Typical Penyambutan Hari Raya Aidilfitri Mengikut Peredaran Zaman. | Gitarputeh


Saturday, September 03, 2011

Typical Penyambutan Hari Raya Aidilfitri Mengikut Peredaran Zaman.

Assalamualaikum.




Era Sekolah Rendah

Yeey.!! Xited gila lah. Korang nak tahu, duit raya kita tahun ni dah cecah RM50.. Best! Boleh beli banyak cekedis. Lagi, apa ek? Boleh belanja korang.. korang nak kita belanja? Mari lah. datang raya rumah kita dulu. Mak kita masak banyak! Sedap sedap pulak tu. Tapi kan, mak kita kata kita boleh raya seminggu je sebab kita banyak ponteng puasa. Hehe.



Era Sekolah Menengah Bawah (sesi petang)

Tak best betul lah raya ni. Serious. Adik dapat banyak duit raya. Dah lah masa shopping hari tu, asyik dia je dapat beli barang. Baju, seluar, kasut, semua dia dapat. Saya dapat apa? Hampeh. Dapat baju melayu sepasang je. Bukan adik je. Abang pun sama. Sedap je mak kasi abang keluar beraya dengan kawan kawan. Kalau saya mintak, free free je kena marah. Bukan nya saya tak pandai jaga diri. Nak raya area-area taman sebelah je kut. Eeee.. geram!!



Era Sekolah Menengah Atas (sesi pagi)

Yes. Hari raya paling aku tunggu-tunggu. Tapi yang tak adil nya aku tengok, adik pun sedap je dapat raya jugak. Dah lah hari-hari puasa setengah hari. Dapat raya sama sama pulak tu. cukup dua minggu. Kalau aku dulu? Haramm. Seminggu je dapat raya. Cis!


Memang tak adil betul. Tapi tak apa lah. Sebab raya tahun ni best sikit. First time raya dengan status in relationship. Jakun oh. Sampai baju raya pun kitorang beli sama kaler. Amacam? Obsess tak, kitorang? Mesti lah. Aku dapat raya dengan awek. Korang ada ke? Tak ada kan? Ehem.


Sometimes ketidakpuasan hati kena disuarakan

Era Pelajar Universiti (dalam negera)

Ehem. Even aku dapat berita sedih, sebab cuti raya cuma lima hari je. Korang bayang kan lah. Study jauh-jauh, dapat cuti raya lima hari je. Dah lah masa mid sem hari tu aku tak balik. Cis. Haih. Dah tu, duit raya pun dah tak dapat lagi. Penat je pasang cita cita nak duit raya cecah RM200 macam tahun lepasan SPM tu.


Tak ada mood aku nak update blog macam ni. Normal lah kan, orang kalau tension semua macam ni. Asal sikit je nak buat benda negative. Asal sikit je nak buat benda negative. Pantang di beri ujian. and aku pun tak terkecuali lah kan? Aku kan orang jugak. Haha


Tapi tak apa lah. Demi korang yang sudi follow blog aku, aku ucapkan lah Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Tapi korang jangan raya over-over. Masa Ramadhan dulu, sejuk je perut aku tengok yang perempuan pakai telekung bagai. Bila tiba raya, baju kurung kedah, baju kebaya jarang. Semua keluar. Yelah, hari kemenangan lah katakan. Bila menyambut kemenangan, kena lah tunjukkan kebebasan, ye tak? Okay aku perli. Sila noted.


Era Pelajar Universiti (luar negara)

Assalamualaikum. Tahun ni sekali lagi aku tak dapat beraya dengan family di Malaysia. Rasa rindu tu pun ada. bukan sikit, tapi banyak. Nasib baik lah aku berada kat zaman kritikal IT. At lease dapat ber-web cam dengan diorang di Malaysia. Kat sini sambut raya dengan kawan kawan je lah. Tapi yang bestnya, raya aku lain dari korang. Korang raya makan nasi, aku raya makan roti. Korang ada? Tak ada kan? Haha.


Okay okay. Aku joke. Please don't take it seriously. Well, nak buat macamana, kan? Aku ada terbaca dalam blog Gitarputeh dulu. Dia ada cakap pasal cara nak buat kita happy. And macam yang korang tahu, siapa tak sedih tak dapat raya dengan family, kan? Tahun ni je dah masuk tahun kedua aku tak balik Malaysia. Raya kat Malaysia apa tah lagi? Agaknya, bila lah aku nak balik, kan? :(


Sentiasa remaja

Era Pekerjaan (bujang)

Alhamdulillah. Akhirnya segala usaha aku untuk jadi seorang yang Berjaya akhirnya tercapai. And aku sekarang dah pun menjadi seorang Building phetologist. Tapi tu lah. Dah tiga tahun bekerja, sorang calon hidup pun belum ada lagi. Tak merasa nak beraya dengan si rusuk kiri. Empat tahun pasang cita-cita, sekali pun tak ada orang yang offer diri. Ehem.


Bukan nak kata aku tak pergi ngorat, aku pergi. The thing is, macam dah tak ada gadis yang single. Bila nak cucuk line je, jual mahal. Well, aku pernah baca satu luahan hati perempuan cakap, "Bila perempuan tak layan bukan maknanya diorang sombong. Cuma not interested".


Tak fahamlah aku. Bila nak kata perempuan tak tengok paras rupa, memang 100% aku tak percaya lah kan. Sebab, korang boleh check fb perempuan yang cakap dia tak tengok paras rupa tu. Mesti ada satu atau dua gambar artis korea yang diorang kena tag. Pastu kat caption pulak tulis "Owh, Min Ho. I want a boyfriend like you! Someone please give me one! XD". Pfft.



Era Pekerjaan (married)

Tahun ni tahun pertama aku beraya dengan si isteri. Alhamdulillah, kami masih lagi tidak meruntuhkan masjid yang kami bina. Tiba-tiba teringat kat zaman kecik-kecik dulu. Kalau raya je, mesti 'aim' duit raya. Lain tak fikir dah. Sifat bersabar yang dididik masa puasa dulu pun hilang lesap. Maklumlah, syaitan dibebaskan lah katakan.


Bila manusia semakin tua


Well, tu masa kecik-kecik dulu. Sekarang ni aku lah yang kena hulur duit raya ye tak? Tak apa lah. bersedekah. Lagipun, aku bakal dapat my very first baby hujung tahun ni. Tak tahu nak cakap aku happy macamana. Cuma korang yang ikuti perkembangan semasa blog aku jugak yang faham perasaan aku. jutaan terima kasih lah buat korang korang yang kalau-aku-update-mesti-terjah.


Aku cadangkan, nak bagi korang duit raya via top-up. Amacam? Korang nak tak? Tapi untuk korang yang kalau-aku-update-mesti-terjah je tau. Tak boleh lah kasi kat semua. Nanti dah tak ada nilai layanan istimewa. Well, they deserve it. Cumaitu je cara aku nak balas budi diorang. ^^



Era Pencen

Assalamualaikum. Tahun ni aku dah masuk 59 tahun. Maknanya dah 40+ tahun aku berblog. And rasanya dah 40+ kali jugak aku wish 'Selamat Menyambut Aidil Fitri'. Ehem. Tapi macam yang korang perasan, aku dah tak rajin update macam muda-muda dulu, kan? Maklum lah. Banyak benda nak diurus. Korang ingat senang ke nak jaga cucu? Kalau cucu tu insane yang perangainya macam orang dulu-dulu, tak apa lah jugak. Macam aku. Ehem. 


Babbling like never be old


Tapi ni entah ikut perangai siapa ntah. Aktif semacam. Itu lah, anak nak sangat kahwin dengan athlete. Sekarang aku pulak kena jaga. Maklumlah. Orang zaman sekarang mana ada fikir kebajikan orang tua. Semua nak mak bapak uruskan. Nak jaga anak pun tak pandai. Bila kita suruh dia jaga sendiri, memang banyak alasan dia bagi. Alasan typical yang aku selalu dengar, sebab orang tua lagi berpengalaman jaga anak.


Masa Ramadhan lepas aku tengok elok je langsir aku kaler emas. Ni dah tujuh syawal, aku tak faham macamana langsir aku boleh jadi kaler maroon. =,=". Kejap eh, nak pergi kerjakan cucu kejap. Nanti aku update lagi. *perasan rajin update*. Okay. Assalamualaikum.


*****

Sebenarnya aku tak pasti sama ada aku akan hadapi situasi situasi kat atas ni or tak. And kalau berlaku lah situasi era pekerjaan (married), aku rasa mesti korang bahagia kan? Aku tahu. Siapa tak nak duit raya, kan? Even umur dah 20 lebih pun ada yang mintak duit raya. Cis. And aku harap sangat anak aku tak buat aku macam orang gaji. Siapa (perempuan) ada perangai rajin jaga anak, sila inform aku ye (yang single je).


Aku nak korang tahu, masa aku publish ni aku dalam bas balik ke johor dari Perak. And di kesempatan ini, aku nak wish kat semua blogger Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Segala yang aku tulis is just for fun and enjoy. No heart feeling kayh? ^^


Terima kasih sudi baca.



Sekian


.


63 comments:

cik aja said...

ahaha. nice entry! :DD

red gitarputeh said...

cik aja :

:)

feeza macho said...

:Tlg nak duitttt rayaaaa mintak kt atuk kau ckp aku nak

Unknown said...

:DD kedu kott :P

Anonymous said...

husband tanya "nak duit raya ke?"

hehehe...cer teka apa moon jawab... :hihi

Anonymous said...

selamat hari raya red :D

N'Craft said...

cepat-cepat kawen red!! nak duit raya~ :D

nik farina aishah.... :) said...

saya tak puas hati sebb saya hanye diberi cuti selama 5 hari je ... pastu dah ade kuliahh.. hahahha boleh dak kalau macam tu ?? :P

alepridz said...

siap ada sesi pagi sesi petang bagai... haha

[JEMPUT KE ENTRY LATEST AKU.. klik nama aku...]

Shyrazrul said...

ahahaha..Selamat Hari Raya Red...nice entry laaaaa....ala..budak skola nengah pun cuti tak lama...

Lea Isnawi said...

makin besar, makin x best raya

Mss Ieza said...

student U consider sbg student lg la kan ?
masih layak dpt duet raya kan ? haha.
umo 50++ still b'blogging :ragu

missa said...

samapi pencen red? hebat lah ! haha

aina halim said...

Aku... Aku... Aku terasa sebab nama aku ada jugak kena tag dekat gambar artis korea. Wahahaaa.

Ekceli bukan rupa paras jadi pilihan, cumanya yang tu yang nampak dulu. Kau pon sama. Aku tahu tu. Jgn deny.


p/s: aku tak kesa rupa. yang dapat terima kita seadanya tu yg kita cari :)

Dorky Guy said...

teruja btol baca entri ni.. berbakat sungguh anda mengarang pepanjang~

Spanar Buruk said...

era budak2 paling seronok sekali..dpt duit ratus2 smpai penuh poket..pastu msuk bank..

era keje tak best sbb kna bgi duit raya kat bebudak pastu demand lak..buka sampul raya dpn kita pastu cakap "eh kak takkan singgit je,akak kan da keje." sekali lesing baru tau..hahaha..

red gitarputeh said...

si macho > atuk aku cakap mai rumah

FYA PELANG! > kedu tu menatang apa?

mOoN > mesti moon jawab nak

ReYnn > selamat hari raya :)

red gitarputeh said...

*rainyscream* > Cis. Haha.

nik farina aishlah.... :) > same aa

alepridz > mesti aa..

Sang Pemerhati > Tapi zaman aku dulu cuti lama.

red gitarputeh said...

Lea IsNaw! > Sapa cakap?

Mss Ieza > Haha. Aku hembus aje :P

missa > samapi tu mende? HAHA

aina halim > Aku apa? Aku apa?? HAHA.

red gitarputeh said...

Dorky Guy > HAHAHA. Cam tak caye lak aku. Bhahaha.

Spanar Buruk > Lesing je. HAHA.

.drakula. said...

dalam bas pun bisa bikin satu entry...bosan yer tak...keh3

Shawn Razaleigh said...

tiap tahun gua nak duit rya. tuje..

red gitarputeh said...

RepublicAku > yeap :D

Shawn Razaleigh > actually nama ko apa ek? susah tol aku nak eja ==" HAHA

Nur Fajariah said...

selamat ari rayer red....^^

tahun ni,saya beraya era pelajar u and dpt cuti 4 buln..hohoo.(ada org tnyer ke?)

Anonymous said...

wahh kau dalam bas sempat lagi tu publish :D okay sumpah aku gelak2 baca sebab rasa macam kena pulak dgn batang hidung sendiri :D cumanya aku tak tag la gambar retis korea, diorang mana sambut raya :D aku sama dgn cahaya fajar, beraya tahap budak u tapi tengah cuti 6 bulan :D dah selamat sampai belom bro? ^^

aliarosli said...

hahhahha, terase part zaman uni dalam negara :P

Asyila Zainuddin said...

hahaha.. sume part tu memang kene la.. ngee.. terbaek.. :)

Nazirul Suhaimi (Razi Suhaimi) said...

suka baca mse sekolah rendah tu..mmg menarik..dulu kecik2 nak kutip duit raya je..klu boleh sebulan raya nk kutip duit raya..hehe

=) nice entry red ^^

ekabukanmakcikkau. said...

ahh aku suka sebab cuti seminggu je bukan sebab raya . kuehkuehkueh

HusnaShuib said...

Makin besar, raya dah jd kureng best lak. Maybe sbb da xdpt duit raya kott. :hoho

Red, :bak duit raya!

Btw, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Tersalah bahasa, tersinggung hati harap dimaafkan.
Have a safe journey back home :)

senyumSOYA said...

hheeheh..kalau duk U dah 3 tahun masih dapat duit raya cmna red? hik3~^^~

Hanhanz said...

nak duit raya! sebab saya adelah kalau-kau-update-mesti-terjah. haha. ok just kidding.

selamat hari raya~
nice post ^^

red gitarputeh said...

Cahaya Fajar > tak adil :(

Queen F > dah dah. selamat sampai dah ^^

ir prof dr alia rosli > haha. padan muka. takpe. blajaq rajin rajin, naa.. nanti boleh jadi engineer yang baik :)

Asyila Zainuddin > haha. :P

red gitarputeh said...

Naz > abang naz. jangan cakap sekarang pun mintak duit raya :P

EkaBukanMakcikKau > orang macam kau pun ada orang nak bagi cuti ek? wakaka XD okay okay joke :P

Nurulee > nurulee :tlg

senyumSOYA > not fair. not fair :(

red gitarputeh said...

honeybee > :P

Kakkoii said...

Ok, x sentap... tapi terharu sob3

red gitarputeh said...

kakkoi > bagus. haha

Aina Shafiqah Shaidi said...

selamat hari raya :) bek mehhhh , nak duit raya :DDD

Unknown said...

jadi budak la best..terlepas sudah

red gitarputeh said...

Aina Shafiqah Shaidi > haha. sy blom bekerja :P

Bro ahmad > haha.

kazvampires said...

wehehe bener

red gitarputeh said...

k[A]z > bisa nya kamu ngomong indonesia sikk?? lols

cix z said...

AHAHAHAHA
nice oneeeeeeeeeeee!

jaja said...

selamattt hariii rayaaaaa reddddd :p

farahNothman said...

epy eid :D

Aprimia ✿ said...

Y A Y Y Y Y !
Abanggg daa ade kat Johorr laa~
cehh cehh .

dah nak kawen tak bgitawu . Hee.

Tak nak laa duit raye .
Nak jumpe Tuan punye duit raye .
Bolehh ? :)

red gitarputeh said...

cix z > thax :D

jaja > selamat raya ^^

hayatFARAH > hepi eid ^^

fatinmyra Sweet :) > nak jumpa? tanya puan muda. haha.

kiwi said...

nice lah entri ni red! suka ^^

btw, slmt hari raya okeh :)

DILEMA WANITA said...

smart...ni btol2 ke tetipu ni...fenin2...sya ske bdk2,,sya blh jga budak..tp saye xsingle..cmne ea...hehehee

red gitarputeh said...

kiwi > thx :)

ekabukanmakcikkau. said...

kuang asam engko . ni yang aku rase nak gigit ketupat nihhh

red gitarputeh said...

EkaBukanMakcikKau > bongok. haha

Wadi AR said...

kenape gua baru bace entri kau? kau nak tau, dlm bloglist blog gua entri ni dah seminggu update.







gua silap date ataupon blog punye time yang bangang?

fndrocka said...

selain mengejar duit raya...budak skrg mengejar sesi fotografi masa hari raya..kamera tak berhenti snap.elok jugak..menambah kemeriahan

red gitarputeh said...

shishi > tak single?? cmana ek? hahaha :P

Wadi AR > oh sorry sorry.. ni re-post.. haha.

fndrocka > btol.

Anonymous said...

zaman dapat duit raya plg best. zaman memberi kalau, hahaha... pokaiiii.

red gitarputeh said...

dylla fadzil 小草莓 > mesti awak dah kerja :P

Umie Nadhirah said...

jakun betul kau raya dengan awekss.. hahaha.. mujur je aku takdak adik .. klo tak.. macam kau jugak lah aku..

red gitarputeh said...

Umie Artoqiemie > anak bongsu ke anak tunggal? haha.

Kechik Itu Comel said...

dh bsr tak dpt dh duit raya..
jap lg time bg duit raya plk..=)

aziekz said...

seronok bc entri,,,suspen pun ada,,,cam ,kn cili pun ada..time era pekerjaan,,,tp tkar versi la,,
apaun,,hepi eid fitri..:)

red gitarputeh said...

Nour Akmal > haha. i'm forever 15 XD

aziekz > thax :)

Anonymous said...

cuba ubah sikit cara penulisan kau. nampak SANGAT kot yang kau cuba tiru Mr K....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...