Friday, April 29, 2011

pg 54 : Generasi sekarang senang terpengaruh dengan hantu.


Assalamualaikum.




Khurafat. Ju-On. Damping malam. Jangan pandang belakang. Susuk. Apa semua ni.? Tak takut pun. (yeye aje tak takut). Semua cerita yang tersenarai tu adalah cerita hantu. Ya. Cerita dimana nak tunjuk kan manusia diikat kontrak dengan makhluk halus.



Nak menampak kan manusia boleh jadi kuat jika digandingkan dengan makhluk makhluk halus. Hidup boleh senang. Cepat kaya. Jadi cantik. But. The fact is, in reality, hukum tetap kita tak boleh ubah. Jika haram sesuatu perbuatan tu, maka haram lah dia sampai qiamat.




 kalis gambar hantu(nanti korang takut)


Cerita yang paling obvious menampakkan manusia tu bergantung hidupnya pada makhluk halus adalah cerita Mantra. Ala. Yang ada baca baca ayat ntah hape hape tu lah. Yang latest red tengok pulak, cerita Ngangkung. Plot cerita yang menunjukkan manusia ni bargantung pada makhluk halusnya untuk hidup senang. Like everything is going smoothly.



Well. Some of these kind of story telah menerapkan lebih banyak nilai negatif berbanding positif. Actually, benda benda ni wujud. Yup. Wujud. But.! Kita tak boleh amalkannya. Syirik weh. Sebab apa.? Sebab bila kita amalkan nya, kita akan rasa makhluk halus ni yang lindungi kita. Yang bagi kita jadi cantik. Yang bikin hidup kita senang.



Infact, siapa actually yang bagi tu semua.? Yup. Allah SWT. Allah yang buat hidup kita smooth. Yang bagi kita cantik. Yang lindungi kita. Nak dijadikan cerita, ada orang, yang family nya amalkan perbuatan syirik ni. So, dia turut jadi mangsa sebagai waris.


Situasi ni dipetik masa mereka nak pergi makan.


A             : uit. Aku lupa kunci bilik.! Ala. Malas betul lah nak naik atas.
B             : ala. Relax aje. Aku da letak jin jaga barang barang kita. Toksah risau lah.
A             : err. Kau ni. Ye ye aje.



Nampak tak, macamana B terlalu bergantung pada jin warisnya.? Benda ni salah. Ianya telah buatkan si B hilang kepercayaan pada Allah. Dia lebih yakin yang jin nya akan tolong lindungi bilik mereka. Actually perbuatan syirik ni berlaku sebab diorang yang amalkan tak ada keyakinan. Plus. Diorang kurang tahu tentang agama Islam.




 bila kurangnya penerapan


Ya. Tak ada penerapan Islam yang cukup. Bukan ke kita dah diajar untuk berdoa pada-Nya kalau kita nak sesuatu.? Berdoa lah.  So, barang barang kita terpelihara. Lagi satu, yang ni ramai orang terlupa, kadang kadang. Bila masuk rumah kosong. Atau bilik kosong.(tak berpenghuni). Ramai lupa nak bagi salam.



Bagi lah salam masa masuk bilik or rumah kosong. Kenapa.? Sebab Allah turunkan malaikat untuk jaga bilik or rumah kosong tu. Jadi, bila kita bagi salam, makna nya, kita bagi salam pada malaikat. Diorang dah tolong jaga barang kita, seeloknya kita tak menyombong pada mereka. Wallahualam.






Bukan kebergantungan sahaja yang di manipulasikan oleh filem filem hantu. Perasaan takut pada hantu juga diterapkan dalam generasi kita. Perasan tak, bila tengok aje cerita cerita hantu, kita automatik jadi takut kat hantu. Kadang kadang sampai terbawa bawa kat mana aje. Sampai kat tan-dass pun boleh terbayang bayang hantu hantu tu.



Nampak tak trick nya kat situ.? Kita diajar dan diterapkan untuk takut kat hantu.? Instead of takut kat Allah.? Nampak tak stratergi mereka untuk meruntuhkan akidah kita.? Generasi sekarang lebih cenderung kepada takut kat hantu. Akidah makin lemah. Filem filem hantu pulak, semakin banyak dan dipelbagaikan.


Ehem.


Bukan ke kita sepatutnya takut pada bencana bencana Allah.? Dulu. Kaum Nabi Nuh. Teruk banjir dikenakan. kaum 'Ad. Mahu tak nya ribut datang hancurkan kediaman mereka. Kaum nabi Luth pulak. Terbalik negara mereka. Orang orang zaman dulu bukan nya kerdil macam kita tahu.? Tubuh diorang besar besar. Bayang kan, masyarakat gergasi pun Allah boleh hancurkan.




kerdil nya kita

Ini kan pula generasi kita yang kerdil kerdil cek mek molek ni. Hari tu. Isu tsunami. Kecoh. Itu baru tsunami. Belum lagi bencana macam kaum dulu timpa kita. Bayangkan, kita yang kerdil ni, hadapi bencana macam generasi gergasi tu kena.



So. Betulkan lah akidah kita. Hilang kan takut pada hantu. Jangan amalkan perbuatan syirik. Ingat. Makluk halus dan hantu ni pun, makhluk Allah. Diorang pun takut pada Allah. So. Siapa nak ikut red tengok movie hantu.? HAHA. okay gurau aje.



Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Monday, April 25, 2011

Segmen Tips Red : Penting nya lelaki dalam memimpin.




Adab dan tutur cantik terpelihara;
Cantik di hati dari di mata;
Buah kata pembuka bicara;
Membalas permintaan dari Si Jelita.



Assalamualaikum.




Amboi. Berpantun pula abang merah kita. Ehem. Maaf ya, lambat update. Minggu ni ada pack sikit dengan kertas kertas final exam. Tapi demi korang korang sekalian, rela red cari masa untuk korang. (dem.! Tak pandai tipu).


Ehem.


Okay less talk more action. Wait. Dalam ni tak ada talk and action. Tulisan ada lah. HAHA. Okay abaikan. Macam yang korang nampak kat tajuk, ini adalah Segmen Tips Red. Ya. Segmen red. And this page is also the first pertanyaan dari pembaca.



Orang nya comel molek tapi tak pernah tunjuk kan muka full. Kura kura comel/KKC nama nya. Dalam blog dia, dia lebih kepada cerita personal yang maybe korang boleh jadi kan teladan. Basically, segmen ni adalah untuk tanya tips. Tapi requestment KKC adalah kepada pendapat red.



Actually red tak kisah pun. Korang tanya tips ke, pendapat ke, tetap red akan bicara kan apa yang korang mahu. Ehem. Dalam kes KKC, dia hadapi satu masalah dilemma. Ya. Dilemma.




"suatu hari korang pergi ke laut untuk mandi manda bersama ibu, ayah dan suami korang. Tiba tiba ibu, ayah dan suami korang lemas. Air laut menggila bergelora bagai nak rak.

Korang hanya boleh selamatkan sorang sahaja. Diantara ketiga tiga orang tercinta ini, siapa yang korang akan selamat kan.? "




Dilemma kura KKC ini adalah tak dapat memilih nak selamatkan siapa. Tapi gerak hati nya nak sangat selamat kan ibu nya.


Ehem.


Okay. Red bukan sahaja akan jawab untuk KKC, tapi korang jugak boleh pertimbang kan pendapat red ni. Let see. Dalam kes kat atas. Siapa yang akan korang pilih untuk selamat kan.? Jawapan nya adalah si laki laki. Ya. Lelaki. Kalau red di tempat KKC, red akan selamat kan suami.



"why.? Tak sayang ibu and ayah ke.?"


Okay. let's take it this way. This is not about family love matter only. Cuba korang tengok secara overview. This is about life. And life is about go on for generation. So, about life matter, kita kena tengok kesan jangka masa panjang. Don't get me wrong.



Selamat kan lelaki. But I prefer korang selamat kan suami. The reason of tak selamat kan yang perempuan, adalah kerana lelaki lebih rasional. Okay. Andai kan korang selamat kan ibu. Ibu adalah seorang perempuan. Dan secara fitrah nya, perempuan senang panik.



Jangan ada dilemma

Different from lelaki. Kaum yang kacak dan lucu ni, pandai kawal panik. Dan, kaum lelaki juga tahu apa nak buat dalam keadaan kecemasan. Fikiran mereka sangat sensetif dan peka. Perasan tak, kaum perempuan tak boleh buat apa apa masa panik.?



Okay. For example. Andai nya masa tengah lintas jalan. Tiba tiba ada satu kereta laju hon. Perasan tak, yang para perempuan ni akan blur tengah jalan.? Fine. Korang tak pernah hadapi situasi tu. Okay. take another example.




most of girls stress out bila exam


Semua orang yang berbloging ni ada education kan.? Mesti pernah hadapi peperiksaan kan.? Pernah nampak tak, perempuan yang tak ready nak exam masuk periksa.? Korang boleh nampak diorang panik. Ya. Panik.


Sebab tu, kebanyak kan perempuan menghafal jawapan untuk peperiksaan berbanding lelaki. Sebab utamanya adalah diorang panik kalau tak dapat jawab. Berbanding dengan lelaki, mereka belajar, mereka faham kan konsep. (untung jadi lelaki).



Okay back to the topic. So, kaitkan dengan kes tadi. Kalau korang selamat kan ibu. Apa yang akan terjadi adalah panik 2x. Sebab apa dua kali ganda.? Korang (isteri) plus ibu. Tu belum masuk kalau ada adik beradik perempuan ramai. Kalau campur diorang.? Pehh.


Ehem.


Quotes

Bukan nak kata perempuan tak boleh rasional. Boleh. Ya. Boleh. Tapi di bawah pimpinan lelaki. Dorongan lelaki. Which is dalam kes ni, di bawah pimpinan suami. Sebab korang (isteri) lebih rapat dengan suami berbanding ayah, kan.? Sebab tu ada fakta menyatakan "lelaki suka memimpin, perempuan suka dipimpin." . Ya. Lelaki lebih rasional. Sebab tu mereka hebat memimpin.



Kawan red sendiri pernah mengaku. Which is dia adalah seorang perempuan. Dia kata perempuan ni, semua nya lurus bendul. Ya. Lurus bendul. Well, sepanjang pemerhatian red, its awesomely true. Can't deny it. Ia nya sangat jelas. Okay. Ini contoh 18sx sikit.


Bila lelaki mendatangi wanita dengan niat jahat


Dalam kes perempuan kena rogol. Well, actually she(mangsa) can't protect her self sebab dia tak tahu apa nak buat masa diserang tu. a.k.a. lurus bendul. Biasa nya perempuan dalam keadaan panik, di suruh, baru dia tahu nak buat apa. Macam kes abang red hilang tak balik rumah kecik kecik dulu, ayah red yang ingat kan ibu red supaya yakin pada Allah. Sebab Allah tu ada untuk tolong. See.?



So, macam yang red kata kan mula mula tadi, it's about tengok secara overview. Tengok kesan jangka masa panjang. Which is apa yang nak dilakukan pada masa hadapan. Dalam konteks simple nya, perancangan. Yup. Lelaki lebih pandai merancang. Merancang apa yang nak dilakukan untuk hari yang mendatang.



Lelaki boleh bantu perempuan dan bagi dorongan untuk kuat kan semangat. Dengan ada nya lelaki mendampingi perempuan tu, dia boleh bimbing perempuan tu untuk terus kan tabah and keep on living. Rather than women with women.



Kaum lelaki membantu kaum perempuan


Yup. It's freakin' true that lelaki (pemimpin keluarga) lebih pandai dalam selok belok cari duit berbanding perempuan. Sebab tiada sikap lurus bendul pada lelaki. Sorry to say, but you guys have to admit it. Ia nya lumrah alam. Sebab tu lelaki dicipta kan, memang untuk memimpin keluarga. Plus. Lelaki ada Sembilan akal.



Bila perancangan masa hadapan dah ada, baru keluarga boleh stabil. Tak lah mereka terlalu trauma. Kalau nak ambil kes kewangan pula. Banyak mana sahaja kaum wanita boleh jana duit.? Berbanding lelaki yang bersikap pemimpin (suami).?





Terima kasih sudi baca. Kalau korang berminat nak tanya red, klik SINI.





Sekian





.


Friday, April 22, 2011

pg 52 : Masyarakat generasi kini tak reti diam bila Azan berkumandang.

Assalamualaikum.




Good day. Good weather. I wonder why. Oh. Hari Jumaat rupanya. Di mana hari yang red akan post entri baru. So. Kepada korang korang yang addicted suka gila baca entri red, take notes! Ya. Ha! Gelabah. Cari pen. Cari kertas. Okay tipu.



pen, pensel, kertas,tulis, blog
 tulis setiap jumaat

Tak semestinya seminggu sekali aje entri red. Hari lain pun ada. Maybe dalam dua kali seminggu. Kalau ada tiga kali tu, means ada yang segmen red nak kongsi item. Dalam segmen tu, red buat in a flash. Sebab red nak kongsi dengan korang apa yang interesting. Macam dalam entri ni. Or entri ni. Okay stop right here.


 Ehem.


Petang semalam. Dalam area pukul lima, red pergi ke medan makan. Macam biasa, nak pergi usha awek  beli makan. Ehem. Tapi, line panjang sangat. So, red duduk duduk lah dulu. Then, dalam penantian mereka mereka untuk beredar, berkumandang lah azan 'asar.



"Allah huakhbar, Allah huakhbar."


So, sebagai umat Islam, hormatlah. Red diam. Sambil diam dan menjawab azan, mata red meliar macam biasa. Tengok sekeliling. Guess what. Yup. Situasi nya masih lagi bising. Mereka masih lagi berbual bual. Bergelak gelak. Bergurau gurau. Dan terlompat lompat.


Red jadi mushkil. Azan kuat. Bukan slow. Tapi keadaan masih huru hara dan diorang masih lagi bagai didalam dunia mereka. Betul ke ini generasi sekarang.? Semua Islam pulak tu. Okay. Ini first thing red nak sentuh. Kes hormat tu nombor dua.



azan, bunyi
berdiam lah kamu ketika azan


Kalau orang dulu, zaman tok nenek mak abah kita, bila azan, semua senyap. Semua diam. Tapi generasi sekarang. Bising nya tak ada gap. Tak ada. Bila bising nya tak ada gap. Bunyi bunyi lain akan tenggelam. Ya. Tenggelam. Macam bunyi nyamuk dalam disko pasar malam.


Ehem.


Pernah tak korang bayangkan, bunyi azan dah tak di endah.?  Bunyi azan akan tenggelam. Tenggelam. Pernah bayang kan tak, bunyi azan tenggelam.? Korang tahu kan, bila azan dah tak didengari, apa yang muncul.?  Ya. Munculnya Al-Masih Dajjal. Al-Masih Dajjal akan muncul bila azan dah tak di dengari. Betul.?



So, bila azan dah tak di endah, sama lah jugak erti dengan azan tak didengari. Korang bayangkan lah. Ada ke, orang nak bercakap, bila orang tu dengar azan.? Orang mesti diam punya lah bila dengar azan.  Orang yang tak dengar azan aje yang akan bercakap time azan. Betul.?



diam, hormat azan
 seeloknya kamu berdiam tanda adab kamu


Okay. Masuk ke sentuhan kedua. Hormat. Pernah tak terfikir. Kenapa kena diam time azan.? Ya. Sebab kita hormat azan. Okay. Azan ibarat orang sedang bercakap. Yet, azan ialah seruan. Ajakan. Which means, sama lah jugak dengan tengah cakap. Masih lagi bawah komunikasi. Betul.?


Here's the facts. Bila orang tengah bercakap. Adakah kita bercakap jugak.? Mesti lah tak. Adab nama nya tu. Ya. Sudah menjadi adab, bila kita senyap,dengar dan respond orang bercakap. Ya. Senyap, dengar dan respond.


Sama lah pada azan. Senyap. Maknanya diam. Dengar. Maknanya hayati setiap perkataan. Dan respond. Jawab azan tu. Ya. Azan, kita wajib jawab.




kisah red masa muda muda dulu



Okay. Red selitkan sikit selingan untuk jadi teladan. Dulu masa red muda muda. Tuisyen. Kat rumah orang aje. Tak mampu pergi yang mahal mahal. Masa abang aboi mengajar, selalu red dok menyampuk. Last last. Satu hari tu, dia sound. Suruh diam. Direct.


Terus tergamam masa tu. Diam terus. Ye lah. Orang nak mengajar. Kita pulak, menyampuk. Macam dah tahu aje. Padahal tak tahu apa apa. Yet, menyampuk. Macam dah pandai sangat aje kan.? Dari situ lah red kenal adab diam bila orang lain bercakap.


Ehem.


Sampai sekarang, kalau mengajar junior, lagi lagi yang suka menyampuk, red akan terus straight suruh dia diam. Err. Maybe sebab tu ramai yang cakap red ni garang masa mengajar. Even ajar orang main gitar pun, diorang cakap red garang.



Okay back to the topic. So, diam adab hormat. Sebab tu wajib kita diam time azan. Tapi generasi sekarang.? Wahai anak anak adam sekalian. Kat sini red nak tekan kan. Diam lah bila azan berkumandang.



gambar perhiasan


Jangan lah biarkan azan ditelenggami. Tegur mereka jika mampu. Guna tangan. Kalau takut nak tegur kasar, which is guna tangan. Guna kan lidah. Maksud nya tegur. Kalau tak mampu jugak dengan menegur, guna hati. Ya. Doa kan mereka. Mintak Allah buka hati mereka untuk diam masa azan.


Last but not lease. Guna penulisan. Ya, via blog. Orang baca. Then sebar sebarkan. Ehem. Okay. tu rekaan. Haha. Tak ada kaitan dengan cara islam. Just a personal theory :P



p/s: Azan sekarang dah berkurangan. Dinding rumah dah ada yang kalis bunyi dan tv3 pun dah tak siar kan azan macam dulu.



Dalam entri ni, red nak ambil kesempatan sikit. Untuk follower ke 200 red. Sebulan Lama dia tunggu. Dia juga pengomen tegar gitarputeh ni. Ehem. Terima kasih, Feeza Macho. This is your award. Terima ye. Blog dia nice. Banyak doodle. Check it out. http://www.sayabintang.com/



copyrighted untuk feeza sahaja





Terima kasih sudi baca.





Sekian






.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...