Friday, September 30, 2011

Manis Tak Ayat Lelaki?


Assalamualaikum.




Hari ni aku nak mintak maaf kat korang sebab tak update. Well, kalau korang baca 'Notice Board' kat blog aku ni (which is kat bawah header), korang akan perasan yang aku ada letakkan perkataan 'PERHATIAN' dengan font yang besau just nak bagi tahu blog aku tak berupdate buat sementara sebab aku nak focus study kejap.


Hell yeah. Baru nak study. Maklumlah. Lelaki. Tapi aku lain. Aku bukan study yang bagai nak gila tu. Aku revise aje. Study, kat dalam kelas lah kan? Ehem. (ayat bajet bagus aje kan) . Okay okay. Ayat bajet bagus tu just for fun. Korang boleh abaikan. Haha.


Tapi korang jangan lah marah ye. Well, tak salah nak bergurau dengan gula hati I kan? Siapa gula hati I? You lah. Yes. You yang tengah baca ni. Tak payah nak malu malu nak segan segan. So, nanti I janji I update ye, lepas settle exam ni. Ye ye. I mana pernah mungkir janji dengan gula hati I. *smiley face* 


Point is : Pandai tak aku memujuk? keh keh keh.(Please lah cakap aku pandai pujuk. Please lah cakap aku pandai pujuk)


.


Friday, September 23, 2011

Berfikiran Optimistik Bukan Satu Beban.

Assalamualaikum.


 Sometimes i feel this way


Hello paranoid ladies and cool gents. Sorry aku lambat update. Sebenarnya aku dah mula busy dengan study. Oh yeah. Last minute punya study baru lah best. Mencabar minda dan stress membuatkan otak aku tumbuh extension hard disk. Melampau tak?



Okay pasal otak, bukan lah apa yang aku nak stress kan. First of all, (macam typical blogger lain) aku nak mintak maaf sebab lama tak update. Bajet macam ada orang tercari-cari blog aku je kan, bila blog aku tak ber-update kan? *sad face* . Well, bukan sengaja tak nak update. Tapi ada sedikit problem kat laptop. And you know. Kalau dah online kat cc, sumpah tak ada mood nak update blog.



Yang ada cuma lah visit site-site typical macam Facebook, Formspring and Tweeter. Tak lupa chatroom kat Bloggerschatroom. Well, memang selalu kita boleh nampak orang post pasal orang-bahan-orang. Mostly bahan membahan ni berpunca dari negative thought. Oh yes. Most of people tak boleh lari dengan negative thought. Negative thought macam "Eh dia tu suka suka je cakap budak tu tak handsome. Kutuk Allah dalam diam tu" . Bak kata orang, first impression.

 
The cycle of love


Kalau nak cakap kutuk Allah dalam diam, tak jugak. Sebab ianya adalah first impression seseorang. Sama ah jugak macam how perempuan boleh terpikat dengan lelaki yang suka buli dia. Yelah. Konon kononnya, mula mula cakap, "Eyy. Dia ni suka buli aku. Menyampah! Buruk perangai!" Dah lama lama, suka pulak. Yeah. Perangai perempuan memang sukar di tafsir. Pelik. Tapi comel.



And yeah, you alls pun tahu yang banyak lagi negative thoughts yang dah kita fikir. Contohnya macam kritik perempuan tak pakai tudung, muka sombong, suka pakai baju ketat, jiran suka memekak and others. Yes. Yang aku sebutkan tadi semua adalah typical thought yang korang suka buat bahan. Jangan cakap korang tak pernah. Baik mengaku. At least satu kena pun jadi lah. kan? Kan? KAN?



Well, memang mudah sangat kita nak terjerumus dalam lembah fikiran negative ni. Nak nak membahan perempuan yang tak pakai tudung. Tapi kononnya di katakan, belum sampai seru. Aku tahu, korang memang suka baca benda-benda orang bahan orang. Trolling tu best kan? Yes. Aku pun suka baca troll. Trolling memang best. Tapi trolling cuma jadi tak best kalau kita kena troll.


Why so serious.?


Bila baca pasal troll, pernah tak korang fikir pasal perasaan orang yang kena troll tu? Dah lah troll tak bagi tips untuk perbaiki kesilapan. Okay aku bagi satu contoh, ada satu muslimah ni. Yeah, macam biasa, bajet perfect. Dia troll seorang perempuan yang tak pakai tudung. Memang dia ayat kaw kaw. Sampai perempuan freehair tu speechless. Dengan harapan, lepas ni perempuan freehair tu fikir silap dia.


 
So, pada korang, adakah perempuan freehair tu akan tutup aurat terus? Hell No. Lagi dia fikir perempuan muslimah tu annoying ada lah. And she might think that Islam is way too difficult. Actually, nak nasihat tu boleh, tapi kalau nak dapat positive effect, biarlah orang yang dia kenal dan rapat dengan dia nasihatkan dia. And yeah, kalau orang yang tak ada kaitan bagi nasihat, it will leads to perfect annoying.



Okay aku bagi contoh lain. Korang bayangkan, korang baru lepas makan. And korang tak perasan cili terselit kat gigi korang. And mana korang prefer, kawan baik korang bisik kat telinga cakap ada cili terselit kat gigi korang. Atau seorang unknown, muka-macam-pecah-tembok datang kat korang, and directly sound korang kat bustop, cakap ada cili terselit kat gigi korang? Get the picture?


Don't let your optimistic fade away


Aku tahu, negative thought and bahan membahan ni, best untuk sesetengah orang. Tapi bukan semua orang berfikiran macam kita. Ada yang cepat makan hati. So how kita nak atasi? Jerit? No. Sila jangan. But, hadapi dengan tenang and cari idea untuk positifkan fikiran korang. It simple. Kalau orang putih kata, don't judge a book by its cover (which is sangat susah korang nak buat sebab rata-rata orang diselubungi first impression).


  
So here is the deal. Aku bet korang mesti dah biasa damn orang dalam hati dengan cakap macam, "Eh kau tak rasa bersalah ke, tak pakai tudung?" atau "Eh muka kau apasal sombong gila doe?" atau "Hey memekak betul ah jiran aku ni. Tak ada adab langsung." Kan? Orait. Lepas ni, sebelum korang damn orang macam tu, korang fikir dulu satu benda ni.



Korang fikir balik apa punca diorang jadi macam tu. Like, korang betul betul sure ke punca orang tak pakai tudung? Or punca orang pakai baju ketat, muka sombong and even punca jiran korang suka memekak? Contoh macam perempuan yang tak pakai tudung. Korang tahu ke, mana tahu dia tak pakai tudung sebab ayah dia tak kasi? Or memang faktor family dia tak galakkan dia tak pakai tudung?


Boys muka sombong equal to cool. Erk.


Kes muka sombong pulak, korang betul-betul sure ke, diorang memang sengaja sombongkan muka? Instead of fikir bahawa faktor genetik parents dia yang buat muka dia jadi sombong. Or korang nak kata, "muka tak sombong, tapi bila kita lambai dari jauh, dia buat tak tahu je. Sombong lah tu". So, cuba korang fikir sejenak, manalah tahu dia tak layan sebab dia tak nampak. Rabun jauh maybe.



And same goes to others. Cuba fikir sejenak. And tak salah kita nak tegur, tapi biarlah tegur orang yang kita kenal. Baru orang lain tak rasa annoying. Seriously. Aku cepat gila kesian kat orang yang kena bahan. Nak nak kes perempuan (konon perfect) bahankan si freehair. Sampai speechless dia di buatnya. Ramai gila like pulak tu.



And sometimes kita tak boleh sama kan keadaan kita dengan keadaan orang lain. Sebab kita semua dididik dengan suasana yang berbeza. Even rasulullah pun berdakwah secara pelan pelan. And bukan dengan cara bahan orang.  (correct me if i'm wrong). Think.



Sekian



.


Saturday, September 10, 2011

Sombong Bukan Label Kita Kat Tempat Orang Kalau Kita Tahu Punca Orang Kata Kita Sombong.


Assalamualaikum.



 First impression


Hello senior Malaysian and junior Malaysian. Kalau korang perasan, sekarang dah masuk bulan Sembilan. Which means, kebanyakkan student degree akan sambung belajar setelah puas cuti summer diorang (walaupun tak puas cuti). Ehem. Apa yang aku perasan, system baru university dah selaraskan kemasukan intake student sem 1 dengan student naik cuti mid sem.
 

Okay, tak kisah lah. And perkara typical yang akan belaku, mesti student sem 1 akan rasa akward. Nak nak lepasan matiks. Dan dan kena hantar university yang jauh dari rumah. Plus, tak pernah masuk asrama. Conform korang boleh teka diorang adalah student part 1. Even dari jauh.

 
Sebenarnya bukan student baru je yang akan rasa awkward, tapi korang kalau berada kat tempat baru pun korang akan rasa awkward. Ikut suami pindah ke rumah baru misalnya. Atau korang kena ikut ayah pindah rumah ke negeri perantauan sebab ayah kena tukar tempat kerja. And banyak lagi contoh yang boleh diguna pakai. Just be in the shoes, then korang akan rasa.


Overall, berada kat tempat baru ni is not a bad thing. Well, it is quite interesting for them who loves adventure and discover new things. Hey. Best lah discover benda benda yang kita tak pernah cuba. Nak nak kat tempat orang. Sebab experience yang akan kita dapat tu berbaloi. Boleh guna kat mana mana.



 Girls love to date
 

And sikap suka cari experience ni salah satu advantage bagi boys. Bila pengalaman dah ada, automatic rasa confident akan diterap dalam diri kita. So, for boys, grab your chance. Girls sangat suka kat boys yang nampak confident tahu? Serius. Take note.


Well. Itu antara advantage yang ada bila kita kat tempat orang. Tapi ada banyak benda yang tak best jugak bila kita berada kat tempat orang. Kita senang di label sombong. Nak nak kalau korang seorang pendiam. Orang pendiam, bila orang tanya sepatah, dia akan jawab sepatah. 


Korang bayang kan, ada orang baru masuk kat tempat korang. Then, korang ajak lah berbual. Kononnya nak break the ice. Mana lah tahu boleh jadi kawan rapat, kan? Unfortunately, orang baru kat tempat korang tu memang jenis tak-suka-nak-bercakap. Korang bayangkan ah apa yang berlaku. Automati budak baru tu akan dilabel sombong. Kan?


Actually, ada beberapa cara untuk elakkan orang label kita sombng kalau kita ni pendiam and kita baru kat tempat orang. Serius. Antaranya, korang kena ambil tahu pergerakan-pergerakan kecil yang korang buat. Even sikit, orang still boleh pandang serong kat kita, you know? Misalnya jalan mendongak sambil mendada. Then, tak nak senyum. Kalau korang jumpa orang macam tu, apa first impression korang?



Let the music explore
 

Bukan pasal jalan je. Bagi yang suka dengar mp3 pulak. Korang memang tak akan perasan yang korang akan pakai earphone kat mana-mana aje. Betul? *terasa* Okay fine. Korang korang tak macam tu. aku sorang je (dulu). Ehem. Well, sebenarnya bukan tak boleh pakai earphone. Boleh. Tapi ikut tempat lah. kalau tak nak free-free kena label sombong, jangan pakai kat tempat awam.


Okay. Korang kena selalu ingat, bila kita kat tempat baru, kita akan sentiasa mula dengan kosong. Yes, kosong. Even kita dihantar outstation untuk practical, kita sentiasa akan jadi junior kat tempat tu. Sebab, akan ada ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik kat sana yang dah already bermaustatin kat tempat tu. 


So, even kita ada ijazah, or master, or what so ever, jangan cuba-cuba nak mengajar unknown people kat sana. Melain kan kalau korang dah rapat dengan orang tu. yes. Senior tak suka bila junior cuba mengajar dia. Serious, aku tak tipu. Kalau susah nak percaya, korang boleh bayangkan yang korang ajar mak korang macamana nak basuh baju. Agak agak, apa korang dapat? Ehem.


"Tapi red, kalau kes seseorang tu betul-betul pendiam, macamana?"


Sebenarnya banyak lagi cara. Korang sendiri boleh kait pada persekitaran korang. Cara paling senang belanja makan sekali-sekala. Khairul pun ada bagi tips tips yang bagus untuk korang yang betul-betul pendiam. Contohnya, kalau korang keluar ke mall, balik belikan Big Apple untuk roommate atau housemate. Sure lepas tu roommate atau housemate korang akan fikir korang ni tak ada lah sesombong mana. Well, roommate aku dulu pernah buat macam tu kat aku. its work.



 Duduk seorang diri pun akan kelihatan sombong


And yeah. Aku harap sedikit sebanyak, korang boleh tangkap apa yang aku cuba sampaikan. Pasal benda ni boleh berlaku bila bila masa aje. Siapa tahu kita kena pindah, kan? Nak nak kalau job korang sebagai bola syarikat. Asyik dipindah ke sana ke mari. And for those yang sem 1 punya student, terpulang kat korang kalau nak pandang sebelah mata tentang topik yang aku bangkitkan.


Well, kalau nak ikut kan, ada banyak lagi cara untuk korang adapt dengan korang punya persekitaran untuk elakkan orang label korang sombong. Antara korang perasan atau tak perasan aje. Nak nak yang pasal pergerakan kecil tu. Sebab aku tengok, ramai perempuan sekarang suka jalan mendada -.-  sama je yang RM2 atau 50sen. Aku tak cakap lucah ea. Aku cakap, kalau diorang dapat duit raya RM2 atau 50sen. Haiss korang ni.


Sekian.


.


Wednesday, September 07, 2011

Love Come First In Teenagers Mind When It Comes To "Miss Someone" Topic.

Assalamualaikum.




Hello girls lover and boys lover sekalian. Okay cuti dah habis, and dah sampai masa untuk kembali ke schedule asal. Yeah yeah, aku tahu. Korang mesti banyak merungut kan? Nak nak yang bekerja. Yang student degree tak payah cakap ah. Maklum lah. Dah sedap cuti Summer sampai empat bulan kan? Tak payah tipu. Banyak dah korang post kat tweeter.


Yeah aku tahu. And yang paling tak boleh blah, diorang yang sambung belajar kat perantauan. Mesti ada yang nak post, "I miss my boy" kat fb. Tak pun, "Saya rasa saya rindu awak lah pakcik!". Bukan yang perempuan je. Lelaki pun lebih kurang je. Tapi advance sikit. Tak cukup kat satu perempuan diorang cakap rindu. Cam haram. Eh aku tak. Aku setia. Ehem.


Bila rindu, automatik korang teringat kat someone yang selalu buat korang happy dan tersengeh sepanjang hari, kan? And siapa yang bertuah korang kenangkan tu? Haha. And berapa ramai yang kenangkan parents bila aku tanya soalan macam ni?


Oh yeah. Aku tahu, korang lebih suka kenangkan seseorang yang tak bela korang dari kecik and sanggup bekerja separuh mati semata mata untuk cari duit bagi korang makan and support korang belajar dari kecik sampai besar panjang. Yes. Memang ramai akan cakap rindu dua-dua. Tapi siapa muncul dulu?
True story.


Sekian


.


Saturday, September 03, 2011

Typical Penyambutan Hari Raya Aidilfitri Mengikut Peredaran Zaman.

Assalamualaikum.




Era Sekolah Rendah

Yeey.!! Xited gila lah. Korang nak tahu, duit raya kita tahun ni dah cecah RM50.. Best! Boleh beli banyak cekedis. Lagi, apa ek? Boleh belanja korang.. korang nak kita belanja? Mari lah. datang raya rumah kita dulu. Mak kita masak banyak! Sedap sedap pulak tu. Tapi kan, mak kita kata kita boleh raya seminggu je sebab kita banyak ponteng puasa. Hehe.



Era Sekolah Menengah Bawah (sesi petang)

Tak best betul lah raya ni. Serious. Adik dapat banyak duit raya. Dah lah masa shopping hari tu, asyik dia je dapat beli barang. Baju, seluar, kasut, semua dia dapat. Saya dapat apa? Hampeh. Dapat baju melayu sepasang je. Bukan adik je. Abang pun sama. Sedap je mak kasi abang keluar beraya dengan kawan kawan. Kalau saya mintak, free free je kena marah. Bukan nya saya tak pandai jaga diri. Nak raya area-area taman sebelah je kut. Eeee.. geram!!



Era Sekolah Menengah Atas (sesi pagi)

Yes. Hari raya paling aku tunggu-tunggu. Tapi yang tak adil nya aku tengok, adik pun sedap je dapat raya jugak. Dah lah hari-hari puasa setengah hari. Dapat raya sama sama pulak tu. cukup dua minggu. Kalau aku dulu? Haramm. Seminggu je dapat raya. Cis!


Memang tak adil betul. Tapi tak apa lah. Sebab raya tahun ni best sikit. First time raya dengan status in relationship. Jakun oh. Sampai baju raya pun kitorang beli sama kaler. Amacam? Obsess tak, kitorang? Mesti lah. Aku dapat raya dengan awek. Korang ada ke? Tak ada kan? Ehem.


Sometimes ketidakpuasan hati kena disuarakan

Era Pelajar Universiti (dalam negera)

Ehem. Even aku dapat berita sedih, sebab cuti raya cuma lima hari je. Korang bayang kan lah. Study jauh-jauh, dapat cuti raya lima hari je. Dah lah masa mid sem hari tu aku tak balik. Cis. Haih. Dah tu, duit raya pun dah tak dapat lagi. Penat je pasang cita cita nak duit raya cecah RM200 macam tahun lepasan SPM tu.


Tak ada mood aku nak update blog macam ni. Normal lah kan, orang kalau tension semua macam ni. Asal sikit je nak buat benda negative. Asal sikit je nak buat benda negative. Pantang di beri ujian. and aku pun tak terkecuali lah kan? Aku kan orang jugak. Haha


Tapi tak apa lah. Demi korang yang sudi follow blog aku, aku ucapkan lah Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Tapi korang jangan raya over-over. Masa Ramadhan dulu, sejuk je perut aku tengok yang perempuan pakai telekung bagai. Bila tiba raya, baju kurung kedah, baju kebaya jarang. Semua keluar. Yelah, hari kemenangan lah katakan. Bila menyambut kemenangan, kena lah tunjukkan kebebasan, ye tak? Okay aku perli. Sila noted.


Era Pelajar Universiti (luar negara)

Assalamualaikum. Tahun ni sekali lagi aku tak dapat beraya dengan family di Malaysia. Rasa rindu tu pun ada. bukan sikit, tapi banyak. Nasib baik lah aku berada kat zaman kritikal IT. At lease dapat ber-web cam dengan diorang di Malaysia. Kat sini sambut raya dengan kawan kawan je lah. Tapi yang bestnya, raya aku lain dari korang. Korang raya makan nasi, aku raya makan roti. Korang ada? Tak ada kan? Haha.


Okay okay. Aku joke. Please don't take it seriously. Well, nak buat macamana, kan? Aku ada terbaca dalam blog Gitarputeh dulu. Dia ada cakap pasal cara nak buat kita happy. And macam yang korang tahu, siapa tak sedih tak dapat raya dengan family, kan? Tahun ni je dah masuk tahun kedua aku tak balik Malaysia. Raya kat Malaysia apa tah lagi? Agaknya, bila lah aku nak balik, kan? :(


Sentiasa remaja

Era Pekerjaan (bujang)

Alhamdulillah. Akhirnya segala usaha aku untuk jadi seorang yang Berjaya akhirnya tercapai. And aku sekarang dah pun menjadi seorang Building phetologist. Tapi tu lah. Dah tiga tahun bekerja, sorang calon hidup pun belum ada lagi. Tak merasa nak beraya dengan si rusuk kiri. Empat tahun pasang cita-cita, sekali pun tak ada orang yang offer diri. Ehem.


Bukan nak kata aku tak pergi ngorat, aku pergi. The thing is, macam dah tak ada gadis yang single. Bila nak cucuk line je, jual mahal. Well, aku pernah baca satu luahan hati perempuan cakap, "Bila perempuan tak layan bukan maknanya diorang sombong. Cuma not interested".


Tak fahamlah aku. Bila nak kata perempuan tak tengok paras rupa, memang 100% aku tak percaya lah kan. Sebab, korang boleh check fb perempuan yang cakap dia tak tengok paras rupa tu. Mesti ada satu atau dua gambar artis korea yang diorang kena tag. Pastu kat caption pulak tulis "Owh, Min Ho. I want a boyfriend like you! Someone please give me one! XD". Pfft.



Era Pekerjaan (married)

Tahun ni tahun pertama aku beraya dengan si isteri. Alhamdulillah, kami masih lagi tidak meruntuhkan masjid yang kami bina. Tiba-tiba teringat kat zaman kecik-kecik dulu. Kalau raya je, mesti 'aim' duit raya. Lain tak fikir dah. Sifat bersabar yang dididik masa puasa dulu pun hilang lesap. Maklumlah, syaitan dibebaskan lah katakan.


Bila manusia semakin tua


Well, tu masa kecik-kecik dulu. Sekarang ni aku lah yang kena hulur duit raya ye tak? Tak apa lah. bersedekah. Lagipun, aku bakal dapat my very first baby hujung tahun ni. Tak tahu nak cakap aku happy macamana. Cuma korang yang ikuti perkembangan semasa blog aku jugak yang faham perasaan aku. jutaan terima kasih lah buat korang korang yang kalau-aku-update-mesti-terjah.


Aku cadangkan, nak bagi korang duit raya via top-up. Amacam? Korang nak tak? Tapi untuk korang yang kalau-aku-update-mesti-terjah je tau. Tak boleh lah kasi kat semua. Nanti dah tak ada nilai layanan istimewa. Well, they deserve it. Cumaitu je cara aku nak balas budi diorang. ^^



Era Pencen

Assalamualaikum. Tahun ni aku dah masuk 59 tahun. Maknanya dah 40+ tahun aku berblog. And rasanya dah 40+ kali jugak aku wish 'Selamat Menyambut Aidil Fitri'. Ehem. Tapi macam yang korang perasan, aku dah tak rajin update macam muda-muda dulu, kan? Maklum lah. Banyak benda nak diurus. Korang ingat senang ke nak jaga cucu? Kalau cucu tu insane yang perangainya macam orang dulu-dulu, tak apa lah jugak. Macam aku. Ehem. 


Babbling like never be old


Tapi ni entah ikut perangai siapa ntah. Aktif semacam. Itu lah, anak nak sangat kahwin dengan athlete. Sekarang aku pulak kena jaga. Maklumlah. Orang zaman sekarang mana ada fikir kebajikan orang tua. Semua nak mak bapak uruskan. Nak jaga anak pun tak pandai. Bila kita suruh dia jaga sendiri, memang banyak alasan dia bagi. Alasan typical yang aku selalu dengar, sebab orang tua lagi berpengalaman jaga anak.


Masa Ramadhan lepas aku tengok elok je langsir aku kaler emas. Ni dah tujuh syawal, aku tak faham macamana langsir aku boleh jadi kaler maroon. =,=". Kejap eh, nak pergi kerjakan cucu kejap. Nanti aku update lagi. *perasan rajin update*. Okay. Assalamualaikum.


*****

Sebenarnya aku tak pasti sama ada aku akan hadapi situasi situasi kat atas ni or tak. And kalau berlaku lah situasi era pekerjaan (married), aku rasa mesti korang bahagia kan? Aku tahu. Siapa tak nak duit raya, kan? Even umur dah 20 lebih pun ada yang mintak duit raya. Cis. And aku harap sangat anak aku tak buat aku macam orang gaji. Siapa (perempuan) ada perangai rajin jaga anak, sila inform aku ye (yang single je).


Aku nak korang tahu, masa aku publish ni aku dalam bas balik ke johor dari Perak. And di kesempatan ini, aku nak wish kat semua blogger Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Segala yang aku tulis is just for fun and enjoy. No heart feeling kayh? ^^


Terima kasih sudi baca.



Sekian


.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...