pg 42 : soft skill kita boleh pikat orang sekeliling kita. | Gitarputeh


Friday, March 25, 2011

pg 42 : soft skill kita boleh pikat orang sekeliling kita.

Assalamualaikum.



Duduk berempat ditepi tasik;
Semut lalu, dipijak pijak;
Yakin lantang, takut berbisik;
Kalau perangai macam tu memanglah jawabnya penyepak(tangan).

Aduh! Bermadah pantun pulak dia. Buang tebiat ke.? Haha. tak ada lah red saje je nak cuba benda yang baru. Hoho. Agak agak kalau nak muntah dengar red bermadah, sila pijak pijak muka lappy anda. :)

Okay gurau sahaja. Dengan penuh yakin nya red suruh korang pijak lappy kan.? Teruk betul. Jangan jangan korang buat betul betul, plus, korang pampang muka red besar besar. Pastu korang pijak. Haha. Haha. Sila jangan buat begitu.(mata bulat). Okay. Lets get through to our topic.



Pernah tak korang nampak someone tu rapat je dengan cikgu.? Or lecture.? Or bos.?  Mesti kadang kadang korang rasa geram + jelez kan.? Kadang kadang tu sampai terumpat umpat kat dalam hati. Nak nak perempuan. Haha. tak payah deny. Jangan tipu.


Relex lah. Buat apa nak sakit hati dengan orang macam tu.? Nak tahu kenapa diorang jadi macam tu.? Sila masukkan sorang 50 sen ke tabung red dulu. Ehem. Okay gurau aje. Ha. Diorang menarik perhatian orang atasan, adalah kerana diorang punya soft skill. Yup. Soft skill.



"ape kejadah soft skill tu, red.?"
 
Nak bagi tahu lah ni. Ehem. Soft skill tu. Err. Okay. Lets take it this way. Someone tu buat benda yang tak sakit kan hati orang lain . Yang jaga hati orang lain. Yang kalau korang kat tempat bos tu, korang sendiri pun akan cakap "uih, Baguih nya budak ni!" . Jelas.? Tak.? Ehem. Yela. Meh red terang kan lagi. Meh rapat.



bicara dengan elok.

Pertuturan. Ya. Jaga pertuturan adalah antara soft skill yang perlu ada untuk korang tarik perhatian orang lain. Cakap benda, yang elok elok. Kalau nak cakap benda tak elok, boleh. Tapi biar bertempat lah. Contoh nya masa korang tengah marah. Selalu kalau kita tengah marah memang lah kita blow up. Tapi bila kita blow up tu, biarlah time tu aje. Nak keluar semua 'perkataan' keluar kan masa tu aje. And jangan terbawa bawa ke esok hari. Sungguh tak manis. Ya. Tak manis.

See.? Cuba korang bayangkan. Someone datang kat korang, tetiba dia maki hamun kat korang. Korang pulak tak tahu apa apa . (umpama orang baru kat situ) Mesti automaticaly korang gred kan yang dia ni teruk. Sungguh tak manis. kan.? Betul.?


Cuba bayangkan pula, ada orang tetiba datang kat korang, bagi salam, and senyum manis kat korang (macam red) . Ehem. Apa korang gred kan dia.? Mesti korang cakap. "ikh. Manis nya dia ni" . Betul.? See.? Senyum pun antara soft skill yang buatkan orang tertarik dengan kita. Kat situ orang tu dah strike dua soft skill kat korang. First, dia senyum. Second, dia jaga tutur dia. Bagi salam beb. Jadi, selalu senyum pun boleh buat orang lain senang hati tau. Tak percaya.? Cuba aa.


nak tipu, beragak lah.


Ha. Kalau pasal tutur ni pun, ada satu lagi style untuk jaga hati orang. Style ni pelik sikit. Nak kata tipu, tak jugak. nak kata jujur pun, tak. Maksud red kat sini, kalis. Yup. Kalis. Okay. Lets take it this way. Korang baru lepas meeting. Dalam meeting tu, memang api lawan api. Ya. Gaduh. Debat. Debat pasal kesalahan pekerja lain. Nak luah kan perasaan lah konon nya. Tapi takpe. Dah nama pun meeting, kan.? Memang macam tu lah gayanya.

Tapi geram tu, biarlah habis kat dalam meeting tu sahaja. Lepas habis meeting, bermember lah macam biasa. Jangan pula di ungkit ungkit. Orang tak suka. Ya. Orang tak suka. Pastu, agak agak nak pujuk orang tu, korang pun ajak lah main bowling. Dan dan kat situ pulak ada bos. Bos mana yang tak panas dengar lepas meeting korang nak pergi enjoy kan.?

Kalis lah. Cakap, korang nak pergi melontar Jamrah. Ha. Bos dengar pun, sedap aje hati. "Oh. Stuff aku nak pergi beribadah. Bagus.bagus." . See.? Kalis tu, penting jugak beb untuk jaga hati orang. Tapi nak kalis tu, agak agak lah kan.? Jangan lah terbawa bawa sampai kes menipu.



Ehem.



Humble. Ha. Cuba bagi tau red, berapa ramai antara korang yang zahirkan sifat humble ni.? Angkat tangan.? Tengok. Tak de beb. Tu lah korang tak tahu. Sikap rendah diri ni, penting. Supaya orang tak cakap kita sombong. Cuba korang bayangkan, korang tengah syok cerita berapi api, tetiba pendengar tu mencelah, "alah dah lah tu. Aku dah tau dah kes tu. Tak payah lah cerita. Semua orang dah tahu kudd." . Apa korang rasa.? Agak agak macam nak tarik tarik pipi dia tak.? Tak pun korang rasa macam nak pijak pijak dia.

Okay, tengok contoh kedua ni pulak. Korang tengah syok syok berbual. Dengan yakin dan penuh perasaan nya korang cerita, si pendengar pulak, "oh..." , tak pun  "lah..macam tu ke.?" . Ya. Diorang merendahkan diri walaupun diorang dah tahu pasal benda yang korang cerita. Diorang respek korang tengah bercerita. Apa pulak korang akan gred kan pendengar tu.? See.? Kat situ aje si pendengar tu dah guna dua soft skill untuk curi hati korang. First, humble. Yang kedua, respect.


berterima kasih kat orang yang kritik kita.



Kalau nak cakap pasal respect ni, ada satu kunci untuk complete kan yang kita ni ada sikap respect selain daripada diam bila orang lain bercakap. Terima dan belajar daripada kritikan. Ya. Terima dan belajar. Kalau orang kritik kita tu, normal lah. And sepatutnya kita berterima kasih. Everyone is a critic. Orang kritik kita,sebab dia nak tegur kita. It's not a big deal. Exept kalau kritik yang melampau. Itu dah kes lain. Yang tu korang dah boleh pijak pijak dia.

Okay back to the topic, accept and learn from critics. Cuba positif kan diri. Terima sahaja apa yang orang tegur kita. Actually, "setiap orang yang tegur kita adalah cikgu kita". Kata Abu Hurairah

Even orang tegur benda kecil pun, for example, "hei, baju kau terbalik lah."  tak pun, "eh, tudung awak senget lah", still dikira sebagai cikgu. Jangan lah korang melenting pulak. "eh! Suka aku lah. Tudung aku. Lu pehal.?!" .Ya. Jangan melenting. Tak manis,kan kalau kita tegur orang orang tu melenting, apa kita rasa.? See.? 

Orang meninggalkan pesanan kepada kita. Senyumlah. Senyum dan terima teguran tu. Ya. Meninggalkan satu titik kepada insan lain dikira sebagai cikgu. So, do and try to accept and learn from critics.



Jadi. Ada soft skill, komform orang akan suka kita. Jangan lah kita dengki orang yang rapat dengan cikgu or lecture or bos. Sebab dia ada soft skill. Bukan bodek ye. Kalau tak percaya, korang cuba lah beberapa soft skill yang red bagitahu tadi. Seriusly effective! Nak nak tang humble tu. Seriously worked!





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.



10 comments:

feeza macho said...

aku yang tang mane dol ? :apa

penat da fikir mcm semua tak de je ? :geram

red gitarputeh said...

feeza : aduuuuhai. kalau tak ada, cuba lah ada kan. work on in. =.=

Unknown said...

wah Red ni pakar kunseling tok nih...hihi

Unknown said...

lagi 1 kan...atok tak pasti atau tak yg atok ni ado soft skill...

red gitarputeh said...

suhaimi : haha. red amatur aje. :)

red gitarputeh said...

suhaimi : ala. benda ni sebenarnya depens on orang sama ada dia nak buat o tak.

feeza macho said...

LALALALA RED GENDUT

red gitarputeh said...

Feeza tak macho :pijak

KUREKURE COMEL said...

hehehe....selalunya org ckp bila baik dgn lec...

org tu kaki bodek...adooii.....


mina ni jenis peramah tau....
tp org selalu salah sangka akan kebaikan mina....

red gitarputeh said...

takpe mina. peramah tu antara soft skill :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...