Showing posts with label Segmen Tips Red. Show all posts
Showing posts with label Segmen Tips Red. Show all posts

Sunday, May 01, 2011

Segmen Tips Red : Tips lelaki nak suka kat perempuan.

Assalamualaikum.



Kongsi hanya terbaik untuk korang


Maaf sebab entri lepas, kat pg54, tak berapa nak best. Sebab entri nya red buat masa minggu exam. So, terpaksa curi masa and taip taip. Hembusan yang tak menjadi gamak nya.


Ehem.


But. Lepas ni, insyaallah. Entri entri nya pasti menggemparkan korang.(ye ye aje). Sebab final exam dah lepas. Alhamdulillah. Jawab last exam dengan happy senyum ending. Okay back to the topic, actually permintaan kali ni dah lama di request oleh Cik Bulan.





Di requestnya cara cara nak buat lelaki suka kat perempuan. Oh oh. Macamana red nak tahu.? Kan setiap orang taste nya lain lain. Kan.? But. Red harap entri yang ni tak mengecewakan Cik Bulan. Sebab red Cuma dapat tolong dari segi overview setiap lelaki.



Love needs effort. Work on it.

Means here, maybe red tak dapat tolong 100%, atlease ada lah jugak isi, kata orang. Actually. Kalau nak orang suka kat kita, absolutely kita kena buat benda benda yang orang suka tengok. Ye tak.? So, para perempuan sekalian, kalau nak lelaki suka kat korang, buat lah benda benda yang lelaki suka. So, korang dapat attract perhatian diorang.


Ehem.


Actually entri kali ni untuk bacaan perempuan. Tapi kalau laki nak baca jugak, apa salah nya. Tak salah. Buat pedoman lah kata kan. Well. Korang(kaum hawa) tahu tak apa perkara perkara yang boleh attract attension lelaki.? Meh dengar sini. Meh rapat. Ya. Rapat lagi. Okay cukup.



First. Ni benda paling simple yang orang selalu lupa. Yakin diri. Yup. Yakin diri. Bila kita ada yakin diri, orang senang terpikat dengan kita. Some of the problem orang tak yakin diri, sebab dia fikir rupa dia tak cukup lawa. Hot. Cun. Cute.



Yakin yang setiap orang adalah cantik


Well, tukar idealistik korang. Betul kan tanggapan korang. Yakin lah yang Allah memang dah cipta kan korang cukup cantik. Kita sendiri pernah dengar firman Allah,  



"Laqad' khalakna insa nafil 'a sani taqwim : sesungguhnya aku telah mencipta manusia sebaik baik kejadian".

 
Ya. Memang Allah dah cipta kita cukup cantik. Cantik pada mata Allah. And most importantly, cantik jugak pada mata orang yang cinta kita. So, bangkitkan rasa yakin diri.


Ehem.


Yang kedua, lelaki ni, senang cair dengan perempuan, sebab sikap diorang. Yup. Perempuan ni biasanya sikap dia gedik manja. Ya manja. Perangai macam budak budak. Umur je nampak dewasa. Tapi sikap nya, still macam budak budak. Plus, suara diorang pun macam budak budak.



sifat lelaki tak sama dengan perempuan


Macam yang red pernah mention dalam pg 28, sikap diorang yang menggedik manja mintak adik gula gula. So, sikap diorang yang macam ni boleh buat lelaki tertawan. Sebab, lelaki tak boleh ada sikap macam tu. Lelaki ni bersikap seorang pemimpin. Pembela. Macho. Infact, bila lelaki sikap macam budak budak, perempuan yang akan naik menyampah. Betul.?



Okay. Point yang ni penting. Lelaki senang cair kat perempuan yang jaga agama nya. Yup. Its awesomely true. But. Jaga agama tu, biar berpada. Jangan menunjuk. Cuba korang bayangkan eah.


situasi 1
A             : Eh, jum lah pergi makan, kita lapar lah..
B             : Oh. okay. Jum. Tapi kita tak makan kat sana sekali tau.
A             : Lah.. kenapa.?
B             : Ala.. kita kan, puasa.. puasa sunat..maklumlah. Hari ni kan Khamis.
A             : Erk.



Okay. Jaga agama. Perkara wajib tak tinggal. Malah perkara sunat pun dia buat. Dah ada pakej buat stok bini lah tu. Ehem. Kalau agama terpelihara, tapi menunjuk, bukan lelaki aje. Orang lain pun menyampah tengok kita. Cuba kalau korang kat tempat A. korang pun menyampah. Betul.?



 aww..


Next. Lelaki suka perempuan sexy. Oh.(!) Sexy. Tapi dia malu untuk tunjuk kan ke-sexy-an nya. Yup. Yang malu nak sexy kan diri dia. Yang jaga aurat nya. Molek aje aurat terpelihara. Cair owh. Orait. Its natural lah mata lelaki memang suka tengok perempuan sexy. Tapi just sekadar tengok aje. Kalau nak buat stok bini. Sorry to say. Memang tak lah.


Bayang kan eah. Perempuan perempuan sexy ni suka menayang nayang kan asset nya. Situ terdedah. Sini terdedah. Lelaki pulak enjoy tengok free show. Pandangan pertama tu harus bagi lelaki, kan.? Ehem. But. Untuk menayangkan asset isteri kat lelaki lain : yang suka cuci mata ni.? Nope. Negative. So, perempuan yang malu nak tunjuk kan sexy nya, cair red lelaki dibuatnya.


Lelaki suka perempuan yang tak cerewet. Yup. Tak cerewet. Membebel.? Ok. Yup ok. Sebab membebel tu memang hobi fitrah perempuan. Banyak cakap.? Pun ok. Lelaki suka perempuan yang pandai bercakap. Maksud nya kat sini, lelaki suka perempuan yang boleh buat dia rasa ditemani.



 perempuan banyak cakap, laki tak bosan


Tak lah sunyi and suram. Maklum lah. Nak bersama bukan nya sekejap. Sampai akhir hayat owh. tapi jangan lah cakap cakap benda merapu. Maknanya, banyak cakap tu, fine. But.! Cerewet.? Absolute no. Ada beza perempuan cerewet dengan banyak cakap.


Memang lah banyak cakap and cerewet ni boleh dikira satu kategori. But. Ada beza nya. Perempuan banyak cakap ni, selalu curah idea bernas. Perempuan cerewet pulak, selalu ulang ulang benda yang sama. Rimas tau. Kalau dalam beli barang. Perlu ke perempuan cerewet dalam memilih barang instead of bagi pendapat.? So. Banyak cakap, yes. Banyak cerewet.? Nope.



Lelaki suka perempuan yang tak kuat cemburu. Its true that cemburu dengan perempuan dah macam darah. Cemburu sikit sikit tu, ok. Kalau cemburu melampau tu.? Naik sesak para lelaki tau. So, cemburu tu ok. Tapi berpada. Bukan nak kata jangan ada cemburu. Kang nanti laki fikir perempuan tu tak ada perasaan.


Ehem.


 Lelaki jugak suka perempuan yang pandai naik kan semangat. Mana tak nya. Asal tanya pendapat aje, jawab , "hmm.. I tak tahu lah.. ikut U lah" . Asal down aje, bila bercakap dengan perempuan, perempuan tu jawab, "hmm.. sabar eah". For crying out loud, babes. Kalau korang selalu jawab macam ni, lelaki akan rasa macam korang tak ada function. Tak ada peranan. Its better kalau korang bagi pandangan.


Two brains is better than one. Sebab tu lelaki akan pilih korang kalau korang jenis pandai bagi pendapat. Ehem. Lelaki akan pilih perempuan yang pandai bagi pandangan sebab dia akan rasa korang seriously diperlukan dalam hidup dia. Which means, wujud rasa saling memerlukan kat situ.



 perempuan jangan malu mulakan langkah


Last but not lease. Perempuan start the first move. Wait. Red tak bermaksudkan korang murah kan diri. Tapi, start the first move dengan beradab. Which is, korang suruh kawan korang introduce korang kat laki yang korang minat.


Just kenal kenal kan. Suggest. Which is, kalau borak borak, selit selit kan sikit pasal korang. Tapi jangan selit terlalu banyak. Nanti suspicious pulak lelaki tu. Okay. Dengan cara ni, the possibility of boy attracted to the girl is high. Bila lelaki tu asyik dengar pasal korang, mesti sikit sebanyak ada rasa attracted.


Then, mula lah langkah lelaki tu. Bila dah dapat, pasti diorang akan mengaku yang diorang yang start the first step. Even korang yang start kan. Jangan risau. Benda ni normal. Sebab tu Cuma ego lelaki. Sebab tu diorang percaya diorang yang start dulu.



So, rasa nya cukup lah beberapa tips ni. Try lah. Even tak 100% effective, but still. Its seriously worked. Tapi jangan lupa. Tips tips ni, cuma lah usaha. Doa dan tawakal perlu ada. Baru lah hubungan lebih diberkati. Wallahualam.





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.





Nak tanya red.? Klik SINI. Tak pun, request kat SINI.


Monday, April 25, 2011

Segmen Tips Red : Penting nya lelaki dalam memimpin.




Adab dan tutur cantik terpelihara;
Cantik di hati dari di mata;
Buah kata pembuka bicara;
Membalas permintaan dari Si Jelita.



Assalamualaikum.




Amboi. Berpantun pula abang merah kita. Ehem. Maaf ya, lambat update. Minggu ni ada pack sikit dengan kertas kertas final exam. Tapi demi korang korang sekalian, rela red cari masa untuk korang. (dem.! Tak pandai tipu).


Ehem.


Okay less talk more action. Wait. Dalam ni tak ada talk and action. Tulisan ada lah. HAHA. Okay abaikan. Macam yang korang nampak kat tajuk, ini adalah Segmen Tips Red. Ya. Segmen red. And this page is also the first pertanyaan dari pembaca.



Orang nya comel molek tapi tak pernah tunjuk kan muka full. Kura kura comel/KKC nama nya. Dalam blog dia, dia lebih kepada cerita personal yang maybe korang boleh jadi kan teladan. Basically, segmen ni adalah untuk tanya tips. Tapi requestment KKC adalah kepada pendapat red.



Actually red tak kisah pun. Korang tanya tips ke, pendapat ke, tetap red akan bicara kan apa yang korang mahu. Ehem. Dalam kes KKC, dia hadapi satu masalah dilemma. Ya. Dilemma.




"suatu hari korang pergi ke laut untuk mandi manda bersama ibu, ayah dan suami korang. Tiba tiba ibu, ayah dan suami korang lemas. Air laut menggila bergelora bagai nak rak.

Korang hanya boleh selamatkan sorang sahaja. Diantara ketiga tiga orang tercinta ini, siapa yang korang akan selamat kan.? "




Dilemma kura KKC ini adalah tak dapat memilih nak selamatkan siapa. Tapi gerak hati nya nak sangat selamat kan ibu nya.


Ehem.


Okay. Red bukan sahaja akan jawab untuk KKC, tapi korang jugak boleh pertimbang kan pendapat red ni. Let see. Dalam kes kat atas. Siapa yang akan korang pilih untuk selamat kan.? Jawapan nya adalah si laki laki. Ya. Lelaki. Kalau red di tempat KKC, red akan selamat kan suami.



"why.? Tak sayang ibu and ayah ke.?"


Okay. let's take it this way. This is not about family love matter only. Cuba korang tengok secara overview. This is about life. And life is about go on for generation. So, about life matter, kita kena tengok kesan jangka masa panjang. Don't get me wrong.



Selamat kan lelaki. But I prefer korang selamat kan suami. The reason of tak selamat kan yang perempuan, adalah kerana lelaki lebih rasional. Okay. Andai kan korang selamat kan ibu. Ibu adalah seorang perempuan. Dan secara fitrah nya, perempuan senang panik.



Jangan ada dilemma

Different from lelaki. Kaum yang kacak dan lucu ni, pandai kawal panik. Dan, kaum lelaki juga tahu apa nak buat dalam keadaan kecemasan. Fikiran mereka sangat sensetif dan peka. Perasan tak, kaum perempuan tak boleh buat apa apa masa panik.?



Okay. For example. Andai nya masa tengah lintas jalan. Tiba tiba ada satu kereta laju hon. Perasan tak, yang para perempuan ni akan blur tengah jalan.? Fine. Korang tak pernah hadapi situasi tu. Okay. take another example.




most of girls stress out bila exam


Semua orang yang berbloging ni ada education kan.? Mesti pernah hadapi peperiksaan kan.? Pernah nampak tak, perempuan yang tak ready nak exam masuk periksa.? Korang boleh nampak diorang panik. Ya. Panik.


Sebab tu, kebanyak kan perempuan menghafal jawapan untuk peperiksaan berbanding lelaki. Sebab utamanya adalah diorang panik kalau tak dapat jawab. Berbanding dengan lelaki, mereka belajar, mereka faham kan konsep. (untung jadi lelaki).



Okay back to the topic. So, kaitkan dengan kes tadi. Kalau korang selamat kan ibu. Apa yang akan terjadi adalah panik 2x. Sebab apa dua kali ganda.? Korang (isteri) plus ibu. Tu belum masuk kalau ada adik beradik perempuan ramai. Kalau campur diorang.? Pehh.


Ehem.


Quotes

Bukan nak kata perempuan tak boleh rasional. Boleh. Ya. Boleh. Tapi di bawah pimpinan lelaki. Dorongan lelaki. Which is dalam kes ni, di bawah pimpinan suami. Sebab korang (isteri) lebih rapat dengan suami berbanding ayah, kan.? Sebab tu ada fakta menyatakan "lelaki suka memimpin, perempuan suka dipimpin." . Ya. Lelaki lebih rasional. Sebab tu mereka hebat memimpin.



Kawan red sendiri pernah mengaku. Which is dia adalah seorang perempuan. Dia kata perempuan ni, semua nya lurus bendul. Ya. Lurus bendul. Well, sepanjang pemerhatian red, its awesomely true. Can't deny it. Ia nya sangat jelas. Okay. Ini contoh 18sx sikit.


Bila lelaki mendatangi wanita dengan niat jahat


Dalam kes perempuan kena rogol. Well, actually she(mangsa) can't protect her self sebab dia tak tahu apa nak buat masa diserang tu. a.k.a. lurus bendul. Biasa nya perempuan dalam keadaan panik, di suruh, baru dia tahu nak buat apa. Macam kes abang red hilang tak balik rumah kecik kecik dulu, ayah red yang ingat kan ibu red supaya yakin pada Allah. Sebab Allah tu ada untuk tolong. See.?



So, macam yang red kata kan mula mula tadi, it's about tengok secara overview. Tengok kesan jangka masa panjang. Which is apa yang nak dilakukan pada masa hadapan. Dalam konteks simple nya, perancangan. Yup. Lelaki lebih pandai merancang. Merancang apa yang nak dilakukan untuk hari yang mendatang.



Lelaki boleh bantu perempuan dan bagi dorongan untuk kuat kan semangat. Dengan ada nya lelaki mendampingi perempuan tu, dia boleh bimbing perempuan tu untuk terus kan tabah and keep on living. Rather than women with women.



Kaum lelaki membantu kaum perempuan


Yup. It's freakin' true that lelaki (pemimpin keluarga) lebih pandai dalam selok belok cari duit berbanding perempuan. Sebab tiada sikap lurus bendul pada lelaki. Sorry to say, but you guys have to admit it. Ia nya lumrah alam. Sebab tu lelaki dicipta kan, memang untuk memimpin keluarga. Plus. Lelaki ada Sembilan akal.



Bila perancangan masa hadapan dah ada, baru keluarga boleh stabil. Tak lah mereka terlalu trauma. Kalau nak ambil kes kewangan pula. Banyak mana sahaja kaum wanita boleh jana duit.? Berbanding lelaki yang bersikap pemimpin (suami).?





Terima kasih sudi baca. Kalau korang berminat nak tanya red, klik SINI.





Sekian





.


Tuesday, April 19, 2011

pg 51 : Red open table untuk siapa siapa nak tanya red tips

Assalamualaikum.




Di tengah hari yang terik ni, red bawa berita baik. Ehem. Korang suka tak baca entri enrti red.? For overview, red ada survey beberapa readers. Dia kata suka sangat baca entri red. Sempoi. Berisi. Ada nasihat dan selalu mengingatkan benda yang selalu kita lupa.


Diorang kata lagi, red boleh jadi motivator or kaunselor. Sumpah red terkejut dengan jawapan jawapan tu. Sebab red tak pernah expect itu merupakan korang punya refleksi. Bagi red, red hembus aje. Bak kata cik hemo,"memang lah pakai hembus. Tapi red punya hembus tu, ada power. Hebat!".


Ehem.


Red tanya reader yang lain pula. Kali ni tanya siap tanya bukti. So. Dia prove kan. Dia suruh red baca balik entri kat pg 44 . so, red pun baca lah balik. And bila di fikir fikir balik. Betul jugak. Tergamam red baca balik.


"betul ke, ni apa yang aku tulis.?"

Itu lah yang terlintas kat otak red bila terkejut. HAHA. Ni baru beberapa bulan blogging. Belum masa tua lagi. Macamana lah nanti red tua, then red baca baik kejadah yang red tulis masa zaman ni. Mesti red tergelak gelak sampai gigi terabur.


reaksi mengenang kisah silam


Okay back to the topic. Bila baca balik, red perasan. Yang banyak penulisan red tentang nasihat. Korang pun cakap macam tu, kan.? Ehem. Well. Kesempatan entri ni, red nak perkenal kan segmen baru.



Segmen Tips Red. Tadaaa. Bukan apa. Red tak nak lah kedekut ilmu. Ada kalanya otak red terlalu tepu. Kadang kadang terlupa nak share dengan korang, apa yang sepatutnya korang perlu tahu.



Dengan segmen ni, korang boleh tanya red apa apa tips. Tips buat entri menarik ke. Tips lelaki dan Perempuan ke. Tips nak concentrate ke. Apa apa lah. Insyaallah, red akan huraikan setiap persoalan korang macam kat dalam pg 34 . Tapi tanya tips je tau. Jangan tanya tutorial. Sebab red tak arif sangat tentang tutorial. And red pun still newbie kat area blog ni.


Ehem.


Nak join segmen ni senang aje. Korang tak payah lekat kan banner red kat korang punya blog and meraban tentang blog red kat dalam entri korang. Tak perlu. Red tak perlukan kontroversi provokasi. Sebab tujuan red cuma nak kongsi pengetahuan dengan pembaca sahaja.  Mak red pernah pesan:




"Bila ada ilmu, kongsi lah dengan orang lain.”




So, back to the step.


Satu!
Korang boleh email kat red. Tulis "Segmen Tips Red" . Ha. Jangan lupa under line. Then, lepas cogan kata tu, taip dua titik bertindih di ikuti dengan persoalan korang. Contohnya,


Segmen Tips Red : boleh tak bagi tips bila lelaki suka seseorang perempuan tu.



Then, korang huraikan sedikit tentang topik tu. Supaya red faham situasi nya. Kalau tak, nanti lain yang red rumus kan, lain yang korang mahukan, sebenarnya.



sama sama kita cari penyelesaian masalah dalam segmen ni


Jangan lupa letak kan korang punya URL kat bawah. Supaya red boleh tolong promote blog korang sekali. Sambil menyelam minum air, ye tak.? Kalau korang tak letak URL, red akan anggap anon. Tapi tak pe, anon pun red layan. Tak baik menyisih. Sedangkan Nabi pun ampun kan umat, ye tak.?



Yang kedua!
Korang boleh tanya kat formspring.me. Ya. Formspring. Kalau dekat formspring, syarat utama nya, sama jugak, pastikan ada "Segmen Tips Red" . Ber underline. Then, teruskan dengan kes korang. Tapi jangan panjang sangat. Sebab formspring lah kan. faham faham lah. Tapi formspring ni, red tak galak kan. Sebab red jarang bukak.



Yang ketiga!
Facebook. Yup. Red tak ada fb. Tapi red ada assistant fb. HAHA. Dia selalu tolong promote kan. And selalu bagi idea. Dia selalu usya fb untuk promote gitarputeh tolong kongsi dengan orang lain. Korang boleh inbox kat dia. Macam biasa, syarat nya, "Segmen Tips Red" di ikuti dengan kes korang. Jangan risau. Walaupun dia assistant, persoalan korang pasti sampai kat red jugak.


Ehem.


Tiga cara ni aje lah, yang applicable. Kalau korang tanya tips kat shoutbox, boleh. Tapi tak digalak kan. Sebab takut red tak dapat beza kan antara chat biasa dengan segmen red. Sebab tu, ketiga tiga cara kat atas, red suruh underline kan. supaya red dapat beza kan antara chat biasa dengan segmen.



Kalau chat biasa, red tak publish. Tapi kalau join segmen, red akan ulas seulas ulas nya. Macam entri entri yang red buat. Sempoi. Tapi korang enjoy. Kan.?



Email                   : cap_man92@yahoo.com
Formspring         : redtensai
Facebook           : ma'mum quartle


p/s : Jangan lupa sertakan sekali URL korang.





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Sunday, April 03, 2011

pg 45 : kaedah kita nak tahu dia jodoh kita- oh dia bukan milikku.

Assalamualaikum.


 oh kad merah

Malam yang hening. Sangat mendukcitakan, kami(roommate), sebilik dapat kad merah T.T (bilik paling teruk). Berkumandanglah lagu bad day di speaker lappy Siddi. Oho. Teruk sangat ke.? (rupanya baru aku perasan). Ni dah masuk bulan 4. Makna nya kami kena tukar internal design of the room. Haha. Tak ada kerja kan.? Setiap bulan kami tukar design. Ya. Kami memang rajin.(perasan sudah).


Ehem.


Okay. Red tak nak cerita tentang rajin malas. Ni red nak bagi tahu something yang interesting. Yup. Sangat interesting. Its about jodoh. Ya. Jodoh. Memang ada pada pepatah yang femes emes.


"Jodoh pertemuan di tangan tuhan"


But I can bearly seen it. Mesti korang cakap red tengah merepek. Or tengah mamai. But this is true. It's wicked awesome. Red cuma nak share apa yang red tahu. Terpulang kat korang nak baca benda merepek ni or tak. Meh rapat. Ya rapat lagi.



Actually punca red nak kongsi benda ni adalah sebab hari tu, red punya adik angkat gaduh ngan bf dia. Haha. Actually awal awal diorang kapel, red dah tahu yang they are not mean to be each other. Jangan cakap benda ni khurafat. It's just atas dasar kajian dan pemerhatian. And di ingatkan bahawa red tak ada 6th sense. Ya. Red tak ada 6th sense.


take a look of your smiling picture

Okay. Its simple. Actually kalau kita nak tengok sama ada pasangan kita tu betul betul mean to be or not, senang. Yup. Senang. Tengok korang punya muka dalam gambar korang. Ya. Tengok gambar. Kalau muka korang berdua sama, thats mean he/she is mean to be yours.



Kalau korang tak nampak persamaan muka korang berdua, try tengok gambar korang bila senyum. Kajian mengatakan "senyuman setiap manusia berbeza kecuali bersama pasangan mereka dan ahli keluarga mereka". Kalau tak sama jugak. err. Sorry to say. But, i'm positive about this.


bentuk muka mereka lebih kurang-oh dah jodoh

Okay. Korang boleh kata, ini nonsense. But. Cuba korang tengok gambar mak abah korang. Sama kan.? Tengok senyuman diorang. Bentuk muka diorang. Memang tak banyak beza. Ya. Tak banyak beza. Paling paling pun, kalau ada beza, Cuma beza kat kulit diorang. But their face's shape still will not have a lot of different.



Here's the facts. "senyuman setiap manusia berbeza kecuali bersama pasangan mereka dan ahli keluarga mereka". Okay. Red ambil point keluarga dulu. Dalam keluarga, adik beradik, mak dan abah mempunyai muka yang iras. Kalau tak iras pun, gaya senyuman korang akan still sama. Ini adalah disebabkan faktor genetik. Ya. Genetik daripada baka yang sama. Which is, your parents.



"habis, macamana pulak dengan persamaan muka pada pasangan.?"


It's simple. Lelaki adalah keturunan Adam a.s. Perempuan pula adalah keturunan hawa. Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kanan Adam a.s. Which is, hawa tu diciptakan daripada Adam a.s. Yup. Daripada DNA Adam a.s. And this facts occurs on a women that made for a specific men only. Ya. Bukan untuk semua lelaki.



Ya. Sebab tu lah perempuan cuma boleh kahwin sekali. Sebab korang diciptakan daripada rusuk lelaki tu sorang. Ya. Sorang aje. Lelaki pulak boleh kahwin banyak. Sebab kita yang produce rusuk tu(bangga sat). Yup. Untung betul jadi lelaki. (perempuan tak nak terima hakikat)



Okay. back to the topic. Disebabkan perempuan diciptakan daripada rusuk lelaki, makna nya perempuan tu memang already tercipta untuk menjadi separuh daripada hidup lelaki tu. Ini berkait dengan muka iras pasangan. Ianya kerana perempuan tu tercipta daripada rusuk lelaki tersebut. Jelas.?



Okay. kepada korang yang berkapel yang muka tak iras dengan bf/gf korang, yang korang rasa macam tak ngam, putus aje. Kalau korang rasa korang tak ngam, buat apa retak nak tunggu belah.? Ohh. For crying out loud, it's worthless. C'mon. Cuba lah korang lihat pada kesan jangka panjang. Ya, kesan jangka panjang. Which iskorang kena teroka apa yang korang nak buat pada masa hadapan.




jodoh kita akan sampai bila tiba masanya

It's okay to be single for a while. Because, Allah is saving you for someone special. Yup. It's true. Allah is saving you. You guys are made to be the best partner of life. Cuma kita tak tahu siapa jodoh kita. Except yang dah berkahwin.(untunglah dah kahwin).



Percaya pada kata "jodoh di tangan tuhan". Ya. Pepatah ni adalah awesomely true. Oh I got to admit it. Dulu kan, red pernah minat kat satu minah ni masa sekolah. Kitorang just chat via ms aje. Bila jumpa, sumpah jadi segan tahap gaban. Until one day, she got coupled with my own childhood friend. Yah. My own childhood friend.



Then, kitorang mula jarang tegur. Sebab bf dia suruh dia deactive ms dia. Then, kitorang lost contact. 3 tahun lepas tu,she found me at fb. dan kitorang berkawan balik. Ohh. Jodoh pertemuan yang Allah rancang memang sangat awesome! Kitorang jadi sangat rapat.


I thought i was fall in love with her

Ya. Red mula suka kan dia. But. The thing is. She never likes me. Maybe i'm not her type. Well, It's okay for me. Muka kitorang pun tak ada yang sama. Senyuman kitorang, lagi lah. sipi sipi pun tak ada. *hampeh. Then, Allah tarik balik nikmat perkenalan tu. Yup. Kitorang dah lost contact. Again. Maybe satu hari Allah temukan kitorang balik,kan.? Who knows.?


Ehem.

 
Future adalah benda menarik untuk diterokai. Yup. Sangat interesting. Cuz the future is mistery. So, the conclusion is, do believe in fate. It's will definitely comes around. Just kita je tak tahu bila benda tu berlaku. But still, ada kaedah kita nak tahu orang tu jodoh kita. And kaedah ni sekadar atas dasar kajian dan pemerhatian. And I hope you guys enjoy the facts. Wallahualam.





Terima kasih sudi baca.





Sekian





.


Thursday, March 10, 2011

pg 31 : Marah, kita boleh kawal.

Assalamualaikum.


Apa yang menarik hari ni.? Ha.!  Nak tahu.? Tadi kan red baru je tengok boypren  dengan gerlpren gaduh secara live. Aksi 18 owh. Okay tipu.

Pas tuh, yang gaduh tu, member red sendiri pulak tu. Dua dua member red. Dulu red yang jadi orang tengah dulu masa diorang ngorat mengorat dulu. Dok syok aje main tarik tali kan.? Red yang sengsara sebab jelez sebab takde awek.

" Untunglah ada orang sayang " . Haha. syahril's quote lah kan.? Pinjam ye, Abang Tsarel. XD



 berbalah antara laki dan perempuan.pfftt. Benda remeh.



Okay. Back to the topic.

Yela. Dulu masa time nak mengurat baek aje kan.? Syok aje diorang main Hard to Get  kan.? Bila dah dapat.. nah hambek. Si laki pulak bosan ngan awek dia. Yela, mana tak nya, kan.? Time main Hard to Get dua dua melayan kepala. Bila dah hooked , si gadis tu pulak tak pandai nak melayan. Ye lah. game Hard to Get  dah over kan.? Idea layan melayan pun kong lah. Tu yang member yang laki tu start bosan kud. Yup. Kebanyakan laki memang akan bosan. I mean, kebanyakan. Tak macam red. Red baik. Pandai jaga hati si kaum hawa, kan.?



Ehem.



Si laki pun satu. Lain kali kalau nak kapel tu, siasat lah dulu perangai perempuan. Haha. kalau bawak dia baca blog ni okay lah jugak kan.? Suruh dia klik kat SINI.
Kalau tak cukup jugak nanti red postkan entri ' Perangai perempuan yang laki perlu tahu : part 2 ' ye.


Tapi kan, rimas lah tengok diorang ni bergaduh. Haih. Bila bergaduh, makna nya mesti lah api kemarahan membara ye tak.? Tak tahu ke marah tu api. Syaitan suka tau.?! Marah tu api. Syaitan tuh api. Memang lah para syaitan melompat lompat gembira.


Marah tu api. And Syaitan pun api.


Ni red nak nasihat kan sikit. Bukan kat member red aje. Tapi untuk para readers jugak. Kita sepatutnya chill aje. Jangan di jinakkan kemarahan tu sebab kita boleh kawal kemarahan. Yup. Marah, kita boleh kawal.


 Anger. Anger. Anger. What so opnotious.





" red, dulu ko pernah cakap dengan aku suruh kawal kemarahan aku. But how.? Aku ni marah ada had jugak tau.! "


Yup. Dulu memang red ada bagi tahu : kita, manusia, memang boleh kawal kemarahan. Tapi ni lah manusia. Suka letak kan had pada diri sendiri. Cuba lah bebaskan diri daripada had tu. Ingat.! Jangan had kan kemarahan.


 


Si Gadis : Ah. Lelaki. Kita marah, pujuk lah. ni ego sangat.! Menyampah.!
Si lelaki : Ah perempuan.! Asyik nak aku aje yang kena  pujuk. Then, aku sape nak pujuk.?

 
Pastu dua dua marah. Ni pun satu kes jugak. Dua dua tak nak mengalah. Kita bila marah ni kan api. Rite.? tak kan dua dua nak jadi api.? Dalam kemarahan, sepatutnya and I mean sepatutnya bila sorang jadi api, sorang lagi kena lah jadi air. 



 Pujuklah si lelaki dengan hormon estrogen anda.


Okay. Perempuan. Kalian kan diciptakan dengan pandai menggoda and eww eww. What so ever like lah kan.? Paham kan maksud red.? So, perempuan ni kena lah start pujuk. Just kasi cool down perasaan laki tu bila marah. Just kasi cool down. Sebab, lelaki ni marah nya sekejap aje. 

Lepas perempuan ayat, kompom reda punya. Sebab tu lah perempuan diciptakan untuk lelaki. And sebab tu lah laki pun perlukan perempuan. And sebab tu jugak lah perempuan diciptakan sebagai kaum eww eww. Kemarahan lelaki cepat reda. Sebab lelaki lebih rasional secara fitrah.

Cuba bayangkan lelaki pujuk lelaki style eww eww. Pelik tak.? Geli.!

If we back to Islam way, marah tu api. Api tu marah. Padam api dengan air. Yup. Amek wuduk. Insyaallah berkesan. Kalau tak jalan jugak, amek air, baca zikrullah 40x, sapu kat muka si marah. Kalau takut nak sapu, simbah aje. Okay gurau. 



 Satu biji satu minit.



" Anger only last for 4 minutes. And the rest is emotional. "



Yup. Marah ni actually Cuma 4 minit aje. And yang selebihnya tu adalah emosi. Yup. Emosi. Sebab tu lah dah menjadi fitrah lelaki cepat reda bila marah. Sebab lelaki lebih rasional. Rasional tu buat kita boleh kawal emosi. Then, lepas reda, kompom laki pulak akan pujuk si perempuan. Tapi kalau si lelaki tu betul betul tak de respon lepas kena pujuk, itu dah kes lain.


Ehem.


Kalau orang tengah marah dalam keadaan berdiri, kasi dia duduk. Kalau marah time duduk, kasi dia berdiri. Marah jugak, tempeleng aje. Kidding. Kalau duduk, berdiri pun tak jalan, kasi dia berbaring. Kalau baring pun tak tenang tak tahu lah red nak cakap apa. Maybe lepas tidur okay lah tu kud. Tapi biasa nya orang marah lepas tidur baru rasional balik. Sebab otak dah cukup oksigen.


Ingat, marah : kita boleh kawal. Tak perlu lah menghadkan kita punya marah. Rasulullah pernah bersabda :


" kalau nak marah, carilah 72 sebab."






Terima kasih sudi baca.



Sekian

.



Thursday, February 24, 2011

pg 28 : Perangai perempuan yang lelaki perlu tahu . part 1

Assalamualaikum.



Lolipop


Situasi A
Adik bawa balik satu plastic gula gula. "Adik! Nak gula gula yang tu...nak yang kaler merah tu..nak yang tu..boleh lah..boleh lah dik..." . Si kakak merayu rayu untuk gula gula kegemarannya.





Situasi B
Bilik si lelaki bersepah. “ ikh! Kotornya bilik ni! Aiyoo!!eee.. pemalas betulah lelaki ni. Tengok lah. baju main campak je mana yang dia suka. Tengok tu, buku bukan nya reti nak kemas. Aduh.. ni seluar jeans ni dah berapa minggu tak basuh ni. Jangan jangan dah berbulan bulan tak basuh. Eee.! Geram nya.! Ahmad!!!! Mari sini!! Ni apasal tak reti nak kemas bilik ni.?!”




Situasi C
Si gadis nak cerita masalah kat boy dia, tapi boy dia mcm endah tak endah aje. “ ee.! Awak ni kan! Dengar lah apa yang saya nak cakap ni.! Ee.! Awak ni , jangan lah buat muka macam tu bila saya mengadu ni.! Menyampah lah.!".





Situasi D
Si gadis keluar bershopping dengan si boy. “ eh.! Apa yang awak amek tu.? Ee.! Mahal nya! Dah dah. Jangan nak mengada ngada beli yang ni. Kan banyak lagi pattern lain yang murah murah. Lagi pun, beli yang murah, patah, boleh beli yang baru. Sebab murah."




Lelaki cuma senyum.




" Lagi pun, awak tengok yang mahal ni. Dah lah tak lawa. Tak da corak. Kalau patah, sia sia aja. Awak nak beli yang sama mahal dengan macam ni kalau patah.? Dah. Tak payah membazir. Kita amik yang ni aja. Murah. Corak dia pun comel aja.” . Sambung si perempufan lagi.



Girls + Shopping = Heavenly



Okay. 4 situasi kat atas ni sering jugak lah yang berlaku. Bila situasi situasi kat atas ni berlaku, laki mesti pikir “ ee. Membebel aje dia ni. ”.  Yup, its true. Diorang suka membebel. Malah ada yang jadi kan hobi. But. Di sebalik diorang membebel tu, ada maksud di sebaliknya yang sometimes .. nope. Many times laki tak tahu.




Ehem.



Kat situasi A, mesti si lelaki fikir , “ ee.! Mengada nya. ” . Well, actually girls memang lah macam tu. Diorang ni, umur dah tua mana pun, perangai kebudak budakan nya (manja) still ada. Perangai menggedik ni memang tak akan hilang. Sebab hormon estrogen ada pada kaum hawa. Only. And I mean, only. Haha. But. Kalau lelaki yang buat buat menggedik tu makna nya memang nak makan terajang. HAHA.




Well, kalau lelaki tu cakap “ee.! Mengadanya.” , bukan lah maksud nya lelaki tu pangkah si kaum hawa. Memang nampak si boy ue macam pangkah si girl tapi hakikat nya laki cuma meng-ego kan diri nya. Tapi actually laki tu suka perangai girl yang macam tu. Sebab dah memang lumrah. Yup. Laki suka perangai perempuan.





bebel bebel bebel.



Kat situasi B pulak, ha. Ni part best sikit. Si lelaki berseronok tengok si girl pot pet pot pet. Just imagine. Perempuan membebel, lelaki just diam and senyum. Sweet, kan.?. Si kaum hawa ni, memang lah tak dapat kawal diri mereka bila membebel. Diorang kalau dah start membebel, kompom non-stop. Until diorang puas hati.



Ehem.




Yang si boy cuma menonton aje lah aksi perempuan dengan free. Untuk para kaum adam sekalian, jangan endah kan sangat perangai pelik (wajib ada) pada girl ni. Sebab kaum diorang ni jenis yang penuh dengan ketelitian. Kalau ada yang tak kena, mula lah. Even kadang kadang kalau tersalah garis dalam drawing pun boleh jadi hal.



Bila cerita tentang pasal geram dan membebel pulak, situasi C pun boleh jadi punca. Di mana girls tensen bila dia ngadu kat boy nya pastu si boy buat endah tak endah aje. Ya. Kaum wanita memang suka mengadukan masalah nya. Sebab lepas diorang cerita kat orang lain, diorang rasa ringan sikit beban diorang.





Sharing is caring



Okay. Bukan nya sang pujangga ni tak endah apa yang kaum girls ni mengadu. Just sometimes even benda kecik pun diorang nak mengadu. Tak paham betul. Tak macam kaum kacak ini, bila ada masalah, kami lebih suka berdiam sahaja. Tak cerita kat sapa sapa pun tak kisah. Ya, kami kuat. Haha.XD

 
Okay lah. To keep it balance,kepada kaum adam, korang kena lah faham yang kaum hawa ni memang jenis yang suka mengadu. So, tunjuk lah caring sikit. Kalau tak pandai tunjuk caring pun, just buat buat caring supaya si kaum hawa ni rasa lega dapat  luahkan apa yang dia rasa. For atleast.





Gambar perhiasan



Selain daripada hormon estrogen perempuan buat kan dia bersikap kebudak budakan, hormon tu jugak jadi kan diorang ni bersikap kedekut and cerewet bila bershopping. Tau nak barang yang murah aje. Pastu, kalau boleh, nak yang comel comel.




Ehem.




Kalau kami kaum adam, harga dan pattern bukan lah apa yang kami lihat. Biasa nya kitorang lebih kepada material nya. Supaya dia kukuh dan boleh tahan lama. Kalau setakat harga apa lah sangat. Duit boleh cari.




So kepada lelaki, kalau nak bershopping, tak payah bawak perempuan. Sebab perempuan ni dah biasa dengan barang nya yang murah (kasut pasar malam rm10) . So, diorang tak boleh bla tengok barang barang lelaki yang mahal mahal. (jelez tak dapat beli barang mahal) . lepas tu kata lelaki ni boros. Peh-lis. 





Saling memahami tu penting.? Yup.


Okay lah kongklusi nya, para lelaki sekalian, jangan heran kalau girl menggedik, kuat membebel, banyak mengadu, and cerewet/kedekut. Sebab itu memang lumrah. Dan kaum hawa pula, tak payahlah bersusah payah meng-improve perangan korang yang eww eww tu. Sebab lumrah nya lelaki suka dalam diam. Just tak tunjuk aje. (ego)










Terima kasih sudi baca.








Sekian








.


.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...