Segmen ber-story : " Kenapa bukan saya yang dirogol.? " | Gitarputeh


Tuesday, March 08, 2011

Segmen ber-story : " Kenapa bukan saya yang dirogol.? "

Assalamualaikum.


Entri kali ni nak ceritakan sikit entri yang red agak dah ramai jugak orang dah tahu. Tapi takpe lah, red nak cerita jugak sebab red nak kongsi dengan korang korang. Jadi, sila sediakan bantal . sebab red tahu korang mesti bosan punye.


Ehem.


Nak dijadikan cerita, ada seorang gadis ni, dia belajar di luar Negara. Gadis A nama nya. Cantik. Molek. Putih melepak. Memang lengkaplah pakej buat stok isteri. Ehem. Dia ni dulu belajar memang lah top. Sampai government pun sponsor dia punya study. Memang selalu orang kuat ibadat jenis orang yang otak genius eah.?


Suatu hari, dia study sampai over-nite. Haih. Rajin betul perempuan ni. Kat overseas sana, study over-nite ni dah kira biasa. Gadis A pun dah beberapa kali jugak buat rutin ni. Kebiasaan nya bila si gadis A buat kerja sampai over-nite, dia akan lalu kat satu lorong ni.

Memang satu lorong ni aje yang menghubungkan ke tempat kediaman si Gadis A ni. Lorong tu gelap. Sempit. Seram. And jarang orang lalu lalu situ. Berani kan, gadis A ni.? Hoho. Korang ada.?


 dark alley.


Tapi, pada malam tu, masa dia balik, macam biasa, dia lalu lorong tu. And pada malam tu jugak, bila si gadis A lalu kat situ, ada seorang lelaki, bersweater hooded. Badan tegap. Bersandar kat tepi dinding seolah-olah menunggu mangsa. Helang menunggu pipit. Ular menunggu tikus. Orang menunggu bas. Okay,tak de kena mengena.

Okay. Back to the topic.

Yup. Si gadis A adalah seorang gadis. And you all know,kan.? Perempuan berani macamana pun, bila ada sorang laki yang menyeramkan macam tu, mesti penakut nya datang kan.? Kan kan.? Admit  je lah.


Ehem.


Well, Si gadis A tu pun baca ayat kursi. Then, dah selesai baca, dia pun lalu kat lorong tu.Yup. Gadis A lalu lorong tu walaupun dalam keadaan ketakutan.


Gadis A rasa sangat seram sampai sepatah kata pun tak terucap. Dia lalu depan lelaki tu tapi lelaki tu tak ada apa apa reaksi. Gadis A sempat menoleh dan mengecam muka laki tu. And malam tu dia selamat sampai ke rumah kediamannya.


Keesokan hari nya merupakan pagi yang indah. Burung burung pun berkicauan.tipu. pagi tu, keluar kat berita yang malam semalam ada kes rogol dan bunuh seorang gadis di lorong yang gadis A lalu semalam 10 minit selepas dia lalu.


 illustrasi mangsa only.


Dia terkejut bila dapat tahu tentang berita tu. Dia menggelabah lalu raba raba badannya nak pastikan jasad dia masih wujud. okay tipu. Polis mencari seorang saksi untuk mengecam penjenayah yang sebenar. Pada ketika itu pihak polis ada 5 orang suspek.



" Kenapa bukan saya jadi mangsa rogol malam tu sedangkan saya berseorangan lalu di lorong tu.? "
: bisik hati gadis A :



Gadis A pun pergi melapor diri pada polis. And gadis A minta izin untuk berbual sebentar pada penjenayah tu.


" you are the murderer right.? " , Tanya miss A.
" shut up bitch.!" , tegas si penjenayah.
" so why am I not the one being your prey.?" , Tanya gadis A lagi.
" are you mad.? There is no way I will let myself into trouble. " , jawab si penjenayah.
" but why.? I was alone back there. " , kata si gadis A.
" what the f***ing shit are you talking about,  bitch.? You are not alone. I saw there are another two big tough guys escorted you." , jelas si penjenayah.

Gadis A tergamam mendengar penjelasan penjenayah tu.


 siapa sangka ada cahaya disebalik gelap.




Allah telah mengirimkan 2 malaikat untuk menjaga gadis A sepanjang perjalanan pulang.


Yup. Rupa rupanya Allah mengirim kan 2 malaikat melindungi gadis A . membimbing gadis A selamat sampai ke rumah kediaman. Lihat betapa hebat nya kalam Allah. Siapa sangka Allah akan turunkan 2 malaikat bila gadis A membaca ayat kursi. Hebat kan.? 

well, as muslim, kita dah tahu yang ayat kursi tu boleh menjauhkan kita dari bala. Jadi jangan lah ragu ragu tentang memohon pertolongan dariNya. Red tahu, ada antara korang selalu ragu ragu bila nak mohon doa padaNya kan.? Mengaku je ler...

Ehem.  Insyaallah kita dibantu olehNya.





Terima kasih sudi baca.


Sekian


.



" Kenapa bukan saya yang dirogol.? "








4 comments:

solomolo said...

pernah dengar cerita nie...

red gitarputeh said...

taw dah. saja nak kongsi.

walinong sari said...

saya baru tau cerita ni.. kita tak boleh was2 nak mohon pelindungan pada Allah. tapi kita selalu ingat Allah time dalam kesusahan jee.. time senang, jarang kita nak ingat..nauzubillah (",)

red gitarputeh said...

betul tu betul. tapi kebanyakkan orang lah.. maklum lah. mana ada orang y perfect. kan.? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...