Friday, April 29, 2011

pg 54 : Generasi sekarang senang terpengaruh dengan hantu.


Assalamualaikum.




Khurafat. Ju-On. Damping malam. Jangan pandang belakang. Susuk. Apa semua ni.? Tak takut pun. (yeye aje tak takut). Semua cerita yang tersenarai tu adalah cerita hantu. Ya. Cerita dimana nak tunjuk kan manusia diikat kontrak dengan makhluk halus.



Nak menampak kan manusia boleh jadi kuat jika digandingkan dengan makhluk makhluk halus. Hidup boleh senang. Cepat kaya. Jadi cantik. But. The fact is, in reality, hukum tetap kita tak boleh ubah. Jika haram sesuatu perbuatan tu, maka haram lah dia sampai qiamat.




 kalis gambar hantu(nanti korang takut)


Cerita yang paling obvious menampakkan manusia tu bergantung hidupnya pada makhluk halus adalah cerita Mantra. Ala. Yang ada baca baca ayat ntah hape hape tu lah. Yang latest red tengok pulak, cerita Ngangkung. Plot cerita yang menunjukkan manusia ni bargantung pada makhluk halusnya untuk hidup senang. Like everything is going smoothly.



Well. Some of these kind of story telah menerapkan lebih banyak nilai negatif berbanding positif. Actually, benda benda ni wujud. Yup. Wujud. But.! Kita tak boleh amalkannya. Syirik weh. Sebab apa.? Sebab bila kita amalkan nya, kita akan rasa makhluk halus ni yang lindungi kita. Yang bagi kita jadi cantik. Yang bikin hidup kita senang.



Infact, siapa actually yang bagi tu semua.? Yup. Allah SWT. Allah yang buat hidup kita smooth. Yang bagi kita cantik. Yang lindungi kita. Nak dijadikan cerita, ada orang, yang family nya amalkan perbuatan syirik ni. So, dia turut jadi mangsa sebagai waris.


Situasi ni dipetik masa mereka nak pergi makan.


A             : uit. Aku lupa kunci bilik.! Ala. Malas betul lah nak naik atas.
B             : ala. Relax aje. Aku da letak jin jaga barang barang kita. Toksah risau lah.
A             : err. Kau ni. Ye ye aje.



Nampak tak, macamana B terlalu bergantung pada jin warisnya.? Benda ni salah. Ianya telah buatkan si B hilang kepercayaan pada Allah. Dia lebih yakin yang jin nya akan tolong lindungi bilik mereka. Actually perbuatan syirik ni berlaku sebab diorang yang amalkan tak ada keyakinan. Plus. Diorang kurang tahu tentang agama Islam.




 bila kurangnya penerapan


Ya. Tak ada penerapan Islam yang cukup. Bukan ke kita dah diajar untuk berdoa pada-Nya kalau kita nak sesuatu.? Berdoa lah.  So, barang barang kita terpelihara. Lagi satu, yang ni ramai orang terlupa, kadang kadang. Bila masuk rumah kosong. Atau bilik kosong.(tak berpenghuni). Ramai lupa nak bagi salam.



Bagi lah salam masa masuk bilik or rumah kosong. Kenapa.? Sebab Allah turunkan malaikat untuk jaga bilik or rumah kosong tu. Jadi, bila kita bagi salam, makna nya, kita bagi salam pada malaikat. Diorang dah tolong jaga barang kita, seeloknya kita tak menyombong pada mereka. Wallahualam.






Bukan kebergantungan sahaja yang di manipulasikan oleh filem filem hantu. Perasaan takut pada hantu juga diterapkan dalam generasi kita. Perasan tak, bila tengok aje cerita cerita hantu, kita automatik jadi takut kat hantu. Kadang kadang sampai terbawa bawa kat mana aje. Sampai kat tan-dass pun boleh terbayang bayang hantu hantu tu.



Nampak tak trick nya kat situ.? Kita diajar dan diterapkan untuk takut kat hantu.? Instead of takut kat Allah.? Nampak tak stratergi mereka untuk meruntuhkan akidah kita.? Generasi sekarang lebih cenderung kepada takut kat hantu. Akidah makin lemah. Filem filem hantu pulak, semakin banyak dan dipelbagaikan.


Ehem.


Bukan ke kita sepatutnya takut pada bencana bencana Allah.? Dulu. Kaum Nabi Nuh. Teruk banjir dikenakan. kaum 'Ad. Mahu tak nya ribut datang hancurkan kediaman mereka. Kaum nabi Luth pulak. Terbalik negara mereka. Orang orang zaman dulu bukan nya kerdil macam kita tahu.? Tubuh diorang besar besar. Bayang kan, masyarakat gergasi pun Allah boleh hancurkan.




kerdil nya kita

Ini kan pula generasi kita yang kerdil kerdil cek mek molek ni. Hari tu. Isu tsunami. Kecoh. Itu baru tsunami. Belum lagi bencana macam kaum dulu timpa kita. Bayangkan, kita yang kerdil ni, hadapi bencana macam generasi gergasi tu kena.



So. Betulkan lah akidah kita. Hilang kan takut pada hantu. Jangan amalkan perbuatan syirik. Ingat. Makluk halus dan hantu ni pun, makhluk Allah. Diorang pun takut pada Allah. So. Siapa nak ikut red tengok movie hantu.? HAHA. okay gurau aje.



Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Monday, April 25, 2011

Segmen Tips Red : Penting nya lelaki dalam memimpin.




Adab dan tutur cantik terpelihara;
Cantik di hati dari di mata;
Buah kata pembuka bicara;
Membalas permintaan dari Si Jelita.



Assalamualaikum.




Amboi. Berpantun pula abang merah kita. Ehem. Maaf ya, lambat update. Minggu ni ada pack sikit dengan kertas kertas final exam. Tapi demi korang korang sekalian, rela red cari masa untuk korang. (dem.! Tak pandai tipu).


Ehem.


Okay less talk more action. Wait. Dalam ni tak ada talk and action. Tulisan ada lah. HAHA. Okay abaikan. Macam yang korang nampak kat tajuk, ini adalah Segmen Tips Red. Ya. Segmen red. And this page is also the first pertanyaan dari pembaca.



Orang nya comel molek tapi tak pernah tunjuk kan muka full. Kura kura comel/KKC nama nya. Dalam blog dia, dia lebih kepada cerita personal yang maybe korang boleh jadi kan teladan. Basically, segmen ni adalah untuk tanya tips. Tapi requestment KKC adalah kepada pendapat red.



Actually red tak kisah pun. Korang tanya tips ke, pendapat ke, tetap red akan bicara kan apa yang korang mahu. Ehem. Dalam kes KKC, dia hadapi satu masalah dilemma. Ya. Dilemma.




"suatu hari korang pergi ke laut untuk mandi manda bersama ibu, ayah dan suami korang. Tiba tiba ibu, ayah dan suami korang lemas. Air laut menggila bergelora bagai nak rak.

Korang hanya boleh selamatkan sorang sahaja. Diantara ketiga tiga orang tercinta ini, siapa yang korang akan selamat kan.? "




Dilemma kura KKC ini adalah tak dapat memilih nak selamatkan siapa. Tapi gerak hati nya nak sangat selamat kan ibu nya.


Ehem.


Okay. Red bukan sahaja akan jawab untuk KKC, tapi korang jugak boleh pertimbang kan pendapat red ni. Let see. Dalam kes kat atas. Siapa yang akan korang pilih untuk selamat kan.? Jawapan nya adalah si laki laki. Ya. Lelaki. Kalau red di tempat KKC, red akan selamat kan suami.



"why.? Tak sayang ibu and ayah ke.?"


Okay. let's take it this way. This is not about family love matter only. Cuba korang tengok secara overview. This is about life. And life is about go on for generation. So, about life matter, kita kena tengok kesan jangka masa panjang. Don't get me wrong.



Selamat kan lelaki. But I prefer korang selamat kan suami. The reason of tak selamat kan yang perempuan, adalah kerana lelaki lebih rasional. Okay. Andai kan korang selamat kan ibu. Ibu adalah seorang perempuan. Dan secara fitrah nya, perempuan senang panik.



Jangan ada dilemma

Different from lelaki. Kaum yang kacak dan lucu ni, pandai kawal panik. Dan, kaum lelaki juga tahu apa nak buat dalam keadaan kecemasan. Fikiran mereka sangat sensetif dan peka. Perasan tak, kaum perempuan tak boleh buat apa apa masa panik.?



Okay. For example. Andai nya masa tengah lintas jalan. Tiba tiba ada satu kereta laju hon. Perasan tak, yang para perempuan ni akan blur tengah jalan.? Fine. Korang tak pernah hadapi situasi tu. Okay. take another example.




most of girls stress out bila exam


Semua orang yang berbloging ni ada education kan.? Mesti pernah hadapi peperiksaan kan.? Pernah nampak tak, perempuan yang tak ready nak exam masuk periksa.? Korang boleh nampak diorang panik. Ya. Panik.


Sebab tu, kebanyak kan perempuan menghafal jawapan untuk peperiksaan berbanding lelaki. Sebab utamanya adalah diorang panik kalau tak dapat jawab. Berbanding dengan lelaki, mereka belajar, mereka faham kan konsep. (untung jadi lelaki).



Okay back to the topic. So, kaitkan dengan kes tadi. Kalau korang selamat kan ibu. Apa yang akan terjadi adalah panik 2x. Sebab apa dua kali ganda.? Korang (isteri) plus ibu. Tu belum masuk kalau ada adik beradik perempuan ramai. Kalau campur diorang.? Pehh.


Ehem.


Quotes

Bukan nak kata perempuan tak boleh rasional. Boleh. Ya. Boleh. Tapi di bawah pimpinan lelaki. Dorongan lelaki. Which is dalam kes ni, di bawah pimpinan suami. Sebab korang (isteri) lebih rapat dengan suami berbanding ayah, kan.? Sebab tu ada fakta menyatakan "lelaki suka memimpin, perempuan suka dipimpin." . Ya. Lelaki lebih rasional. Sebab tu mereka hebat memimpin.



Kawan red sendiri pernah mengaku. Which is dia adalah seorang perempuan. Dia kata perempuan ni, semua nya lurus bendul. Ya. Lurus bendul. Well, sepanjang pemerhatian red, its awesomely true. Can't deny it. Ia nya sangat jelas. Okay. Ini contoh 18sx sikit.


Bila lelaki mendatangi wanita dengan niat jahat


Dalam kes perempuan kena rogol. Well, actually she(mangsa) can't protect her self sebab dia tak tahu apa nak buat masa diserang tu. a.k.a. lurus bendul. Biasa nya perempuan dalam keadaan panik, di suruh, baru dia tahu nak buat apa. Macam kes abang red hilang tak balik rumah kecik kecik dulu, ayah red yang ingat kan ibu red supaya yakin pada Allah. Sebab Allah tu ada untuk tolong. See.?



So, macam yang red kata kan mula mula tadi, it's about tengok secara overview. Tengok kesan jangka masa panjang. Which is apa yang nak dilakukan pada masa hadapan. Dalam konteks simple nya, perancangan. Yup. Lelaki lebih pandai merancang. Merancang apa yang nak dilakukan untuk hari yang mendatang.



Lelaki boleh bantu perempuan dan bagi dorongan untuk kuat kan semangat. Dengan ada nya lelaki mendampingi perempuan tu, dia boleh bimbing perempuan tu untuk terus kan tabah and keep on living. Rather than women with women.



Kaum lelaki membantu kaum perempuan


Yup. It's freakin' true that lelaki (pemimpin keluarga) lebih pandai dalam selok belok cari duit berbanding perempuan. Sebab tiada sikap lurus bendul pada lelaki. Sorry to say, but you guys have to admit it. Ia nya lumrah alam. Sebab tu lelaki dicipta kan, memang untuk memimpin keluarga. Plus. Lelaki ada Sembilan akal.



Bila perancangan masa hadapan dah ada, baru keluarga boleh stabil. Tak lah mereka terlalu trauma. Kalau nak ambil kes kewangan pula. Banyak mana sahaja kaum wanita boleh jana duit.? Berbanding lelaki yang bersikap pemimpin (suami).?





Terima kasih sudi baca. Kalau korang berminat nak tanya red, klik SINI.





Sekian





.


Friday, April 22, 2011

pg 52 : Masyarakat generasi kini tak reti diam bila Azan berkumandang.

Assalamualaikum.




Good day. Good weather. I wonder why. Oh. Hari Jumaat rupanya. Di mana hari yang red akan post entri baru. So. Kepada korang korang yang addicted suka gila baca entri red, take notes! Ya. Ha! Gelabah. Cari pen. Cari kertas. Okay tipu.



pen, pensel, kertas,tulis, blog
 tulis setiap jumaat

Tak semestinya seminggu sekali aje entri red. Hari lain pun ada. Maybe dalam dua kali seminggu. Kalau ada tiga kali tu, means ada yang segmen red nak kongsi item. Dalam segmen tu, red buat in a flash. Sebab red nak kongsi dengan korang apa yang interesting. Macam dalam entri ni. Or entri ni. Okay stop right here.


 Ehem.


Petang semalam. Dalam area pukul lima, red pergi ke medan makan. Macam biasa, nak pergi usha awek  beli makan. Ehem. Tapi, line panjang sangat. So, red duduk duduk lah dulu. Then, dalam penantian mereka mereka untuk beredar, berkumandang lah azan 'asar.



"Allah huakhbar, Allah huakhbar."


So, sebagai umat Islam, hormatlah. Red diam. Sambil diam dan menjawab azan, mata red meliar macam biasa. Tengok sekeliling. Guess what. Yup. Situasi nya masih lagi bising. Mereka masih lagi berbual bual. Bergelak gelak. Bergurau gurau. Dan terlompat lompat.


Red jadi mushkil. Azan kuat. Bukan slow. Tapi keadaan masih huru hara dan diorang masih lagi bagai didalam dunia mereka. Betul ke ini generasi sekarang.? Semua Islam pulak tu. Okay. Ini first thing red nak sentuh. Kes hormat tu nombor dua.



azan, bunyi
berdiam lah kamu ketika azan


Kalau orang dulu, zaman tok nenek mak abah kita, bila azan, semua senyap. Semua diam. Tapi generasi sekarang. Bising nya tak ada gap. Tak ada. Bila bising nya tak ada gap. Bunyi bunyi lain akan tenggelam. Ya. Tenggelam. Macam bunyi nyamuk dalam disko pasar malam.


Ehem.


Pernah tak korang bayangkan, bunyi azan dah tak di endah.?  Bunyi azan akan tenggelam. Tenggelam. Pernah bayang kan tak, bunyi azan tenggelam.? Korang tahu kan, bila azan dah tak didengari, apa yang muncul.?  Ya. Munculnya Al-Masih Dajjal. Al-Masih Dajjal akan muncul bila azan dah tak di dengari. Betul.?



So, bila azan dah tak di endah, sama lah jugak erti dengan azan tak didengari. Korang bayangkan lah. Ada ke, orang nak bercakap, bila orang tu dengar azan.? Orang mesti diam punya lah bila dengar azan.  Orang yang tak dengar azan aje yang akan bercakap time azan. Betul.?



diam, hormat azan
 seeloknya kamu berdiam tanda adab kamu


Okay. Masuk ke sentuhan kedua. Hormat. Pernah tak terfikir. Kenapa kena diam time azan.? Ya. Sebab kita hormat azan. Okay. Azan ibarat orang sedang bercakap. Yet, azan ialah seruan. Ajakan. Which means, sama lah jugak dengan tengah cakap. Masih lagi bawah komunikasi. Betul.?


Here's the facts. Bila orang tengah bercakap. Adakah kita bercakap jugak.? Mesti lah tak. Adab nama nya tu. Ya. Sudah menjadi adab, bila kita senyap,dengar dan respond orang bercakap. Ya. Senyap, dengar dan respond.


Sama lah pada azan. Senyap. Maknanya diam. Dengar. Maknanya hayati setiap perkataan. Dan respond. Jawab azan tu. Ya. Azan, kita wajib jawab.




kisah red masa muda muda dulu



Okay. Red selitkan sikit selingan untuk jadi teladan. Dulu masa red muda muda. Tuisyen. Kat rumah orang aje. Tak mampu pergi yang mahal mahal. Masa abang aboi mengajar, selalu red dok menyampuk. Last last. Satu hari tu, dia sound. Suruh diam. Direct.


Terus tergamam masa tu. Diam terus. Ye lah. Orang nak mengajar. Kita pulak, menyampuk. Macam dah tahu aje. Padahal tak tahu apa apa. Yet, menyampuk. Macam dah pandai sangat aje kan.? Dari situ lah red kenal adab diam bila orang lain bercakap.


Ehem.


Sampai sekarang, kalau mengajar junior, lagi lagi yang suka menyampuk, red akan terus straight suruh dia diam. Err. Maybe sebab tu ramai yang cakap red ni garang masa mengajar. Even ajar orang main gitar pun, diorang cakap red garang.



Okay back to the topic. So, diam adab hormat. Sebab tu wajib kita diam time azan. Tapi generasi sekarang.? Wahai anak anak adam sekalian. Kat sini red nak tekan kan. Diam lah bila azan berkumandang.



gambar perhiasan


Jangan lah biarkan azan ditelenggami. Tegur mereka jika mampu. Guna tangan. Kalau takut nak tegur kasar, which is guna tangan. Guna kan lidah. Maksud nya tegur. Kalau tak mampu jugak dengan menegur, guna hati. Ya. Doa kan mereka. Mintak Allah buka hati mereka untuk diam masa azan.


Last but not lease. Guna penulisan. Ya, via blog. Orang baca. Then sebar sebarkan. Ehem. Okay. tu rekaan. Haha. Tak ada kaitan dengan cara islam. Just a personal theory :P



p/s: Azan sekarang dah berkurangan. Dinding rumah dah ada yang kalis bunyi dan tv3 pun dah tak siar kan azan macam dulu.



Dalam entri ni, red nak ambil kesempatan sikit. Untuk follower ke 200 red. Sebulan Lama dia tunggu. Dia juga pengomen tegar gitarputeh ni. Ehem. Terima kasih, Feeza Macho. This is your award. Terima ye. Blog dia nice. Banyak doodle. Check it out. http://www.sayabintang.com/



copyrighted untuk feeza sahaja





Terima kasih sudi baca.





Sekian






.


Tuesday, April 19, 2011

pg 51 : Red open table untuk siapa siapa nak tanya red tips

Assalamualaikum.




Di tengah hari yang terik ni, red bawa berita baik. Ehem. Korang suka tak baca entri enrti red.? For overview, red ada survey beberapa readers. Dia kata suka sangat baca entri red. Sempoi. Berisi. Ada nasihat dan selalu mengingatkan benda yang selalu kita lupa.


Diorang kata lagi, red boleh jadi motivator or kaunselor. Sumpah red terkejut dengan jawapan jawapan tu. Sebab red tak pernah expect itu merupakan korang punya refleksi. Bagi red, red hembus aje. Bak kata cik hemo,"memang lah pakai hembus. Tapi red punya hembus tu, ada power. Hebat!".


Ehem.


Red tanya reader yang lain pula. Kali ni tanya siap tanya bukti. So. Dia prove kan. Dia suruh red baca balik entri kat pg 44 . so, red pun baca lah balik. And bila di fikir fikir balik. Betul jugak. Tergamam red baca balik.


"betul ke, ni apa yang aku tulis.?"

Itu lah yang terlintas kat otak red bila terkejut. HAHA. Ni baru beberapa bulan blogging. Belum masa tua lagi. Macamana lah nanti red tua, then red baca baik kejadah yang red tulis masa zaman ni. Mesti red tergelak gelak sampai gigi terabur.


reaksi mengenang kisah silam


Okay back to the topic. Bila baca balik, red perasan. Yang banyak penulisan red tentang nasihat. Korang pun cakap macam tu, kan.? Ehem. Well. Kesempatan entri ni, red nak perkenal kan segmen baru.



Segmen Tips Red. Tadaaa. Bukan apa. Red tak nak lah kedekut ilmu. Ada kalanya otak red terlalu tepu. Kadang kadang terlupa nak share dengan korang, apa yang sepatutnya korang perlu tahu.



Dengan segmen ni, korang boleh tanya red apa apa tips. Tips buat entri menarik ke. Tips lelaki dan Perempuan ke. Tips nak concentrate ke. Apa apa lah. Insyaallah, red akan huraikan setiap persoalan korang macam kat dalam pg 34 . Tapi tanya tips je tau. Jangan tanya tutorial. Sebab red tak arif sangat tentang tutorial. And red pun still newbie kat area blog ni.


Ehem.


Nak join segmen ni senang aje. Korang tak payah lekat kan banner red kat korang punya blog and meraban tentang blog red kat dalam entri korang. Tak perlu. Red tak perlukan kontroversi provokasi. Sebab tujuan red cuma nak kongsi pengetahuan dengan pembaca sahaja.  Mak red pernah pesan:




"Bila ada ilmu, kongsi lah dengan orang lain.”




So, back to the step.


Satu!
Korang boleh email kat red. Tulis "Segmen Tips Red" . Ha. Jangan lupa under line. Then, lepas cogan kata tu, taip dua titik bertindih di ikuti dengan persoalan korang. Contohnya,


Segmen Tips Red : boleh tak bagi tips bila lelaki suka seseorang perempuan tu.



Then, korang huraikan sedikit tentang topik tu. Supaya red faham situasi nya. Kalau tak, nanti lain yang red rumus kan, lain yang korang mahukan, sebenarnya.



sama sama kita cari penyelesaian masalah dalam segmen ni


Jangan lupa letak kan korang punya URL kat bawah. Supaya red boleh tolong promote blog korang sekali. Sambil menyelam minum air, ye tak.? Kalau korang tak letak URL, red akan anggap anon. Tapi tak pe, anon pun red layan. Tak baik menyisih. Sedangkan Nabi pun ampun kan umat, ye tak.?



Yang kedua!
Korang boleh tanya kat formspring.me. Ya. Formspring. Kalau dekat formspring, syarat utama nya, sama jugak, pastikan ada "Segmen Tips Red" . Ber underline. Then, teruskan dengan kes korang. Tapi jangan panjang sangat. Sebab formspring lah kan. faham faham lah. Tapi formspring ni, red tak galak kan. Sebab red jarang bukak.



Yang ketiga!
Facebook. Yup. Red tak ada fb. Tapi red ada assistant fb. HAHA. Dia selalu tolong promote kan. And selalu bagi idea. Dia selalu usya fb untuk promote gitarputeh tolong kongsi dengan orang lain. Korang boleh inbox kat dia. Macam biasa, syarat nya, "Segmen Tips Red" di ikuti dengan kes korang. Jangan risau. Walaupun dia assistant, persoalan korang pasti sampai kat red jugak.


Ehem.


Tiga cara ni aje lah, yang applicable. Kalau korang tanya tips kat shoutbox, boleh. Tapi tak digalak kan. Sebab takut red tak dapat beza kan antara chat biasa dengan segmen red. Sebab tu, ketiga tiga cara kat atas, red suruh underline kan. supaya red dapat beza kan antara chat biasa dengan segmen.



Kalau chat biasa, red tak publish. Tapi kalau join segmen, red akan ulas seulas ulas nya. Macam entri entri yang red buat. Sempoi. Tapi korang enjoy. Kan.?



Email                   : cap_man92@yahoo.com
Formspring         : redtensai
Facebook           : ma'mum quartle


p/s : Jangan lupa sertakan sekali URL korang.





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Saturday, April 16, 2011

pg 50 : Dugaan berat, bukan maksudnya Allah kejam.


Assalamualaikum.




"ya Allah. Kenapa dugaan nya macam ni. Aku dah tak larat nak hadapinya, ya Allah."


Mesti korang pernah hadapi beberapa scene yang buat korang terfikir macam ni, kan.? Jangan tipu. Semua orang pun pernah. Yup. Pernah. Okay. for example, masa korang ditimpa musibah. Macam yang red nampak petang tadi.



Kisah nya masa 4 petang. Red secara tak sengaja ter-stalk orang.  Ya. Tak sengaja. Ehem. Well. Ada dua orang awek. Sorang tengaah bercerita dengan sedihnya. Sorang lagi mendengar. Situasi tu menarik minat red. So, red come closer.



gambar perhiasan
 

Rupanya tentang si awek ni being dumped oleh bf dia. Mula lah tak ada semangat. err. Orang muda. Well. Abaikan kisah tu. Apa yang red nak cerita kat sini adalah tentang dugaan yang korang hadapi.


Ehem.


Most of korang mesti rasa down gila bila dugaan-Nya terlalu berat. Betul.? Okay red anggap korang jawab betul. Okay. Andaikan, korang selalu dapat markah tinggi masa sekolah dulu. Tiba tiba, suatu hari tu, Allah buat result korang jatuh down to the slope.



mesti rasa down bila dipinggirkan


Well, apa korang akan rasa.? Mesti nak rasa down gila, ye tak.? Rasa bengang sangat. Rasa dugaan ni berat gila. Okay. Ambil situasi lain, korang secara tak sengaja, tak dapat bergerak dalam kumpulan. And ahli kumpulan korang anggap korang sleeping partner. Padahal korang betul betul tak dapat nak menolong diri masa tu sebab ada banyak masalah.



Even masa awal awal punya kerja kumpulan, korang ada sumbang kan serba sedikit, still diorang kira korang jadi sleeping partner. Apa korang rasa.? Mesti korang bengang, kan.? Rasa macam dugaan ni berat sangat.


 And asyik tertanya tanya. Kenapa Allah bagi ujian sampai macam ni. Sometimes sampai nangis pun ada. Nak nak lagi masa korang dah nak exam, dan dan tu jugak ada belamblak assignment. 


 Biasa nya perempuan lah yang akan stress sebab ujian dari Allah ni. Yup. Perempuan. Sebab perempuan punya cara pemikiran tak berapa nak wise macam lelaki. Ehem. Untung jadi lelaki.



gambar perhiasan


Here's the facts. Lepas ni korang dah tak payah nak tertanya tanya, kenapa Allah bagi korang ujian berat macam tu.


Ehem.


Actually, korang sendiri yang mintak. I mean, korang perasan tak, selalu korang berdoa, "Ya Allah, jadi kan lah aku seorang yang tabah". Kalau bukan doa yang baru baru ni, mesti doa yang past past year punya. Yang lepas lepas. Yup. Kita tak tahu bila Allah nak makbulkan doa kita.


 So, bila korang mintak untuk jadi lebih tabah, Allah bagi lah ujian tu. Mengikut level. Allah tak bagi ujian selepuk susah macam tu. Allah bagi by level. Ya. Setiap ujian yang Allah bagi tu, Cuma untuk mengukur tahap ketahanan korang dalam merempuhi ujian nya. Bila dah di ukur tahap pertama, then ujian kedua akan jadi lebih susah.



ujian-Nya buat kita lebih kuat


Well, korang tak akan rasa benda tu susah actually. Sebab korang dah ada pengalaman menghadapi ujian level 1 tu. Cuma ujian nya di upgrade sikit dengan beberapa cabaran tambahan. Then, sampai lah had korang, Allah akan hentikan ujian-Nya. Dan benda ni akan berterusan dan terusan dan terusan.


 Sama jugak dengan exam. Ingat lagi tak, masa korang darjah satu dulu.? Soalan metamatik dia senang gila. 2+8. 3+6. 7-6. And others. Yup. Senang. Tapi bila dah naik darjah dua, tak kan cikgu nak bagi soalan sama macam darjah satu. Ye tak.? Kan kita dah master soalan darjah satu. So, soalan nya di upgrade kan. jadi 10+6. 7+11. 19-3. Betul.?


 Ia nya nak buat korang jadi mahir. Same goes to Allah punya ujian. Nak buat korang lagi mahir dalam handle kehidupan. So, korang mintak jadi tabah, Allah bagi tabah tu. By ujian nya yang berlevel tu.



flow kedewasaan


Okay back to the topic. It's true that ujian yang Allah kirim kan ujian yang makin lama makin susah. Tapi tanpa korang sedari makin lama, korang makin tabah. Yet. Semakin matang. Yup. Matang. Nampak tak flow kedewasaan yang Allah atur kan kat situ.? Sekali lagi red nak tekan kan, Allah bagi ujian, Cuma untuk ukur had kemampuan kita.



"tapi red, macamana kalau dah betul betul tak mampu nak hadapi nya.?
Luar dari kemampuan saya. How.?"
 
Ehem. Yang ni senang je. Kita tengok kat kes orang hilang Ic, tapi nak final exam. Korang bayang kan, nak SPM or final exam, tapi Ic hilang. okay. Ambil contoh lain. Andai kan. Lappy kesayangan korang hilang. dan dan tu lah nak buat kerja. Emergency punya. Yang important one punya. Mesti korang cuak, kan.? Nak nak girls. Ehem. Relax.



Bila benda macam ni dah jadi, komform luar kuasa korang. So, jalan nya satu aje. Bila benda dah luar kawalan or kuasa korang, serah kan kat Allah. Let Allah do the work that you can't afford to. Take another example, bayangkan carry mark korang low gila. Memang tak leh buat apa dah. Then, serah aje lah kat Allah. Sebab korang dah cuba sedaya upaya unutk jaga carry mark tu. Ini lah yang dinama kan tawakal. Berserah.



Nampak tak permainan kehidupan nya kat situ.? Bila betul betul luar had kita, serah kan aje pada Allah. Biar Allah yang urus kan. Allah tak kejam weyh.





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...