Pre-view | Oley!! | Taktik Video Edisi Da'wah Yang Berkesan.

Assalamualaikum.




Oley!! | Video yang menerangkan hukum Hudud yang patut diterima masyarakat


Hello nine tricking minded boys and nine desires minded girls. How's your day today? Excited sebab terserempak dengan mat Lutfi? Lepas tu ada yang jelous? Takpe takpe. Apa lah sangat ada pada Mat Lutfi tu. Banyak lagi lelaki yang boleh buat korang excited bila korang terserempak. Especially yang baik, pemurah, pendiam, sopan, dan tak banyak cakap. Tuan blog ni misalnya. (Oh!)




Okay. Sebenarnya aku bukan nak cerita kan siapa Mat Lutfi tu. Famous sangat ke dia. Or kenapa girls kena excited kalau terserempak dengan mat Lutfi. Yang Aku nak bagi tahu, ada satu video edisi da'wah yang berjaya disebarkan hanya sebab key words nya, "Ada Mat Lutfi berlakon dalam video tu". Serius. Aku tahu ramai girls yang tergila gila kan maMat Lutfi tu. Sebab tu laju je korang nak tengok video tu, kan?



Aku letak gambar mamat ni demi korang. T.T
 

But its okay. Sebab trick menggunakan seorang yang famous tu boleh bagi 90% chance untuk trigger orang untuk betulkan minded pasal hukum hudud yang patut dilaksanakan di Malaysia. Sebab ofcourse lah korang akan terjah video bila orang promote, "Hey ada Mat Lutfi berlakon dalam video Oley!!. Awww!!" . Cuba kalau orang promote, "Hey. Ada imam berlakon dalam video Oley!!" . Rasanya korang nak tengok tak video tu? Haha. Jangan jawab!




And video ni pun bagus sebenarnya untuk sedarkan masyarakat warung kopi kita untuk sedar yang hukum hudud ni adalah hukum Allah. And why malaysian masih takut dengan hukum hudud ni? Aku nak tulis sebenarnya. But, before that. Aku nak tanya dulu, korang rasa kenapa Malaysian takut sangat dengan hukum Hudud ni? 




Aaaa?




.







Tuesday, December 06, 2011

Entry Dah Kemas. Tapi Kenapa Masih Susah Dapat Pengunjung?

Assalamualaikum.


 Hye mustached people


Hello boys yang rendah diri and girls yang perasan cun. HAHA. Okay jokes. Lately aku banyak dapat feedback kat Facebook and Twitter and Formspring (Yes. Aku main fs) pasal how do I easily get liked by people. Ah! C'mon guys. For crying out loud. Benda macam ni pun nak ungkit ke? Seriously. Aku tak faham.



Tapi tak apa. Sebab korang dah tanya kan, aku cerita kan lah. What? Ada yang tak nak ambil port? Tak kira tak kira nak bagi tahu jugak. Blog aku, kan? HAHA. Okay okay joke lagi. Dulu aku pernah buat entry tips blogging pasal macamana nak tangkap hati readers yang datang blog kita lalu difollow. Right? Kalau korang tak perasan, try search entry aku yang bertajuk, "Blog Dia Entry Merapu, Tapi Kenapa Banyak Feedback?"



Tapi dalam entry tu, most of the point aku ceritakan pasal how to make your blog becomes eyes-catching. Aku tahu bunyi dia macam gempak. HAHA. Okay tak gempak. But for now, aku nak ceritakan kenapa orang boleh minat dengan blog kita. And kenapa dia patut stalk blog kita selalu. But this time, aku nak cerita kan pasal what you should have in your blog.



 Fake Smile. Fake compliment is always around us


Aku perasan, ramai stalker yang suka blogwalking (singgah) kat blog aku yang akan cakap, "Hey, nice blog" , tak pun, "Cantik blog ni. Blogwalking here". Setiap kali aku terbaca, mesti aku tergelak. Sebab template yang aku guna cuma dari blogger je kut. Yup. Templete yang asal tu. So, Why is it become attractive and makes orang lain rasa cantik? The reason is susunan features di blog. Yup. Susunan Features.



Hell yeah. Features like Header (pronounce it as 'head-dher' not 'hidder'), Sidebar and Footer.  Yeah. This features buat orang kasi first impression kat blog kita. And aku dah pun banyak kali mention, first impression tersangat lah penting untuk buat orang suka kita. Penting dia like macamana korang dressed-up bila nak jumpa bakal mak pak mertua. Fuh. Sekali kalau dah fail. Memang rasa dem gila kan? Ha. Macam tu lah.



Header yang buat orang pandang 2- 3 kali
First, Header korang kena pandai match kan dengan 'kepala' blog korang. Agak agak macam warna dia lari tu, aku suggest, jangan pakai Header. Kalau nak pakai jugak, transparent kan background header tu biar dia interprets dengan blog. So, bila orang pandang nampak nice aje. Oh ya. Satu lagi. Bila header, pastikan korang selarikan lebar header korang dengan lebar blog korang.  So why again aku titik beratkan bahagian header?

 
Dressed your Header up like your own dressing up


Because header kasi kita (sebagai readers) bagi first impression untuk blog kita. Nak nak yang baru masuk and baru jumpa blog kita, macam cari novel. Cuba korang bayang kan, korang masuk kedai buku cari novel. First pandang tajuk. Pandang kulit. Then baru baca synopsis. Kan? Macam tu lah jugak Header. Like tajuk novel.



Kalau nak rasa lagi awesome, korang design header korang sampai dia mampu buat orang lain tak jemu nak pandang. Rasa macam nak pandang dua tiga kali. Like mengorat bakal mak mertua jugak. (tak habis habis, kan? HAHA)



Apa yang patut ada pada Sidebar
Yeah. Kalau korang tengok blog blog yang famous, most of them sangat rapi susunannya pada Sidebar. Yeah. Of course fonts pada Sidebar kena dititk beratkan. And lagi satu benda yang penting adalah. Make sure korang tak serabutkan Sidebar dengan benda mengarut like jam, visitors, and what so ever.



 Kalau kau berat, kau jammed.


Kalau jam tu, macam lah kat laptop korang tak ada jam. Even kalau online kat phone pun aku rasa kat phone korang ada features macam jam, alarm and others. And yes. The clock features in the blog will make your blog heavy. Berat. Berat maksud aku kat sini adalah berapa lama nak tunggu blog korang loading. Lama dia macam kita tertanya tanya bila nak khatam baca buku text sejarah form 5. (nightmare bagi aku. err...)



And bila aku troll Sidebars, tak bermaksud korang tak perlu letak apa apa. At least ada benda yang penting that makes people love to check it out. Macam shoutbox, tags, search box, history, and bloglist.



Jangan sorok kan shout box
Aku tahu ramai yang tak letak shout box sebab diorang kata readers boleh blog walking kat bahagian komen. Ada jugak yang letak kat page lain. Let me tell you one thing. We are humans. Manusia. Satu sikap manusia tak suka adalah dipaksa. And when korang letakkan shoutox kat page lain (kena klik klik klik) atau tak letak langsung (nak orang blogwalking kat bahagian komen) It means korang paksa orang tu tekan banyak kali kat dalam blog korang.



And when it happens, korang just rugi satu point untuk orang suka pada blog korang. Kalau Yuna kata "Dalam setiap gambar ada lagu", aku cakap "Dalam setiap features ada markah". And korang fikir balik. Korang suka ke, kena paksa buat itu ini. And the marks will not loose kalau blog walker tu willing nak tekan sana sini.




 The other three things


History, tags and search box patut ada
Hell yeah. Aku suka tiga benda ni. Macamana this both berfungsi? Tags adalah main topic dalam entry korang. I mean like himpunan beberapa entry dalam satu topik. Contohnya korang buat entry shampoo, then ada entry lain korang buat tajuk dia brushes. And satu lagi entry korang letak tajuk dia sabun.



Then, korang letak lah tag dengan tajuk 'My Wet Karok Room'. Then korang letak tags tu kat Sidebar. Kalau orang datang, baca tajuk macam tu, mesti rasa macam awesome, kan? pastu dia klik untuk baca all of the entries in the tags. Dapat satu point kat situ.



Eh. Tu sample je. Belum lagi ada orang buat tajuk macam tu untuk tags lah. HAHA. Oh ye. Kalau tak faham jugak, korang godek lah sendiri tags kat blog aku. Aku ada letakkan Edisi bla bla bla. And macamana dia berkait pada search box? Simple. Search box dalam blog kita, fungsi dia macam google. Kalau google, dia cari info dari merata tempat. Kalau dalam blog, dia akan keluarkan entry berkaitan aje.



 Just type the keywords out


Contoh kalau korang dah baca entry dalam tags, then author dia bagi hints pasal entry lain, just type the keywords out kat search box. Contohnya, taip 'sabun'. HAHA. And it same goes to history. Buat readers korang senang nak spot entry korang yang lain. And it's really important kalau blog korang jenis blog pemikat hati pembaca (bukan SEO).



Jangan tipu readers korang tentang bloglist
Yang ni paling aku tak faham. Ada orang sampai sanggup buat segmen untuk masukkan peserta dalam bloglist. Bagi aku bloglist adalah untuk kita bagi tahu readers kita, blog tu adalah blog yang kita suka baca. Kita selalu stalk.



Yes. Kalau korang tengok bloglist aku, blog blog tu memang aku suka terjah. Sebab blog diorang fun. Okay let me tell you guys kenapa diorang dalam list adalah fun bagi aku.

  •        Feeza Macho dan Tangan Punya Kerja - Both of them adalah blogger doodle and drawing. And aku suka mesej yang diorang cuba sampaikan dalam setiap doodle dan drawing. Like it really happens on our daily life. Tapi sayang. Diorang jarang update.
  • Rainyscream dan Ekabukanmakcikau - Diorang ni troller girls. Actually jarang aku nak jumpa troller girl yang boleh catch aku punya attention. And they did it. Aku suka baca sebab aku suka benda troll. HAHA.
  •    Blog Terbang dan Shawn Rasukan Kentut Gua - Dia dua orang ni sengal. Tapi aku suka baca entry diorang. Just buat gelak gelak and release tekanan je. And korang jangan fikir diorang gay. Tak. Diorang bukan gay. Serious. Walau pun diorang suka cerita pasal lelaki. Ehem.


Susun atur dititik beratkan

And same goes to Blog's Footer. Kalau macam Sidebar korang dah penuh sangat, just alihkan pada footer blog korang. So nampak kemas dan teratur. Tapi kalau macam blog aku, features pada Sidebar tak banyak sangat. And aku tak perlukan footer.



So, kalau korang betul betul jaga kekemasan blog korang, conform orang suka tengok. Well, blog adalah cermin kita sendiri. It tells how our real looks. Sama macam baju. Bayangkan korang nak ada baju capok aje. Then, korang rasa, korang nak ke keluar rumah with that baju capok? Of course not lah kan. Mesti korang nak keluar dengan pakaian yang boleh buat orang lain turut selesa, kan?



Same goes with blog, kan. Sebelum ni aku ajar tentang kemaskan entry. And now kemaskan Sidebars. And Header and Footer. On the other words, make your blog comfortable to people eyes. Baru lah orang suka datang. ^^



Sekian



.


Saturday, November 19, 2011

Blogging Bukan Kerja Mudah

Assalamualaikum.


Hello


Hello blogger boys and girls sekalian. How are you guys doing? Sihat? Bagus. Kalau Korang perasan, baru baru ni aku liat sangat nak update blog kan? Bukan apa, actually sejak dua tiga entry lepas, aku baru sedar what is blogging yang sebenarnya. And you know what, bukan senang nak jadi blogger sebenarnya.



And kenapa aku cakap macam tu? Actually blogging ni bukan sekadar taip. Tapi sebenarnya kita berkongsi saham. Yeah. Setiap apa yang kita taip atau upload akan dibaca oleh orang awam. Sebab tanpa kita sedar, blogging ni membuat kan kita berbicara atau berkongsi sesuatu dengan dunia yang tanpa sempadan. Except kalau kita private kan blogging.



Yeah. Berkongsi saham yang aku maksudkan kat sini adalah berkongsi ganjaran dan balasan. You know. Stuff like kalau kita kongsi benda baik kita dapat pahala and kalau kita kongsi benda tak baik, saham dosa jugak kita dapat. Yeah. Benda yang kita kecil kecil kan sebenarnya adalah a really big deal.




Well, you know, stuff like artikel informasi pun. Salah bagi, you alls tahu lah jawapan nya kan. And ni adalah salah satu sebab kenapa aku tak buat entry SEO. SEO is a really strong killer. Aku tahu, entry SEO boleh kaut banyak gila duit dari pihak periklanan. But still. Strng killer is still strong killer. Salah info, nahas kita.



Tu aku baru sentuh pasal entry. Belum lagi pasal gambar yang kita gunakan lagi. Well, aku pernah tersentap masa baca artikel pasal teguran ke atas berhati hati bila guna kan gambar dalam artikel kita. Maklum lah. masa tu aku noobs lagi kut. Gambar main letak je. And korang pun sedap je baca entry aku dengan gambar gambar yang. Err.. err.. you know. Stuff like kissing, romance, and others. Tapi tak ada dah. Percaya lah. Dah tak ada beb.



And korang kena tahu, gambar yang bukak aib orang jugak sangat bahaya untuk saham kita. Yeah like perempuan tak pakai tudung. And gambar lelaki sexy yang buatkan perempuan tergoda. Yeah aku tahu. Badan lelaki memang senang buat perempuan rasa, "aww. Hot stuff". Ehem. Gambar macam tu bahaya. Takut menaikkan nafsu pembaca kita. Kita jugak dapat saham sebab sebarkan.



And sekarang korang dah pun tahu kenapa aku ada sedikit lambat post artikel baru. Ok fine. Bukan sedikit. Tapi banyak. Like dah malas. Tapi tu semua cuma tanggapan korang. Hakikatnya, aku tengah cuba perah idea macamana nak buat artikel artikel bagus untuk tatapan korang. And aku jugak cuba untuk bagi korang artikel yang buat kan korang tak buang masa semata mata melawat gitarputeh ni. Sebab buang masa atas satu benda tak berfaedah tu kita kena elkkan, kan?



Sekian



.


Wednesday, November 16, 2011

Men Without Woman Equal To Chaos.

Assalamualaikum.







Korang perhatikan gambar kat atas ni. See how terrible the life of a men without a women? Teruk, kan? And korang rasa senang ke satu orang perempuan je nak jaga budak budak macam ni? Nak nak zaman sekarang ni. Haha. So, jangan marah kalau suami korang nak pasang lebih dari satu. 



Bukan apa. Just Nak mudah kan kerja korang. See? Lelaki ni baik tau. Korang je yang Asyik salah faham. And ni jugak salah satu point kenapa perempuan tak perlu kerja instead of duduk kat rumah jadi full time housewife. Ok lah. Kalau korang berdegil jugak nak kerja memang tak salah. 



Ok apa. Isteri pertama pergi kerja, kedua masak, yang ketiga pulak jaga anak anak. Tak adalah korang membebel , " Abang ingat senang ke saya nak aturkan semua benda kat rumah? Memasak saya, basuh baju, saya jugak. Jaga anak pun saya!" Tu pun tak nampak kenapa poligami tu membantu. Haish.




By the way, ayah jaga anak anak, nampak comel kan? Hehe.




Sekian



.


Monday, November 07, 2011

Salah Cara Nasihat, Orang Makin Melenting.


Assalamualaikum.


 Hello world


Hello stylish boys and girls. Ada satu topik yang lama dah aku nak keutarakan tapi asyik terbantut. I don't know why. Seriously. Well, korang mesti pernah terbaca entri entri aku pasal girls and tudung. Macam kat entry Fesyen Pengaruh Perempuan Tutup Aurat Dengan Pelik Bahagian 1 dan Bahagian 2. And tak lupa juga aku pernah cakap pasal girls bertudung bawal lagi cantik dari girls bertudung lain. Tapi bertudung labuh is better. :P



Well, bila aku cakap perempuan tudung labuh tu cantik, tak bermaksud aku nak perempuan perfect and pakai purdah bagai. And again, bawal scarf is just perfect. And mesti korang nak aim and cakap aku suka ban girls yang bertudung lain dari bawal. Tak pun, korang akan bergossip macam, " red ni suka ban perempuan bertudung lain. Menyampah."



So, the idea is, adakah aku betul betul ban perempuan bertudung lain? No. No. Memang aku tak ban perempuan bertudung lain. Ok apa korang pelbagaikan fesyen. Asalkan ikut syarak. And you know. And I know. Bila islam benarkan kita memperagakan fesyen, ada je kaum kera yang akan memandai pakai fesyen yang tak munasabah and bila ditegur, dia gunakan phrase "Islam tu tak memaksa"


Learn the propper way for counter the points
 

Okay bila aku dengar ada kaum kera yang gunakan prase tu sebagai modal untuk dia back up diri dia, dia adalah totally wrong. And percayalah kalau kita cakap dengan dia dengan mengambil contoh lain yang nak membuktikan phrase tu dia tak boleh guna sebagai back up diri dia, dia akan melawan. Except kalau korang terangkan maksud prase "Islam tu tak memaksa".



Okay aku bagi contoh. Ada perempuan bersanggul tinggi (fesyen kununnya) and ditegur oleh mr x. Then bla bla bla. Berdebat lagi bla bla bla. Sampai kat satu point, perempuan tu menjawab dengan tenang, "Islam tu tak memaksa" (with some mysterious yellow round creature with smiling face). And then mr x tu pun jawab dengan  contoh "kalau macam tu, solat tu tak buat pun tak apa lah. Sebab islam tak memaksa, kan?" And perempuan akan terus deny pendapat mr x sebab dah lari point pasal tudung.



And why is this happens? Sebab perempuan selalunya tak ada point yang kukuh untuk back up diri dia. But still. They are pretty stubborn creature. Eh korang tak. korang ok je. Degar cakap. Ehem. And diorang cuma akan terima pendapat orang yang dia sayang 'giller' tegur dia. Tapi sampai bila nak tunggu orang yang dia sayang 'giller' tegur right? And orang macam ni kalau nak buat dia terima pendapat senang je. Just tell them. Apa maksud phrase "Islam tu tak memaksa"


 Think wisely first


Yeah. "Islam tak memaksa" sebenarnya lebih merujuk pada rukhsah rukhsah yang Allah bagi kita. Like bonus. Dengan kata lain, sedekah Allah pada kita. Again yeah. Islam ada rukhsah rukhsah ibadah yang Allah beri kat kita. Macam solat jama'. Yeah menghimpunkan 2 waktu solat ke dalam satu waktu solat. So, once orang yang nak guna the phrase sebagai back up, suruh dia fikir sekali lagi.



Like the point earlier. Kalau dia faham maksud phrase "Islam tak memaksa" , korang rasa dia nak guna tak phrase tu sebagai back up? Serius diorang akan fikir dua kali. tak pun bengang terus. Bila nampak symptom symptom orang naik bengang, jangan biarkan diorang. Time ni lah slow talk terangkan pasal kenapa fesyen yang dia guna tu salah.



Yes aku tahu dulu aku pernah cakap, "Kalau dulu nak tegur orang jangan pakai maksud, tapi pakai contoh. Tapi biarlah mesra environment". But in certain cases, kita kena guna maksud supaya orang yang kita nasihat tak melenting. Macam contoh tadi, bagi tahu maksud "Islam tak memaksa" akan buat dia loose the point. And dia tak akan melawan.



Sekian



.


Wednesday, October 26, 2011

Sebab Kenapa Makin Banyak Filem Menghairahkan.

 .
Assalamualaikum.



Director knows what we like


Hello boys yang suka tengok perempuan cantik and freak girl yang finatik k-pop. Korang mesti perasan lately kat Malaysia dah ada movie bergenre macam kat luar negara sana which is ada unsur unsur menghairahkan like cerita terbaru ni, 'klip 3gp'. And kalau korang perasan jugak, director sekarang dah makin berani buat filem filem yang menghairahkan. Serius banyak.



And kalau korang tanya diorang kenapa diorang berani buat filem macam tu, korang mesti akan dapat satu jawapan yang cliche macam "kita kat zaman moden" and yeah, diorang dah semakin jauh dari jalan sebab menganggap filem berunsur ghairah ni satu benda yang normal. 



Se, kenapa diorang ni beranggapan macam ni? Sebabnya adalah diorang pun manusia.Manusia ni adalah makhluk yang berani buat kalau ada orang lain pun berani buat. Contohnya macam betulkan tangki air kat rumah. Si anak lelaki suka ikut si ayahnya betulkan tangki air masa si anak tu kecik kecik dulu. Then, lama lama, si anak tu boleh buat kerja betulkan tangki air tu sendiri tanpa ayah dia.


Orang lain boleh buat, kita pun boleh

Sama lah dengan filem. Orang barat buat filem filem yang menghairahkan. And orang kita pulak berfikiran, "sampai bila nak duduk kat takuk lama, apa kata buat filem berunsur ghairah sikit. Baru lah orang datang tengok.." And bila dua tiga orang berfikiran macam tu, nanti akan makin ramai yang akan berani buat filem genre menghairahkan ni.



And macamana result dia kat penonton? Sama je. Penonton lagi lah bagi impak yang lagi besar. Nak nak kalau orang jahat tengok filem tentang orang jahat jugak. Kenapa aku cakap macam tu? The reason is, penonton pun akan sama berfikir, "orang dalam filem tu boleh buat, lepas ni aku nak try lah" .



And filem filem yang dianggap berunsur nasihat like 'jangan merompak, nanti kena tangkap polis' bagi diorang (orang jahat yang menonton) akan jadikan filem tu sebagai perbaiki kesilapan je. Tengok tang mana silap sampai boleh kena tangkap. Then buat plan baru yang lagi gempak. Tapi memang bersyukur gila kalau ada orang jahat yang bertaubat tengok filem berunsur nasihat yang diselitkan scene ghairah (even sikit).


Take a break enjoy la dulu (kan)


And macam tu lah sikap manusia, penonton, dan direktor. And makin lama dunia akan semakin rendah nilainya and rendah. And lama lama, kita or korang sendiri akan anggap buat sex kalangan remaja (which is bukan muhrim) adalah normal. Bila tanya je kenapa anak muda berani buat kerja hina ni? Nanti dijawabnya, "biasalah, zaman sekarang kan.." . Yeah. Sort of menganggap benda benda macamni perkara remeh like mengaku ada agama lain wujud di bumi ni and dah biasa dengan perempuan mengabaikan aurat. 



And aku buat entry ni bukan nak kondem siapa siapa. Just nak mengingat je. Kalau boleh mencegah lagi best kan? Dari tak buat apa apa. Kalau ada director yang baca entry aku ni (kalau lah kan) hope diorang boleh fikir sejenak nak buat filem berunsur ghairah or tak. Agak agak kalau nak rosak kan anak muda zaman akan datang, maybe diorang tak ambil peduli kut. Sebab Lagi best kaut keuntungan kan?



Sekian.



.


Saturday, October 15, 2011

Satu Malaysia Rawks The World.

Assalamualaikum.

I've tried to make a conversation.


Hello Satu Malaysia addicted boys and girls. Kalau tengok zaman sekarang perangai manusia makin.. err.. pelik. Kan? Yeah. I mean like dengan adanya gadget gadget canggih, semua orang akan menghadap gadget tu. Yeah. Aku admit dalam sekecil kecil gadget sekarang mampu menghubungkan satu dunia. Like the gadget is the real life. *terasa*



Bila kita perhatikan, pasti ada yang kadang kadang tersenyum ketawa and menangis depan gadget. Yeah. Bila kita nampak orang tersenyum senyum depan laptop or pc, kita akan rasa pelik tengok orang tu. And tanpa kita sedar, orang lain pun rasa macam tu jugak bila nampak kita tersenyum senyum ketawa depan laptop or pc or apa apa gadget.



Yes. Aku tahu ada yang akan melawan statement ni dengan "eleh. Bukannya tak tahu yang dalam laptop ni ada banyak benda. Like the whole world is in this screen lah babe.". But that's the truth. Aku admit aku pun selalu jugak tersenyum senyum depan screen gadget aku. Nak nak masa menang main game. Its obviously rasa macam heaven bila menang tahu?

 

And it's really annoying bila aku cuba untuk berborak dengan orang yang menghadap screen gadget. Bila aku tanya memang lah dijawab. But it doesn’t looks like a conversation. Mana tak nya. Mulut memanglah jawab soalan, tapi mata langsung tak bertentang. It's really awkward over there. And lastly aku ambil keputusan untuk tengok tv.



 Find my own entertaintment.


Semenjak cuti and sekian lama tak tengok tv, aku pun bertekad untuk mendatangkan nafsu tengok tv masa hari khamis. Tangan semua dah siap sedia pegang control. Duduk kat sofa yang gila punya empuk. Bantal besar. Peh. And dengan bosannya aku layan iklan iklan tv (sebab tak ada cerita best). 



And aku tak sangka tv bukannya buat aku khayal or leka. Sikit pun tak. Tapi mual. Yeah mual. Asyik asyik iklan Satu Malaysia Satu Malaysia. And the Satu Malaysia aku boleh tengok ada kat mana mana. Yeah. Semua benda nak Satu Malaysia. Even spenda pun ada jual jenama Satu Malaysia.



So, korang pun join setuju dengan penerimaan ideology Satu Malaysia. Aku wonder. Why and why and why kita tak terfikir untuk agungkan Satu Agama instead of Satu malaysia? Yeah. Satu Agama. I mean, kalau korang terima ideology Satu Malaysia. It seems like korang setuju dengan penerimaan kepelbagaian agama. So, what the hell is wrong with that, kan?



 You did know that is wrong.


Let me tell you what is wrong. Once kita terima bahawa kat dunia ni ada kepelbagaian agama, it means like kita ni setuju dengan Allah menurunkan agama yang tak boleh diterima oleh semua kaum. Seolah olah macam kita setuju dengan Allah tak tahu bahawa bumi ni ada kaum yang tak boleh terima Islam. 



Which is, seolah olah macam kita terima yang Agama Islam tak sesuai untuk pelbagai kaum. Yes. Terima ideology tu bulat bulat dengan melaung kan Satu Malaysia  Satu Malaysia and Satu Malaysia. Hell Yeah. Ideologi 'Satu Malaysia' yang kita agung agungkan.



Guys. I suggest we should change the word 'Satu Malaysia' to 'Satu agama : Islam' . Just think again. Ingat lagi tak entry aku pasal media memainkan peranan untuk kefamousan seseorang? Yes. Di sebab kan media asyik keluarkan iklan pasal satu Malaysia. Sebab tu secara tak sengaja kita rasa macam its okay to be 'Satu Malaysia' with pelbagai agama.



Awkward moment [Link]


Just like music. Mula mula kita kata tak suka dengan lagu cinta muka buku. Always keep on trolling that song. Here and there. Tapi lagu tu asyik berkumandang kat mana mana. Kat pasar malam, KFC, Macdolee, kedai buku, toilet jusco and even mapley. Like " the song is everywhere. I'm going to die". Bila asyik dengar, kita secara tak sengaja terikut ikut menyanyikan lagu tu. I hate when that happens. But that's the facts.



So, aku bukan nak damn sapa sapa. Just for reminders je. Aku nak tekan kan kat Islam. Yeah Islam. Bukan melayu taw, tapi Islam. Kita kalau dah setuju dengan ideology agama Allah tu tak boleh diterima oleh pelbagai kaum, thats mean kita setuju yang Allah tu tak tahu agamaNya tak boleh diterima umum. Which is kita dah meragukan zat Allah. Just Satu Agama: Islam tu aku rasa lebih proper untuk di agungkan.



Tapi nak buat macamana kan? Kita kena sesuaikan diri dengan environment. Memang ramai orang tak suka dengan ideology islam even Islam adalah agama yang benar sebenarnya. True story. Tapi tak salah untuk meluaskan agama Islam. Secara mesra environment. Banyak cara ada. The best way is hit them indirectly. Sebab manusia tak suka kita sampaikan benda yang betul  secara direct. Even girls pun lebih suka lelaki yang tricky than lurus bendul boys kan? Hehehe.



Personally, aku tak rasa Satu Malaysia tu patut dikaitkan dengan semua benda sampai nak psiko semua rakyat Malaysia dengan cogan kata tu. Setakat untuk kerjasama, its okay. Sebab dulu pun Rasulullah ada berurusan dengan orang Jahilliyah. But nak relate kan Satu Malaysia sebagai satu asas manusia, I dont think so.

Sekian



.


Wednesday, October 05, 2011

Surat Reply Dari Future | Cara Menulis Surat Untuk Future Kakanda.

Assalamualaikum.


Surat awak sangat sweet


Kehadapan kakanda yang ditaati. Saya dah baca surat dari awak. Saya dapat rasakan ketulusan hati awak ketika menulis. Saya terharu sambil nangis-nangis tahu? Saya pun tak tahu kenapa saya kena menangis untuk lelaki gatal macam awak. Serius saya tak faham.



Awak, saya tahu awak sangat baik. Dan gatal. Tak apa. Gatal tu saya ketepikan. Sebab memang semua lelaki dalam dunia ni gatal. Gatal tak apa. Yang penting awak setia. Tak payah cakap lelaki handsome je gatal. Even  lelaki botak pun gatal lah awak. Ehem. Kami kaum perempuan memang dah tahu perangai subjektif lelaki. Sebab tu kami tak pandang paras rupa. And most of us akan pandang pada duit dulu.



Eh awak jangan cop kaum kami ni mata duitan. Bukan apa, setakat kata kata 'money is not everything' tu dah lapuk lah awak. Zaman sekarang semua nak pakai duit. Even nak senyum pun pakai duit tau. Cuba awak bayangkan. Nak makan, tak ada duit. Bila lapar, rasa down. Bila down, tak bahagia. Bila tak bahagia, macamana nak senyum? So, duit sangat sinonim dengan kehidupan kita semua, kan awak?



Pfft. Of course it can


Okay, yang tadi tu saya cuma bercakap tentang duit dan umum. Kalau kat rumah pulak. Macamana kami (kaum perempuan) nak masak untuk suami kalau tak ada duit nak beli ayam-daging-ikan-sayur? Karang kalau kami tak masak, si lelaki kata kami malas pulak. Lepas tu sibuk kata nak upah bibik. Then, kalau pilih tu, pilih yang solid-solid pulak tu. And yet, bagi alasan supaya kami ada teman berborak. Peh-liss.


Kakanda yang disayangi,


Sebenarnya banyak lagi cara untuk kami cari teman berborak. Apa guna ada anak anak kalau buat teman borak? And then, sambil jadi teman, boleh lah didik pasal agama. Mengaji misalnya. Nak harapkan lelaki? Kerja pagi balik malam. Entah bila entah nak ajar anak-anak pasal agama. Eh. Saya tak cakap awak tau. Saya cakap kaum awak je. Awak baik. Awak selalu bagi duit and pandai bahagi masa untuk saya dan anak-anak.



Awak, saya tengok, lelaki zaman awak tu, tak kira  handsome or tak, baik atau jahat, semua nak isteri yang baik-baik. Saya tak faham. Asyik-asyik kalau bab ciri-ciri teman hidup, mesti semua nak yang bertudung, baik akhlak, sopan santun etc. Tapi diri sendiri solatnya tak pasti cukup ke tidak. Jangan-jangan tak pernah solat. Lepas tu, nak sentuh sentuh kes perempuan ramai tak tutup aurat pulak.Seriously?
 


Boys, please be responsible-looking person
 

Awak, saya tak faham kenapa kalau bab aurat dibuka, mesti nak point pada perempuan. Eh lelaki pun lebih kurang lah. Saya tengok ramai aje lelaki pakai seluar pendek. Budaya Amerika lah katakan. Awak, kalau boleh awak nasihatkan lah kaum awak tu. Bukan apa. Nak pakai seluar pendek tu boleh. Tapi jagalah. Nak berseluar pendek biarlah kat rumah sendiri. Jangan lah sampai nak pergi study group pun pakai seluar pendek.



Memang lah lelaki dengan lelaki tak apa. Tapi takkan lah tak reti nak hormat kaum perempuan kat dalam rumah tu? Kalau rumah kawannya tu tak ada kakak atau adik perempuan tak apa lah jugak. Kan secara tak langsung dedahkan aurat tu. Hey, ini baru kes pakai seluar pendek kat rumah kawan lelaki tau, awak. Belum masuk kes lelaki pakai seluar pendek masa pergi jumpa bakal mak mertua. Ehem.


Kakanda yang dicintai,


Saya tak kisah kalau awak tak jadi orang pertama wish birthday saya. As long as awak ingat birthday saya. Lagi pun, buat apa nak jadi orang pertama wish? Sia sia je usaha tu, awak. Sebab wish pertama tu akan ditimbus oleh wish wish dari orang lain yang menyusuli. Lebih baik jadi orang terakhir wish. Baru lah romantik. Awak bayangkan, 5 minit sebelum birthday saya habis, awak call saya semata mata nak jadi orang terakhir wish. Serious, sangat romantic time tu. saya dah boleh bayangkan dah. Aww aww.



Dan yang terakhir sekali saya mohon satu benda je kat awak. Please please please and please jangan merokok. Yes. Of course saya boleh lepak dengan smokers. Well, kalau dulu maybe saya dengar someone tu smokers je saya terus ban. Tapi since saya baca blog Gitarputeh troll pasal perempuan yang suka ban lelaki smokers, terbuka sikit minda saya. And yeah. Tuan blog tu serious pandai psiko orang.<3



 Think about our future kids


But, lepak lepak dengan smokers dengan kena hembus asap rokok adalah dua perkara yang berbeza okay. Awak kena tahu, kelakuan tu sangat tidak sopan terhadap kaum kami. So, take notes. But, saya tak peduli. Kalau awak mahukan saya, awak dilarang sama sekali untuk merokok. Not for me, but for our future childrenssss sake. Saya tak mahu baka yang merokok. So, kalau awak smoke, genetik awak akan pindah ke anak kita. And saya tak nak tu.



Well, rasa nya tu semua je permintaan saya untuk persiapan awak sebelum kahwin dengan saya. And saya sangat jealous dengan kawan saya yang dapat surat dari Mejah. Yes. Sangat beruntung saya kalau awak motivate kan diri awak dari surat yang kawan saya dapat. Tapi tak apa. Saya tetap tak akan pilih Mejah. Sebab nama saya bukan start dengan huruf (s) . Awal awal lagi dia dah bagi tahu nama future wife dia kena start dengan huruf (s). Sebab tu banyak "kehadapan my future wife(s)" kan? kan? kan? Or saya yang lampi? Okay abaikan kalau saya salah.



Saya banyak demand bukan sebab apa. kalau nak jadi pemimpin yang baik untuk saya, biarlah berduit untuk sara saya dan anak anak untuk seumur hidup, boleh didik 'amar ma'ruf nahi mungkar' kat saya dan anak anak, and sentiasa fikir segala baik buruk awak (smoking) akan diwarisi oleh anak kita. Which is saya tak mahu benda tu berlaku. Serious. By the way, saya bebel panjang panjang ni, saya nak awak tahu. Saya bukan miss red yang pernah kacau blog awak dulu.. Serious bukan. Sila percaya.



Bebelan yang ikhlas dari sayangmu masa hadapan,
xxxxxxxxxx



.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...